10 Januari 2014

Masak-Masak | Kek Pisang Gebu (Resepi Mudah & Senang)

Semalam 'roh' kerajinan datang secara tetiba, hihihi...
Maybe sebab petang semalam hujan kot
Tu yang terasa macam nak merajinkan diri utk buat kek =p
(tah, ada kena mengena ke idak tah, haha!)

Actually, dah lama dah simpan resepi ni
Resepi asal dari blog EL (tq tau! :p)
Tapi tak berkesempatan nak cuba sehingga la semalam baru tergerak hati nak buat
Tu pun kebetulan sebab ada lebihan pisang simpan dalam peti ais, huhu!
Sayang nak buang, jadiknya meh la kita mem'baking' :)
 Alhamdulillah sangat menjadik! :)

1st time seumur hidup baru nak buat kek pisang yang sangat simple resepinya
Nak tau?
Meh MamaZN share plak ^_^
MamaZN copypaste dari blog EL




Resepi Kek Pisang

Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri (MamaZN guna tepung gandum)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla (MamaZN tak guna)
4 biji telur
3/4 cawan gula
3/4 cawan minyak masak
Beberapa biji pisang yang telah dilenyek

Cara-cara:
1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat & baking powder
2. Pukul telur & gula hingga kembang (MamaZN guna blender jek)
3. Masukkan minyak masak, esen vanilla & pisang - gaul sebati (MamaZN guna blender jek)
4. Masukkan bahan ke dalam tepung yang dah diayak - kacau sebati
5. Masukkan ke dalam loyang 
(sapu dengan minyak masak terlebih dahulu supaya tak melekat)
6. Kukus dalam masa 30minit - 45minit

Dah siap! :)



Sedap! :)

17 comments:

Petak Bunga berkata...

suka kek pisang.
tambah coklat cips lagi sedap.

mama lieyna berkata...

Rajin... akak dh lama tk buat kek..huu..

FiZ berkata...

nampak gebu je.hr tu dah try,tp xjadi.frust.nnt nk cuba lg la.nmpak sedap ni.

nita berkata...

wah simple jer kan..nampak gebu jer.. mesti sedapkan..
kalau ada rarajinan melanda nak buat jugalah.. hehehe
nanti kita copy resepi kat sini pulak k.. TQ ^_^

eima berkata...

dah lama dah amik resepi tp sekali pun ai tak penah cuba .. hjihihi hang mmg rajin la

Nory Zoulkefle berkata...

memang gebu habis ni...

mesti sedappp kann...nyumnyumnyum

el berkata...

adoyaiii dah lah ujan sini
tgk kek pisang gebu mamaZN lapo terus
huwaaaa nak cari kek pisang nak cari kek pisang :P

syawalsimpsons berkata...

terrer la nad ni...boleh try ni

Fiza Rahman berkata...

Rajinnya ☺☺

Cik Jue berkata...

nampak sedap..mudah pulak tue...
tetiba terpikir barang semua ada kecuali pisang...
esok insayallah "menbaking" kek untuk budak berdua heheheh

Chekgu Azrine berkata...

Hadoiii..sedap tau kek yg kukus2 ni tau

ALoNa CintamaniszLite berkata...

tahniah...mmg rajin.
salute!!! tabik springggg toing..toing..toing!!!! caiyok

LYAfrina berkata...

mmg cantik je nampak tekstur kek ni.. msti sedap..

hawanie berkata...

aduh sedapnya nmpak..nk try la..tapi nak tau beberapa biji pisang tu agak2 dlm brapa biji..sbb tak pandai nk agak..hehe :p

QasehnyaRania berkata...

mmg gebus ni. kek paling sng dibuat kan

Ibu Lala berkata...

Rajinnye. Sbb x suka kek pisang jdnya x ambik kisah pun resepinya. Apa apa pun nmpk sedap tu.

Petak Bunga berkata...

Usha resipi hr ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...