29 November 2013

Bersengkang Mata Demi Photobook RM0 =P

Phewww!
Sejak 2 menjak sejak lepas miscarriage aritu
Mata ni susah betul nak lelap
Jadiknya, moh le siapkan photobook RM0 yg beli kat Groupon aritu
Hehe

Mulanya hajat hati nak share ngan kawan-kawan jek deal best kat Groupon tu
Tah cemane bleh terjebak sama membeli photobook ni
Padahal tau dah, mesti macam malas jek nak pilih gambar la, edit la, reka design la
Sekali dalam pada taknak beli tu, TERbeli 2 photobook plak dah
Hahaha!
Lagi 1, pakai akaun email PapaZN =p

Best la mereka-reka design photobook ni
Renyah sket tapi puas :)
Ralit jek buat, tengok-tengok jam dah jam 6 pagi!
Perghhh! Giler khusyuk, hahah!





Makanya
Siap la sudah 2-2 photobook tu
Padahal voucher expired May 2014!
Hahahaa! Giler semangat!
Bukan apa, takut lama-lama kang TERlupa & TERmalas plak
Kikikikiki...
Dah siap ni, lega la sket rasa :)

Ada kawan-kawan yang mintak tolong buatkan tutorial
Alahai....
Serba salah sebenarnya
Sebab riso apa yang diajar tu nanti tak 'sampai' kat kengkawan
Huhu!
Apa-apa pun MamaZN cuba la ek siapkan 1 entry nnt
In shaa Allah!

 Nak MamaZN buatkan?
Hehehe, boleh jek
Tapi kang kena charge lain la plak huhu!
Takpe, harga kasih sayang gitewww =p
Hahahahah!
Bila buat sendrik photobook tu rasa lagi 'feel'
Sebab kena dengan citarasa sendiri
Kalu orang lain buatkan takut tak menepati citarasa plak
Kalut nanti! =p


28 November 2013

Dress RM35 Untuk 2 Helai @ GM Klang!


Memang macam tak percaya!
Sehelai harganya RM20
Tapi kalau amik 2 helai harganya RM35!
Mak-mak-mak! Terbuntang mata, haha!
Terus pilih 2 helai jawabnya =)


Ok kan? :)


Tu la masalahnya kalau pi GM Klang ni
Asalnya nak ikut PapaZN pi kedai printer jek
Tapi tu la kan, nama pun pompuan
Mana la boleh dok jenjalan sesaje
Ada jek yang nak dibeli buat 'buah tangan' haha!
TQ kat PapaZN sebab pilih kedai printer dalam GM Klang =p

Sebenarnya, masa dah tau yang PapaZN nak pi GM Klang tu
MamaZN dah siap-siap senarai barang yang nak dibeli, kihkihkih!
Tapi semua pun untuk ZakwanNayli jugak
Kesian kat Nayli, baju basahan kat umah semua dah nampak perut
Zakwan plak beg sekolahnya dah rosak, tali putus
Pastu ingat nak cari seluar track & short pants utk Zakwan
Buat basahan pakai kat umah jugak
Semua pun dah sendat & singkat paras peha
Stokin PapaZN pun banyak dah berlubang - ingat nak pi carikan yang baru jugak
Memang pada anak-anak la diutamakan kan?
Makpak takyah pun takpe ;)

Panjang tak panjang listnya, haha!
Sambil menyelam minum air namanya ni
PapaZN pi kedai printer, MamaZN pi shopping barang anak-anak =p


Kemain tunjuk jam baru :)
Seutas jam depa ni RM6


Zakwan nak jam tangan Spiderman
Bila dah dibelikan setiap minit dia tengok jam
Macam Zakwan plak jam MamaZN hehe
Abang Zack ada, Nayli pun ada la jugak
Barang baru, sampai tido pun nak pakai jam tangan =p

Seluar track & short pants untuk Zakwan tak jumpa
Macam takde jek yang jual, huhu!
Kena pi cari kat tempat lain la nanti

Tapi baju basahan untuk Nayli ada la jumpa :)
RM10 untuk sepasang
Jadik la kan, nak pakai kat umah jek pun




Beg Spiderman Zakwan pun dapat jugak
Saiz besar harganya RM25
Puas hati rasanya sebab dapat rege murah-murah hehe




Tips dari MamaZN kalau nak shopping kat GM Klang
Hahahahahha! Poyo sangat nak bertips-tips bagai! =p

1. Datang awal pagi sbb bisnes start jam 7 pagi - 7 malam :)
2. Park kereta kat dalam bangunan GM Klang. Jangan parking kat luar bangunan (tepi-tepi jalan) unless kat atas tu memang dah takde parking
3. Bila dah parking kat dalam tu, start pusing-pusing survey harga dari tingkat bawah membawa ke atas
4. Biasanya kalau kedai kat tingkat bawah skali tu rege dia fuhhhhh! Jauh beza dengan tingkat atas! (means, atas lagi murah =p)
5. Rajin-rajin kan mulut utk tawar menawar & mintak diskaun :)
6. Jangan expect semua barang kat GM Klang tu murah. Beli satu-satu memang la mahal! Nak murah kena beli borong
*extra tips : pakat shopping ngan kawan @ adik beradek -  beli banyak, dapat la murah :)
7. Sangat heaven kalau beli baju anak-anak yang umonya bawah 6 tahun. Cari baju saiz Zakwan memang payah! So, pi sambung shopping kat Jusco Bukit Tinggi (seberang jalan jek, haha!)
8. Alas perut sebelum datang GM Klang. Takpun bawak la bekalan roti ke, kuih ke. MamaZN rasa harga makanan kat food court dia mahal!

Emmm, tu je la kot hehehe
Semoga berguna! =p



27 November 2013

Wordless Wednesday : TQ ZALORA! :)

Setelah sekian lama teringinkan handbag baru
Baru sekarang tercapai
Paling happy sbb tak keluarkan $$$ !
TQ Zalora!
Full story nnt ek!
Nak bf kan Nayli jap
:)

Wordless Wednesday : Main Masak-Masak :)





Kemain lagi dia dapat mainan dari Papa
Amik hati la, tiap-tiap hari dok main
Ada jek menda dia nak masak
Pastu bagi kita plak makan, hehe
Kejap jek pun mainnya
Dah elok terperuk dalam bilik dah tu
Jangan malas masak udah la nanti ye Nayli, hehehehe...


26 November 2013

Merempit Tengok Wayang - Memang THORRRBaekkkk :)

Zakwan memang lama dah dok tunggu citer Thor ni
Hari-hari dok tanya sampai letih dah nak menjawab
MamaZN memang tak minat
Jadiknya hari Sabtu hari tu memang boys day out la, haha!
Sebab Zakwan pi tengok ngan PapaZN jek
Malas MamaZN nak pi ikut, nak jaga Nayli plak lagi

Bila dah berdua, PapaZN ajak la Zakwan pi Setia City Mall naik moto
Zakwan apa lagi, suka sangat la dia
Dari umah kami ni ada la dalam 10-15 minit sampai Setia City Mall
(kalau trafik lancar la)
Tu MamaZN pun takde la risau sangat nak lepas kan Zakwan naik moto
Kalau jauh-jauh tak kasi jugak, huhu!






Gambar-gambar ni PapaZN yang wassapkan kat MamaZN
Kemain happy la Zakwan dapat tengok citer kegemaran
MamaZN pun happy la jugak sebab puas tengok kegembiraan Zakwan tu :)

Ni pun dia dah dok ajak pi tengok movie lagi ni
Citer Frozen - hari Khamis ni start ditayangkan
Dengar jek la dia dok berzikir hari-hari, haha!
Zakwan ni susah sket nak kata 'no' kat dia
Sebab ayat-ayat yang dia guna tu, memang boleh buat kita cair la
Kiranya, tak sampai hati nak hampakan dia

Apa-apapun, kita tunggu approval dari Papa ye, Zakwan :)


25 November 2013

Nayli Teruja Tengok Koleksi Sendiri! =P

Assalamualaikum!
Bertemu kembali di hari Isnin minggu yang baru
Ceria-ceria selalu, k! :)

Hari tu, tetiba macam teringin nak kemas semula CD-CD Nayli ni
Lepas pindah aritu terperuk je atas almari
Bila dah kemas balik baru perasan plastiknya dah koyak
Patut la macam ada instinct nak mengemas, hehe

Bila sessi mengemas - tak kesah la apa2 aje
Nayli memang suka menyibuk!
Konon nak tolong tapiiiii..... Paham-paham jek la ;)




Saje lambak kan CD-CD kat Nayli
Suka tengok muka teruja dia tu :)
Macam tak sangka la kot yang dia penah pakai sebelum ni, hehe
Dulu ada la dekat 40 kot CD Nayli ni
Sekarang ada 30 jek

Nayli dah tak pakai dah pun - bertahan pakai setahun jek
Ketat kat peha, huhu! Bambam sangat! =p
Kesian, berbekas sampai merah-merah
Tu yang dok simpan jek
Nak jual murah macam sayang la pulak, haha!
Kot-kot boleh diguna untuk next baby ke kan? Kihkihkih
In shaa Allah =)


22 November 2013

After 18 Years!

Assalamualaikum
Selamat Hari Jumaat yang penuh barakah :)

 Ingat tak lagi tagline ni?
Yang jauh kita dekat kan
Yang dekat kita mesra kan
Yang mesra kita serasi-serasi kan

Ingat lagi time sekolah rendah dulu
Sebelum pergi sekolah mesti nak tengok rancangan Malaysia Hari Ini
Segmen Jejak Kasih oleh pengacara Aziz Desa tu
Ingat tak korang?
:)

Kali ni, MamaZN plak yang merasa berjejak kasih, hehe
Lama dah, dekat 18 tahun tak ketemu
Lepas dah berpindah dari Skudai, Johor
Memang dah terputus hubungan langsung
FB la yang ketemukan kami semula :)

Masa balik dari Kelantan ritu
Singgah Kuantan jap jumpa kawan AtokZN
Kami pun amik kesempatan yang ada untuk berjejak kasih
Sebab empunya diri dok kat Kuantan jugak
Dapat jumpa kejap pun jadik la :)




Ini la dia, anak kepada arwah kawan AtokZN
Kira dah macam keluarga angkat kot kami ni sebenarnya
Ye la, masa dok Johor dulu jauh daripada keluarga dan sedara mara kat Perak
Pada kawan-kawan la nak menumpang kasih, kan?
:)

Ni kawan MamaZN masa kecik-kecik dulu
MamaZN panggil nama Abang Jalut jek, hehe
Bagusnya abang ni sebab dia la yang mulakan dulu cari MamaZN kat FB
Mengharapkan yang hubungan yang terputus dulu dapat rapat semula

Alhamdulillah, dengan izin Allah bertemu la jugak akhirnya
18 tahun! Lama tu..!


21 November 2013

Hilangkan Stress Dengan Berangan =P


Bila stress mendatang
Memang haru biru dibuatnya, uwaaa!
Buat itu tak kena, buat ini tak kena
Rasa macam nak jerit je
Jerit-jerit macam iklan Zalora tu, hahahah!
Nayli pun pandai dok ajuk ;)

ZakwanNayli wat hal sket dah nak marah-marah
Kadang tu depa takde buat apa pun
Tapi depa jugak yang kena, huhu
Kesiannnnn...

MamaZN senang jek, hehe
Nak kasi ilang stress kejap, ajak PapaZN pi jenjalan
Dapat jenjalan pusing-pusing naik kereta pun jadik la
Kalu dapat jenjalan pi AEON Bukit Tinggi ke, Setia City Mall ke
Uiii, tu dah seronok sangat dah tu, hehe
Window shopping sudaaa - cuci mata jek katanyaaa =p
Tapi kalau PapaZN ada nak belikan apa-apa laaaaagi la seronok kan
Hahahah! Verangan! =p

Sekarang payah dah nak ajak PapaZN berjalan
Kerja dah tak tentu masa, huhu =/
Gi keje kul 12 malam, balik 8 pagi
Takkan nak ajak pi berjalan siang tu kan?
Masa bila plak la pak incik tu nak berehat...

Cara paling senang, ngadap laptop jek la
Window shopping secara online, huhu!
Tu pun jam 11 malam dan ke atas baru bleh on lappy
Selagi budak-budak ni tak tido, jangan harap! =p

Rasa macam dah lama tak 'membeli' untuk diri sendri
Sekarang ni anak-anak lebih diutamakan
Lagipun dok umah jek, masa bila tah nak melaram sangat punnn
Khennn? =p
Tapi biasa la pompuan...
Naluri nak ada barang baru sentiasa jek ada dalam jiwa walau yang lama elok lagi
Hahaha!
Nafsu tu! =p



Nape la beg-beg kat butik online Zalora ni lawa-lawa?!
Eh-eh-eh, baru teringat beg nak dekat putus tali, haha!


Berkenan!



Dalam pada membelek web  
online shopping Zalora Malaysia
Yang ni paaaaling makcik berkenan!
 Nampak macam baju kurung tapi sebenarnya kaftan
Alahaiiiii..!
Papa, kalu Mama pakai ni mesti nampak selim melim kan Pa? =p




Haaaa....!
OK, dah release sket stress dah
Penangan ber 'window shopping' secara online hehehe
Harap-harap PapaZN baca la entry ni
Bila dia boring-boring keje shift kul 12malam, mesti dia bukak blog MamaZN =p
Mana la tau...
Kot-kot balik dari kerja terus dia kasi username & password maybank2u ke kan?
Kahkahkahkah! =p
  Berangan itu free, muahahahahaah! =D 


Macam Comel Jek, Macam Cantik Jek!

Assalamualaikum :)

1st of all, sape yang meng'fenomena'kan ayat tu ha?
Serius MamaZN tak tau
Pada sesapa yang tau, cer kongsikan sket
Kemain lagi fenomena nya tu, kalah gwiyomi dah, haha!

**********

Kaftan pertama untuk Baby Nayli
Amboi! Turun pangkat - dah jadik baby semula, haha! =p

Maknya pun nan ado baju kelawar ni
Tah cemane nak bf kan Nayli kalau pakai baju camni, huhu!
Tapi dah ada kan yang jual baju kelawar khas utk bf mommy? :)

Beli baju ni masa pi Kelantan aritu la
Memang dah berada dalam senarai shopping
Nak belikan sehelai untuk Nayli
Harga RM10
Bila balik umah, baru nyesal - awat la beli sehelai jek!!


Omeyyy tak saya? =p


Ada sesape boleh tolong jahitkan baju kelawar camni tak?
Kalau rege RM10 gak, MamaZN nak tempah, hehehe
^______^


20 November 2013

Handmade Art From Beloved Friend ~ TQ Cha!

Assalamualaikum

Lama dah dapat kiriman ni
Baru hari ni berpeluang nak share kan kat dalam blog :)

Untuk pengetahuan
Kawan kesayangan MamaZN ni sedang berbisnes
Dan salah satunya adalah ini :)


Ini adalah fridge magnet :)


Cha terima tempahan andai kata kawan-kawan nak 'naskhah istimewa' camni
Tak kisah la, kad ucapan, bookmarks, fridge magnet atau apa-apa aje pun
Semua Cha boleh tolong buatkan
Jangan risau, Cha memang kreatif :)

MamaZN suka sangat masa dapat FM handmade art ni
Sebabnya memang cantik, kemas & bersih
Harga yang Cha letak pun memang setimpal la dengan hasil kerja kerasnya tu
Kena amik kira, Cha buat menda ni sambil jaga 3 org anak-anak cerdiknya :)
Bukan senang! :)

Rasa macam nak order lagi la, hehe
Sempena bday Nayli ke, kan? ;)
Tengok dulu cemane...

So, kalau berminat jangan lupa contact Cha, ok! :)
http://hijaucantik.blogspot.com



19 November 2013

Photobook Berharga RM0 Untuk Anda!

Assalamualaikum

Mula tau sbb Kak Yatie tag kat FB
Pastu dapat email gak dari Groupon

Kepada peminat photobook
Ada tawaran istimewa buat kawan-kawan daripada Groupon & Photobook Malaysia

RM0 untuk 1 mini photobook!
Just bayar untuk delivery charges jek
Best kan? :)
Cepat-cepat klik BUY kat link ni :

http://m.groupon.my/deals/national-deal/photobook-malaysia/717779282?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_323&a=715827970

Apa-apa pun
Kena baca t&c dulu ye :)
Takut ada yg kata tipu plak
RM0 untuk 1 photobook
Tapi kalau beli 2 photobook harganya hanya RM38!
Masih murah kan?

Tengok jugak saiz photobook yg ditawarkan ok!
Ada beberapa option yg boleh kawan-kawan pilih
Takut kang bila sampai ke tgn
Kawan-kawan terkejut plak bila tgk saiznya yg 'comel' tu :)

Cepat sblm terlambat!
Katanya ada 1juta photobook nak dibagi free
Hehe

Sebak Tengok Gambar Zakwan Ni (-____-)

Assalamualaikum

Tengok kat FB, tengok kat IG, tengok kat bloglist
Ramai kawan-kawan up citer pasal majlis konvo / majlis ihtifal anak-anak
Anak-anak wat persembahan, anak-anak dapat anugerah
Walau tak baca full story (tengok tajuk je, huhu!)
Tapi MamaZN terasa sebak plak tetiba
Rasa macam anak sendri dalam gambar yang kawan-kawan share tu 
Tahniah untuk anak-anak kalian semua! :)

Bertambah sebak
Bila Zakwan tak dapat rasa keseronokan macam tu tahun ni
Sebab dia kan dah berhenti sekolah sebelum raya aritu
Kalau nak merasa pun
In shaa Allah tahun depan la kot, kalau diberi kesempatan & umur panjang
Tu pun kat sekolah baru nanti

Hari tu belek FB
Ternampak la gambar kelas Zakwan dulu
Teacher Tadika Alif Ceria share kan gambar-gambar tu
Bergenang air mata tengok gambar Zakwan :[


Kredit gambar pada Tadika Alif Ceria


MamaZN tunjuk gambar ni pada Zakwan
Sengih-sengih dia tengok gambar ni
 Zakwan memang tiap-tiap hari rindu kat kawan-kawan dia
Ada jek cerita - sessi mengimbau kenangan dia & kawan-kawannya tu
Tu yang tambah sebak dibuatnya, huhu!
Nayli plak bila tengok gambar ni
Sebuk jerit-jerit konon terkejut sambil tunjuk 'Abang! Abang!' :)

Ada citer kelakar di sebalik gambar ni, hehe
MamaZN tanya Zakwan, kenapa buat muka camtu?
Zakwan cakap
Saya nak buat gaya Ironman, tapi teacher tak bagi
Hahahahahah!
Lawak betul Zakwan ni!
:)


Moga Zakwan dapat sesuaikan diri dengan sekolah & kawan-kawan baru nanti
In shaa Allah


18 November 2013

Weekend Yang Best! Anda Macam Mana? :)

Assalamualaikum
Selamat pagi! :)

Alhamdulillah bertemu kita di minggu yang baru
Rasa fresh jek :)
Lagi berkobar-kobar nak menempuh minggu baru 
Sebab minggu ni PapaZN keje malam, wee!
So, banyak la masanya ada kat umah bila siang hari :)
Moga rasa best ni bertahan sampai bila-bila, hehe

Hujung minggu rasa macam best sangat!
Taktau la nape, tapi tu la yang MamaZN rasa
Sebab dapat pi jalan kot, haha!
Sebelum ni selalu gak pi jalan, tapi idok plak rasa special cam smlm
Hehe
Alhamdulillah, syukur dengan perasaan ini :)


Sweet! Suka! :)



Jalan-jalan semalam cambest 
Takde la pi kat mana-mana tmpt special pun
Tapi ntah la, rasa happy sampai ke petang, takde rase penat :)
Kalu idak tu, ZakwanNayli slalu buat perangai
Moody la, gado la, nak macam-macam la
Semalam walau ada gak wat peel tapi takde la mcm selalu
Bagus anak-anak, haha! 

Kasi chance ek
Kami seminggu dok terperap jek kat umah
Seminggu sekali jek dapat berjalan, hehe
Bila dah kluar tu, kalau boleh nak la rasa best dari mula perjalanan sampai dah balik umah, kan?
:)

Tapi sebenarnya, walau tak ke mana-mana pun
Masih boleh dapat rasa best tu kan?
Bergantung pada diri kita cemane nak handle
Kan? Kan? Kan?
^_______^


Kawan-kawan watpe weekend ritu? ;)


p/s:
amboi, sakan kan? pantang ke idok ni? haha!
kbai!


daaa!


p/s lagi : 
rindu giler kat korang sume!


15 November 2013

Hadiah Tak Terjangka Daripada Rakan Blogger

Assalamualaikum
Salam Jumaat penuh barakah :)
Dah tgh hari, ramai dh kluar lunch
Baru sebuk nak update blog
Hihi..

Di saat dalam tempoh recovery ritu
Kami ada dapat bungkusan dari kawan-kawan
Sangat-sangat-sangat hargainya
Sedikit sebanyak terubat jugak kesedihan di hati

Happy la jugak
Bila tgk ZakwanNayli punya excited dapat barang-barang depa
:)

Tabung ada muka ZakwanNayli
Hadiah daripada Kak Eina Mamalieyna
Pastu dapat plak dress & tshirt daripada Ieyda
Yg lagi best ada pulak terselit sama fridge magnet utk maknya
Suka!

Taktau pun kawan-kawan ada hantar barang
Tetibe jek ada van Poslaju sampai depan umah
Tertanya-tanya gak memula
Tapi bila tgk nama pengirim
Senyum meleret jadiknya :)

Apa2pun terima kasih byk2
Buat susah2 jek, huhu
Kami terima dgn hati yg gembira :)

Tq Kak Eina! Tq Ieyda!
:)))

Happy weekend semua!
Rindu sangat kt korg! :)

14 November 2013

Shopping @ AEON JCard Day - Terapi Minda & Jiwa :)

Assalamualaikum
Update blog dr dalam kereta
On the way balik rumah
Dari lepas shopping kat JCard Day
Kat AEON Bukit Tinggi
Hehe

Sampai kul 10
Org tak ramai lagi
Nak pilih barang pun tenang jek
Takde nak laga2 montot, haha!
PapaZN pi jaga ZakwanNayli
Ronda2 kat floor yg sama tgk toys

Kul 12 dah kluar Jusco
Lega rasa
Sebab orang dah start ramai giler!
Naseb baik cepat settle
Tu pun cari baju ZakwanNayli & Baby Khadeeja
Tak cari pun menda lain
Sebab PapaZN masuk keje kul 4 krg
Kesian plak dia kalu tak rehat

Dapat la jeans ZakwanNayli RM29 sepasang
Zakwan beli 2 pasang, Nayli sepasang jeans
Tshirt diorg RM13 sehelai, dapat la 2 helai sorang
Pastu baju Baby Khadeeja RM14 sepasang, beli 5 pasang

Takleh lama2
Kang lagi mcm2 nak beli
Hehe
Sabtu ni dah start Year End Sale (Y.E.S) seluruh Malaysia
Lagi mcm2 sale di merata-rata tmpt
Ngan sale nak Krismas lagi
Fuhhhh! Sediakan $$$ jek la, haha!

Ok nak balik
Sambung rehat :)

Daaa..!

13 November 2013

Takde Rezeki Itu, Allah Kurniakan Rezeki Lain Pula...

Assalamualaikum
Nak jugak cuba update blog
Walau line tenet mcm biskut Chipsmore :)

Alhamdulillah
Kesihatan dah beransur pulih
Dari segi fizikal dan jugak emosi
Walaupun sampai sekarang masih lagi terbayang2
Tapi dah dapat kawal perasaan tu

TQVM pada kata2 semangat yg kawan2 beri
TQ jugak pada yg mendoakan
Sangat hargainya...

Taktau nak kata cemane...
Walau ni keguguran kali ke-2
Sepatutnya dah boleh kawal emosi
Tapi yg kedua ni lagi terasa sedihnya

1- sebab Zakwan
Dia yg paling awal tau dalam perut mama ada baby & dia jugak yg paling sedih sbb dah excited sgt nak dpt adik baru
2- sebab kawan2 semua
Ada yg pm kat fb, ada yg personally wassap tanya khabar. Tq sgt atas doa & kata semangat kalian. Rasa bersyukur ada kawan di sisi walau masa berduka

Alhamdulillah
Syukur pada Allah
Allah tarik rezki di bahagian itu
Tapi Allah kurniakan rezki di bahagian lain

PapaZN baru dapat tau
Yang dia dah dpt confirmation kat tmpt keja baru ni
Padahal baru 3 bulan bekerja
Sepatutnya PapaZN confirmed selepas 6 bulan kerja
Bila dah confirm ni, ada la jugak imbuhan2 lain yg PapaZN dapat
Syukur sangat2
Alhamdulillah!

Rezeki tu Allah bagi dalam mcm2 bentuk kan?
Tak semestinya wang ringgit jek
Tak semestinya rezki anak
Tapi mcm-mcm, kita jek kadang2 tak sedar
-_____-

Tak sabar nak tggu weekend
Terasa macam dah lama tak p jalan2
Terasa mcm nak p bercuti pun ada gak
Haha!
Tgk la cemane nanti, hihi... :)

Daaa!
Tah bila la line tenet nak ok!!
Nak BW pun payah!

09 November 2013

Saya Keguguran... :(

Assalamualaikum...
Apa khabar kawan-kawan?
Lama kitorg menyepi kan?
Rindunya kat kawan-kawan semua

Internet U-Mobile ni tetibe problem plak
Tak penah2 jadi sebelum ni
Tu yg malas nak online
Dah la terhad online thru henpon jek
Huhu!

Seminggu tak update blog
Tak up status kat FB & IG
Citer terbaru kawan-kawan pun dah ketinggalan huhu!

Citer terbaru kami?
Takde apa yg menarik pun
Just nak share yg MamaZN keguguran
Sempat bersama 9minggu jek
:(
Takpela, kami redha

Allah janjikan yg lebih baik dari yg ni, mungkin...
Mesti ada sebabnya dengan apa yg terjadi ni kan?
Kena la terima walau ada rasa sedih sket

Lepas ni xtau la bila bleh update blog lagi
Moga kawan-kawan sehat di samping famili tersayang
Moga sama-sama sentiasa dilindungi rahmat Allah

Sayang kawan-kawan semua!
Daaa..!

p/s: anything, wassap k! haha! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...