06 Mac 2014

Bila Balik Kampung...

Kitorang ni, sebelum balik kampung 
Mesti dah siap-siap plan nak buat apa masa kat kampung
Contohnya nak beli barang-barang hardware PapaZN ke
Nak betulkan jam ke
Nak pi makan kat memana ke
Nak pi Gerbang Malam ke, Pasar Pagi ke ataupun Pasar Malam

Biasanya apa yang dirancang tu tak semua la dapat dibuat, huhu!
Masa sangat suntuk dan terhad!
Bila dapat buat 2-3 menda yang dah dirancangkan sebelum ni pun dah cukup bagus la
Singkat sangat masa kat kampung, hukhuk!

Aritu balik kampung, sempat la pi kedai hardware 'tepi sungai'
Kat sini memang berderet la kedai-kedai hardware
Cakap je, macam-macam ada
Bukak plak dari jam 7-8pagi
Dah la dapat harga murah kan berbanding kat KL/Klang
Memang syok bila dapat soping kat Teluk Intan walaupun hanya ke kedai hardware camni =__=




Ingatkan sempat la nak pi pekena 'Nasi Lambai'
Aisey, masa sangat mencemburui kami, tak sempat la nak pi merasa
Next time maybe, huhu!
Special ni makan kat kedai Nasi Lambai =p
Dah pekena sekali, mesti nak datang lagi, muahahah!

Ada sejarahnya kenapa dipanggil kedai 'Nasi Lambai'
Nanti-nanti la MamaZN citer ;)

Kebetulan memang ada jam yang nak dibetulkan
1 nak tukar tali, lagi 1 nak tukar bateri
Alang-alang dah ada kat pekan Teluk Intan tu, moh le kita pi kedai jam


Old skool!


Memang MamaZN selalu p kedai jam ni
Rasa-rasanya sejak kecik lagi kot
Kalu ada masalah jam mesti pi kedai uncle ni


Nampak sehat lagi uncle ni




Cuba la teka berapa RM MamaZN kena bayar utk tukar tali jam & tukar bateri tu?
Hahaha!
Macam tak percaya je untuk tali jam & bateri tu MamaZN kena bayar RM14!
Tangan dah capai RM30 dah ni sebenarnya =p

Tu sebab MamaZN suka buat apa-apa tunggu balik kampung je
Buat kat kampung sure dapat murah punya ;)


Pastu bila dah settle, nampak plak orang jual kacang rebus
Teringin plak nak makan, beli la jugak sebungkus 1kg RM8


Lagi 1 makanan yang sempat kami merasa time balik kampung aritu - roti benggali!
Perghhh! Cicah ayor kopi panas, memang terangkat la!
Sedapnyaaaa...! Terliur sudaaa

Balik aritu tak sempat nak makan Mi Rebus Mastan Ghani
Pastu Nasi Lambai pun tak sempat gak nak pi merasa
Apatah lagi nak jalan-jalan cuci mata kat Gerbang Malam, Pasar Malam @ Pasar Pagi
Banyak menda nak dibuat padahal masa singkat, haha!
APTB!
Tak cukup rasanya cuti Sabtu & Ahad tu
Kena cuti lama sket la pasni, hehe
p/s:
tu la dilema nya bila dua-dua lakibini sekampung
memang best bila part tak berebut nak balik raya
yang tak bestnya, kurang masa bersama dua-dua belah keluarga 

9 comments:

Zura@Iwan berkata...

bestnya blk kg kn nad..
kak kalau blk kg..tk plan mn pon
cuma kalau ari sbtu suka gk pegi pasar mlm..
then kalau free pggil kak bidan dtg mgurut..bestnya..hehe

kedai jam old skool tu kn
kt penang pon ada lg nad..

pstt: nad jadi ke dtg sp?

ecah khalili berkata...

kak orang perak?sama la..sy orang sungkai..suami orang kampar..kami selalu pegi teluk intan..terutama sekali time dekat2 nak raya... =)

Cho Zila berkata...

alamak tuler seronok nyer balik kampung ... kalau dapat duk kat kampung memang sangatlah seronok... kehidupan sederhana tapi meriahnyer tetap terasa... nasi lambaitu kat manaler pual nad

Nana berkata...

tu la kan klw balik kg mest dapat murah
aritu kirim baju kt sdara kt klantan
suh dia anto tailor kt kg
rm25 je baju kurung gile tak?
sini 40 keatas

Rizziela berkata...

syoknya blk kg..semua murah2kan

Iela Fazielah berkata...

kampung mmg brg dia semua murah2 kan....best...

el berkata...

el pun lau balik kpg mmg rancang nak pi merata..tp bila dah sampai kampung mmg liat lah nak kuar hahahaha

nti lau balik kali ni nak kuar lah jln2..skun kampung el tu pun dah byk membangun..

wahhh dah bedal kacang rebus ngan roti benggali nampak ekeke

lia berkata...

kampung mmg best kan... mcm nak settle down kat kampung tp rumah da beli kat cni... da la tanah pon xde ha3...

mamaarifakeem berkata...

Tu la, klu balik kg, mmg tak cukupmasa nak buat semua aktiviti yg ada di fikiran kita... oooh rindu kampung..huuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...