16 Januari 2014

Allah Maha Mendengar | Rezeki Zakwan Di Hari Maulidur Rasul

Bila terkenangkan balik kisah kelmarin
Macam ada rasa 'sesuatu' dalam diri ini
Taktau nak gambarkan cemana...
Memang Allah itu Maha Mendengar 
Dia mendengar 'doa' Zakwan

*****

Zakwan ni sejak pindah Klang
Ada masa-masanya dia akan bercerita pasal sekolah lama
Pasal kawan-kawan lama
Pasal Radiah la (yg ni slalu!), pasal Aqasha, pasal Alif Haziq
Pasal apa yang cikgu-cikgu pernah ajar
Kita ni pun paham la...
Kalau tetiba jek dia bercerita pasal menda-menda tu
Maknanya dia rindu la tu

Mana tak rindu...
Kadang tu bila tersinggah BSP, mesti Zakwan ajak tengok sekolah lama
Orang tua-tua cakap
Dapat tengok bumbung pun jadik la...
Ha, macam tu la Zakwan ni

Kengkadang tu rasa sebak pun ada
Rasa macam bersalah pun ada 
Sebab pindah ni, Zakwan & kawan-kawan terpisah
T_____T

Nak dijadikan cerita
Masa cuti Maulidur Rasul hari tu
Tah cemana Zakwan tergerak hati nak main kat porch
Biasanya dia suka tengok tv jek
Tetiba ada sorang budak yg tengah main kat luar tu tegur
'Eh, awak Zakwan kan? Nama awak Zakwan kan?'
'Kenapa awak tak sekolah Alif Ceria lagi?'

MamaZN yang kat dalam pun terus kluar ke pintu
Nak tau siapa pulak kawan Zakwan tu
MamaZN tanya la Zakwan, 'Zakwan kenal ke? Kawan tadika baru ke?'
Sebab tak berapa jelas mula-mula apa yang budak tu tanya

Pastu Zakwan cakap, tu kawan sekolah lama
Masa tadika kat Alif Ceria, namanya Aqasha!
SubhanAllah! MashaAllah!
Tak sangka sangat-sangat-sangat yang Zakwan dapat jumpa lagi kawan lama dia!
Kawan yang selalu disebut-sebut namanya plak tu! :D
Tu la asek dok teringat jek, dah jumpa pun sekarang 
Allah perkenankan kata-kata Zakwan nak jumpa kawan lama ^_^


Zakwan & Aqasha :)



Allah! 
Betapa seronoknya MamaZN tengok Zakwan main sama-sama dengan Aqasha
Kalu tak sebelum ni, Zakwan mana penah main dengan budak-budak lain
(takde budak pun, yg lain semua dah besar - sekolah rendah)
Nak gi taman pun kena tunggu PapaZN balik
Tak pernah lagi Zakwan dilepaskan pegi sorang-sorang

Rupa-rupanya Aqasha & famili datang rumah sepupu dia
Dok sebaris dengan rumah kami - ada la selang 4-5buah rumah
Keciknya dunia! =)

Lepas ni, kot Aqasha datang rumah sepupu dia lagi
Dapat la Zakwan jumpa Aqasha jugak
Boleh la dapat tau perkembangan terbaru kawan-kawan kat Alif Ceria =)


9 comments:

Sidratul Muntaha berkata...

doa anak kecil mana ade hijabnya Nad..
subhanallah

lieyalatif berkata...

alahai sweet plak bace nad...ye laa zakwan ni lieya tgk permikiran die matang....mesti terase bile kawan2 lame dah takde....tapi akhirnye telepas gak rindu bile dpt jumpe balik ngan best fren die .....hilang rindu gitu hehehehe...

moga sampai ke besar laa mereka berkawan baik...

Fiza Rahman berkata...

Alahaiiii...tumoang seronok juga nad. Dpt juga zakwan jumpa kawan yg dirindui tu.

syawalsimpsons berkata...

alahai sweetnya citer zakwan ni kan...allah perkenankan doa zakwan...baguih la

el berkata...

hehehe seronok lah tu dpt jumpa kwn lama..mcm danish lah..ritu dah abis pra sekolah..ada gak lah dia dok cite psl kwn2 dia..one day weols pi mkn kat mekdi..tiba2 danish dok jerit..vicky vicky..iols pun toleh2..tgk kwn dia ..hahah sembang ntah ape..mcm2 danish dok cite hahaha..kelakar sgt..seronok tgk budak2 ni

lizz berkata...

waaa...memang termakbul doa zakwan akhirnyer dapat jumpe kawan lama...kemain ceria zakwan dapat jumpa kawan lama yer...dapatla hilangkan rindu..

Zura@Iwan berkata...

alhamdulillah..
dpt berjumpa kwn lama yg zakwan duk sebut..
Allah perkenankan "doa" zakwan..
speechless kan nad...
sian kn kdg2 kt ank kita..kalau dh tpksa pindah...kena amik masa dia nk sesuai tmpt baru...
tk per nad sbgi ibu..bg smngt kt zakwan...inshaAllah lama2 dia ok..

Cik Jue berkata...

ala sweetnya zakwan...
seronok dapat jumpa kawan lama ye...

Lily@MamaZaraZareef berkata...

amboi..bukan main happy zakwan dpt jumpe kwn lame ehhh..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...