13 Februari 2014

Penuhi Jemputan Kenduri Kahwin Adik Rakan Blogger :)

2 Februari aritu, CNY hari yang ke-2 
Kami dapat jemputan ke kenduri kahwin adik rakan blogger - Ida Rahayu
Berlangsungnya kat umah famili Ayu kat Meru
Memang dekat dah pun dengan umah kami ni
So, save the date la kan, tak mo ada planning lain ;)

Senang je nak cari umah famili Ayu
Dengan bantuan Google Maps & kepakaran PapaZN bawak kereta
Kami sampai kat tempat kenduri tak sampai 30 minit kot
^___^

Cam biasa, bila berjumpa kawan-kawan 
PapaZN yang terlebih peramah bersembang bagai
MamaZN ni pemalu orangnya, muahahhahah!
Boleh sembang mencelah gitu-gitu jek la
Nak-nak si Ayu ni ngomong Jowo dengan PapaZN!
Camno makcik nak join sama?!! Hahaha!
Paham sket-sket tu boleh la tapi kalu disuruh sembang sama
I'm sorrryyyyy...! Bak kata Amir Raja Lawak :)

Lauk pauk menu ala kampung
Memang sodap!
Bertambah sodap bila ada kambing golek!
Feveret di kala ini, heheheh
2-3 kali MamaZN pi amik
Pastu utk kali ke seterusnya dah malu dah, haha!

Gambar-gambar sekeping pun MamaZN takde sok snap-snap
Camno bleh lupa taktau la
Dah balik, dah naik kereta baru teringat, huhu!
So, semua gambar-gambar ni adalah ehsan daripada Ayu sendiri :)
TQ Ayu!


Ada gak muka kami, hikhikhik ;)
TQ Ayu sebab sudi jemput kami :)


Special for that day! Sedap wooo! :)


Moga bahagia till Jannah :)


Kami dok sebelah meja kek ni jek
Dua-dua kek kami dapat merasa, hehe
Sedap! :)


Door gift yang menjadi rebutan ZakwanNayli
Geram mak! =p



Majlis yang simple dan tenang
Memang rileks je
Seronok kalu ke kenduri yang macam ni
MamaZN suka
Nak bersembang dengan tuan rumah pun masih ada masa lagi ;)
Yang penting, yang wajib tu diutamakan, ye tak
Yang lain-lain tu sekadar sampingan
Takyah pun takpe sebenarnya
Ikut kemampuan dan keperluan

Apa-apa pun TQ Ayu sebab jemput kami
Selamat pengantin baru pada adik Ayu dan pasangannya
Moga bahagia hingga ke syurga :)



11 comments:

Petak Bunga berkata...

cuti raya cina muak pulak makan kenduri..

lieyalatif berkata...

dpt makan free dan sedap...dpt plak jumpe kawan blogger....mmg seronok kan nad....lieya ni pun mcm nad...kalo jumpe pes time mesti malu2 kucing hahaahahah tapi bile dah lame siap laaaa tahan tak tahan jek laa dgr aku membebel kakakakakak

syawalsimpsons berkata...

seronknya dapat jemputan kan...

Zura@Iwan berkata...

kak pon dpt jemputan knuri adik ayu ni
tp tk leh nk attend..jauh kn..kalau dh alang2 kt sn..inshaAllah bleh gk terjah
tingin nk rasa kambing golek tu ha...
kak pun suka kalau knuri mskan kg ni kan...bselera jek...

tahniah pd adik ayu dan psgan..

tenku butang berkata...

huk2.,.. bila dok kl ni teman dah lama beno tak gi kenduri kawen..

Sue-Rya Qistina berkata...

wahhh..untunglah dpt makan kek perantin..hehehe

Adlin Mohamad berkata...

dapat gak jemputan tp apakan daya raya cina cuti panjang so balik kpg kekeekke .. simple kan majlis dia tu yg best ..siap ada kambing golek ok

Chekgu Azrine berkata...

Byk jmputan kendurikan ms cuti..ni xlma lg cuti sek..lg byk jmputan

QasehnyaRania berkata...

selamat pengantin baru buat kedua mempelai. smga bahagia hingga hujung nyawa.aamiin

mamaarifakeem berkata...

Suka kenduri mcm ni gak, santai je kan..
Tahniah buat pengantin :-)

el berkata...

kambing panggang ke tu wooaaahhhhhh bestnyeeeeeeee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...