31 Julai 2013

Selamat Tinggal (Buat Sementara Waktu)

Selamat tinggal BSP
Dari 2009-2013 kat sini
Macam2 kenangan pahit dan manis dah rasa
Hukhuk! :/

Selamat tinggal jugak pd tempat2 yang selalu dikunjungi
Antaranya Putrajaya, Bangi, Taman Tasik Cyberjaya, Alamanda dan kawasan sekitarnya
Sebelum ni dalam seminggu ada la 2-3 kali terjah tempat2 ni
Pasni nak dapat seminggu sekali pun payah kot :(

Takde la jauh mana pun
Bukan ke negeri berbeza
Ke daerah berbeza jek
Tapi sedih & sebak tetap terasa

Nak-nak bila pikirkan Zakwan
Mesti terasa nak mengalir airmata bila baca balik entry ni
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/07/janji-zakwan-tak-sedih.html

Takpela, Zakwan boleh sesuaikan diri kt tmpt baru nnt
In shaa Allah...

Doakan kami ye...
Doakan moga segalanya dipermudahkan buat kami

Sebak tetiba, huhu!
Harap2 ada coverage internet
Kalau takde, makin 'jauh' la kami dengan kawan-kawan semua :(

Bye korang!
Panjang umur, ada rezeki kita jumpa lagi k!

Nak wish Selamat Hari Raya jugak la
Takut tak sempat
Ampun maaf zahir dan batin ye
Kalau ada tersalah kata tersilap bicara

P/S :
- sbb ini, kami xleh nak soping raya sgt hukhuk!
- takde rasa teruja mana pun... rumah baru tp bukan rumah sendiri T_____T

30 Julai 2013

Zakwan Dah Nak Raya ^_^

Hensem anak mama pakai baju melayu lengkap :)
Siap bersampin dan bersongkok lagi

Ni bukan sesi try baju raya baru, tau!
Huhu..!
Tu baju raya tahun lepas :)

Khamis lepas sekolah Zakwan ada sambutan
Sempena Nuzul Quran
Jadik teacher suruh pakai baju melayu

Balik sekolah tu
Zakwan ckp, teacher kata 'ensemnya Zakwan'
Hehe, sengih jek dia =P
Zakwan cerita kawan dia ada yg pakai baju melayu
Tapi takde la bersampin bagai
Macam Zakwan
Ada jugak yang pakai baju melayu
Tapi dengan seluar jeans
Ada tu pakai baju sekolah je

Sbnrnya, MamaZN tengah susah hati
Tu sbb up entry ni haha!
Susah hati sbb riso
Kalau-kalau baju raya thn ni xsiap lagi
Uwaaaa...!
Hahahaha...!

Duit Raya Pertama ZakwanNayli :)

Alhamdulillah
Belum pun raya, ZakwanNayli dah dapat duit raya
Yang pertama ni utk dorang, hehe

Anak orang lain, dah berkoyan-koyan kot dapat duit raya kan? Hehe
Takpe, rezeki masing-masing
Apahal plak nak banding-bandingkan dgn orang lain
Ye dak? :)

Ni la dia ni
Duit raya pertama utk ZakwanNayli
Kad raya pertama utk mak nya, hehe

Thanks Kak Zura Rahim!
Atas ingatan ikhlas dari akak buat kami :)
Tak pernah bersua, tapi rase mcm 'dekattt' jek
Dekat di hati :)

In shaa Allah ada rezki nnt pasti ketemu jugak kita, kan kak? :)
Kena plan Cuti-Cuti Malaysia : Penang plak la pasni
Huhu!
^_____^

Iftar Bersama Geng Sekolah :)

Assalamualaikum! :)

Jauh perjalanan kami pada Ahad lepas
Dari Teluk Intan jam 10.30 pagi
Pastu pitstop jap kat Kapar
Jam 6.30 petang kami ke TTDI Jaya pulak
Tu tak sampai BSP lagi tu huhu!

Kami ke TTDI Jaya utk penuhi jemputan iftar
Bersama geng masa sekolah dulu
Alhamdulillah masih close sampai skrg :)
Tahun lepas berbuka puasa secara potluck kat umah kami
Kali ni tukar venue plak :)
Masih secara potluck
Tapi yang datang semua menu 'tunjuk' kat PARAM, hehe
Tuan umah jek yang memasak
TQ tuan umah, Zaim & Zaza!

Kali ni tak berapa ramai
Ada 6 famili jek
Ok la tu dari tak takde langsung
Alhamdulillah jugak kami dapat join
Sebab kami balik kampung
Naseb tukar tarikh, hihi :)

Menu dari tuan umah sangat maveles!
Ada nasi ayam, puding karamel, kerabu mangga
Ada yang bawak pizza Papa John
Ada yang bawak aiskrim & air
Kami plak bawak ayam bakar & popia basah
Menu tunjuk-tunjuk jek hehe

Seronok sekali sekala dapat berkumpul ramai2 camtu
Memang selalu tegur sapa kat group Whatssup
Tapi bila dah berjumpa lagi havoc la jawabnya :)
Memang best!

Yang tak bestnya
Kami kena balik awal uwaaa!
Nayli dah wat perangai
Tu la dia kalau tak tido siang
Makpak terpaksa la berkorban demi anak =/

In shaa Allah, pasni kumpul time raya plak ek geng! :)

Bila dikenang-kenang balik, dah 15 tahun kami berkawan, Alhamdulillah...

Ps: Gambar2 bukan dari MamaZN, tapi dari kawan2 yg share kat Whatssup. Kredit utk mereka! :)

29 Julai 2013

Resepi Blogger Pilihan Majalah JELITA (Ogos 2013)

Assalamualaikum
Selamat pagi! :)
Masing-masing dah shopping raya ek?
Ada yg dah settle pun kan?
Good, good :)
Gi kerja pun semangat sket la ek
Sbb dah nak dekat raya ni hehehe...

Ada sesape dah beli Majalah JELITA keluaran Ogos 2013?
Hehe
MamaZN excited jap bab-bab pertama kali ni, haha!
Sebelum ni, masa sekolah dulu la
Asek masuk majalah sekolah jek
Kali ni teruja sbb MamaZN & Nayli
Bersama resepi Kari Ayam Tomato Puri Leggos
Ada dalam Majalah JELITA hikhikhik ;)

Ala gambar comel cenonet jek pun
Tapi tetap seronok haha! :P

Bukan MamaZN jek ada
Ada 15 orang lagi kawan-kawan blog yang turut serta
Dan yg bestnya kebanyakannya MamaZN kenal :)
Ada Kak Amy Mamatisya, Zety, Ayu Sidratul Muntaha, Kak Ayu Rafikah dan ramai lagi :)

Thanks to Kak Amy sbb bg peluang pd saya ye kak! :)
Nnt kalau ada apa2 lagi, roger la ek
Haha! :P

Jangan lupa dapatkan Majalah JELITA ye kawan-kawan
Cover depan gambar Harith Iskandar & family
Dan jangan lupa jugak try resepi-resepi daripada blogger pilihan Majalah JELITA :)

Ps: bz-bz-bz kemas barang! Penat!

26 Julai 2013

JJCM | Bariani Ori Kinrara, Bandar Kinrara

Ahad baru-baru ni tengok Jalan-Jalan Cari Makan
Diorang pi pekena nasi bariani
Nama tempatnya Bariani Ori Kinrara
Perghhh! Tengah-tengah hari camtu tengok JJCM mmg masak la! Haha!
Sume makanan pun nampak sedap =p

Dan disebabkan bariani yang nampak macam best tu la
Kami pun menjalankan misi JJCM kami sendrik haha!

Hari Rabu aritu, disebabkan kesuntukan masa utk memasak
Dan dah rancang nak pi JJCM malam tu
Jadiknya masa berbuka MamaZN makan kuih Jeniffer Lopez jek
Pas Maghrib baru gerak pi makan nasi bariani :)


Kami tak pegi di siang hari ok! haha!
Kang ada yang naik van jenazah plak kang! =p


PapaZN awal-awal dah survey thru google map
Supaya tak sesat! Hehe
Naseb senang jek nak mencari tempat ni :)

Bila sampai tengok takde orang pun, hehe
Rupa-rupanya baru jek lepas buffet berbuka puasa
Kami plak datang bukan utk berbuffet, nak ala carte jek
Naseb baek masih ada makanan lagi :)

Untuk buffet berbuka puasa kat Bariani Ori Kinrara ni
Dewasa : RM25, Kanak-kanak (6-12thn) : RM12


Simple jek kedai nya :)
Tapi selesa dan tenang




Bariani Ayam Goreng Berempah - RM10


Bariani Kambing - RM12


Sebenarnya MamaZN teringin nak makan coney dog atau burger bakar atau mi bandung
(amboi, banyak nya teringin! =p)
Tapi sebab bulan Ramadhan, diorang tak buat menu tu
Yang ada nasi bariani saja, huhu!


Menu yang MamaZN teringin nak makan :)


Bukti Qi ada datang sini ^__^


Secara keseluruhan, MamaZN suka! :)
PapaZN pun sama
Kalau PapaZN suka, maknanya memang bleh dtg lagi la pasni
Nasi dia sedap! Serius sedap!
MamaZN pilih bariani ayam goreng berempah
Sebab nak suapkan ZakwanNayli sekali

Last-last kami order lauknya sahaja untuk sahur nanti, hehe
Ayam masak merah & kambing

Yang paling rasa terharu nya tu
Owner Bariani Ori ni tapaukan utk kami bubur lambuk & kuih muih
Alhamdulillah, murah rezki


Tah bila la nak datang sini lagi, hukhuk!

Terbantut Nak Shopping! T___T

Misi mencari jeans ZakwanNayli diteruskan :)

Mulanya nak pi IKEA sebab lepas tu bleh cuci mata dan poket kat IPC
Tapi rasa macam tak larat jek
So, tukar plan pi Jusco Taman Equine
(nyesal plak pi sini, huhu!)
Sebelum nak pi shopping tu, PapaZN ajak pi tempat electrical
Mula-mula ingatkan kat dalam Jusco
Rupa-rupanya nun di hujung dooonia! Haha!
Lupa plak! Nampak sangat dah lama tak pi situ, hehe

Tapi tu la...
Bila dah sampai situ, PapaZN pi cari barang
MamaZN terpaksa temankan 2 beradik ni tengok The Avengers
Alaaaaa....!
Takleh nak cuci mata dengan aman!
Kalu tak dilayan kang, ada la yang buat drama air mata
Padahal dah banyak kali tengok dah citer tu
Sajek jek la tu, nak tgk kat tv besaaarrr!
Ha, soh Papa beli! Haha!





Lepas sesi pujuk-memujuk, baru turn MamaZN plak nak pi shopping
Alemak, takde yang berkenan!
Cemane la bleh buat pilihan utk ke sinun!

Kalau kawan-kawan, suka shopping kat mana?

1st Time Jejak PARAM - Misi Mencari Kuih Lopes

Mintak maafff...
Pagi-pagi dah tunjuk gambo makanan
Ampun!

Gambar tu sekadar hiasan, huhu (alasan! =p)
Sebenarnya nak citer menda lain, hehe
Eh, tapi ada kena mengena gak la! =p




Disebabkan kuih Jeniffer Lopez ni, MamaZN telah mencemar duli
Menjejakkan kaki ke PARAM kat BSP ni, huhu!
Selama 14 hari bertahan, Ramadhan ke-15 pecah rekod =/
Teringin bebeno nak makan kuih lopes kekdahnya
Nak masak tak reti
Pastu tak ramai plak yang jual kuih ni
Beli jek la yang ada depan mata

Sayang seribu kali sayang
Rasa tak sepertimana yang dibayangkan, huhu!
Memang kena belajar buat sendrik la nampak gayanya

Eeee!
Selalu terkena tau!
Beli yang kat PARAM tapi diorang jual tak sedap!
Nape ek? Ikhlas la sket kan?
Tak bleh la pikir nak untung jek T___T


*******************


Nak citer lagi 1 citer ni
Masa pegi PARAM aritu kan
Ada sorang mamat ni dengan selambanya merokok!
Taktau malu betol!
Walaupun nampak macam dia cuba nak sorok-sorok
Tapi tengah-tengah orang ramai kottt (kat PARAM!)
Takkan buat hal plak!
 Bajet takde yang perasan la tu
Tapi ADA yang tau kan? Kan? Kan?


p/s:
lopes btul la mamat tu! grrrr!!


Pakai KASUT RAYA Sebelum Tido

Nayli la ni!

Orang lain dah ready nak tido dah
Dia takmo tido lagi
Sebok belek-belek kasut raya, huhu!

Masa kemas-kemas baju raya diorang ni
(yesss, MamaZN dah siap packing, huhu!)
Nayli terpandang kasut raya dia yang beli aritu
Sebelum ni dia wat tak kesah jek
Tapi time kemas-kemas tu, sebok plak dia mintak nak pakai

Ke hulu, ke hilir (dalam umah la) dok peragakan kasut
Mula-mula tunjuk kat PapaZN
PapaZN saje la tunjuk gaya teruja
Alolololo, Nayli gediks!
Sengih jek memanjang - seronok kena puji

Bila Nayli tunjuk kat Abang Zack
Abang Zack layan macam nak tak nak je, hihihi
Sentap member =p





Pantang disuruh simpan kasut tu balik
Mesti dia marah-marah
Pastu dia yang nanges macam kena marah!
Last-last, bila dah tido baru MamaZN simpankan balik

Bukan boleh percaya sangat Nayli ni
Kang abes dicampak ke mana-mana karang
Jenuh nak cari plak, haha!



p/s:
kitorang kat kampung ni, hehehe
besssttt! (saje bako line =p)

 

25 Julai 2013

Nasi Ayam Sempoi @ Iftar Day 14

Kalau aritu PapaZN teringin nak makan nasi tomato
Kelmarin, MamaZN plak teringin nak makan nasi ayam
Alhamdulillah, atas rezeki yang diberikan...
^___^




Pagi-pagi dalam pukul 11 dah siap masak dah
Sebab Zakwan balik sekolah nanti, mesti nak makan
Senang, buat jek awal-awal
Time nak berbuka tu, tinggal panaskan aje :)

Berselera tgk ZakwanNayli makan, hehe

Nasi ayam versi MamaZN ni sempoi jek
Serius simple giler
Mesti ramai dah expert punya la! ;)
Tapi macam biasa, MamaZN nak aje share kan resepi nya, haha!
Ngade kan? ;)

Boleh klik link bawah ni utk resepi k! :)
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2011/01/nasi-ayam-sempoi-resipi-mamazakwan.html


Kawan-kawan plan nak berbuka apa hari ni?
Arini kami berbuka kuih je kot
Sebab lepas Maghrib karang nak balik kampung, yeay!
Lapar nanti, singgah jek la mana-mana
Ikut jalan dalam banyak tempat nak singgah berbanding ikut highway, hihi
Doakan kami ye! ^_^


Selamat bercuti pada kawan-kawan yang bercuti
Salam Nuzul Al-Quran buat semua! :)


Shopping Raya : Tema Color Blocking :)

Tema untuk Nayli jek
Bukan utk whole family, hehe ;)
Tak dapat bayangkan kalau PapaZN yang ber'color blocking', haha!

Aritu pi Jusco AEON Bukit Tinggi
Cadangnya nak cari jeans utk Nayli
Tapi takde yang berkenan
Hmmm

Pusing punya pusing
Ternampak la seluar slack ni
Kaler cam pinky merah ngan biru muda
Aihhh, berkenan plak
Terus beli 2 helai
Lega...


 2 slacks ngan 2 leggings


Part Nayli settle dah
Zakwan punya jeans plak tak jumpa
Ada tu memang ada
Tapi tak menepati citarasa
Pastu dah jumpa yang berkenan
Tak beli plak sbb rege mahal, huhu!
Balik umah asek dok terkenang jek...
T____T

Pastu masa kemas-kemas baju raya dorang ni
Saje la tayang kat Nayli
Seluar color blocking dia yang MamaZN belikan tu
Aiseyyyyy, geleng kepala laju-laju daaa!
Takmo plak dia!
Haha!
Kecik-kecik pandai demand plak dahhh!
Tak kira, raya nanti pakai jugak!
Mama dah beli ni, Nayli...
Jangan wat hal! Hahaha!
(naseb baek ada spare 2 helai jeans ;p)


24 Julai 2013

Wordless Wednesday : ADA IRAS TAK? =P

Kejadian berlaku masa berbuka puasa buffet Ramadhan aritu :)
Kebetulan DjNasT ada sesi berbuka puasa dengan anak-anak yatim di tempat yang sama 
Kitorang pun amik kesempatan la, haha!
Minat kot! =p


Ex-BF Ayu Teduhan Kasih, hikhikhik ;)


Memang kami laki bini suka la kat empunya diri sebelah PapaZN tu ;)
Tapi takde la sampai fanatik sangat, hihi
Start dari citer K.A.M.I, kitorg baru kenal dia ni ;)
Korang penah follow citer K.A.M.I tak?
Start citer ni la lagu-lagu indie sume trus jadik famous amos, hehe



Wordless Wednesday : Betul La Orang Cakap... ^__^

Kalau nak beli tu, beli jek
Bila tak jadi, balik umah dah terbayang-bayang
Lagi parah! Haha!
Tak pasal-pasal terpaksa pujuk PapaZN pi shopping lagi, hihi


Smart plak Zakwan pakai jeans ni
Try jek tp tak beli pun, huhu!


Bak kata Sue, biar nyesal lepas dah beli, jangan nyesal sblm beli
Haaa, kang jadik cam MamaZN ni la
Nak tido pun terbayang-bayang lagi, kehkehkeh!

Papa....Jom! =p


23 Julai 2013

Masak-Masak | MI KARI (Resepi)

Mintak maaf, cerita pasal masak-masak pada petang-petang cenggini
Bukan sengaja nak tayang gambo makanan
Tapi nak share menu berbuka aritu beserta resepi
Kot-kot ada yang taktau nak berbuka apa ke kan

Seperti biasa, resepinya MamaZN refer pada sifu :)
Bila rajin masak yang renyah-renyah camni
Tak lain tak bukan sebab PapaZN la
Kalau MamaZN ni time berbuka sempoi jek
Apa yang ada, asal boleh jek
Tapi PapaZN ni takkk
Time berbuka nak selain nasi
Kang masa sahur baru nak makan nasi
Tu yang jenuh berpikir nak masak apaaa la kan, huhu!

Naseb baek El ada share resepi buat mi kari ni
So, bleh la try
Feveret PapaZN ni :)


Menjadi jua akhirnya! Saya suka! Saya suka! =)


Ni kali kedua MamaZN buat mi kari
Yang 1st time dulu tu sempoi ya amat
Masak macam nak buat kari ayam tu jek
Takde bahan-bahan lain
Cam takbest jek, huhu!

Kali ni walaupun agak renyah sebab banyak nooo bahannya
Gagahkan jugak la nak buat, huhu

Sikit pun takde ubah apa-apa dari resepi asal El
Kawan-kawan cuba la! :)


RESEPI MI KARI

Bahan-bahan untuk kuah :
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1cm halia
(semua diblend)

2 sudu cili blend/giling
1 mangkuk air rebusan kulit udang
4 ekor isi udang yang telah diblend
1kg kerang yang telah siap direbus
5 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh ngan sedikit air)
fishball
fishcake
isi ayam beberapa ketul
1 biji ubi kentang di rebus dan dilenyek
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis
1 batang serai
sedikit daun kari
1 kotak santan
mee kuning
1 keping asam keping


Bahan-bahan untuk hiasan :
telur rebus (kalau nak)
sawi & taugeh dicelur
daun bwg dan sup
cili potong dan bwg goreng


Cara2:
[1] Tumis cili blend & bahan kisaran hingga naik bau
[2] Masuk bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan daun kari
[3] Tumis sampai semuanya sedikit garing 
[4] Masukkan air rebusan kulit udang dan isi udang - kacau sebati
[5] Masukkan serai yg dititik
[6] Masukkan pes kari dan sedikit air
[7] Perasakan dengan garam dan gula
[8] Kacau hingga naik bau
[9] Masukkan kerang, isi ayam, fishball, fishcake, tauhu goreng dan kentang yang dilenyek
[10] Perlahankan api dan gaul hingga sebati
[11] Masukkan santan
[12] Kacau dan biar hingga pecah minyak dan pekat

Siap untuk dihidang bersama sayuran dan mee :)

Petang ni cadangnya nak masak nasi ayam
Kawan-kawan berbuka apa plak? ;)


Layan Movie TURBO | Tunaikan Permintaan Zakwan

Ahad baru-baru ni kitorang pi tengok movie kat IOI Mall Puchong
Tu pun sebab dah letih dengor Zakwan asek dok berzikir
Ajak pi tengok citer Turbo - Si Siput Laju, hehe

Kalau tak lagi la, dia ajak tengok 2 movie!
1 citer Turbo, lagi 1 citer Despicable Me 
PapaZN soh Zakwan pilih 1 jek
Last-last Zakwan pilih citer Turbo

Pilih IOI Mall Puchong pun sebab itu yang paling dekat dgn umah
Sempat la lagi nak balik berbuka kat umah
Jangan wat hal pi tengok movie jauh-jauh!
MamaZN dah siap masak-masak dulu sebelum kluar umah, haha!


Posing dulu :)



Next citer Zakwan nak tengok - Wolverine
Aiyakkk! dengar jek la dia asek cakap ulang-ulang pasal ni nnt



Sebenarnya maaaaalas sangat nak pi tengok wayang time2 bulan puasa ni
Letih!
Dah la tak dapat makan, kang dok bergelap dalam tu mau tertido, haha!
MamaZN lettewww! =P

Best ke citer animasi TURBO ni?
Emmm, boleh la... 
Untuk budak-budak cam Zakwan seronok sgt la
Sebab pasal lumba-lumba kereta kan
Ada jugak pengajaran diterapkan dalam citer ni
Sayangi adik beradik, sentiasa bantu-membantu, jangan sombong walau dah hebat
Ok la, not bad
Tapi takleh challenge citer The Croods & Monsters University
Despicable Me 2 pun ramai kata best kan?
Tapi kami tak pi tengok citer tu, huhu!


Anak dara ketiduran sampai abes citer, hehe


Tak pasal-pasal tengok movie di bulan puasa T_____T
Demi anak punya pasal...

 

22 Julai 2013

Macam Tak Percaya Buat TEPUNG PELITA Sendiri! (RESEPI)

Selama 31 tahun, ini la baru 1st time MamaZN buat kuih tepung pelita
Uisyyy! Memang tak percaya sungguh, haha!
Selama ni malas sangat nak buat kuih-kuih ni
Sebab macam renyah jek kan
Ada kulit, ada inti, ada berlapis-lapis
MamaZN tak suka buat menda yang 2-3 kali punye kerja
Pastu silap sukatan bahan dah jadi kureng sedap, huhu!

Tapi aritu, tah cemane tergerak hati nak buat kuih tepung pelita ni
Sana sini kawan-kawan dok cakap kuih ni antara kuih wajib/feveret di bulan puasa
Selain kuih buah melaka / onde-onde
PapaZN pun penah la jugak menyuarakan hasrat hati nak beli kuih ni
MamaZN kurang setuju la sbb sure kena beli kat PARAM tu
Last-last MamaZN pun cuba-cuba la buat sendiri ^_^
TQ pada sifu masak-memasak yang sudi share resepi


Dan ini lah hasilnya 
Alhamdulillah ^______^


Ok la kan bagi yang 1st timer macam MamaZN ni :)


PapaZN kata, cukup rasa sume ada walaupun baru 1st time buat
Kembang semangkuk MamaZN dibuatnya, hehe
Rasa penat hilang terus bila PapaZN cakap camtu =P

Kawan-kawan nak cuba tak?
MamaZN share kan resepinya kat sini
Tapi MamaZN ada tuko-tuko sket 
Dari resepi yang sifu masterchef kongsikan tu, huhu!


RESEPI KUIH TEPUNG PELITA

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nanti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
 sedikit garam


Cara :

[1] Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
[2] Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat 
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
[3] Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
 
 
[4] 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
[5] Kacau sehingga sebati
[6] Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat  
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
 [7] Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
  [8] Sejukkan


NOTA: 
Sedikit tip untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih
 
 
p/s:
El, jangan bosan pulak ye saya asek cilok resepi dari blog El! =p
 

Giliran Berbuka Puasa Dengan Famili Mertua :)

Assalamualaikum
Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang utk melakukan ibadah puasa hari ini
Moga terus diberikan kekuatan

Kawan-kawan cemane?
Mesti dah start shopping raya kan?
Huhu, bestnya!
Sana sini sale uols! Giler kentang la!
Hajat di hati macam nak shopping raya jugak
Tapi tu la, sebab sebelum ni dah beli sikit-sikit
Kang membazir la pulak kan? Hmmmm
Tengok la nanti, teringin jugak nak merasa kemeriahan shopping raya, hehe
Takde barang nak dibeli, kita jalan-jalan jek la tengok gelagat orang nanti ;)

Okeh, nak citer pasal weekend kitorang baru-baru ni :)
Kalau sebelum ni, kami meluangkan masa 
Kali ni turn famili PapaZN pulak

Kalau sebelum ni dengan famili MamaZN kami pilih buffet berbuka puasa
Kali ni kami pilih untuk berbuka kat umah secara potluck
Lokasi berbuka adalah di rumah SIL di Bangi
BIL datang dari Bandar Mahkota Cheras
Kami datang dari Bandar Saujana Putra
Bertemu kat tengah-tengah, di Bangi ^______^
Kebetulan bapak & adik PapaZN pun datang dari kampung
Jadiknya bertambah meriah la lagi suasana

Bila cakap potluck, MamaZN terus blur nak bawak apa
Biasanya kakak PapaZN sure masak banyak dan pelbagai jenis, hehe
Segan la pulak kalau tak bawak apa-apa, huhu!
Last-last, PapaZN cakap takyah bawak makanan yang berat-berat
Jadiknya kami bawak kuih tepung pelita, murtabak & ayam golek 
Dengan sambal tomato requested by adik ipar MamaZN :)


Macam-macam adaaa! ;)


Masa sampai tu, tengok makanan dah siap terhidang
Wah-wah-wah!
Cakap jek nak apa, sume pun ada :)
Bihun sup, nasi impit, kuah kacang, ayam masak merah, kari ikan, ikan talapia goreng
Bubur kacang, makaroni & kencur (tau tak apa itu kencur?)

 Pastu, bila BIL sampai biras MamaZN bawak pulak kerabu & agar-agar cendol
Alhamdulillah, kenyang pun kenyang
Seronok pun seronok sebab dapat berkumpul ramai-ramai
ZakwanNayli pun kemain happy lagi dapat berkumpul dengan sepupu-sepupunya :)




Jumaat ni kan cuti kan sempena Nuzul Quran
Ada sesape yang tak cuti? ;)
In shaa Allah, kami akan balik ke kampung
Tak sabar nak balik kampung!


19 Julai 2013

Blog Dan Kawan

Orang selalu kata...
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
Berkawan biar beribu, jangan pilih 'bulu'
(okeh, ni saya yg tambah hihi =P)

Sebelum ni
MamaZN tak pernah sangka pun
Dari berblog, kita boleh tambah kawan

Tapi bila dah lama-lama
Ehhh, terasa macam dah kenal lama pulak
Padahal baru sekali dua jek jumpa
Ada tu tak pernah jumpa pun
Tapi senang nak mintak pendapat
Senang nak bercerita atau share something

Macam MamaZN ni
Dari blog la baru ramai kawan
Almaklum, S.A.H.M la katakan

Lain la kalau org berkerjaya
Ada kawan se'ofis', kawan se'department', se'building' :)

Tu sbb MamaZN sangat-sangat-sangat hargai kawan2 yang ada
(anda sekalian la tu ye!)

TQ semua!
TQ sebab sudi jadi kawan MamaZN

TQ Cha (http://hijaucantik.blogspot.com)
Sebab sudi kirimkan hadiah yg cantik
Rasa terharu!

Moga terus kawan sampai bila-bila
Dengan kawan-kawan lain macam tu juga :)

Kenapa Bergedil Hancur Masa Digoreng?

Kenapa ye?
Dulu slalu rasa down
Sebab teringin nak buat bergedil
Tapi bila goreng jek hancur
Hancur jek bila goreng, huhu
Terus malas nak buat

Sampai la 2 tahun lepas
Lepas tengok rancangan ape tah
Ketuk-Ketuk Ramadhan kot
Petua nya,
Masa nak uli tu, campurkan dengan kuning telur
Kiranya kuning telur tu bertindak sebagai gam la

Terus lepas tu bersemangat balik nak buat bergedil
Guna la petua yg diberi tu
Waa btul! Menjadik! Suka banget! :)

Sebenarnya, memang itu ke sebabnya ye?
(Sebab tak letak kuning telur)
Atau ada sebab lain?

Tiba2 je terasa nak wat entry pasal ni
Sebab arini rajin plak buat bergedil
Hehe
Tu yg nak keluar idea nak tanya tu

Anak dara tu konon2 nya nak tolong
Mula2 dtg kat MamaZN
Gaya kemain lagi mcm nak tolong
Bila dah dibagi peluang
Mata asek tgk tv jek
Pastu tangan asek la nak colek sket
Geram rasa!

Abang Zack Menjeling, Hati Tak Tenteram :)

Nayli la ni
Suka sangat kacau Abang Zack
Abang Zack nak solat pun dia ada hati nak kacau jugak, hehehe

Sebenarnya, bukan kacau betul-betul pun
Tapi gelagat Nayli tu 
Memang mampu menggugat kekhusyukkan Zakwan nak solat la, haha!
Apa taknya, 
Ada ke nak ikut solat sama, tapi Nayli bawak mainan abang dia?
Mau Zakwan tak tenteram dibuatnya? Haha!
Nak-nak pulak mainan yang memang Zakwan sayang


Kejadian spontan sangat, tu sbb takde extra sejadah tu, huhu


Sekejap-sekejap Zakwan jeling adik dia
Sekejap-sekejap lagi kang jeling lagi
Lawak pulak nengoknya
Nayli pun tak padan dengan kecik, hahaha!
Geram! =p


Janji Zakwan Tak Sedih =/

Sepanjang Ramadhan ni rasa-rasanya ada la 2-3 kali gak missed
Tu pun sebab hujan
Kalau tak hujan, memang PapaZN turutkan jugak kehendak Zakwan tu

Taktau la, angin apa tah Zakwan ni
Setiap petang mesti ajak PapaZN round-round naik moto
Bukan ke mana-mana pun
Pusing-pusing taman perumahan ni jek

Tapi ada 1 tempat yang PapaZN wajib bawak Zakwan round
Pi tengok tadika
Adusss!
Zakwan siap merayu-rayu ajak pi tengok tadika
Sedangkan setiap hari Zakwan pi skool
Pastu petang ajak lagi round-round depan skool pulak lagi?!

Macam orang-orang tua dulu-dulu kata la
Tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung pun jadik laaa
Hahaha, Zakwan camni la kot :)


MamaZN tak ikut ;)


Sekolah Zakwan T____T


PapaZN seboleh-boleh nak happy kan Zakwan
Layankan aje la kehendak Zakwan sekarang ni
Takmo dia sedey-sedey

Walau Zakwan kecik lagi, rasanya Zakwan dah pandai faham
Tapi dengan cara dia la kot
Mungkin dengan cara camni (ajak pi tgk skolah setiap ptg)
Zakwan dapat lepaskan rindu pada tadika & kawan2
Harapnya, Zakwan tak demam rindu nanti, huhu!

 


Happy 59!

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki
Semoga diberi kesihatan yang baik
Semoga bahagia dan gembira di samping kami semua, hehe

Hari ni hari special :)
Sebab hari ni hari lahir AtokZN 
Selamat hari lahir, Atok! 
Hari ni Atok genap 59 tahun
Alhamdulillah


The Best Atok In Their World! :)


p/s:
Setiap kali tengok gambo ni, mesti tergelak sengsorang tgk gaya Nayli
Haha!

18 Julai 2013

Shopping Raya : Songkok Murah!


Arini takde citer pasal makan-makan @ masak-masak
Sebab semalam berbuka keropok lekor diterbangkan khas dari Terengganu
Hehehehe
Pastu PapaZN balik keje bawak balik roti john plak
Alhamdulillah kenyang
Untuk sahur masak biasa-biasa jek, sup daging ngan sayur tumis kacang panjang

Kami pegi Tesco Shah Alam
Saje jalan-jalan tambah stok makanan utk bulan puasa

Sambil jalan-jalan tu, sambil-sambil cuci mata la kan
Tiba-tiba PapaZN dok belek-belek songkok
Murah katanya
MamaZN biarkan jek la
Sebab PapaZN nak belikan utk anak bujang dia tu
Beli murah-murah sudaaaa
Pakai bukan selalu pun, mihmihmih ^____^


Tengok Zakwan buat perangai! Haha!



Nampak tak harganya tu? ;)
RM8 untuk songkok
RM2.90 untuk kopiah - siap bersulam, cantik!
Harga memang murah, hanya di TESCO ;)
Tapi ni harga utk budak-budak tau
Utk orang dewasa tak pi tengok plak, huhu!
Ehhh, ke sama kot harganya? -___-'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...