24 Januari 2014

Zakwan Excited Melawat Tempat Bersejarah | BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR

Hari tu ingatkan nak bawak ZakwanNayli gi jenjalan ke muzium area Klang
Zakwan ni kan suka bab-bab sejarah, pi muzium bagai ni
Dah dia rekues, saje la nak turutkan
Lagi elok dari dia ajak pi tempat-tempat yang banyak guna duit kan? 
Hehe

Masa survey kat google
Banyak gak tempat yang boleh dilawati kat Klang ni
Macam Kota Raja Mahadi, Galeri Diraja, Muzium Timah
Tapi sayang la, takde tunjuk lokasi nya kat mana
Kami pun aci redah je ikut signboard yang ada
Huhu! Tak jumpa!

Last-last PapaZN ajak kami ke Bukit Malawati
Saje jenjalan ke arah Kuala Selangor sana
Dari Klang makan masa 1 jam gak la

Zakwan dah mula nak nangis dah sebab tak sampai-sampai muzium lagi
MamaZN cakap, tunggu la ada surprise utk ZakwanNayli ni
Baru la dia macam tak sabar-sabar nak tau

Bila sampai jek, teruja la 2 beradik tu tengok ada tram/keretapi
Tak sempat-sempat nak naik kekdahnya
MamaZN ni takmo memula
Sebab takuttttt! Area sana banyak monyet itam!!!
Ntah xtau la monyet ke lotong ke
Janji haiwan berbulu tu la! Gerun jek, huhu!

Demi kesian punya pasal kat anak-anak
MamaZN terpaksa mengalah uwaaaaa!
Asyik pegang PapaZN jek la kekdahnya sebab takut kena terkam! =p


Tram ni la yang ZakwanNayli nak sangat naik



Boleh je sebenarnya nak jalan kaki naik ke atas bukit sana
Tapi malas melanda, dengan takut kat monyet punya pasal, haha!

Harga tiket naik tram ni ada 2 harga :
[1] 8pagi-5ptg : Dewasa RM5 / Kanak-kanak RM3
[2] 5ptg-6ptg : Dewasa RM2 / Kanak-kanak RM1

Harga berbeza sebab yang [1] tu tram jalan sampai ke Taman Ikan Air Tawar
Yang sejam kul 5 sampai 6 tu tak sampai sana - tu sebab murah


Sebelum naik beratur dulu, huhu
Tapi ada jek yang kurang kesedaran sivik
Main potong line bagai! Nyampah betul!





Last MamaZN sampai Bukit Malawati ni rasanya masa umo 5-6tahun kot!
Giler la!
Lebih 20tahun dah, haha!
Padahal kalau balik kampung memang akan lalu Bukit Malawati ni
Tapi tak tergerak hati pun nak singgah =p

Banyak kesan-kesan sejarah yang boleh dilawati kat atas bukit tu
Tapi macam biasa, MamaZN taknak turun dari tram! Haha!
Sana sini sinun ada monyet! Sori ZakwanNayli, hehe
Tunggu ada kekuatan dulu...
Masa tu baru bleh berjalan kaki jek & melawat setiap tempat, hehe


Bukit Malawati ni ada sejarahnya
Mengikut sejarah,
Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784)
Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya,
Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang
Telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja
Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu
Telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing
Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan
Sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah


Perigi Beracun
Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung.
Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka


Muzium Permainan Tradisional


Laman Budaya


Makam Diraja
Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:
  • Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
  • Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
  • Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)

Baitulhilal Bukit Malawati - tempat tengok anak bulan :)


Muzium Sejarah Kuala Selangor
Rugi tak pergi sini!
Kena pegi lagi nampak gayanya ni nanti, hehe


Mercu tanda utama Bukit Malawati - rumah api


Sepanjang naik tram tu, ini la antara tempat-tempat yang boleh dilawati
Tapi kami tak turun kat mana-mana pun
Kat area meriam tu pun tak turun gak, haha!
Kat situ lagi banyak monyet!
Siap ada orang jual makanan untuk diberikan pada monyet, huhu!
Sori, takkan turun =p

Banyak lagi sebenarnya tempat yang mempunyai kesan sejarah
Contohnya, Meriam Penggawa, Makam Anak Dara, Tangga Seratus, Telaga Tujuh
Batu Hampar - tempat pancung penderhaka, Bukit Belanda & Kota Malawati tu sendiri

Dah lepas pusing kat atas bukit tu
Tram yang kami naiki lalu plak kat pekan kecik Kuala Selangor
Lalu la deretan kedai lama dan Masjid Pekan Kuala Selangor
Kat masjid ni pun banyak monyet!




Pastu tram tu akan pergi ke Taman Alam & Taman Ikan Air Tawar
Boleh turun kat sini jugak
Tapi lagi sekali kami malas nak turun hahaha!
Ksian ZakwanNayli, dah bersedia nak turun dah dari tram
=p
Nape ntah, macam malas jek nak gi tengok ikan-ikan dalam akuarium tu, huhu




Bila gi tempat-tempat macam ni semacam ada 'perasaan' lain kan
Macam ada 'yang melihat' kita melawat tempat tinggal 'diorang'
Sebab suasana dia suram & redup je kat atas bukit tu
Taktau la kalau MamaZN jek yang rasa camtu, hehe


11 comments:

Mila Ahmad berkata...

Mila pernah pergi tapi tak buat-buat lagi entrynya huhuhu....

Sue-Rya Qistina berkata...

x pernah tau pun ada tempat bersejarah kat situ..hihihi..bole la pegi nnt..insyaAllah

lieyalatif berkata...

lebih 20 tahun? kire okey la tu nad at least sampai jugak...lieya? hahaahahh haram tak penah sampai...tapi selalu dah sgt2 bace cite org...mmg tempat yg menarik....

nad ngan husben ni suke suprise anak2 kan....bagus jek..suke lieya bace....zakwan laa paling hepi tu kan...dpt jalan2 tempat bersejaarah gini....

Zura@Iwan berkata...

bestnya zakwan..
xcited dia ye...
ya la nad..
kalau visit tmpt2 gini..
dia rasa len sket kan..
mybe tmpt sunyi sket..hehe..

Nory Zoulkefle berkata...

byk jugak tempat menarik kat sana ek...nory tak pernah sampai lagi...

Chekgu Azrine berkata...

Dulu ada kursus kt kuala selangor ni..tp xsmpt nk tgok kelip2 kt bukit malawati nih..syg!!

eima berkata...

memula terdetik bila baca ade makam tu pun aku dah pikir gitu ...seram ...

el berkata...

weols dah nah pergi sini
weols siap lepak kat menara tu hat ada bangku tu bagi monyet2 makan
igt lagi danish dokk nk bg monyet makan..sekali monyet2 tu geram sgt sbb lambat kut terus sambar buah kat tangan dia..iols tgk terus jerit2 takut monyet2 tu leh cederakan tgn danish..nasib xde pape..n danish ok je haha

Nana berkata...

kita tingin nak g sini
pernah ajak amrul
tp nanti la kena plan molek2
balik bukit melawati g pekena ikan bakar kt jeram haha tinggi cita2

mama lieyna berkata...

Mula2 tu rasa teringin jugak nak terjah sini, tp bila baca note terakhir tu, hehe.. mcm seram jugak jer..ekeke... klu muzium dlm bangunan, ok sket la kan..

ALoNa CintamaniszLite berkata...

tgk gambar last...nampak kepala zakwan teruja tengok pintu masuk Taman Alam tu...tp sian korang tak pi masuk, hahahaha..

Akak lagi laa tak penah pegi. Kalo pegi pun..mesti naik tram jgk la. Mcm malas jer nak jalan kaki. Tp kalo ikut somi akak..dia kata tak mencabar naik tram...huh!! letih tau...huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...