31 Oktober 2013

Penuhi Jemputan Kenduri Rakan Blogger - Kak Ejan Mamalyna

Sabtu lepas kami ke Putrajaya
PapaZN abes je keje trus gerak
Sebabnya 1 jek :)
Nak penuhi jemputan makan-makan
Rakan blogger yg baru 1st time nak jumpa :)

Lama dah kot Kak Ejan Mamalyna jemput
Sejak bulan puasa aritu lagi
Rase bersalah plak kalau tak dtg
Mmg dah save the date la kan...
Sebab nak dtg punya pasal
Mmg takde plan apa2 pun ritu
Kecuali pi kenduri :)

Kalau nak tau, Kak Ejan ni tokey crabstick popia
Beberapa kali gak la dah beli
Sedap!
Kalau nak cuba try la order, hihihi
Lama dah dok chitchat mcm dah kenal lama
Baru ni kami nak bersua muka :)

Kak Ejan wat makan-makan
Sempena aqiqah & sambutan hari lahir anak-anaknya - Lyna & Iman

Alhamdulillah dpt gak dtg & berjumpa
Makan tgh hari sume sedap-sedap
Terutama ayam masak kicap tu
Sambal hitam trademark org Pahang pun ada
1st time merasa - sedap gak!

Tema besday Minion Despicable Me
Kek sedap
Kek kecik-kecik perisa apa tah ritu pun sedap gak
Segan nak amik byk kali hehehe

Tak dpt nak sembang sgt ngan Kak Ejan
Biasala tuan rumah
Mesti la bz layan tetamu kan
Takpe, kami pun paham :)
Naseb ada peneman nak bersembang
Sape lagi kalau bukan Sue Ibu Syawal & Izz
Dapat bergebang ngan Sue mmg syok!
Lagi la kalau PapaZN dok sakat Sue
Hahaha, lawak! :)

Tu jek aktiviti kami ari Sabtu tu
Lepas kenduri trus balik umah
Apa-apa pun tq Kak Ejan & famili
Sbb sudi jemput kami :)
Dapat gak kita bersua kan akhirnya :)))

Gambar sepanjang kenduri takde
Gambar ole-ole drp tuan rumah jek ada :)
Tq!

30 Oktober 2013

Siapa Kenal Jambu Botol?

Jujur
MamaZN tau jambu batu ngan jambu air jek
Hahaha!
Tanya pasal jambu lain dah terkulat2 tak reti :p

Ni hasil berbudi pada tanah
Makpak mertua bawak dari kampung
Nak diagih-agihkan pada anak2 nya di KL
Dalam byk2 tu ada jambu botol
Ramai gak kawan-kawan yg perasan kat FB & IG

Ntahhh
Ada kata jambu botol, jambu bol
Jambu keling pun ada...
Ada gak 3-4 biji jambu susu
Serius
MamaZN tak penah tau & tak penah makan pun
Huhu!
Dah rasa aritu, tp mcm tak sedap pun

Ramai kata susah nak jumpa dah jambu ni
Kira rare la!
:)

29 Oktober 2013

Alahan Kali Ni...

Assalamualaikum
Dh tgh hari huhu...!
Smlm langsung takde entry
Ada yg tggu ke?
Puiii! Haha!
Perasan la tu klu ada yg rindu :p

Smlm melepek seharian dari pg sampai ptg
Sbb alahan ye jugak
Letih pun ye jugak
Tu yg langsung online smlm
Tak larat!

Alahan kali ni x sama mcm masa ZakwanNayli
Alhamdulillah sgt-sgt-sgt
Sbb tak sama mcm masa dorg dulu

Kalau dulu mmg takleh wat apa-apa
Terbaring-muntah-terbaring-muntah
Tu yg berat dari 60kg bleh turun sampai 50kg dalam masa 2 bulan
Huhu!
Tak lalu makan apa-apa langsung pun
Nak masuk dapo pun xleh, bau2 tumis pun xleh
Bau PapaZN pun xtahan huhu!

Alhamdulillah
Alahan kali ni kurang sket walau masih ada
Hari ni muntah, esok takde
Lusa muntah balik, tulat takde
Setakat ni biasanya gitu la
Harap2 trus berkurangan rasa alahan ni
Sbb kena kuat nak jaga ZakwanNayli
Kesian kat depa makan tah apa-apa tah nnt
Kalau alahan teruk sgt huhu :(

Doakan ye kawan-kawan...

P/S: gmbr sekadar selingan :)

25 Oktober 2013

Kesian Nayli..! :P

Selalu share budak bertuah sorang ni happy jek kan?
Wat gaya gwiyomi la, sengih la, posing sakan la...

Meh nak share muka budak ni dalam kesedihan
Hahahah..!
Eh, gelak plak mak nya hehe :)

Antara Zakwan dgn Nayli
Nayli ni agak berani la jugak dalam beberapa hal
Tapi dalam berani-berani dia tu
Ada 1 tempat yg mmg boleh buat Nayli nanges meraung bagai!
Hahahah..!

Lepas kitorg tau dia takut nak p tmpt ni
Memang Nayli selalu kena sakat la ngan kami hikhikhik :p
Nanti mesti dia jawab sambil geleng2 kepala 'nanak, nanak..'
Hahaha, comel! :p

Ni la tmptnya :)
Tempat yang Nayli takut & gerun sgt tu
Tempat cuci kereta pandu lalu otomatik yg bayo RM4 tu
Maybe Nayli ingat mesin tu macam raksasa kot!
Hahaha..! :p

P/s: perangai mengada Nayli dah mai dahhhhh... pantang naik suara sket mula la nanges mcm kena dera!

Family Trip To Kelantan - Beli FM @ Kota Bharu

Ada 1 citer pasal Cuti-cuti Malaysia - Kota Bharu lupa nak citer
Huhu!

Sbnrnya
Sebelum trip ke Kelantan tu
MamaZN ada google & blogwalking
Kot-kot kalau ada yang share lokasi utk cari fridge magnet
Almaklum, pengumpul katanya kan :)
Mesti la takmo lepaskan peluang nak beli FM

Tp serius, takde sape share
Dan ada jugak yg cakap mmg payah nak cari
Mmg pun!
Dalam byk2 negeri kat Malaysia
FM Kelantan la paling susah nak cari
Paling senang & banyak adalah Melaka & Penang

Kebetulan plak Kak Amy Mamatisya baru pegi outstation Kota Bharu
Seminggu sblm MamaZN pegi
Naseb baek la Kak Amy ada jumpa tmpt nak beli FM ni
Hehe, TQ Kak! :D

So kawan-kawan
Kalau dah sampai Kota Bharu
Dan nak cari FM sebagai souvenir
Cari la kat Kompleks Kraftangan kat Jalan Istana tu
Sebelah dgn tmpt makan Nasi Ulam Cikgu

Tapi tu la
Masa MamaZN pegi tu
Ada 1 kedai jek yang jual FM
Tak banyak choice
Dan harga agak pricey gak
Tp sbb dah minat punya pasal, beli la jugak :p

24 Oktober 2013

JJCM | Lokasi Warung Bunian / Kedai Tapak Sulaiman

Short entry jek ni
Tak sangka plak
Rupa-rupanya selama ni tak penah share lokasi Warung Bunian!
Padahal dah byk entry pasal tmpt ni
Huhu!
Berikutan entry pagi td:
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/10/sepagi-warung-bunian-yang-best.html
MamaZN nak share la lokasi tmpt ni
Payah sket nak terangkan cemane
Harap kawan-kawan dapat bayangkan la ek cemane arah jalannya tu ;)
Lokasi Warung Bunian
Atau nama lainnya Kedai Tapak Sulaiman :
Kalau kawan-kawan dari Putrajaya
- Cari jalan nak ke Desa Pinggiran Putra (jalan lurusssss belakang P16 tu)
- Sampai nampak signboard ke arah Kajang belah kiri
- Masuk jalan tu. Kawan-kawan dah mula masuk jalan kampung Sg. Merab dah ni
- Ada Restoran Coffee Village belah kanan
- Kat simpang tiga tu belok kiri
- Akan nampak padang futsal belah kiri anda
- Masuk jalan yg betul2 ada sebelah padang futsal
- Pastu amik simpang kiri yg kedua. Jalannya membukit ke bawah. Jadi hati-hati! :)
Kawan-kawan dah sampai!
Kalau nak p time breakfast (weekend)
Better pegi sebelum kul 9pagi
Kalau lepas tu, babai la huhu! :p

Sepagi @ Warung Bunian Yang Best

Lama dah...
Teringin bebeno nak makan kat sini
Dah byk kali cakap kt PapaZN
Tapi jawapannya 'nanti, nanti...'
Sabtu lepas rase cam takleh tahan plak
Asek teringat jek kesedapan roti canai & nasi lemaknya
Terus cakap kat PapaZN nak jugak makan kat situ esoknya
Taktau la
Dah start ngidam-ngidam ke ntah...
Haha!
Akhirnya
Tercapai la jugak makan kat sini
Ahad tu pagi-pagi kul 7.30 dah kluar rumah
Budak-budak tido pun kami angkut jek bawak masuk kereta
Sampai sana kul 8.30
Tu pun ramai orang dah
Riso takde tempat jek
Dah duduk, dah order, order sampai, dah makan
Burrrppp Alhamdulillah
Rasa cam legaaa sangat dapat menjamah hehe
Tak cukup dgn tu
Siap tapau lagi bawak balik
Untuk makan tgh hari hahaha!
Skrg ni dah tak berapa nak boleh masuk dapo huhu
Pastu kelmarin ada plak silent reader tegur (kat komen entry)
'Aritu ada makan kat warung bunian kan? Saya makan kat situ jugak'
Heehee.. Tetiba segan :)
Pasni tah bila la dapat makan kat sini lagi
Huhu!




** LOKASI WARUNG BUNIAN **
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/10/jjcm-lokasi-warung-bunian-kedai-tapak.html





23 Oktober 2013

Wordless Wednesday : Pegi Interview Dapat Roti ;)

Semalam PapaZN pi interview
Bila nak balik dapat goodies bag plak
1st time ni pi interview tapi dapat ole2
Hehehe...

Saje pi cuba..
Dapat tak dapat tu lain citer
At least dah mencuba, kan?

Doa2kan la kot-kot ada rezki adikbaby hihihi


22 Oktober 2013

Aidiladha 2013 : Kisah Ketupat & Rendang Di Tengah Malam

Assalamualaikum
Bila dah tau preknen ni
Badan pun automatik jadi lesu semacam
Huhu, moga kuat nak jaga ZakwanNayli...

Lupa plak nak citer pasal ketupat & rendang
Walau kami tak balik kampung
2 juadah tu tetap ada
PapaZN la ni nak jugak rasa ada suasana raya
Beli la kelongsong ketupat ngan daging

Malam raya tu PapaZN still kerja
Balik kul 12 tgh malam
MamaZN nak masak awal2 PapaZN tak kasi plak
Dia nak wat sendrik katanya
MamaZN ok jek hehe
Sbb rendang hasil air tangan PapaZN memang sedap!
MamaZN cuma tolong sediakan bahan2 jek

PapaZN balik kerja lepas dah siap2 mandi sume
Baru start masak
Kul 1pagi baru masak
Kul 2.30 baru settle!
Semangat PapaZN ni!

:)

Hasilnya?
Walllah! Memang terangkat! :)
Tq Papa! :)

18 Oktober 2013

Confirm! :) Betul Kata Zakwan...


Ingat tak lagi entry kontroversi
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/10/dalam-perut-ada-baby-p.html
Niat asal nak share perbualan antara mak & anak
Nak share ayat-ayat yg Zakwan guna
Tapi disalahtafsirkan pulak, huhu

Ada yg ingat MamaZN saje nak propa
Letak tajuk sensasi gitewww
Padahal tajuk kat entry tu
Sebenarnya adalah sebahagian dari kata-kata Zakwan

Tapi takpe...
Sesiapa pun berhak bagi komen :)
No hurt feeling at all :)

Untuk mengurangkan rasa ingin tahu
Seminggu lepas kejadian
MamaZN terbuka hati nak buat test sendiri
Dan hasilnya, Alhamdulillah syukur!
Abang Zack bakal dapat next adik
Nayli plak bakal jadi kakak
:)

Kagum dgn kuasa & kebesaran Allah
Cemane Zakwan boleh dapat rasa lebih awal
Yang dia bakal dapat adik lagi?
Hanya Allah SWT ada jawapan ;)

Apa-apapun
Kandungan masih awal
Doakan MamaZN kuat, tabah & sabar
Nak harungi 40minggu nan indah
Di samping menjaga 2 anak yg sedang membesar dgn pelbagai kerenah ni

Moga dipermudahkan segalanya.....
:)

17 Oktober 2013

Aidiladha 2013 Di IKEA :)

Beraya di perantauan camni la hehe
Nak tengok korban lembu
Lama sgt plak rasa
Sebab kat sini mula lepas Zohor

Nak tak nak kami beraya di IKEA
Sama mcm tahun 2010 dulu :)
Asal x balik beraya ke sini jek la port kami
Ingatkan tak ramai org
Rupa2nya bapak ramai!

Takde nak cari apa sangat pun
Tp ada la beli 3-4 barang jugak
Hahaha..!
Mana tahan nafsu ni
Kalau semata cuci mata kat IKEA :p

Cari lampu
Nak kasi seimbang sebelah kiri kanan tv :)
Pastu ada la aim beberapa barang
Hehe
Banyak barang yg di aim dr tahun lepas
Tp dah turun harga skrg
Yeayyy!
Tapi ada jugak beberapa barang yg naik harga!
Tak sangka betul!
Naseb baek kami dah beli sebelum harganya naik ;)

16 Oktober 2013

Wordless Wednesday : Senyum Jek Tau, Papa! :)

Balik dari Kelantan baru perasan baju yg PapaZN pakai dalam gambar ni
=p

I'm Smiling Because I Have No Idea What's Going On
Kakakakaka...!
Saya suuuuka! =p




TQ Papa sbb sangat sporting masa pi shopping ritu ;)



Wordless Wednesday : Hmmm, Apa-Apa Je La..... =p

Geram sangat dengan Nayli!
Geram sangat! Hahah!
Geram sampai rase nak gigit! =p
Tengok la muka dia tu
Muka ala-ala 'what evaaa...' (bak kata MekchuN =p)




Bosan dengan mak dia la tu
Perut dah lapo, makanan dah depan mata
Tapi still nak bergambo lagi
Hahahaha!
Nak kena dak tecit ni, nak kena! =p









Family Trip To Kelantan | Jalan-Jalan @ PANTAI CAHAYA BULAN

Assalamualaikum
Selamat pagi! :)
Masih bercuti raya lagi ke? ;)
Mood raya tak ilang lagi ye, hehe...

Nak sambung citer Cuti-Cuti Malaysia - Kota Bharu
Last entry pasal cuti-cuti, k! :)

Sebelum kami dinner @ Juara Ikan Bakar
Kami pi amik angin kat Pantai Cahaya Bulan dulu

Jauhnya beza dengan keadaan 10 tahun lepas!
Nape sekarang pantai ni dah ditambak dengan batu-batu besar?
Dah tak nampak pantai dan laut melainkan kena panajt batu-batu tu
Huhu!

Macam MamaZN rugi la sebab tak dapat nak menikmati keindahan pantai
Dapat merasa angin sepoi-sepoi jek huhu
Sebab Nayli dah ketiduran, tak dapat la nak kluar dari kereta


Penat ikut Mama shopping ye? Terus tertido ;)


Gambar-gambar pun atas ehsan PapaZN 
Sebab PapaZN dengan Zakwan jek yang panjat batu tu






Kami kat dalam kereta, uwaaaa! =p


Sampai pun dah dekat senja
Lagi 1 sebab MamaZN tak berani nak bawak Nayli kluar dari kereta
Takpela, next time kalau ada rezki bleh singgah sini lagi

Teringin nak makan makanan celup tepung kat kedai makan depan pantai ni
Tak berkesempatan aritu, huhu!



15 Oktober 2013

SALAM AIDILADHA Daripada Kami :)

Selamat Hari Raya Aidiladha :)
Maaf Zahir Batin

Selamat Menjalani Ibadah Korban
Selamat Bergembira Bersama Keluarga




p/s:
beraya di perantauan
wondering, ke mana PapaZN nak bawak kami hari ni ;)

14 Oktober 2013

Pengorbanan

Assalamualaikum
Selamat Pagi :)

Ramai yang amik kesempatan utk cuti hari ni kot kan?
Almaklum, esok kan raya :)
Ke ada yang still bekerja?

Ramai yang dah sampai kampung
Huhu, seronoknya! 

Kami? Tak balik pun, sobs, sobs...
Beraya di perantauan untuk kali yang ke-3 selepas berumah tangga
PapaZN kerja arini, payah nak dapat cuti
Jadiknya timba pengalaman beraya di Rantau Panjang, Klang jek la
Hmmm...
Takpe, ini satu pengorbanan jugak kan?
:)

 Weekend kami pun biasa-biasa jek
PapaZN keja Sabtu & Ahad
T____T
Naseb baek masuk jam 4 balik jam 12
Maknanya dapat jugak kami berjalan-jalan siang tu
 Tu pun tak leh nak pegi jauh-jauh
Setakat pi Setia City Mall jek - window shopping
Nak pegi makan-makan house-warming geng blogger (Falsya) pun tak kesempatan, huhu!
Again, pengorbanan...
Kerja PapaZN lagi penting

Tapi weekend aritu kami dapat berita yg tak disangka-sangka!
Hahaha...!
Masih cubit / tampar pipi sendrik nak konfemkan yang MamaZN berada di bumi nyata
Kehkehkeh...! =p

Apa-apa pun
Salam Aidiladha buat semua!
Jumpa entry baru Rabu nnt, hehe :)


Gambar selingan - boring di hari minggu :)
 
 

11 Oktober 2013

Dalam Kenangan... T____T

3 tahun jek bersama...
Akhirnya ia pergi jua, sobs sobs...
Moga sesiapa yang jumpa jam tu
Akan jaga jam ni betul-betul
Huhu, sebak plak.!
Jam tangan ni ada sentimental value
Sebab ni hadiah anniversary drpd PapaZN 3 tahun lepas
:(
Sedih...
Memang MamaZN salahkan diri sendiri
Sebab cuai
Macam takde menda lain nak kasi Nayli main
Jam tangan tu jugak yg MamaZN bagi
Tah cemane, lupa terus...
Tercicir kat mana-mana la tu
Rasa bersalahhh sangat kat PapaZN
Tu la namanya takde rezeki... ;(
Ni jam kedua yg paling MamaZN sayang dan jaga
Bertahan 3 tahun
Jam yg pertama bertahan 15 tahun!
MamaZN pakai sejak form 3
Tapi tu memang dah sebab hayatnya takat tu jek
Nak baiki pun dah tak boleh dah...
Tapi yg ni sbb salah sendiri
Ralat jugak la dibuatnya
Sape nak kasi jam tangan baru kat MamaZN?
Tak biasa la bila berjalan-jalan tak pakai jam
Nak mintak kt PapaZN jam tangan baru
Segan! :p

Famili Trip To Kelantan | Dinner Sedap @ JUARA IKAN BAKAR

Dinner kami utk malam tu kami makan kat Juara Ikan Bakar
Kalau ke arah Pantai Cahaya Bulan, nampak la signboard tempat ni (belah kiri)


Boleh call dulu utk tempahan, takde la kena tunggu lama nnt :)


Kami amik pakej B
Tambah sotong goreng tepung & nasi lagi 2 pinggan :)


Sebelum tunggu order sampai, jenuh la melayan budak-budak ni
Masing-masing dah mengantuk sebenarnya
Tapi ditahan-tahan


Bawak tengok bot nelayan jek la ye anak-anak :)


Kena tunggu dalam 30minit-45minit jugak rasanya malam tu
Kelaparan sudah...
Pelik gak bila tengok org yang datang kemudian dari kita dah dapat makan dulu
Rupa-rupanya diorang dah booked awal
Pasni kena booked awal jugak la nampak gayanya...


Ini la sajian makan malam kami :)



Bagi MamaZN memang sedap, kena dengan selera
Terutamanya ikan siakap masak 3 rasa tu
Memang betul-betul sedap!
Sotong goreng tepung pun sedap! Rangup!
MamaZN yang tak berapa suka makan sotong pun jadik suka pulak malam tu
Hehe
Cuma tomyam tu jek la cam tak best sket.
Pekat semacam jek kuahnya, huhu!
Apa-apapun, overall memang sedap
Alhamdulillah kenyang
:)

Total makan kami utk malam tu RM92
Sebab ada tambahan sotong goreng tepung & 2 pinggan nasi
Harga tu untuk 6 dewasa & ZakwanNayli
Ok sesangat rasanya, kan? =p

Family Trip To Kelantan | Cuci Mata @ BAZAR TENGKU ANIS & PASAR BESAR SITI KHADIJAH

Memang menggunakan masa yang ada sepenuhnya, haha! =p
Ye la, kami ada 1 hari tu jek untuk complete kan sesi jalan-jalan
Esoknya tu dah nak balik dah - memang tak sempat

Lepas dah lunch & beli fridge magnet di Kampung Kraftangan
Kami saje cuci-cuci mata kat Bazar Tengku Anis
Seberang jalan jek dengan Kampung Kraftangan tu
Tapi takde apa sangat pun kat situ
Bangunan baru, kedai-kedai banyak tak bukak
Pastu kebanyakannya diorang jual kain batik
Memang takde dalam senarai langsung pun nak beli batik-batik ni


Bergambar kenangan depan Bazar Tengku Anis :)


Dah lepas meronda Bazar Tengku Anis
Kami patah balik ke kereta
Hajat di hati nak terjah Pasar Besar Siti Khadijah pulak
Tak larat dah nak berjalan kaki
Cuaca terik!

Memang takde nak shopping apa sangat pun
Just nak jalan-jalan cuci mata
Lagipun kira ini tempat wajib singgah
Bagi 1st timer yang datang Kelantan macam PapaZN, kan? =p

Masa kat dalam pasar besar tu kami separate dengan Aunty Wawa
Pastu kang jumpa kat kereta jek lepas dah abes shopping
Senang sket, hihi...

Kami tak berjalan kat semua tingkat pun
Tak larat! Haha! =p
Lagipun petang tu dah janji dengan Zakwan nak pegi pantai
Malam tu pulak nak shopping lagi kat Wakaf Che Yeh

Jadiknya, masa kat pasar besar tu kami just beli barang makanan kering
Untuk makan sendrik & sebagai buah tangan
Ada la beli keropok sket, asam-asam sket, budu pun ada haha!





Pastu kami saje jalan-jalan kat bahagian bawah skali tu
Seronok tengok akak-akak, makcik-makcik yang duduk bersantai berniaga sayur
Rileks jek depa :)
Masa jalan-jalan tu, ada la sorang akak ni jual telur penyu
1st time la PapaZN tengok cemane rupa telur penyu tu :)





Kami abes ronda-ronda dalam kul 2.45
Lepak sat kat luar tunggu Aunty Wawa shopping
Lama bebeno, haha!


Ksian Nayli, hehe... Letih sangat muka dia :)



Kesian Nayli, dari pagi sampai ke malam
Dia asek ngekor mak nya ke sana ke mari
Tak tido plak tu!
Sori ye Nayli, bukan selalu kan? ;)


Family Trip To Kelantan | Lunch @ NASI ULAM CIKGU, Kota Bharu


Dah lepas shopping kat Pengkalan Kubur
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/10/family-trip-to-kelantan-shopping.html
NenekZN nak balik, nak berehat
Tak larat dah katanya
Yang bestnya, Zakwan pun sama nak dok umah berehat
Nak temankan NenekZN
Hmmm ye la tu, dah dapat mainan camtu la dia
Mana nak ikut kami jenjalan dah :)

Kami pulak teruskan lagi misi utk jalan-jalan cari makan :)
 Sebelum ni dah baca kat blog Kak Amy MamaTisya
Nama kedainya Restoran Nasi Ulam Cikgu 
Tempat makan wajib singgah ni bila dah sampai Kota Bharu :)
Lokasinya kat Kampung Kraftangan betul-betul kat pusat bandar






Kami sampai tu memang time lunch hour
Jadiknya ramai la pekerja-pekerja yang keluar makan tengah hari
Naseb baek banyak lagi makanan yang disediakan :)


Pelbagai jenis ulaman



Lauk-lauk yang kami amik kat bawah ni, utk 4 orang makan
Kami amik lauk sume yg simple-simple jek
Pastu dengan sirap selasih 1 jag kecik
Cuba teka berapa total yang perlu kami bayar utk lunch aritu?


Total yang perlu kami bayar - RM18!
Murah giler kot!
Terkejut kami dibuatnya! Tapi dalam hati, happy kemain, hehe :)

Makanan sedap, tempat bersih, teratur, murah
Memang tempat makan wajib bila dah sampai sini

Lepas dah makan tengah hari tu
Kami jalan-jalan kat Kampung Kraftangan
Bersebelahan jek dengan tempat makan ni
Takde apa pun yang nak dicari
Niat asal nak cari fridge magnet jek pun, hehe
Naseb baek jumpa
Naseb baek jugak Kak Amy dah bgtau awal-awal :)


Bergambar kenangan depan Istana :)


10 Oktober 2013

Family Trip To Kelantan | Shopping @ PENGKALAN KUBUR

Lepas dah breakfast pagi tu
Dengan berpandukan apps Waze, kami meneruskan perjalanan ke Pengkalan Kubor
Sepanjang kat Kota Bharu tu, apps Waze ni memang banyak membantu
Kalu la takde application camni, agaknya kena la kami beli map, haha!
Sebenarnya masa tgh breakfast sebelum tu
Dah diskas dah nak pegi Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor
Lepas dah diskas & bertanya pada kawan AtokZN
Last-last kami pilih Pengkalan Kubor :)
Sebelum sampai dah ingatkan diri sendri dah
Nanti kat sana kena kawal nafsu nak membeli macam-macam
Dah set dalam kepala nak beli toto jek
Tapiii.....
Bila sampai tu, rambang mata kejap la tengok semua barang-barang
Ekekekeke...! Boleh percaya ke beli toto jek?
Hahaha!
Tak berjaya nak kawal nafsu rupanya
Nak-nak plak memang dah sampai tempat nak bershopping kan? ;)


 


Zakwan pun sama, dah pandai rambang mata jugekkk
Apa taknya banyak betul kedai mainan yang jual macam-macam mainan
Seronok jek dia menjelajah dari satu kedai ke satu kedai
NenekZN ada, seronok la dia
Dapat aje apa yang dia nak
Sabo jek la budak sorang tu tau!


Nayli pun dah pandai tunjuk-tunjuk nak beli apa =p



Sabar ye Papa... :)


Sori Nayli, boleh naik jek takboleh beli
Tak muat kereta nanti, hehe


Aunty Wawa & famili ralit bershopping :)


Smile! Good Papa, tak moody masa ikut kami bershopping :p


Mula-mula plan nak beli toto jek
Tapi terbeli jugak baju tido Nayli 2 pasang, hikhik
Pastu Abang Zack dapat mainan dari NenekZN
Kesian plak kat Nayli
Belikan jugak la mainan dapo-dapo utk dia, hehe

Rasa-rasanya la (pendapat MamaZN jek)
Harganya takde la banyak beza pun dengan kat sini
Toto tu saiz king - RM40
Baju tido Nayli sepasang RM15
Sama jek kot regenya, tak banyak beza pun
Kena pandai tawar menawar jugak kot agaknya ye?

Pastu dengar ceritanya, kalu nak dapat harga diskaun 
Kena la pandai kecek Kelate
Baru la proses tawar menawar tu sukses
Kalau tak, dapat harga camtu jugak la
Walau pun dah bodek, dah beli 2-3 barang
Tetap dapat harga yang diberi, takleh nak diskaun-diskaun dah

Memang betul pun rasanya
Berlaku di depan mata kepala MamaZN sendrik T___T
Nampak gayanya pasni, sebelum nak ke Kelantan lagi
Kena belajar kecek dulu la kot, huhu

Kena minum banyak air masak, uols!
Cuaca kat sana sangat la hangat & terik!
Panas dia tu mencucuk-cucuk kat kulit ni
Kesian kat budak-budak je
Naseb diorang pun steady
Almaklum bukan selalu datang situ
Kan anak-anak? ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...