03 Januari 2014

Masak-Masak | Puding Sumi Jelly Berkastard

Masa balik kampung utk family gathering haritu
MamaZN ada bawak bekalan puding sumi jelly berkastard

Sebab utama MamaZN buat puding ni
Adalah sebab nak mengabeskan sumi jelly yang sangat banyak kat umah! :)
ZakwanNayli ni pulak jenis yang selagi belum habis, selagi tu la dorang dok mengadap sumi ni
Untuk mengelakkannya, MamaZN pun buat la puding :)

Resepi nya MamaZN google jek
Lupa sudaaa tgk kat blog mana, huhu!


Macam ni la rupanya bila dah siap :)


Bahan-bahan yang diperlukan



Aci la ek MamaZN share resepinya kat sini ^_^

Bahan-bahannya :
Sumi jelly 1-2 bungkus (ikut suka)
Agar2 bertali 1 bungkus
Gula 5-6 sudu besar
Susu cair 1 tin
Tepung kastard 4-5 sudu besar
Air


Cara-caranya :
1. Susun sumi jelly yang yang dah dibuka ke dalam bekas. Ikut suka la nak susun cemana :)
2. Didihkan air dalam periuk
3. Masukkan agar2 dan gaul sehingga dah tak bertali
4. Masukkan susu cair
5. Masukkan gula
6. Masukkan tepung kastard yang dah dibancuh dengan sedikit air
7. Gaul semuanya atas api yang sederhana
8. Bila dah siap, tuangkan agar-agar tu ke dalam bekas yang berisi sumi jelly tadi
9. Sejukkan

Dah siap utk dimakan! :P


Macam ni la rupanya bila sumi jelly tu disusun :)
Tunggang langgang! Haha!



Sudi-sudi la mencuba! :)


15 comments:

syawalsimpsons berkata...

ok nak carik la bahan nak buat ni...

Iela Fazielah berkata...

terliur pulak.... insyaallah leh cuba nnt

ch@ berkata...

confirm, sgt sudi utk membuatnya.
mana buku resipi ni...

Chekgu Azrine berkata...

Kompem ank2 akk suka nih..inshaAllah nk buatla..ngee

Mar Mansor berkata...

sedap mkn sejuk2 kalau ari panas..

Rizziela berkata...

mcm nak buat aja..macam nak buat ajer..tp malas lah plak

eima berkata...

wahh budak2 mesti suka ni...noted nk try utk birthday fahim nanti utk bw pi skool

mama lieyna berkata...

Menarik.. akak pun kt umah byk noo stok sumi, lebihan knduri kawen SIL dl.. bleh try nih :-)

Adlin Mohamad berkata...

simple ..tp malas nk buat hahahha

el berkata...

kalerful tul puding sumi ni
anak2 el ngan suami mmg x mkn puding2 ni..ni lau bg kat jiran2 derang suka kut haha

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ berkata...

nak cuba.. nak cuba
Insha Allah..
tunggguuuu.. =)

Masya berkata...

jemputan kawin skrg bnyk dapat sumi .. mmg buat camni jer senang kalau nak bg cepat habis.. drpd makan gitu jer...

Zura@Iwan berkata...

sng je kan...
nnti nk buat gk..
bila tu? haha..

Fuza Musa berkata...

mohon share ye..

Azmieza Aziz berkata...

Sudu besar tue sudu mkn ke???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...