12 Februari 2014

Melawat TASIK TEMENGGOR & PULAU BANDING, Gerik

Masa kat Gerik aritu, sempat la kami singgah tempat ni
Sebenarnya masa kecik-kecik dulu penah la lalu sini
Tapi dah ingat-ingat lupa dah, huhu
Pastu masa balik dari Kelantan aritu pun dapat la menikmati keindahan tempat ni
Kali ni pegi dengan SIL, FIL & MIL sekali
Saje bawak dorang jenjalan, hehe
Dari umah kakak PapaZN tu ada la dalam 40minit gak kot nak sampai sini
Kami pegi plak dah petang sgt, dalam kul 6 camtu bertolak dari umah

Masa dalam perjalanan tu, MamaZN berdoa banyak-banyak
Sebab takmo terserempat dengan gajah liar! 
AtokZN ada citer, gajah suka lintas jalan Gerik tu petang-petang
Pastu kebetulan 2-3minggu sebelum ke Gerik 
Ada keluar kat berita, yang penduduk tempatan ada nampak gajah liar berkeliaran tepi jalan
Risooooo dibuatnya! 
Alhamdulillah takde apa pun...
Tapi kalu gajah lalu, best gak sebenarnya ;)
Dapat tengok live, cumanya jangan buat gajah tu terkejut jek la kan...

 Takde apa yang menarik pun kat sini
Cumanya pada yang sukakan keindahan alam, sini memang cantik la
Tenang jek rasa bila tengok tasik tu
Tasik ni memang terkenal la pada yang memang kaki pancing
Port nak memancing la ni ;)
Tapi kami idak la nak pi memancing pun, haha!
Tak kose mak! =p
Ni kaki pancing yang jenis sewa bot pastu pancing 2-3 malam
Makan & tido pun dalam bot jugak
Kami ni....... memang TAK la! ;)

Baru sampai :)


Takde port menarik nak amik gambar cantik, huhu! Ni je dapat :/
Dapat jugak la capture matahari terbenam
SubhanAllah :)


Yang ni gambar dari google
Jambatan tu la yang kami lalu
Masa kat atas jambatan tu, pemandangan saaaaangat la cantik!

Kejap je pun
Sebab takde port menarik nak bergambar
Walaupun tempat dia memang tersangat la cantik
Nak gi kat jambatan tu riso la plak
Lori-lori kemain laju lagi lalu kat situ, huhu...!

Ni pun kami tumpang tengok dari Belum Rainforest Resort
Sempat gak la berjalan-jalan sket kat sini
Nanti MamaZN share ek! :)


6 comments:

Amanda Suria berkata...

tgok pun dah tau syok..SA x pernah sampai sini lagi..

el berkata...

ms raya taun lepas weols pergi kelantan lalu jambatan ni sayang xde tempat nak singgah..sbb tepi jalan kan..mmg cantek tasik belum tu

Nana berkata...

kita xpernah sampai sini tp pernah tgk gamba amrul amek masa dia g outstation sini dia amek gambar dari heli nampak banyak pulau2 kecik kt tasik tu mmg lawa kita siap ajak dia dtg sini hahah dia kata bukan ada apa sini

Zura@Iwan berkata...

nad...
tk slh kt sini ada resort dia ok gk kn?
kak nk buat family day..ada gk sevey2..hehe..

lia berkata...

cni mmg lawooo.... jambatan tu kalau d buat nmpk terang n jelas tasik sekitar lg best sebenarnyer kan...

QasehnyaRania berkata...

mcm best je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...