23 Januari 2014

Masak-Masak | Zakwan Rekues Nak Burger Bakar Lagi! (Resepi)

Cuti Maulidur Rasul aritu terrrrrajin la pulak nak buat burger bakar
Sebenarnya dah lama dah Zakwan dok rekues
Tapi asek adaaa jek halangannya
Adaaa jek alasan Mama dia dari nak buat, huhu!
Last-last, cuti am hari tu baru la berkesempatan nak buat ;)
Seronok sangat la anak bujang tu


Patty kali ni tebal! :)


Sorang satu, hehe...
Sape la yang dah cuit cheese kat patty hujung tu =p



Bila buat macam ni, masing-masing bleh 'hias' burger bakar masing-masing
Haha!
Ikut suka la nak letak apa
Janji, mak nya dah bako kan patty burger =p

Tu PapaZN dah siap-siap letak cheese kat setiap patty burger
Masa patty tu masih panas lagi (baru angkat dari pan)
Terus la cheese tu mencair bila dah letak camtu
:)

Ada yang nak resepi cemane nak buat patty burger tu? ;)
Meh MamaZN share

Bahan-bahan:
Daging cincang  
(yg pek brand Ramly tu boleh dapat 4 biji patty burger)
1 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 biji telur
Serbuk lada hitam kasar
Serbuk roti
(tips : kalau takde serbuk roti, bakar jek roti pastu blender kering)
Serbuk mixed spice 
Garam & Gula secukup rasa
Semua bahan-bahan di atas disatukan dalam 1 bekas
Gaulkan bagi sekata pastu bentukkan jadi patty macam gambar bawah ni
Tips : buat besar-besar dan leper-leper
Sebab masa masak nanti, dia akan mengecut dan menebal
Biarkan seketika dalam peti ais dalam 1-2 jam
Pastu boleh la dibakar kan :)
Untuk aksesori terpulang ikut selera masing-masing
Macam kami 1 famili letak hirisan tomato, salad, cheese,
Moyanis, sos cili & sos black pepper
Memang terangkat! :)


Selamat mencuba! 
 

15 comments:

Rizziela berkata...

sedapnya..blh cuba ni

mama lieyna berkata...

Mengiurkan... yummey... dapnye...
Tk penah buay, bila taktau nk try.. hee

Fiza Rahman berkata...

Rajinnya mama ZN ni.

Fiza Rahman berkata...

Rajinnya mama ZN ni.

Mama Idlan Irsyad berkata...

pergh.. terliur tgk burger bakar naad...

Ayu Zan berkata...

adoi sedap nya.. nak try gak la nanti..

Gieyana berkata...

masak sendiri lebih best kan Nad..look yummy!

Azura Aziz berkata...

wahhh, macam menarik jer.. ok dear, nak try nnt.. tq sharing..

eima berkata...

satu hari nanti aku try guna resepi hang ni nad .. heheh mmg nampak besh nayli mkn ke burger wei ..alisha ngan fahim aku tak reti mkn burger yg depa tau ayam ngan fries je ..huhu

FiZ berkata...

haih..bila la nak buat homemade burger ni...tengok org bt sedapje.

::NureeN:: berkata...

mmg best lah...
nak try tp mgu ni mood mls jerr nak masak2 hehhee

Adlin Mohamad berkata...

cayalah mama ZN ..terbaikkkk

Zura@Iwan berkata...

wahh nad boleh buka kedai ni..hehe
nmpk menyelera la..

Eca Dwinky Asha berkata...

sedapnyaaaaa...
ne tuk org diet mmg sesuai la buat.

el berkata...

lama jugak x wat buger bakar puan nad ni..nak buat malas...nad poskan je lah haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...