07 Februari 2014

JJCM | Kali Pertama & Terakhir @ Restoran Antan Batura, Taman Tasik Shah Alam


Lupa dah cemane & bila bleh terlajak sampai Taman Tasik Shah Alam ni, huhu!
1st time kami singgah sini ni
Sebelum ni lalu jek pun
Tu pun tah bila kali terakhir ntah kami masuk bandar Shah Alam sana tu, huhu!

Rasa-rasanya masa ni kami baru balik dari 'melawat' tempat kerja PapaZN kot rasanya
Saje je nak amik angin petang, tu yang tersinggah sini tu
Rasanya la, haha!
Lupa sudaaa =p


Memang takde niat nak makan makanan berat-berat pun
Nak kudap gitu-gitu jek sebenarnya kat sini :)


Lokasi nya betul-betul depan PKNS Shah Alam
Singgah la kejap sebab cambest jek tengok orang naik bot, sampan & itik tu ;)
Tapi cam takut, seriau & risau pun ada
Sebab macam takde ciri-ciri keselamatan yang disediakan huhu!
Setakat kasi life jacket jek yang ada, lain-lain cam nan ado
Jeti pun takde penghadang, riso bebudak la
Kot ada yang hyper active ke kan, mana tau...
Tapi lama dah kot diorang ni berbisnes, maknanya ok la kot
Kalu ada kes, lama dah tempat ni tutup, ye dak? ;)
Harap takde la sampai ke situ, huhu...




Zakwan memang dah merengek nak naik jugak
Nak naik itik katanya
Alahaiii, malasnya la hai!
Lagipun time tu dah pukul 6
Lambat sangat la karang nak sampai umah kan
Pujuk punya pujuk, akhirnya termakan pujuk jugak Zakwan ni, hehe


Ni harga aktiviti air tu


Pujuk makan ABC ngan cendol jek pun, hehehehe
Naseb baek Zakwan 'on' jek :)


Tengok Nayli! =p


Zakwan & Mama :)


Tapi kan, tapi kan, tapi kan...
Alahai sedeyyyyy....!
Kenapa ABC & cendolnya camni ek?
Cendol tu takde rasa santan, tawar & aisnya pulak diparut kasar
Yang ABC tu pulak nape takde susu cair langsung?!
Disiram dgn sirap je atas ais tu
Ingatkan tersalah order lai chi kang
Tapi bila belek-belek balik, betul dah tu ABC
Cumanya takde susu cair
Lupa kottttt... Atau memang cara hidangnya camtu kot kat sini T____T
Pastu ais dia, alahaiiiii...
Dah la kasar-kasar, macam makan ais batu semata jek kekdahnya, huhu!
Sedey betul!
Nak bising-bising malas la pulak kan, dah petang-petang camtu
'Pejam mata' jek la bayar total RM7
(mesti ada yang cakap, ala RM7 jek pun..! huhu..! =/)


Jangan terpedaya, ABC tu takde susu cair pun sebenarnya =(
Cendol pun takde rasa lemak bersantan =(


Kalu sekadar nak lepak-lepak, ok la tempat ni
Tapi kalu nak makan makanan berat-berat cam tak syok jek
Kalu makanan ringan pun dah macam ni, apatah lagi makanan beratnya pulak, huhu!

Tapi terpulang pada masing-masing la jugak kan
Mungkin masa kami datang tu, tak sangka plak kami 'terkena'
Kot orang lain datang, okeyyyyy jek kan...


p/s:
seronok tengok orang berniaga yang tak pentingkan untung sangat
bila masak sedap, rasa pun cukup, orang berpusu-pusu datang
sekaligus rezeki dia pun berlipat ganda
beza sangat kalu nak dibandingkan dengan orang yang berniaga tapi pikir untung semata
renung-renung kan... ^___^



14 comments:

idayu096 berkata...

sis saya suke petang2 bawak anak2 beriadah kat tasik shah alam ni...selalu kalo nak makan ABC sy beli kat seksyen 2...kat area food court dekt dengan uitm...selalu order ABC coklat...gerai pegaga kot..harga last dulu rm3..skrg x tau la..mmg heaven...try la sis...

syawalsimpsons berkata...

alahai sayangnya bila jadi macam ni kan

Sue-Rya Qistina berkata...

restoran ni dulu ada gak kt seksyen 11, dekat bangunan umno tu. dulu saya keje area situ gak. not bad makanan diorg. tapi yg kt tasik ni x pernah try lagi

sya_ira berkata...

mmg kat situ mkn xbest..kalu stkt nk jln2 ok kat taman tasik tu.

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Tak bagus lah jika berniaga macam ni.

OhPanduan berkata...

Jika macam ni dah tak pergilah. Boleh ke kedai lain lain kalikan..

el berkata...

mula2 tgk sedap je cendol tu
tp dah kata xde santan bagai
alorrrrrrrr caner rasa tu huhu
bila tgk last pic tu cendol tu npk pudar..sllu ada npk gula merah kan
alahhhhhh lapar cendol lahhhhhhhhhh

Azura Aziz berkata...

hmmm, tulah kalau nk carik untung. tapi kualiti hampehh..

Aku Penghibur berkata...

ohh restoren nie.. kalau nak abc or cendol sedap makan kat sec 2.. kat food court memang terbaik

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

mamaarifakeem berkata...

Frustnya .... rupa tak serupa nama sebenar..huu.
Betul, ada beza org yg meniaga sbb nak untung semata dgn org meniaga sbb minat dan tak fikir untung semata, semua cukup rasa dan bahan.. :-)

Mar Mansor berkata...

tempak lepak zaman study dulu..haihh..

Cik Jue berkata...

nampak sedap je...
tapi sayang...

QasehnyaRania berkata...

kak, kita yg bayar seharusnya pertikai kan.

sy mmg tak suka kalau abc atau cendok yg buat ais kasar kasar..

sedap lagi kot cendol borhan. hihi.. ais dia smooth je

lia berkata...

ktorg x pernah try wpon masa duduk s.alam dulu... mcm mahai tp x menarik he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...