14 Mac 2014

JJCM | Family Dinner @ MZ Cafe (Cafe MamaZakwan? =p)

Sebelum AtokNenekZN berangkat ke Sydney
Kami sempat la dinner sama-sama
Famili Aunty Yaya jek tadi, tah ada hal kot dorang malam tu
So, yang ada kami & Aunty Wawa je

Takmo dah pi restoran *** kat Sungai Merab tu, huhu!
Banyak bad experience
Kali ni nak try restoran baru, kat area Sungai Merab jugak
Tak penah lagi makan kat sini

1st impression, agak selesa la restoran ni
Parking pun banyak
Pilihan tempat duduk ada yang berbumbung dan ada yang open-air
Waiter/waitress pun semakin canggih
Amik order guna tab je, perghhh! Hebat!
Cuma takde tv!!! Dah la malam tu orang tengah dok sebuk tggu berita pasal MH370!



Masa kami pi ni, ada promosi 30% untuk menu ikan bakar



MZ Cafe - Cafe MamaZakwan =p
Haha, perasan!


Sate Willy pun ada gak kat sini
Tak payah susah-susah beratur kat Sg Ramal Food Court sana...



MamaZN order nasi goreng cina
Ingatkan nak share dengan Nayli, alih-alih dia sorang jek konker, huhu!
MamaZN dapat makan suku jek



Waiter tengah amik order, nampak tab kat tgn dia tu :)


Saya dah ngantukkkkk, jom balik! =p




Ada beberapa perkara la kot yang pihak kedai ni boleh amik perhatian
Supaya dapat perbaiki lagi apa yang terkurang tu kan

Servis kat kedai ni tersangat la ok
Thumbs up!
Tak sampai 15 minit menunggu, dah sampai dah ordernya
Tapiiiiiiiiiii........
Sate sejuks ya amat! Macam dipanas kan aje, bukan dimasak ikut permintaan
Patut la makanan cepat sampai...
Rupa-rupanya semua nasi yang diorder pun sama tekstur, sama warna, sama rasa
Walaupun kami order nasi goreng cina, nasi pattaya & nasi goreng USA
Bezanya, nasi pattaya disalut dengan telur dadar, nasi goreng USA ditambah lauk & telur mata
Tu je, huhu!
Kecewa di situ...

Harga agak pricey gak la kalu nak dibandingkan dengan mutu makanan yang diberi
Melainkan makanan yang sampai tu menarik, for sure la kita tak kesah sgt dengan harganya kan

Takpe, it's ok
Kedai baru nak bertapak, mesti la ada kureng here and there
Tak semestinya tak boleh pegi langsung
Harapnya ada penambahbaikan la supaya kedai ni boleh kekal lama


p/s:
kat kedai ni ada coconut shake! nak try la bebila nnt :)

5 comments:

Zura@Iwan berkata...

patut la smpi cepat ye
rupanya mende yg dipanaskan..

akak penah juga jumpa nasi grg dorang buat sm jek..cuma beza extra tu jek..huhu

wahh..nayli mkn nasi grg cina sorang dia jek? berselera tul nayli kan..best

Chekgu Azrine berkata...

Ala..klu xfresh mknnnya xsyok sgt nk dimakan..huhu

Falsya berkata...

Wahhh maju amek order pakai tab..tapi yg makanan main panaskan je tuh mmg potong skit la..no wonder la cpt sebisnye..

Lily@MamaZaraZareef berkata...

tak nak jumpe lagi kat cni kedai makan amik order guna tab..dasat gak tuh..kikiki

Tanpa Nama berkata...

Xdasat pun. Makanan xsedap then mahal nak mampos. Jgn pegi dah la kedai ni..nasi kerabu, ikan goreng ngn telur masin RM8.50. Gerai tepi kg je pun. Giler..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...