06 Januari 2014

Zakwan Happy Ke Sekolah, NAYLI PULAK YANG NANGIS! =P

Assalamualaikum :)


2 Januari lepas, Zakwan mula bersekolah di tadika baru
Setelah survey ke beberapa buah tadika
Tadika ni yang jadi pilihan Zakwan sendiri

Hari pertama tu diadakan hari orientasi
Yang nak bersekolahnya sorang tapi yang mengikut hantar 1 famili, hahaha!
MamaZN & Nayli pun bersiap sama pagi tu sebab nak ikut sekali
Excited punya pasal! =P

Orientasi mula jam 8.30pagi-10pagi
Jam 8.25pagi kami dah sampai kat sekolah


Zakwan & PapaZN :)



Orientasi dimulakan dengan anak-anak berhimpun ikut kelas masing-masing
Zakwan dapat kelas Saidina Umar (Kelas Merah)
MamaZN hantar Zakwan beratur dengan kawan-kawan
Sebak plak tengok Zakwan
Yang Zakwan plak sbb hari pertama kan
Asyik tercari-cari MamaZN jek - takmo hilang dari pandangan
Alhamdulillah tak lama, lepas tu Zakwan dah ok




Masa anak-anak beratur, pengasas tadika bagi ucapan
Ucapan plak pasal sejarah dan asal usul tadika
Asal usul dapat tanah utk buat tadika
Alemakkkkk, hari dah mula nak terik dengan panas pagi ni
Kesian la kat budak-budak sbb kena beratur lama
Mula la ada adegan budak yang menangis & lari ke arah mak bapak
Zakwan plak dah buat tanda-tanda mengantuk
Tapi dia still beratur lagi
Hmmmmm...
Apa la salahnya ucapan tu diberi pada mak bapak yang hadir je tanpa melibatkan anak-anak, kan?
Hmmmmm lagi...
Kesian kat budak je - kepanasan

Sempat Nayli jenguk kelas Abang Zack :)


Cari la Zakwan kalu terror :)


Ada la dalam 20-25minit camtu
Baru la anak-anak dibenarkan masuk ke kelas masing-masing
Makpak plak disediakan jamuan 
Kebetulan kami tak sarapan lagi, memang amik kesempatan la :)


Pantang nampak MamaZN hala kamera, mesti buat peace :)


Kami tunggu sampai orientasi selesai jam 10pagi
Kami dok kat area kantin
Sekejap-sekejap kami jenguk jugak Zakwan
Nak tengok dia tengah buat apa
Tapi payahhhhh, susahhhh!
Zakwan ok jek, Nayli ni ha pulak nanges nak abang! Haha!
Dia pulak yang nak masuk kelas nak dok ngan abang
Bila MamaZN dukung sbb tak kasi
Mula la menanges panggil 'Abang... Abang...'
Terpaksa la MamaZN cepat-cepat lari
Sebab kang kalu Zakwan perasan, mau Zakwan pulak yang nanges sama! =p

*****

Hari kedua orientasi (Jumaat 3 Januari)
PapaZN jek hantar Zakwan ke sekolah naik moto

Bila nampak PapaZN masih ada kat kawasan tadika
Zakwan cakap kat PapaZN,
Papa, kenapa Papa tak balik lagi? Pegi la balik...
Padahal PapaZN nak jumpa cikgu nak uruskan hal yuran 
Haha! Lawak plak rasanya :)
Bagus, anak Mama dah besar :)

Balik tu Zakwan naik van sekolah - kami tunggu kat rumah je
Alhamdulillah, Zakwan ok
Takde plak nampak blur ke, nak nanges ke...
Nampak happy jek
 Start hari ni sesi persekolahan mula jam 7.30pagi-11.30pagi
Harap Zakwan ok-ok saja
Moga Zakwan cepat dapat kawan & blaja baik-baik kat sana :)


Harta dunia akhirat :)


7 comments:

Chekgu Azrine berkata...

Suka sgt bila tau derang dua rapat sgt kan..bagus tau cmtu..kekalkan ye sis

eima berkata...

bagus la zakwan ni .. good luck zack....

kesian nayli tak de kawan ...sampai demam

mummy_ayu berkata...

ala siannya..adik yg menangis yer...

syawalsimpsons berkata...

jeng...nampak zakwan yang beratoq las sekali tu kan..aunty soya nampak je ironman sowang ni..kikikiki...kelakar adik pulok yg nangis kan...windu nak main2 ngan abg la tu..abis nayli camne kat umah sowang2...bosan la tu kan

mama lieyna berkata...

Hikhik.. nayli plak yg lebih2 ye.. ekeke..
Akeem ari tu ken tinggal rumah pengasuh, klubwk tak larat nk kwl dia..hee..

Zura@Iwan berkata...

wahhh...
good zakwan..
nayli tu sbb rapat ngn abg
tu yg nk ikut tu..hehe

Lily@MamaZaraZareef berkata...

bagusla abg zack senang membiasakan diri..zara pon tahun lepas umur 5yrs mmg nangis..tahun ni dah ok dah first day tuh..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...