14 Januari 2014

Kenapa Pilih HOMESTAY REGALIA STUDIO?

Assalamualaikum
Salam Maulidur Rasul

Last minute nak join contest by Bro Eyriqazz, huhu!
Harap-harap sempat la menjoinkan diri -___-

Sejujurnya, MamaZN taktau pun pasal Homestay Regalia Studio
Dalam fikiran berpendapat,
'mesti macam homestay yang pernah MamaZN stay sebelum ni'
Berkonsepkan rumah teres / banglo
Ada beberapa bilik & beberapa kemudahan asas disediakan
Sampai la satu ketika, MamaZN terbaca entry di blog Bro Eyriqazz

TQ kepada Bro Eyriqazz
Sebab daripada beliau la MamaZN dapat tau pasal tempat ni
Dari review yang dibuat
Membuatkan MamaZN terus terbayang-banyang dan termimpi-mimpi
Mula la nak berangan
'alangkah bestnya kalau dapat stay 1-2 malam kat sana'
Orang lain bercuti luar bandar, MamaZN plak pilih tengah-tengah kota, hehe
Saje tukar angin :)

MamaZN membayangkan yang kami 1 famili sedang mengembara
Bermula dari Stesen Komuter (Klang) sehingga ke Stesen Komuter (Putra)
Nak lebih thrill, kami tukar tren dengan menaiki tren LRT sehingga ke Stesen PWTC
Memang percutian jimat ni, hehe
Dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam sedia ada :)

Pastu kami berjalan kaki ke Regalia Residence
Check in dulu ke Melrose Room, Homestay Regalia Studio
Lepak-lepak sekejap utk melepaskan lelah
Mesti tenang dan aman damai jek rasa
Ye la, dari gambar-gambar yang dikongsikan
MamaZN dapat rasakan bilik yang disediakan saaaaangat lah selesa :)
Dengan harga bilik RM150 (weekdays) & RM180 (weekend)
Payah kot nak jumpa bilik hotel yang seakan di rumah macam ni ^_^


Katil kelamin & katil single disediakan



 Ruang tamu mini beserta air-cond
Owh! Baby cot pun ada utk keselesaan mereka yang punya bayi! :)



Pernah jumpa bilik hotel yang sediakan mesin basuh? Sini ada, yeay!! :)
Iron board & iron siapsedia di bilik, tak perlu minta lagi :)



Selesa bukan? :)



Dapur mini yang lengkap dengan peralatan memasak
Tapi lebih sesuai la kalau nak masak air atau megi
Kata pun nak bercuti kan? Kita cuti masak la, hehe...



Dah lepak-lepak kejap, masa utk kami 'melawat kawasan' :)
Tak sabar nak menikmati keindahan Regalia Residence
Daripada apa yang dikongsikan
Pelbagai kemudahan ada disediakan di sini
Paling penting, kemudahan sistem sekuriti 24 jam yang disediakan
Itu sangat bagus!
Keselamatan in shaa Allah terjamin :)

Masa utk melawat gimnasium - kot2 PapaZN nak menambah muscle =p
Masa utk melawan kedai runcit - utk membeli kudapan bekalan di kala kelaparan di malam hari
Masa utk melawat playground - ZakwanNayli pasti happy!


Playground utk ZakwanNayli!



Masa utk melawat surau, kedai dobi, ruang rehat yang tenang dan juga taman yang menghijau
Alangkah syoknya rasa!
^______^


Ruang rehat utk bersantai :)
Masa utk bersama famili tercinta ^_^



Dan yang sebenarnya,
MamaZN nak bawa PapaZN dan anak-anak utk alami 1 kejutan!
Hahahaha!!!!!
Mesti diorang suka dengan 'surprise' yang bakal MamaZN nak tunjukkan
Hihihihi...
Apakah ia? :)

Dah tentu la swimming pool!
Ada 2 swimming pool yang disediakan - di tingkat 5 dan di tingkat 37
Boleh la kot-kot nak bermandi manda, kan? Hihi...
Memang itu pun tujuan utama bawak ZakwanNayli datang bercuti
Tempat penginapan mesti ada swimming pool! =D







Dah tentu ZakwanNayli teruja dengan infinity pool
Pemandangan Kuala Lumpur yang sangat indah dari tingkat 37
Wowwwiiiii! Sangat teruja!
Apalagi kalau pemandangan itu dilihat di waktu malam
Alangkah indahnya! =D


Cantik kan?


 Malam pulak, kalau malas sangat nak kluar dinner
Kami makan je kudapan yang dah siap dibeli di kedai runcit tingkat bawah
Sambil bersantai dan bersembang sesama kami
Susah nak dapat suasana macam ni
Almaklum bila hari biasa, masing-masing bz
PapaZN bz dengan kerja
Zakwan bz dengan sekolah
MamaZN bz dengan rutin harian sebagai surirumah (-_____-)

 Bestnya kalau percutian singkat ni dapat kami kecapi
Sedih tau, cuti sekolah bulan 12 yang lepas kami tak ke mana-mana pun, huhu!
PapaZN kerja non-stop!
Almaklum, pekerja baru - kerja shift pulak tu
Tau-tau je la, bila dah kena kerja shift
Weekend @ waktu malam pun kena kerja, hukhuk...!

Kurang rehat, kurang bersama famili - itu la yang selalu PapaZN rungutkan
Cuti tak best, asyik dok rumah - ini pulak yang Zakwan 'zikir'kan
 Kesian pun ada, sebak pun ada
Tapi nak buat macam mana?
Kena la tunggu masa yang sesuai dan bajet yang cukup

Alangkah bestnya alangkah terujanya
Kalau MamaZN sebagai surirumah & part time blogging ni boleh hadiahkan sesuatu utk mereka?
Kalau la MamaZN berjaya dalam contest ni
Sudah tentu hadiah ni hadiah terindah sebab dapat dinikmati bersama keluarga
Lagi manis, bila anniversary kami bulan 12 yang lepas pun tak celebrate lagi
Boleh la dijamakkan sekali, hehehe ;)

 PapaZN pun tentu tak kisah kot
Kalau 'lepaskan' MamaZN bershopping ke shopping mall yg dekat-dekat
Hihihi...
^_^
Tak gitu, Papa? =p



Akhir kata,

R - Rumah inap (homestay) yang selesa di tengah kota
E - Exclusive & worth to pay
G - Gaya moden & trendy
A - Atur susun terkini & sedap mata memandang
L - Lokasi strategik & banyak kemudahan
I - Infinity pool - sebab utama! weehuuu!
A - Anda pasti teruja! :)



Untuk info lanjut, boleh rujuk sini ye:

Gambar-gambar diambil di sini.
Terima kasih pada HomestayRegaliaStudio

14 comments:

mama lieyna berkata...

Good luck nad... in sha Allah.. menang! :-)

::NureeN:: berkata...

gd luck...
tp mmg serius arr homestay ni, terbaekkk lah

Zura@Iwan berkata...

best n3 nad..
ada chance nk dpt nie..hehe
neway..good luck ye..

syawalsimpsons berkata...

gud luck..moga ada rezeki

QasehnyaRania berkata...

menarik n3 ni. setakat ni baru dua peserta yg sy kenal joined. so, good luck sis. smga ada rezeki anak anak aamiin

Sidratul Muntaha berkata...

all the best

el berkata...

cantik lah cadar katil pink tu hahaha
mmg marveles hotel ni
gud luck nad

lizz berkata...

good luck nad moga berjaya k...

Sweetmama berkata...

Good Luck Nad,

ada jgk baca N3 ttg homestay ni di blog bro eyriqazz, mmg menarik sgt homestay ni..cantik dan kemudahan pun lengkap..

kastari multimedia berkata...

Silahkan kunjungi WEB kita kakak :-)
buat anak-anak kakak yang mau belajar

https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

eyriqazz berkata...

thanks sis sudi join..quite nice entry...

memang susah la saya nak pilih pemenang camni..

Masya berkata...

Good luck nad...

Nory Zoulkefle berkata...

gudluck kak Nad...

CikLily Putih berkata...

good luck ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...