Hari tu ingatkan nak bawak ZakwanNayli gi jenjalan ke muzium area Klang
Zakwan ni kan suka bab-bab sejarah, pi muzium bagai ni
Dah dia rekues, saje la nak turutkan
Lagi elok dari dia ajak pi tempat-tempat yang banyak guna duit kan?
Hehe
Masa survey kat google
Banyak gak tempat yang boleh dilawati kat Klang ni
Macam Kota Raja Mahadi, Galeri Diraja, Muzium Timah
Tapi sayang la, takde tunjuk lokasi nya kat mana
Kami pun aci redah je ikut signboard yang ada
Huhu! Tak jumpa!
Last-last PapaZN ajak kami ke Bukit Malawati
Saje jenjalan ke arah Kuala Selangor sana
Dari Klang makan masa 1 jam gak la
Zakwan dah mula nak nangis dah sebab tak sampai-sampai muzium lagi
MamaZN cakap, tunggu la ada surprise utk ZakwanNayli ni
Baru la dia macam tak sabar-sabar nak tau
Bila sampai jek, teruja la 2 beradik tu tengok ada tram/keretapi
Tak sempat-sempat nak naik kekdahnya
MamaZN ni takmo memula
Sebab takuttttt! Area sana banyak monyet itam!!!
Ntah xtau la monyet ke lotong ke
Janji haiwan berbulu tu la! Gerun jek, huhu!
Demi kesian punya pasal kat anak-anak
MamaZN terpaksa mengalah uwaaaaa!
Asyik pegang PapaZN jek la kekdahnya sebab takut kena terkam! =p
Tram ni la yang ZakwanNayli nak sangat naik
Boleh je sebenarnya nak jalan kaki naik ke atas bukit sana
Tapi malas melanda, dengan takut kat monyet punya pasal, haha!
Harga tiket naik tram ni ada 2 harga :
[1] 8pagi-5ptg : Dewasa RM5 / Kanak-kanak RM3
[2] 5ptg-6ptg : Dewasa RM2 / Kanak-kanak RM1
Harga berbeza sebab yang [1] tu tram jalan sampai ke Taman Ikan Air Tawar
Yang sejam kul 5 sampai 6 tu tak sampai sana - tu sebab murah
Sebelum naik beratur dulu, huhu
Tapi ada jek yang kurang kesedaran sivik
Main potong line bagai! Nyampah betul!




Last MamaZN sampai Bukit Malawati ni rasanya masa umo 5-6tahun kot!
Giler la!
Lebih 20tahun dah, haha!
Padahal kalau balik kampung memang akan lalu Bukit Malawati ni
Tapi tak tergerak hati pun nak singgah =p
Banyak kesan-kesan sejarah yang boleh dilawati kat atas bukit tu
Tapi macam biasa, MamaZN taknak turun dari tram! Haha!
Sana sini sinun ada monyet! Sori ZakwanNayli, hehe
Tunggu ada kekuatan dulu...
Masa tu baru bleh berjalan kaki jek & melawat setiap tempat, hehe
Bukit Malawati ni ada sejarahnya
Mengikut sejarah,
Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari
tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784)
Setahun kemudian pada 28 Januari
1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya,
Dato' Penggawa Permatang
Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang
Telah
menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja
Serangan yang bermula
selepas waktu Isyak itu
Telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar
subuh menyinsing
Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah
pegawai-pegawai tinggi kerajaan
Sebuah rumah rehat, rumah api dan
kesan-kesan sejarah
Perigi Beracun

Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung.
Airnya diisi sehingga paras dagu sebagai penyiksaan kepada penderhaka
Muzium Permainan Tradisional
Laman Budaya
Makam Diraja
Makam Diraja Selangor ini terdiri dari 3 makam Sultan Selangor iaitu:
- Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
- Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)
- Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)
Baitulhilal Bukit Malawati - tempat tengok anak bulan :)
Muzium Sejarah Kuala Selangor
Rugi tak pergi sini!
Kena pegi lagi nampak gayanya ni nanti, hehe
Mercu tanda utama Bukit Malawati - rumah api
Sepanjang naik tram tu, ini la antara tempat-tempat yang boleh dilawati
Tapi kami tak turun kat mana-mana pun
Kat area meriam tu pun tak turun gak, haha!
Kat situ lagi banyak monyet!
Siap ada orang jual makanan untuk diberikan pada monyet, huhu!
Sori, takkan turun =p
Banyak lagi sebenarnya tempat yang mempunyai kesan sejarah
Contohnya, Meriam Penggawa, Makam Anak Dara, Tangga Seratus, Telaga Tujuh
Batu Hampar - tempat pancung penderhaka, Bukit Belanda & Kota Malawati tu sendiri
Dah lepas pusing kat atas bukit tu
Tram yang kami naiki lalu plak kat pekan kecik Kuala Selangor
Lalu la deretan kedai lama dan Masjid Pekan Kuala Selangor
Kat masjid ni pun banyak monyet!
Pastu tram tu akan pergi ke Taman Alam & Taman Ikan Air Tawar
Boleh turun kat sini jugak
Tapi lagi sekali kami malas nak turun hahaha!
Ksian ZakwanNayli, dah bersedia nak turun dah dari tram
=p
Nape ntah, macam malas jek nak gi tengok ikan-ikan dalam akuarium tu, huhu
Bila gi tempat-tempat macam ni semacam ada 'perasaan' lain kan
Macam ada 'yang melihat' kita melawat tempat tinggal 'diorang'
Sebab suasana dia suram & redup je kat atas bukit tu
Taktau la kalau MamaZN jek yang rasa camtu, hehe