14 Mac 2014

JEREBU | 131 Buah Sekolah Ditutup Termasuk Sekolah Zakwan

Assalamualaikum 
Selamat pagi
Salam Jumaat yang penuh barakah

Kalu tengok kat FB semalam rata-rata ramai yang update pasal jerebu
Agak worst gak kan
Memang menjejaskan pandangan dan jugak menyesakkan nafas!

Sebab kat sini, takyah tunggu nak keluar rumah
Dalam rumah je pun dah bau asap sampai sesak nafas dibuatnya!
Pedih mata sampai berair-air 
Dugaan sungguh la...
Dah la kelam kabut semalam, PapaZN pi kerja pun lupa nak pakai mask!
Bayangkan je la bawak moto dalam keadaan berjerebu
Dengan tak pakai mask lagi, agak bahaya jugak la, huhu!




Bacaan IPU di daerah Klang petang semalam mencatat angka 241!
Dah memang dalam kategori tidak sihat!
 Sebab itu jugak la sebanyak 131 sekolah di daerah Klang diarahkan tutup serta merta

Termasuk la sekolah Zakwan
Malam tadi cikgu dah sms awal-awal bagitau hari ni cuti

Disebabkan kerakusan manusia jugak la, kita sendiri jadi mangsa, huhu!
Kebakaran kat Indon membuatkan keadaan bertambah buruk
Belum lagi ditambah dengan segelintir sikap manusia yang membakar sampah secara terbuka
Padahal dah terang-terangan kot keadaan skrg ni tak sesuai nak membakar
Pegi buat jugak, awatnya?!

Banyakkan minum ek korang
Terpaksa la kurangkan aktiviti outdoor nampak gayanya ni
Baru cadang nak pi piknik, Sabtu ni
(gi mall boleh la kan? kuikuikui =p) 



Semoga cepat la keadaan berjerebu ni berlalu pergi
Semoga misteri kehilangan pesawat MH370 dapat diungkai segera
Gunakan sebaik-baik senjata yang kita ada - Doa, Doa, Doa
Mengharap pada Yang Esa, agar doa kita semua dimakbulkan dan diperkenankan olehNya
Aminnn...


8 comments:

mamaarifakeem berkata...

Ya la.. smlm dgr berita, mmg klang teruk kan...
Ujian ilahi, semua dtg bertalu2.. dgn masalah air lg, misteri kehilangan pesawat lg.. huu...
Moga Allah bg petunjuk..

Kami 4 beranak pun naik motor skrg keluar pagi2, nk elak jem.. tp sesak pernafasan..huu.. arif pun terpaksa pakai mask...

*thanks for the wish :-)

Iela Fazielah berkata...

kat serdang masih sekolah lg.. huhu

lia berkata...

take care Nad & family... kami area cyber ni pon makin teruk, ZAra sampai semput ;(

Aty_Fared berkata...

kaaann...teruk sangat sekarang ni... ujian Allah pada kite semua...semoga segalanya kembali pulih..amiinnn

syawalsimpsons berkata...

kan..putrajaya ni pon teruk jugak ni..mmmm...

kayyana berkata...

kat putrajaya pun jerebu kuat.. sampai dah tak nampak bangunan pejabat yg tinggi tinggi tu.. dahlah bau mcm bau asap je.. alahai Malaysia.. mcm mcm dugaan kan

Zura@Iwan berkata...

teruk kn jerebu skrg nad
kt png ni masih baik..ada la jerebu juga..rasa panas bahang je

Ya Allah ..semoga semuanya cpt berlalu....rindu hujan kan nad...

begitu jua pesawat MH370, dpt ketemu kembali...

mama tisya berkata...

tu la makin teruk..oh sek zakwan tutup ye..okla tkleh wat aktiviti luar...kena lepak dlm umh je la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...