10 Januari 2014

Jom Menjemput Rezeki! ^_^

Assalamualaikum :)

Lama dah tak membeli buku untuk diri sendiri
Asyik beli utk ZakwanNayli jek
Hari tu pi Setia City Mall, singgah MPH jap
Tergerak hati nak beli buku ni
Lepas baca kat blog/instagram Kak Ayu
Rasanya ramai dah kawan-kawan blogger yg ada buku ni, kan?


Mudahnya Menjemput Rezeki
Penulis : Fathuri Salehuddin
Harga : RM18


Untuk 2013 jek, 8 kali diulang cetak! Sangat laris! Kagum!


Penulisan yang simple dan senang untuk difahami
Banyak manfaat dan terkesan lepas dah baca buku ni

Salah satu petikan yang buat MamaZN 'terbuka minda'
Tak perlu susah-susah untuk 'mencari' rezeki
Sebab kita taktau 'dia' di ceruk mana
Tapi 'jemput' la rezeki tu datang
Dengan mudah rezeki tu sendiri akan hadir pada kita

Lebih kurang camtu la ayatnya :) 

Memang mudah cara-cara menjemput rezeki
Bagaimana cara nak jemput?
Perbaiki solat, banyakkan berzikir, lakukan Solat Tahajjud & Solat Dhuha
Tak lupa jugak dengan bersedekah & membaca Al-Quran
Ada lagi, tapi itu adalah antaranya la :)
Terpulang pada diri kita je sama ada bila nak mulakannya 
Dan macam mana nak 'maintain'kannya
Betul tak?
In shaa Allah, sama-sama kita perbaiki diri, k! :)

Lagi 1 yang ditekankan dalam buku ni
Persepsi kita pada 'rezeki' itu sendiri
Ramai sangat yang beranggapan rezeki tu dalam bentuk harta & wang ringgit
Tapi sebenarnya luas maksud rezeki ni
Rezeki ni boleh datang sama ada dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan, ilmu dan idea
Anak-anak juga rezeki, keupayaan utk bekerja itu rezeki, taufik dan hidayah juga rezeki

Masing-masing ada hak masing-masing
Tak perlu la nak jeles @ iri hati pada mereka yang lebih dari kita
Berusaha la selagi boleh
Rezeki tetap ada cumanya sama ada cepat atau lambat
Kena yakin dengan janji Allah dan banyakkan bersabar :)

Dan sebenarnya dalam kehidupan kita seharian
Apa yang kita miliki tidak semestinya menjadi rezeki untuk kita seorang
Contoh macam gaji la kan
Sebulan dapat gaji RM sekian-sekian jumlahnya
Lepas dah bayar sana sini, beli itu ini, belanja macam-macam
Berapa banyak je yang sebenarnya betul-betul tinggal utk kita?

Tu antara kupasan yang ada dalam buku ni la

Bagus buku ni
Ada masa cuba la cari
Takpun try beli secara online kat mphonline
Tak rugi simpan buku ni sebab boleh dibaca seisi keluarga
Dan diulang baca bila-bila masa :)

MamaZN ni takde la elok mana sangat pun
Masih banyak perlu diperbaiki
Tapi benda baik macam ni elok la kita kongsikan bersama kan?
Sharing is caring ^_^


Faham kan betul-betul :)



 p/s:
Selamat Hari Lahir yang ke 59 utk NenekZN hari ni! :)

8 comments:

Myra Jay berkata...

Myra ada yang Mini, lepas ni nak beli yang full version plak :)

Memang mudah menjemput rezeki kan :D

PUANSTOBERI berkata...

TU ARI MASA G PESTA BUKU DAH NAK BELI, TP TAK TERBELI, CARI KAT BOOKSTORE DAH TAKDE.. TP NATI NAK BELI GAK. HIHI

syawalsimpsons berkata...

happy bufday nenekZN..kan rezeki tu di mana2 saja ada kan..sama ada nampak atau tidak..sama ada kiter berusaha atau tidak kan

Sue-Rya Qistina berkata...

saya juga menjual buku MMR ni, dah sold out kesemuanya. tapi versi mini RM1.80 shj. hehehehe

eima berkata...

tu la kadang tu kita lupa ngan kerja Allah kan ..semua Dia yg tentukan .. antara kita beryukur atau tidak je ....

Fiza Rahman berkata...

Nak beli juga nnt buku ni.

Happy birthday utk nenek ZN.

LYAfrina berkata...

tq for sharing..agak mnarik buku ni.. nanti nk cuba cari jugak

QasehnyaRania berkata...

happy birthday nenek ZN
thanks sharing kena cari jugak la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...