30 Ogos 2013

Penuhi Jemputan Open House :)

Assalamualaikum
Selamat pagi! :)

Ahamdulillah
Hari Ahad yang lepas dapat penuhi jemputan
Open house kawan-kawan :)
Ada 3 buah rumah semuanya
2 rumah kawan geng SERATAS
Lagi 1 open house
Adalah di rumah rakan blog :
Sue Syawalsimpsons

Masa kat umah Sue
Sempat jumpa Falsya & Eima
Cikjue, FizaRahman, FizaNaman & Alycia xsempat nak jumpa pun
Nak tunggu mmg xdpt la kan
Sebab ada open house lain yg nak diterjah
Takpe, ada rezki in shaa Allah
Dapat jumpa lain kali :)

TQ Sue sebab jemput kami
TQ pada kawan-kawan yang lain jugak
Seronok dapat jumpa kawan-kawan

Di kesempatan ini
Nak la menjemput
Sesape yg kelapangan esok
Moh le datang umah
Bukan open house pun
Makan2 biasa jek
Saje masak lebih
Hehehe...

Sesape berhajat nak mai tu
Nak tau details, pm fb MamaZN k! :)
Nadia Irwani Hamidi

*gmbr, kredit pd sue & falsya*

29 Ogos 2013

FM Board Baru (Kedua & Ketiga) ^_____^

Hari Ahad lepas
Selamat suda pi amik FM board baru
Hehehe
Mak sukaaaa! :)

Sampai umah dah malam
Tak dan nak menyusun
Esok paginya baru operasi menyusun bermula ^_^

Rasa puas bila semua dah bertempek kat board baru
Ingatkan pintu peti ais dah clear
Tanpa sebarang tampalan FM
Rupanya board xmuat lagi huhu!
Ada 2 FM tertinggal kikikiki
Dok la kt peti ais tu dulu :P

Nak beli board lagi
Alamatnya tunggu pintu peti ais
Penuh dengan FM semula la hahaha!
Oooo lama lagi tu
Lamaaaa sangat lagi hehee ;)

28 Ogos 2013

Wordless Wednesday : RAHSIA ALLAH

Peringatan buat diri sendiri
Supaya berfikir dulu apa yg nak ditanya
Moga dengan pertanyaan tu
X mengguris hati orang yg ditanya

Moga jadi ingatan untuk kawan-kawan lain jugak :)

Pic taken from fb

TQ Pada Kawan-Kawan Yang Mengingati... :)

Memang tak dinafikan la
Berkawan secara maya ni
Walau tak pernah bersua
(Ada yg dah pun berjumpa)
Bila bersembang tu dah macam kawan lama :)
Ye la, boleh dikatakan hari-hari berhubung
Blog la, FB la, IG la...
Walau ada la sket rasa malewww
(ai is pemalu, auww! :P)
Cuba gak la utk atasinya hakhak!

Sepanjang Ramadhan & Syawal baru ni
Ada jek buah tangan utk anak-anak
A.K.A duit raya
Mekaseh banyak kawan-kawan! :)
Yang best tu maknya pun dapat ole-ole, hihi
Ramai yg dah memahami hobi MamaZN kan? :P

Mekaseh semua!
Mekaseh gak pd yg selalu dtg blog ni
Mekaseh gak sbb ada yg igt kt kami
Maaf byk2 sbb dh xleh BW secara aktif dah
Sebab line tenet sgt la terhad kat tmpt baru ni huhu!
Harap memahami...

Owh ye, aritu Eima ada tanya
'bila nak cerita pasal tmpt/umah baru?'
Nnt ek, nnt MamaZN share
Kasi MamaZN masa nak susun ayat dulu
Haha!

Utk gmbr2 kat bawah:
TQ pada Sue, Adlin, Yana (masya), Falsya, AlyaKamal & Kak Izan Cikmot

*hepi bday cikmot!*

Bakal Berlepas Ke UZBEKISTAN

In shaa Allah
Malam ni AtokNenekZN akan berlepas ke Uzbekistan
Untuk p bercuti selama 2 minggu

Moga AtokNenekZN diberi kesihatan yang baik
Sepanjang percutian
Moga selamat pegi dan balik hendak-Nya

Bestnya kan kalau dapat tgk negara dan tempat org? ;)

*AtokNenekZN, jangan lupa belikan FM ek! Haha! :)*

PS: Gambar bawah ni masa p cuti2 Istanbul aritu ^__^

27 Ogos 2013

Pertemuan Pertama Dengan Rakan Alam Maya :)))

Assalamualaikum
Uii dh nak tgh hari dah!

Semalam takde up entry langsung
Kesihatan tak mengizinkan, huhu
Arini AtokNenekZN ada kat umah
Pastu ada orang nak pasang grill & awning plak

Ok la nak citer sket
Jumaat baru ni, belah malam
Kami 1 famili penuhi undangan makan2
Kat rumah rakan alam maya
Yang baru pertama kali nak ketemu
Dah lama dah berhubung secara maya
Ada la dekat 3-4 tahun jugak
Baru ni nak jumpa :)

Kami ke rumah Eima :)
Lama dah berhajat nak jumpa
Baru ni ada rezki hehe
Pastu ingatkan jumpa Eima jek
Rupanya bertambah rezki MamaZN
Dapat jumpa Roxy & Eza jugak :)
Allah! Rasa happy sangat malam tu!

Dengan takde suaranya
Nak jugak bersembang2
Sakit tekak sket ku tahan jebat!
Haha!
Janji dapat bersembang :)

ZakwanNayli pun dapat la jumpa kawan-kawan baru
Aqeef, Afif, Auni, Tasha & Adam
Tak lupa anak tuan rumah - Alisya
Fahim jek tak dapat jumpa
Sebab Fahim dah tido awal dah :)

Bleh plak sesat nak p umah Eima tu
Haha, lawak plak rasa :P
Takpe, janji sampai hehe

TQ Eima sbb jemput kami
PapaZN balik keje awal aritu
Sebab nak p makan umah Eima punya pasal hehe

In shaa Allah ada masa nanti
Lain kali kita jumpa lagi ek! :)

Ps: Segan weih, amil gambo ngan kawan-kawan yang selim-melim ni... MamaZN jek yang berisi betul! Huhu! T____T

23 Ogos 2013

Layan Kerenah ZakwanNayli

Assalamualaikum
Selamat pagi :)

Alhamdulillah dah Jumaat
Hehe
Pagi-pagi dah hujan
Hujan rahmattt...
Lebat btul hujan kat tmpt kami pagi tadi
PapaZN pun kena p keje naik kete rini

Esok mesti ramai yg dapat jemputan open house / makan2, kan?
Bestnya dapat p jalan-jalan
Kami skrg ni ari Sabtu dok umah je la
Sbb PapaZN dah mula keje ari Sabtu
Untung sgt la kalau PapaZN dapat balik awal
Huhu!

Harap2 dapat la p jemputan makan-makan malam ni
Dan jugak ari Sabtu
Dan jugak ari Ahad
(T____T)

Kadang tu kesian kat PapaZN sbb tak rehat
Tp kesian gak kat budak2 ni
Kalu dok terperap jek kat umah
Tak p memana
Takpela, mana yg sempat pegi tu pegi je la...
Kan? Hehe...

Meh la layan kerenah budak2 ni
Layankan aje la apa depa nak
Nak tgk Disney Channel 615 la
Nak makan eskrem la
Nak semakkan umah la

Nak marah sangat pun tak bleh
Sbb pandai btul depa amik ati mak ni
Wat muka cheeky la
Wat gaya comey la

Layannnnn kan aje la... (-_____-)

22 Ogos 2013

Sambut Birthday 2 Kali :)

Kalau ikut bulan Islam
4 Syawal aritu besday Zakwan
Senang nak ingat besday Zakwan ni
4 Oktober = 4 Syawal

Macam anak Eima gak la
29 September = 29 Ramadhan
Kan Eima, kan? :)

Masih terbayang-bayang lagi
Dah kena beraya kt hospital
Dari 2 Syawal-5 Syawal dulu
Huhu
Pengalaman sungguh!

Dah 5 tahun pun berlalu
Zakwan pun dah membesar dgn jayanya
Makin dah besar, makin cikeding
Sbb takmo makan sgt
Nape tah, huhu!

Apa2pun moga Zakwan jadi anak yg soleh
Abang yg baik utk adik
Org yg berguna pada agama, bangsa dan negara...

4 Oktober nanti baru beli kek beso
4 Syawal beli kek 1 slice jek buat syarat
Hehehe...

Layan Movie PLANES @Setia City Mall

Semenjak dah pindah Klang ni
Ni la tempat 'bermain' kami skrg :)
Kalu sebelum ni selalu pegi Alamanda & AEON Bukit Tinggi
La ni Setia City Mall & Tesco Setia Alam jek la...
Naseb baek best, hikhik!

Okeh sambung cite
Kami p tengok movie animasi Planes
Biasala, Zakwan punya pilihan la ni
Kalu sape2 anak dia minat movie Cars
Maknanya mmg kena bawak depa p tgk Planes :)

Serius, cite ni sgt best
Kalau Cars pasal perlumbaan
Planes ni pun pasal perlumbaan gak
Perlumbaan merentasi dunia
Macam-macam halangan
Tapi Dusty Crophopper berjaya tangani
Bila ada hero, mesti la ada yg jadi watak jahat
Macam Slinger & konco-konconya tu

Best la
Menghiburkan! Tak jemu nak tgk sampai abes
Pastu banyak pengajaran plak
Bukan utk anak-anak jek
Untuk kita makpak pun sama :)

Disebabkan takde poster Planes
Anak beranak ni pakat bergambo dengan poster Wolverine
Tak dpt tgk, dpt bergambo jek pun jadik la...
Haha! :)

21 Ogos 2013

Wordless Wednesday : PUDING ROTI KUKUS

Eh arini Rabu kan?
Okeh boleh wordless :)

Teringin punya pasal...
Maka masak la sendrik
Ni versi takde sos kustard
Resepi MamaZN ada share kan jugak tu
(kredit tu FB page: Kongsi Resepi)

Kot kot ada yg nk try buat
Tp mostly ramai yg dah terror, kan? ;)

Eh eh.. Kata nak wordless?
Haha! :P

Mimpi Tu Mainan Tidur, Kan? T_T

Citer semalam
Pagi-pagi dah ngadu kat PapaZN
Kata malam tu mimpi sedih
PapaZN tanya, mimpi apa?
MamaZN pun citer la...

Kami 1 famili balik kg PapaZN
Sampai kat umah, ada tetamu
PapaZN jek yg kena ke depan, jumpa tetamu
Sambil layan bersembang, sambil makan bersama
Punya la lama...
Rupa-rupanya tu bakal isteri baru
Pilihan keluarga
Huwaaaa!

Sedih tak terkata bila dapat tau
Dah la tak kasi kami 3 beranak join sekaki dengan tetamu
Kena makan bertiga kat ceruk dapur nun
Masih terbayang 'scene'
MamaZN suap ZakwanNayli makan sambil dok bersila kt dapo
Huhuhu... (-___-)'

Dah, pastu trus terjaga dari tido
Naseb mimpi jek
Mimpi mainan tido kan?
PapaZN bergenang airmata bila MamaZN cerita
Dia kata dia tak sanggup nak buat camtu
Sebab katanya,
MamaZN dah banyak susah payah dgn dia
Huhu!

Adoi, mmg mengganggu gugat
Ketenteraman jiwa la bila mimpi2 camni

Kawan-kawan penah tak alami mimpi
Yang camni?
Sampai x tenteram jiwa raga
Haha!

Gambar selingan
#sebenarnyasayaisteridia :)

20 Ogos 2013

Sesi Beraya @ Gombak & KL

Hari Ahad baru ni
Baru la kami berkesempatan nak p beraya
Huhu!
Cadangnya nak p Sabtu
Tapi PapaZN balik keje lambat plak
Tu yg terpaksa tunda Ahad

Ahad tu plan kitorg nak melawat 2 newborn babies
Pastu nak melawat gak kawan sekolah
Yang baru lepas operation
Dan jugak nak beraya umah rakan blogger :)
Dah alang-alang semua pun kat area Gombak & KL
Kite jamakkan trus jek la sume :)

Rumah pertama kami p kat Sentul
Umah rakan blog : Kekda @ PuanStoberi
Kekda ajak dtg ari Sabtu tp kami xdpt la kan
Sebab PapaZN keje
Kami datang Ahad :)
Dapat gak merasa laksa yg sedap iteww :)

Rumah kedua kami p kat Gombak
Melawat kawan yg baru lepas operate
Ni kawan kami masa kat SERATAS
Lama sangat tak jumpa
Berhubung ikut wassap jek sblm ni
Alhamdulillah dapat gak berkumpul
Dengan lagi 2 org geng SERATAS :))
Seronok sangat!
Tapi yang tak best nya kejap sangat
Huhu!

Sebab kami nak ke rumah ketiga plak
Melawat newborn baby
Umahnya kat Gombak - Taman Bukit Permata
Ni kawan MamaZN masa kat UTM
Masih keep in touch sampai skrg
Tahniah Mi, atas kelahiran baby Anas! :)

Dah lepas beraya kat Sentul & Gombak
Kami ke Bandar Sri Permaisuri plak
Jammed gilerrr kat MRR2!!
Dengan hujan lebatnya!
Dengan sesatnya!
Alhamdulillah selamat sampai jugak akhirnya...
Lagi sorg newborn baby selamat dilawati, hehe
Ni anak geng SERATAS gak ni
Tahniah Matdek & Nora atas kelahiran baby Iman Danish! :)

Gambar kat umah 1,2 & 3 ada
Sampai umah ke 4 dah tak sempat dah nak bergambar
Bateri HP abes sudaaa
Haha!

Weekend ni in shaa Allah
Turn Bangi, Bandar Mahkota Cheras, BSP & Putrajaya plak

Jaga-jaga ya, kami nak dtg beraya ni! Haha! :)

19 Ogos 2013

Cerita Cuti Raya Yang Tak Seberapa... :)

Assalamualaikum
Selamat pagi! :)

Nak sambung citer raya
Masa kat kg aritu

PapaZN x amik cuti raya
Maknanya kami cuti raya pertama
Sampai raya keempat je
Malam raya balik kg
Raya keempat balik Klang

Jadiknya sepanjang ada kt kg aritu
Mmg pulun la beraya dari pg sampai mlm
Tu pun ada lagi umah sedara yg x dpt dijengah huhu
Sedih :(
Tapi xpe, nak wat cemane kan? :)

Bila kg dh dekat-dekat ni
Mmg berulang alik setiap hari la kami
Raya pertama beraya dgn famili PapaZN
Kami p beraya umah sedara mara
Kat Bagan Datok

Petang tu, balik umah MamaZN plak
Sebab raya kedua nak beraya umah sedara mara belah MamaZN
Kami ke Ipoh

Raya ketiga
Beraya dgn famili PapaZN lagi sekali
Beraya ke jajahan Langkap plak

Memang ulang-alik jek la kejenya kami ni, huhu!
Penat tak usah kata la
Tapi seronok la sbb dapat gak abeskan masa dgn dua2 belah famili :)

Raya keempat kami dah balik Klang
PapaZN dh start keje ari Isnin tu

Dok umah je la kami sepanjang mggu
Huhu!
Naseb famili MamaZN ada dtg beraya
Takdela sunyi hihi...

Tu jek citer cuti raya kami
Sambung beraya weekend2 akan dtg plak :)
Ada sapa2 nak jemput kami dtg open house?
Hahaha! :P

Ni ada la sket gambo yg diamik
Masa jalan beraya aritu
Raya pertama kami sedondon kaler orange peachy
Raya kedua kaler hijau+biru
Raya ketiga plak makpak pinky, anak-anak putih salju hikhik :)

16 Ogos 2013

Perlukan FM Board Baru!

FM magnetic board yang MamaZN beli dulu dah selamat digantung
:)
MamaZN gantung kat dining hall
Sambil-sambil makan
Sambil-sambil tgk FM :)
Puas rasa hati hehe

Tapi tu la
Walau dah cantik FM-FM tu bersusun
Masih lagi tak muat! Huhu
Nampak gaya kena beli board baru
Tak sabar nak p amik lepas dah siap :)
Dah order dah hehe

Buat sementara ni
FM-FM yg tak bertempat tu
Masih bertempek kat pintu peti ais
Geram kat Nayli
Sejak 2 menjak ni suka sgt main FM MamaZN
Pandai plak dia cabut dari pintu peti ais
Naseb baik yg bertempek kt situ suma yg jenis rubber
Takde la riso sgt kalau FM tu pecah :)

Shopping @IKEA Untuk Rumah Baru ^_^

Bila dok umah baru ni
Tak kira la umah sendrik
Atau umah sewa
Mesti ada keinginan nak deko2 umah
^__^

Tempat yang MamaZN suka
Nak soping2 barang umah
Tak lain tak bukan mana lagi
Kalu bukan Ikea, hehe

Takde la cari perabot2 besar
Macam sofa atau katil atau almari
Cari yang kecik-kecik jek
Janji murah haha!

Aritu gi Ikea,
Beli la langsir RM 15.90 sepasang
Pastu bakul sampah RM2.50
Jam dinding RM2.50
Laundry basket RM9.90
Pastu apa tah lagi, lupa sudaaa
Haha!
Total membayar RM70
Tp dapat macam-macam
Takpe, janji puas hati
Sebab barangan dari Ikea
Hahaha! Sabo je la kan? :)

Dah lepas raya ni, cdg nak p Ikea lagi
Hehe
Aim kami laki bini nak beli cermin, carpet, langsir lagi, cover cushion
Tapi tu la
Tah bila dapat pegi...
PapaZN keje setiap Sabtu skrg ni
Huhu!

Dapat Barangan AmbiPur - Menang Contest @ Blog Fillanie

Sebelum raya aritu
Sempat lagi BW kejap ke blog The Kasihs
Pastu kebetulan sis Filla ada wat contest
Tajaan AmbiPur
Hadiahnya tentu-tentu la barangan AmbiPur kan :)
Sebab senang dan tak perlu buat entry
MamaZN pun free kan diri untuk join :)

Alhamdulillah
Terpilih antara 7 org yang berjaya
Rasa happy sangat sbb terpilih
Sebab contest based on slogan

Tapi tu la...
Hadiahnya kena collect kat ofis Nuffnang
Huhu, jauhhh!
Nak mintak tolong delivery, dia x bagi
Kena amik sendrik @ wakil boleh amikkan

Sapa nak tolong amikkan?
Kita share hadiah ^_____~

Bawah ni MamaZN copypaste slogan yang MamaZN buat :)))

15 Ogos 2013

Cerita 1 Syawal 1434H

Assalamualaikum
Selamat pagi :)

Tahun ni turn beraya kat umah PapaZN dulu
Malam raya kami dah sampai dari Klang
Semua dah selamat tido huhu! ;)
Esok-esok pagi baru dapat jumpa, bersalaman raya terus hihihi...

Beraya umah PapaZN meriah sket
Sebab PapaZN ramai adik-beradik
Beza ngan MamaZN, 3 beradik je :)

Selepas sesi syahdu syahdan bersalaman di pagi raya
Masa yg best yg dinanti-nantikan
Adalah bergambar, yeay! Haha!
Memang happening :)

MamaZN share gambar kami 1 famili dulu la ek
Kredit tu adik ipar yang tolong amikkan gambar hehe :)

Baju sedondon di pagi raya 1 Syawal
Kain beli online
Tempah baju 1 famili pun deal secara online
Shawl MamaZN pun online :)
Semuanya di hujung jari

Percaya tak, tempah baju tu
Untuk kami 1 famili
Baju kurung mak anak
&
Baju melayu bapak anak
Totalnya RM170? :)
Ok kan?
Lain la kalau jahit sendiri
Memang lagi berbaloi!
Tapi MamaZN xpandai! Huhu! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...