31 Disember 2013

Corat Coret 2013

Hari terakhir untuk 2013
.....

Macam-macam cerita sebenarnya utk 2013 ni
Ada suka, ada duka
Ada happy giler-giler, down sampai tahap stress pun ada

Memang kebanyakannya banyak yang takbest :p
Dari awal tahun sampai la nak ujung-ujung
Takde la sepanjang masa takbest
Ada jugak perkara yang best-best :)
Yang best-best tu la yang penah share kat sini
Yang takbest plak ada 2-3 citer jek share
Lelain banyak ai pendam :)

-Citer nak pindah umah tapi xjadi
-Citer keguguran
Itu ANTARA citer yang takbest
Ada jek lagi tp xyah la kot nak share :)

Citer yang best banyak gak :)
-Tahun pertama zakwan sekolah
-Cuti-cuti Malaysia
Antaranya
Gold Coast Morib, Taiping, Melaka & Kelantan
Tu pun ANTARA citer yang best la utk tahun ni

Dan citer terbaru yang best
Zakwan mula sekolah kat tmpt baru
PapaZN pun bakal tukar tempat kerja yg baru next week :)

Bila dok pikir sensorang
Ada sebab kenapa Allah selalu bagi menda2 takbest tu
Antaranya mungkin :
Supaya kita sentiasa lebih beringat
Supaya kita lebih bersedia
Supaya jadikan pengajaran
Dengan harapan takkan lakukan perkara yang sama di masa akan datang
Supaya sentiasa bermuhasabah diri

In shaa Allah
Untuk 2014 nanti moga banyak perkara baik-baik yang berlaku
MamaZN tak letak azam sempena tahun baru ni
Cumanya berharap dapat menjadi anak, isteri & mama yang lebih baik

Yang paling utama, nak sentiasa 'dekat' denganNya
Almaklum, kadang tu asyik sangat dengan hal dunia kadang buat kita leka & alpa (-____-)

Selamat Tahun Baru buat kawan-kawan semua!
Moga 2014 nanti banyak perkara baik-baik & elok-elok utk korang jugak
Apa yang tak best kita jadikan panduan dan pengajaran
Moga kita semua sentiasa diberkati & dirahmati Allah SWT

TQ All! :)
Jumpa next year! (esok la tu, hehe)

JJCM | Makan Nasi Arab @ Ya Hanana Cafe, Klang

Kat tempat tinggal kitorang ni
Ada 1 kedai baru bukak - baru sebulan je dia bukak
Macam cantek dan bersih je kedai nya
Tu yang terasa nak try makan kat sini
Lagi 1 sebab kenapa nak try makan kat sini
Sebab menu utamanya adalah Nasi Arab :)


Nama kedai ni Ya Hanana Cafe
Terletak di Jalan Shapadu, Klang


Tempat baru, orang pun tak ramai yang datang
Masih ramai yang belum tau kewujudan kedai ni kottt
Kot la ;)


Simple but nice :)


Kat sini dia sediakan 3 tempat makan
1 tempat berbumbung
1 open-air
Lagi 1 ala-ala wakaf - duduk bersila


Mula-mula kami duduk kat area open-air


Sekali hujan daaa... Pindah dok kat wakaf :)


Malam tu PapaZN nak try makan Nasi Arab - RM12.50


PapaZN cakap sedap! Portionnya ok la utk makan sorang
Takde la banyak macam kat kebiasaan kedai makanan Arab yang lain
Tapi kalau nak set large pun ada jugak
No hal punya :)


Zakwan pulak nak makan burger - RM4


MamaZN plak nak try chicken chop - RM9


Rasa biasa-biasa je, not bad la
Takde la tak sedap langsung
Cuma malam tu brokoli & carrotnya tu 'hidup' lagi, hehe
Tak berapa masak & masin! =p

Nayli plak makan fries - RM3.50

Total kami makan malam tu RM34.50
Ok la kot
Boleh try makan sini lagi pasni
Kalu tetibe termengidam nasi arab bleh jek terjah datang sini, hehe
Dekat plak tu dgn umah
:)



Gambar Famili Di Kalendar 2014 :)

Tak sampai 24 jam lagi
Kita akan ke tahun yang baru 2014
In shaa Allah
Kejap jek rasanya kan?
Ehhh, dah hujung-hujung memang kita terasa kejap je dah masuk tahun baru
Cuba awal-awal tahun, mesti kita cakap lama lagi ;)

Elok plak di ambang tahun baru ni
MamaZN dapat hadiah dari EB
Dapat kalendar dengan muka sendrik di sitewww, haha!
Mak excited banget! :)
TQ EB!




Dah jadikan kalendar meja camtu
Kena la letak tinggi-tinggi sket
Kang tak pasal-pasal Zakwan buat main jadikan tangan transformers! Haha! =p




MamaZN pun dah ingat-ingat lupa dah dapat hadiah ni sebab apa
EB cakap sebab ada komen kat salah satu entry di blognya
Alhamdulillah, dapat jugak
Ramai gak rasanya yang dapat kalendar ni, kan?
:)

Kalu ada yang berkenan, bleh la PM laju-laju kat EB
Kot-kot la nak buat tempahan :)
EB ada amik order ^_^


p/s:
Weee! Boleh la merancang cuti-cuti Malaysia 2014 plak :)


30 Disember 2013

JJCM | Family Gathering @ Restoran Mr. Steak, Shah Alam

Bila ek... Jap nak ingat =p
Emmm, okeh dah ingat dah! 
Masa 13 Disember yang lepas
Ehhh, dah 3 minggu dah baru nak up citer ni, haha! =p
Ampunnnnn!

Okeh, 13 Disember yang lepas AtokNenekZN datang KL
AtokZN ajak together gather
Saje la nak kumpul 1 famili
Susah nak jumpa semua sekaligus
PapaZN ni lagi la, dah la keje tak tentu masa skrg ni
Jadiknya dah set 1 date utk kami bergathering
Lokasinya pulak kat Restoran Mr. Steak, Laman Seri Business Park Shah Alam
Lagi 1 tujuan kami bergathering ni 
Sebab nak meraikan Aunty Yaya yang dah lulus periksa
Periksa pebenda tu idak la MamaZN arif sangat
Tapi ada la test utk orang gomen ni - test naik pangkat kot! =p
Haha! Belasah la labu =p

Macam biasa, kami la yang sampai paling lambat, huhu!
Orang lain dah selesai makan dah kot!
Nak buat cemane, janji kul 8.30 malam
Tapi PapaZN balik keje kul 8 malam!
Terpaksa la mintak excuse
Janji dapat berjumpa kan ;)


Lengkap sepupu yang ber-5 :)
Memang havoc-havoc-havoc!


Mintak maaf, kualiti gambar sangat la kureng!
Henpon cap ayam la katakan, huhu!
Tapi ada hati lagi kan nak tepek kan kat sini, muahahaha! =p

1st time kami ke restoran ni
Aunty Yaya la yang suggestkan sebab dia mmg dok Shah Alam :)
Not bad la restoran ni
Luas, selesa pastu macam ala-ala open-air pun ada, hehe
Tapi gelap sket la - kurang pencahayaan
Penah masuk JJCM gak - sbb nampak 'plak' JJCM kat dalam kedai :)

Kami datang lambat
Datang-datang lepas salam-salam, terus makan, hahhaah!
Sebab awal-awal dah mintak dorg order kan =p
Malam tu kami makan ala-ala western
Rasa makanannya, so-so jek
Takde la sedap sangat - pendapat peribadi MamaZN
Tapi nak try boleh jek
Selera kan ikut tekak memasing :)





Chicken chop yang sangat cenonet! ;)


Harganya ok la... Takde mahal, takde murah sangat


Ni plak alamat kedai 
MamaZN google sebelum nak pegi malam tu
Almaklum, first timer la katakan :)


Nampak sedap kat dalam gambar ni
Tapi awat malam tu tak dapat camni pun?
Haha!

Tu la citer kami bergathering
Payah sungguh nak cari masa yang semua pun available
Tu pun dapat kejap je, huhu!
Moga ada masa yang lebih utk berkumpul 1 famili lagi camni di masa akan datang... :)



p/s: 
Dapat komen negatif daripada Cik Anon
PapaZN kata, 
Takpe biar je...
Lagi banyak dapat komen2 negatif camtu
Lagi buat kita 'kuat' hadapi sebarang kemungkinan next time
Ye la, dah TERbiasa dapat komen positif jek (t_____t)
Sentap gak memula, sbb takleh ke guna bahasa yg elok sket?

Simple Birthday Celebration Untuk Nayli :)

Assalamualaikum
Selamat pagi! :)

Tanggal 25 Disember 2013 yang lepas
Budak kecik banyak akal ni genap 2 tahun umurnya
Best betul, birthday Nayli sama ngan cuti Krismas :)
1 Malaysia cuti public holiday sbb 'sambut birthday Nayli', haha!
Mak Nayli plak 1 negeri Perak cuti, hehe
Sebab sama dgn Hari Keputeraan Sultan Perak =p
Hahahaha, ngade tu pun nak citer kan, kikikiki!

Hari tu kami dah plan nak celebrate birthday Nayli
Ala, takde gempak mana pun
Sama jek kluar, macam weekend-weekend biasa sebelum ni
 Cumanya, hari tu kena layan Nayli bak princess la konon, hehe
Sebab birthday dia kannn, kasi chance la, haha! =p

Pagi-pagi semua dah cargas bangun dah
Bersiap bagai semua, kul 9 dah gerak kluar dari rumah
Kami breakfast dulu kat 'port' feveret kami ni


Princess of the day! :) 
Hepi kemain lagi dia :)


Dalam kul 10 baru gerak ke destinasi
Dekat jek pun, pegi Setia City Mall je, hahaah!
Jadik la ye Nayli
Kang kita sama-sama claim cuti-cuti @ hadiah lain kat Papa ek
Mama pun nak claim hadiah anniversary aritu, hehe
Pegi awal-awal pagi camni, parking pun bleh pilih mana nak
Banyak kosong katakan, hehe
Memang gini pun cara kami
Pegi awal pagi, tengah hari dah bleh balik umah berehat 
Plan pertama kami, bawak ZakwanNayli tengok movie
Citer pilihan dah tentu-tentu la citer yang diorang nak tengok, huhu!
Kami pi layan movie Frozen
Tiket dah booked awal-awal, takmo buang masa beratur panjang :)


Alololo, hepinya dia nak tgk movie!
Mak nya pun join sama hihihi ^_^


Tiket dah booked awal
Tinggal scan barkod jek nanti - sonang! :)


Citer pasal movie Frozen
Mulanya kami takmo tengok
Tapi sebab ramai kawan-kawan update kata citer ni best
Terus teringin nak tengok jugak
Memang best pun! 
5 bintang! :)
Zakwan dok tergelak-gelak je bila ada part kelakar
Nayli plak tak tido sepanjang citer tu ditayangkan
Biasanya dia tido, tapi tak plak kali ni
Maknanya best sangat la tu, haha!
Bila part lagu 'Let It Go', dua-dua budak ni pun nyanyi sama :)


Kami yang happy! :)
Nayli dah start wat muka dahhhhh... =p


Lepas tengok movie, kami masuk Parkson kejap
Hajat dihati nak carikan hadiah utk Nayli
Jadiknya, kami lepaskan jek la dia tengok apa yang dia nak
Dengan harapan, biar la dia pilih yang murah-murah, hahahaha!
Dasar makpak 'kedek' =p
Bukan la berkira sangat... 
Tapi kalu boleh, biar la mainan yang Nayli pilih tu
Mainan yang memang dia suka nak main
Takmo la main 2-3 kali, pastu simpan elok-elok dalam kotak
Camtu yang takmo tu


Jadiknya layankan aje la dulu, mana Nayli nak pegi
Kejap kat mainan baby doll ni


Lamaaaaa dia tenung, tapi lepas tu terus dia blah pi tempat lain


Nayli asek pegang mainan tu jek
Tapi kami tak berapa gemorrr sangat
Harga RM40 tapi sejibik sejibun macam kat pasar malam punya
Kat pasar malam baru RM10
Sama jek pun fungsinya pun


Abg Zack pun nak memilih mainan jugak? Birthday siapa ni..? Hehe


Last-last, memang takde beli apa-apa pun
Haha!
Lenkali la pi cari kat tempat lain
Lagipun kat Parkson tu tak banyak pilihan toys
Dah berjalan-jalan kejap, baru la kami nak pi cari makan :)
Time tu dah pukul 2
Giler ramai orang!!! Sesak!


Kami pi makan kat Secret Recipe
Mulanya nak order macam-macam
Tapi Nayli dah mula wat perangaiii....!
Time dia tido sudah sampai, mula la dia mengaruk tak abes-abes!
Jadiknya kami order kek 2 slice, aiskrim 2 mangkuk ngan air
Tu jek pun, tu pun dah kena RM39 T____T


Budak bulat mau makan kek sebeday =p


Birthday 2 tahun, kek pun 2 slice
Hehe
Tengok mata dia 'daring' Abang Zack =p



Lepas makan, terus balik umah

Tu je la citer celebrate bday Nayli ^_____^
Biasa-biasa jek kan?

Nanti la, nak carikan jugak hadiah nya tu
Tapi taktau nak kasi apa
Any idea?



29 Disember 2013

Weekend Terakhir 2013

Assalamualaikum
Tetiba rajin plak nak pokpekpokpek kat sini
Hehehe...
Berakhir la sudah hujung minggu terakhir untuk 2013
Mesti masing-masing bz dengan hal famili
Ada yang masih bercuti-cuti
Ada yang sibuk bershopping last minute utk anak-anak
Aiii, kami ni tak shopping apa2 pun lagi untuk Zakwan! :/
Tak kurang juga yang terpaksa menjaga anak2 kurang sihat
Kepada Izz (Sue Syawalsimpsons), moga cepat sembuh ye sayang!

Di kesempatan ini, MamaZN nak wish
Happy 2nd birthday pada 28/12 yang lepas! :)
Kepada Ashraf Hakeem (Mamalieyna) & Dhiya (Kak Izan Sweetomoide)
MamaZN ingat sbb dorg ni geng Nayli (due bersalin dekat-dekat)
Mak-maknya plak geng MamaZN masa menjadi mak buyung hihihi
 
Minggu depan bermula la hari-hari sibuk
Anak-anak mula bersekolah!
Termasuk la kami
Zakwan dah mula bersekolah 2 Januari 2014
Diharapnya dapat la dia sesuaikan diri kat tempat baru nnt

Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan berjalan lancar, hendakNya...


 gmbr budak omey ni sekadar hiasan :)





28 Disember 2013

2nd Trip To Kelantan | Dinner @ Restoran D' Klasik White Coffee, Wakaf Che Yeh

Abes dah citer short trip ke Kota Bharu
Ni last entry ;)

Lepas amik AtokZN balik dari seminar
Kami singgah Restoran D' Klasik White Coffee untuk dinner
Lokasinya terletak di Wakaf Che Yeh
Dekat gak la dengan pasar malam tu
Memang  nak cari tempat makan area dekat-dekat dgn homestay
Kesian plak kat AtokZN penat berseminar siangnya tu



kredit  pic : dklasik.blogspot.com


Kat sini macam-macam makanan ada
Nak goreng-goreng ke, western ke
Tapi petang tu kami semua pilih western
Kemain lagi kan? Hihihihi...




Air AtokZN paling best antara kami semua, hihihi


Mushroom sup utk ZakwanNayli & AtokZN
Cicah ngan garlic bread



Ni PapaZN punya sizzling steak ke ape tah namanya, haha! Lupa! =p
Sorry to say, PapaZN cakap daging liat & tak sedap


AtokZN makan fish & chips - cam sedeyyy jek nengok kan? ^_^


Ni MamaZN punya chicken chop - not bad la rasa dia


Pilihan menu yang ada



So far, ok la - boleh tahan
Nak kata sedap sangat tu idak la
Tapi kalu nak merasa, boleh je pi makan kat situ :)
Bagi kami aritu agak pricey gak la huhu - total RM65
Ate, nama pun makan ala-ala western kan?
Hihi, terima jek la ;)


27 Disember 2013

Nayli Nak High Heels! | Anak Dara Mama Dah Besar! ^_^

Alolololo.....!
Anak Mama sorang ni dah beso!
Padahal baru jek celebrate 2nd birthday, 25/12 baru-baru ni :)

Kalau baru lepas mandi, pandai dah pilih nak pakai baju apa
Sama gak la kalau nak luar berjalan-jalan
Memilih!
Mulut pokpekpokpek, tapi MamaZN paksa gak pakai baju yg dia tak berkenan tu
Haha! =p
Biasanya, baju kaftan dengan dress - 2 baju ni memang dia tak suka pakai, hehe
Tapi sape lagi nak pakai, kena paksa la jawabnya =p

Sekarang ni pandai dah dia
Kalau main kat laman umah, takmo pakai selipar sendrik
Mesti nak cari kasut mak dia
Almaklum, kasut mak dia cam ada tumit sket, so cam tggi sket la kan
Pandai dia diam-diam amik dan pakai
Kemain dia suka ber'high heels' skrg ni
^_____^

Ni aritu, masa jenjalan ke AEON Bukit Tinggi
Masuk kat kedai Cotton On
Nayli bleh plak nampak sandal kayu ni
Kemain la dia suruh MamaZN pakaikan
Kelentung kelentang bila berjalan
Suka bebeno la tu ;)


Elok plak ada saiz Nayli ;)



Ehhh, wat muka comel plak dia! :)


Takmo tanggal!
Menanges Nayli bila MamaZN nak bukak balik sandal tu
Nayli ingat PapaZN nak belikan kasut tu, huhu!
Sori Nayli
Tak dapek la dek non, hihihi...
Harganya RM69! Takpe, baik beli menda lain, huhu!
Dah la budak kecik ni cepat membesar
Pastu sandal jenis bertali, macam susah je nak pakai & nak bukak
Tunggu la bebila Papa dah terbukak hati nanti nak belikan ye :)
Nanti Mama carikan yg murah-murah sket ye Nayli =p


2nd Trip To Kelantan | Bercanda Di Pantai & Melawat Muzium - Requested By Zakwan :)

 Sebelum ke KB, Zakwan rekues nak pegi pantai 
Sebelum ni pegi pantai jugak tapi dia tak puas

Makanya pagi hari ke-2 di KB kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Sebenarnya, sebelum tu MamaZN ada gak baca berita
Yang jalan ke PCB ni ditutup sebab banjir
Kami risau gak memula, tapi bila memandangkan cuaca macam ok jek
Kami teruskan perjalanan
Alhamdulillah banjir dah surut
Tapi bekas-bekas banjir tu masih ada lagi la
Contoh macam sampah-sampah, lumpur
Dorang masih kumpulkan kat tepi jalan & lori sampah belum datang kutip lagi time tu

Bila dah sampai PCB, seronok rasanya dapat hirup udara pantai :)
Tak syok la tak dapat nak main pasir
Sebab batu-batan yang besar2 tu dah diletak sepanjang pinggir pantai
Tapi ombak tak usah kata la
Memang besar! Nampak cam biasa-biasa jek kan
Tapi jangan main-main! Huihhh, Nauzubillah!
So, jaga-jaga la ye kawan-kawan yang nak berpiknik tepi pantai
Nak main air kat gigi air jek pun kena pikir banyak-banyak kali


Bergambar tanda kenangan :)



Kejap jek kami kat PCB
Ada la dalam 10-20minit jek, hihihihi...
Lepas tu kami ke bandar semula
Zakwan rekues nak pegi muzium plak

Zakwan ni apa yang MamaZN perasan 
Dia suka dengan bahan pameran kot, haha!
Suka bebeno kalau ajak pi muzium
Mulanya masa pi muzium kat Taiping dulu la
Dia suka tengok-tengok pastu tanya macam-macam
Bagus, bagus... Menurun dari maknya la ni, hahha! =p

Masa kat KB aritu kami sempat la ke 2 buah muzium
Tu jek sempat sebab lokasi pun dekat-dekat jek
Mula-mula kami ke Muzium Diraja @ Muzium Batu
Lokasinya betul-betul depan Kompleks Kraftangan - bangunannya warna kuning
Bayaran masuk pula hanya RM2 utk dewasa
Tapi masa kami pegi aritu kena bayar RM1 utk seorang


Waktu operasi & bayaran masuk


Kat muzium ni pamerannya lebih kepada mengenali salasilah keturunan Sultan Kelantan
Bangunan muzium tu pun sebenarnya bangunan istana yang dipinjamkan jadi muzium
Dapat jugak la kami kenal siapa Sultan-sultan Kelantan sebelum ni,
Dapat tgk susun atur perabot dalam istana tu cemana - ruang tamu, bilik makan, bilik tidur
Pastu ada jugak pameran cenderamata yang diterima dari pelbagai negara

Kejap jek pun, dalam 30 minit dah leh settle, hihi
Tapi best la :)


Opss sori! Keseksian di situ, muahahaa! =p


Dah lepas melawat Muzium Diraja tu, kami ke Muzium Jahar plak
Bahan pamerannya lebih kepada adat istiadat diraja Kelantan
Contoh, adat melenggang perut, adat bersiram, adat perkahwinan & mcm2 lagi

Muziumnya lebih luas, lebih banyak bahan pameran
Bayaran masuk ke sini pun RM1 utk seorang dewasa, kanak-kanak percuma


Panas terik time ni. Zakwan dah tak tahan panas


Okeh, baru ada gambar MamaZN hihihihi...


Dah lepas melawat muzium tu
Kami masuk ke Komples Kraftangan kejap
Cadangnya nak lepak sat kat Restoran Nasi Ulam tu
Haussss! Lagi la bebudak ni kan, huhu... Ksian depa


Amboi Nayli, posing maut tu, heheh :)


Lepak jap kat buaian :)


Ada budak takmo turun dari buai... Bila didukung dia nanges haha!


Overall sangat seronok!
^_____^
Balik Klang ni, Zakwan ajak pi muzium yang ada kat Klang plak
Hahaha!
Sudah! Makpaknya pun taktau kat mana lokasi nya
Kena google dulu nampaknya
Hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...