31 Mac 2014

Aktiviti Cuti Sekolah ZakwanNayli | Jom Buat Gitar! =p

Cuti sekolah yang baru lepas ni
Kami memang takde perancangan nak ke mana-mana pun
-____-
PapaZN pun baru kat tempat kerja sekarang ni
Masih dalam tempoh probation lagi
Cam tak syok plak nak mintak cuti 
Pastu cuti sekolah ni mesti mana-mana pun ramai kot
Paham-paham je la PapaZN ni, mana suka bersesak, huhu!

Dok rumah je la kita ye ZakwanNayli
Lepas abes cuti sekolah baru gi jenjalan ;)

Jadiknya, cuti sekolah tu kami dok umah je la
Zakwan pun siapkan kerja sekolah yang berlambak-lambak
Adoi, kesian betul nengoknya...
Baru tadika, kerja sekolah dah menimbun
Takpela, persiapan awal nak menghadapi sekolah rendah
Nanti lagi banyak kerja sekolah cikgu bagi kan? Hehe

Sebenarnya dah lama dah Zakwan mintak dibelikan gitar
Apa tah mimpi Zakwan tetiba nak gitar bagai
PapaZN memang takkkkk la nak membeli
MamaZN plak jenis kesian 
Bila dah mintak banyak kali tapi tak dapat-dapat jugak
Kena cekalkan hati jugak la, huhu!
Sampaikan satu masa Zakwan kata, takyah beli la mama, kita buat je gitar
Alahaiiiiii, ksiannya dia!

Jadiknya aritu, meh la kita buat gitar sendri
Sempoi-sempoi jek
MamaZN mana tau nak buat gitar d.i.y ni
Hantam saja la labu ;)
Janji ada tali & bila dipetik ada bunyi, hahahaha!


Zakwan tolong trace kan nanti MamaZN tolong potongkan buat lubang :)



Budak ni lebih banyak menyibuk dari menolong, haha!


Sempoi jek kan? Hihi... Guna barangan terbuang sudaaa ;)


Taraaa... Haha! =p


Anak dah 2, kena buat gitar 2 jugak la
Kalu tak kang ada yang berebut dan bergado 
Dan pengabesnya, ada yang kena marah, hehe


Jadik la...
Tu pun Zakwan dah hepi sangat dah, hehe
Siap dia deko-deko gitar tu dengan sticker-sticker spiderman
Cuma Nayli je tak berapa berminat dengan gitar tu
Penat mak buat 2, haha!

Sejuk hati, hilang penat bila Zakwan cakap
Terima kasih Mama! Ini la hadiah cuti skolah yang paling saya suka!
Alahai Zakwan.....
Buat gitar jek pun, hukhukhuk
Sebak mak ni nak..


Bertambah sebak dan terharu bila tido pun Zakwan dok peluk gitar tu, huhu :')


Bukan kami tak nak beli kan
Tapi rasanya main nya kejap je tu
Dah membazir plak nanti
Bukan kedekut dan tak sayangkan anak
Cuma taknak biasakan Zakwan manja berlebihan
Mintak je terus belikan, mintak je terus dapat
Lama-lama kang, naik lemak la dia
Takpe, belajar dari kecik 

Lagipun buat aktiviti camni best apa..!
Buat sama-sama, bila dah siap sama-sama pun hepi ;)


19 comments:

Azura Aziz berkata...

its ok nad.. more kreatif apa ;)

aizamia3 berkata...

dapat mengembangkan minda kreatif anak2..
gambar dia peluk gitar tu syahdu je tengok..

Fiza Rahman berkata...

Kretif tu nad. So sweet lah zakwan.

kayyana berkata...

mesti tacing kan kak kan bile zakwan ckp mcmtu.. hehehe.. it okay kak nad.. tp kak nad mmg tahan ek dengan dugaan zakwan minta minta. kalau yana tentu dah kalah da.. anak punye psl. harap sgt anak anak x spoil sbb kite manjakan die.

mummy_ayu berkata...

setuju..bila buat2 mcm nie...lagi seronok plus mengasah kreativiti.. :-)

mamaarifakeem berkata...

Waah kreatip... aktiviti camni lg depa suka nad.. :-)

lia berkata...

wahhhh kagum2.... kita dok bayang gitar kat raket badminton he3

Sweetmama berkata...

wah kreatif yg penting ianya still quality time antara ibu dan anak².

eima berkata...

betui tu nad ..lagi zakwan hepi klu dpt lego die kan ... huhu sorry achik eima ni asek tak sempat nk pi pej pos... huwaaaaaa....
sedih la wei ....

nk pi time lunch ..sebuk ngan fahim .. nk pickup die nk siapkan die ke transit plak ... achik janji nanti bos achik OS achik pi pej pos tau ...

msredcheesecake berkata...

waa... baguslah..akk tak kreatif nak ngaja nak wat camni

Chekgu Azrine berkata...

kagum ahkak...best aktiviti ni

:: idzwa :: berkata...

kreatif!

syawalsimpsons berkata...

sue baca jadi sayu tgk reaksi zakwan...zakwan mmg bagus tau, pandai jugak dier amik hati mama dier kan....nad untung sangat dapat zakwan sebagai anak kan

Mama Lynd berkata...

Abang Zack ni acik book buat menantu.. Charming sgt..

Lily@MamaZaraZareef berkata...

zara plak langsung takde keja sekolah..omaknye plak yg risau..wuwuwuwu..sakanlah die pe penang main ngan kakak2 sepupu kan..T_T..nway, sesekali bagus gak aktiiti diy ni..menajamkan otak kreatif anak2..=)

Masya berkata...

ktak ikea tu yg mahal tu hihihihi

Zura@Iwan berkata...

betui la nad..
tk semua kita mmpu nk laksanakn impian anak2 kan..
yg penting kasih syg tk penas lupus..

el berkata...

mmg ketip lah uols
boleh lak wat gitar cam tu ek
seronok lah tu zakwan
tp nayli x suka kenapaaaaaaaaaaa haha

QasehnyaRania berkata...

ada juga xtvt bermanfaat kan.
kreatif zakwan ni

betul tu kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...