28 Jun 2013

Destinasi Pilihan Untuk Cuti-Cuti Malaysia :)

Moga dipermudahkan segala urusan
Moga diberi kelancaran perjalanan

Tak sabarnya! 
^_____^


kredit pic : here


Setelah sekian lama mengidamkan percutian yang penuh ketenangan
Nak-nak pulak lepas terpaksa burn kan tiket flight tu
Dengan pelbagai masalah yang melanda kami
Akhirnya destinasi ini yang dipilih - atas persetujuan bersama, hehe
(ofkos la kan? kalu tak, ada plak yang sentap masa bercuti, hihi)
Moga rasa tenang tu dapat diperolehi, hehe
In shaa Allah ^____^
Cuti kali ni rileks-rileks je
Takde terkejar ke sana ke sini, hihi...
Yang pasti takde tempat shopping, haha! Save duet! =p


Penah pegi dulu, tahun 2010, masa Zakwan umo 2thn :)


Nak siap-siap pack barang dah ni
Malam ni balik Teluk Intan dulu - transit 1 malam
Esok pagi-pagi, baru mulakan perjalanan ke destinasi
Allah, permudahkan la segalanya....
Aminnnn! 


Owh ya!
Pasal FM Muay Thai yang MamaZN dengan rela hati nak kasi tu
Ada 3 orang yang berminat
MamaZN kasi pada yang paling pantas la ek?
Aci dak?
Pada lagi 2 orang yang berminat jugak tu
Nanti MamaZN kasi FM dari tempat Cuti-Cuti Malaysia ni ek
Okeh? Deal? :)


Happy weekend, kawan-kawan! ^____^


27 Jun 2013

Koleksi Fridge Magnet - [Bulan Jun]

Koleksi bulan ni tak sekencang bulan lepas
Amboi, 'kencang' seyh! Haha!
Takpe, janji ada
Hehehe



Yang ni pulak daripada Alycia :)
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/06/ketemu-jua-akhirnya-dengan-alycia.html
Thanks Alycia!


Yang ni koleksi peribadi :)
Tapi rasa-rasa macam nak kasi orang la
Sape nak? :)


p/s:
Esok nak pi Cuti-cuti Malaysia (yeay!yeay!yeay!) mesti koleksi pun bertambah :) 

Layan Kerenah Anak Nak Berkhemah Dalam Rumah :)

Kalau tak layan, karang dorang memberontak
Mula la buat benda yang kita tak suka
Lagi kita geram
Selagi tak buat, selagi tu la asek mintak-mintak je

Tapi bila dah dilayan, rasa seronok plak tengok depa
Tambah terharu bila setiap kali jenguk ZakwanNayli dalam 'khemah'
Zakwan dok cakap - mekaseh Mama, saaaayang Mama!
Tanda penghargaan sebab dah buatkan khemah utk dia :)
Sebak mak! =)

Tu la tu, aritu masa pi melepak kat umah Sue Syawalsimpsons
Zakwan asek main khemah, Syawal punya
Sampaikan ada 1 masa tu, tengah syok-syok tengok tv kat umah
Zakwan cakap - Mama, jom kita pegi umah Syawal nak?
MamaZN tanya la kenapa? 
Zakwan jawab - ala, saje la...
Sebenarnya, dia dah syok nak main mainan kat umah Syawal =P
Adoi la anak! Kasi chance la kat Aunty Soya bernafas sket
Kang Aunty Soya pulak yang kena kemaskan mainan 
Kesian kat Aunty Soya ^_^

Tu yang Zakwan soh MamaZN buatkan khemah
Nak beli sejibik cam Syawal punya mana la nak cari
Dah la umah ni kecik, celah mana tah nak disumbatkan khemah pulak! 
Huhu! =P

Layankan aje la kerenah anak-anak ni
Janji diorang happy :)
Guna jek la dengan apa yang ada, haha! Save bajet kekdahnya 


Ewah, sempat pulak dia menjenguk :)


Apa aje yang dibuat 2 beradek tu :)


Peace! :)


Tunjuk gambar-gambar ni kat PapaZN, dah apaknya ksian kat anak
Nanti la carikan khemah jugak - katanya
Hmmm, layankan aje la
Padahal omaknya ni kurang gemor, huhu!


MamaZN dulu pun penah main khemah2 camni jugak
Buat pakai kusyen-kusyen tu jek
Memang nostalgia sungguh :)
Mesti kawan-kawan semua ada pengalaman buat khemah-khemah camni
Masa kecik-kecik dulu kan? Kan? Kan?
Hihihi



D.I.Y - Music Instruments | Homework Zakwan

Minggu lepas hari Khamis, awal-awal teacher dah bagi homework
Kena siapkan dan bawak hari Isnin
Zakwan bukan amik kesah sangat pun
Makpak yang kemain semangat, haha!

Disebabkan hari Sabtu dah berjalan sakan tengok wayang
Maka, pagi-pagi Ahad kami dah mulakan projek
Zakwan nak taknak kena kerah jugak
Mana aci, dia punya homework orang lain plak buat, kan? ;)

Teacher suruh buat alatan muzik yang dibuat menggunakan alatan terbuang
Macam-macam plan kitorang
Last-last kami buat gitar dgn alat yang kena goncang2 tu
Apa tah namanya, huhu! =p


Gitar buat dari kotak tisu & getah, haha! =p
Zakwan mula nak tampal2 sticker la tu - kasi cantek kononnya =p



Zakwan tgh try main gitar =p


Kalau gitar Zakwan buat ngan MamaZN
Menda alah goncang-goncang ni Zakwan buat dengan PapaZN


Dalam cawan plastik tu ada kacang tanah dgn pasir
Bila digoncang-goncang ada la bunyi nya tu ;)


Disebabkan hari Isnin & Selasa sekolah Zakwan tutup
Makanya, hari Rabu (semalam) baru Zakwan bawak pi skool
Tah cemana la rupanya tu, hihihi
 Harap-harap Zakwan pandai la 'kasi pembentangan' pasal music instruments dia tu
^_________^


p/s:
Esok (Jumaat) Zakwan ada sesi fotografi ;)
Rasa macam kejap jek
Dah setengah tahun Zakwan belajar kat skolah ;)


Terpengaruh Dengan Rakan Blog :)

Suka tengok Zety share gambar dia pakai shawl kat IG :)
Cantek-cantek plak kalernya tu
MamaZN plak skrg ni memang suka pakai shawl
Tu yang gedik-gedik tengok page FB yang Zety share kan ;)

Aduhhhh!
Memang kaler-kaler yang cantekkkk sangat!
Plain punya cantek, yang bercorak punya pun cantek
Harga pun reasonable
Tapi tu la, mesti cepat habes punya!
Ye la kan, menda cantek... Mesti la ramai yang nak ;)





Disebabkan tak tahan dengan godaan warna-warna  & corak shawl yang cun
MamaZN sempat la beli 2 helai, hehe
1 plain, 1 bercorak
Yang bercorak tu macam yang kat gambar atas ni
Yang plain tu ingatkan nak pakai sama ngan baju raya nanti, hehehe
Kain nya memang sedap dipakai, jahitan pun cantek
Senang jek terbentuk ;)
Suka sangat!
Pernah terkena sebelum ni, beli dari butik terkenal tapi jahitan dia
Hmmmmm, sedey! =(

Memang cannot tahan maaa, haha!
Jangan la ada sape-sape yang share lagi shawl cantek-cantek ni
Ada yang MamaZN terbeli lagi karang, kikikiki... ^_^

Sebelum ni pernah gak, TER rembat sehelai =P
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/04/selamat-merasmikan.html


26 Jun 2013

Wordless Wednesday : FACE MASK

Dah macam bedung baby pun ada ek bila tgk gambo ni, hehe
Hasil rembatan PapaZN dari ofisnya ;)
Cukup la utk seminggu
Kang minggu depan kalau masih takde perubahan
Amik la lagi, muahhaahah! =P




Menda yang paling laris di kala ini
Harga pun mungkin jadi berlipat kali ganda
Sebab walau mahal, orang mesti beli 
Dah jadi semacam keperluan kan?
Takpe, jangan pikir pasal harga
Pikir pasal kesihatan jek sekarang ni

Take care, kawan-kawan! :)


Jalan-Jalan @ SETIA CITY MALL

Ni la kali kedua kami datang jalan-jalan Setia City Mall
Tu pun memang sebab ada hal kat area Kapar
Kalu tak, mesti tengok dari kejauhan jek la
Itu pun masa on the way balik ke kampung
Kalau ikut jalan dalam / jalan lama

Suka datang sini
Walau ramai pengunjung pun
Masih terasa lapang & selesa lagi kalau nak berjalan-jalan
Takde la sampai nak kena berlaga-laga hihi
Eh, taktau la kalau orang lain
MamaZN rasa gitu ;)


Sementara tunggu masa nak tgk wayang :)


Best nya lagi 1 kat SCM ni, sebab banyak kerusi-kerusi disediakan
Kot la kalau dah penat berjalan mengukur mall
Boleh la pit stop kejap sambil merehatkan kepala lutut, hikhikhik =p


Nayli nangis cari Mama la tu :)


Ni kat port area lain



Memang banyak je tempat duduk yang disediakan
Tapi yang tak bestnya
Bila ada yang buat harta tu macam harta sendrik
Kalau la kat umah kaki tu selamba jek letak atas meja
Jangan la kat mall yang ramai orang ni pun buat gitu jugak
Agak tak manis kot
Kan meja tu tempat letak makan minum @ barang-barang lain
Awak boleh plak santai-santai sambil kaki diletak atas meja tu

Dah lepak rehat-rehat kejap
Sambung berjalan lagi
Ada jek menda alah ni setiap floor dan setiap ruang
Budak-budak ni nampak mesti nak merasa naik jugak
Hmm, naik jek la, takde la bergerak pun, hihihihi





Budak busyuk masyam dah sampai waktu tido tp dipaksa jenjalan lagi, hihihi
Tido dalam wayang jek nanti ;)


Voucher KFC hadiah besday PapaZN yang bos dia kasik ada lagi
Makanya jom la kita kasi perabih, haha!
Jimat $$$ =P


Paling best! 
(paling best bagi MamaZN, tidak pada PapaZN =p)
Adalah outlet ini, hahahaha!
kredit pic : here


Don't worry, Papa... Kita tengok2 jek
Bukan nak membeli pun =P
(padahal ada sale kot time tu!heheheeh)


Nak buat outdoor activity sangat tidak digalakkan time cuaca tak sehat ni
Shopping mall jek la tmpt yang bleh beriadah nya pun
(beriadah la sangaaaattt =p)

Projek 100 Bloggers


Bro Framestone sedang menjalankan 1 projek yang dinamakan Projek 100 Bloggers
Projek ini dikendalikan untuk mencari 100 bloggers
Yang boleh diketengahkan kepada syarikat-syarikat terkemuka 
Yang sudi mengiklan di blog-blog terpilih


Ada syarat-syaratnya
Harap-harap menepati la, huhu

1-Mempunyai trafik sehari dalam 500 UV (sekurang-kurangnya)
2-Setiap post mendapat 5-10 komen daripada pembaca (sekurang-kurangnya)
3-Blog bukan copy paste, politik atau isu sensitif
4-Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan
5-Blog diupdate sekurang-kurangnya seminggu 4 kali 
6-Tinggal di Malaysia dan berstatus Warganegara Malaysia
7-Sanggup memberikan komitmen kepada Projek 100 Bloggers
8-Lebih diberikan keutamaan kepada blogger yg ber'niche' : kekeluargaan, remaja perempuan & lelaki, teknologi, keusahawan dan makanan


Sape-sape nak try, meh klik sini

Wordless Wednesday : BERLAPIS!

Huhuhu!
Apa yang berlapis? 
Cari la sendrik, haha! 
Ai is malu nak bagitau =P
Anak ngan mak sama jek, hihi
Takpe, tu tanda bahagia 
(puiii! sedapkan hati sebenarnya =P)





Apa Abang Minat, Adik Pun Nak Jugekkk (T__T)

Bagi la anak patung, teddy bear, mainan masak-masak
Mainnya kejap jek
Pastu dah campak-campak
Mainan yang dia suka?
Sama macam abang Zack jugak.... T____T


Kawan-kawan dapat agak kan? Kan? Kan? ;)


Abang Zack baru nak main
Dia dah menyebuk jugak
Padahal, masa Abang Zack tak pegang menda alah tu
Takde plak dia nak sebuk2 pun
Grrr! Selalu jadik bahan gaduhnya menda camni la
Mak nye yang jadi ijo!


Muncung tak tahan tuuuuu ;)


Abang Zack rela dalam keterpaksaan
Motif dok sebelah Nayli?
Jaga mainan tu, takut Nayli wat rosak, huhu!


Takpe, kena latih sikit-sikit pasni
Biar minat pinky-pinky
Biar minat anak patung, teddy bear & mainan gegurl
Adoi, susahnya nak train!
Sebab maknya pun kecik-kecik cam Nayli ni la jugak
Muahaahah! =p


p/s:
yeay, malam ni nak pi IKEA! :)


25 Jun 2013

Hujan Rahmat! | Musibah Menimpa...

Alhamdulillah
Hujan membasahi bumi akhirnya!
Syukur Ya Allah!
Kerna perkenankan doa-doa hambaMu

Allahumma soyyiban nafi'aa

Hujan lebat jugak tadi
Dari jam 5.45 sampai ke sekarang
PapaZN pun balik lambat sbb nak tunggu hujan reda

Dalam bersyukur menerima kehadiran hujan
Tiba-tiba AtokZN kol kasitau musibah menimpa Aunty Wawa
Masih di tempat kejadian lagi ni
Baby pun tak amik lagi kat babysitter, huhu!

Moga Aunty Wawa ok hendakNya
Nak kol dari tadi asek masuk voicemail jek
Info pun dapat tau dari AtokZN nun dari Teluk Intan tu, huhu

Tengok la kejap lagi p Putrajaya ke
Jenguk2 Aunty Wawa & family

Tolong sama-sama doakan ya!

Payung Superman Punya Pasal... =p

Ho-ho-ho!
Kemain kata citer Man Of Steel tak best la, boring la, ngantuk la
Tapi asek dok teringat-ingat jek payung Superman KFC tu, haha!
Ngengade! =P

Bila tengok iklan KFC kat tv tu
Mula la tergedik asek cakap nak beli payung tu
Tapi bila dapat tau kena beli kombo baru dapat payung free
Alemakkkk, tahan la diri kejap, huhu!

Berbaloi menahan diri...
Sebab besday PapaZN aritu, bos dia bagi voucher KFC RM50 ;)
Huhu, cargas! Malam tu jugak pi KFC, hahhaha! =P

Tak pi jauh-jauh pun
Pi yang kat Alam Megah jek ;)

Dan paling best
Rupa-rupanya takyah beli set kombo tu pun bleh dapatkan payung tu jugak
Tapi bukan secara percuma la kan (ofkos la! =p)
Boleh jek nak beli payung itself dengan harga RM12.90
Bestnya takyah kluar duit, sebab ada voucher KFC tuuuu! Wee! :D


Celebrate bday PapaZN la jugak kiranya ni, hihi
Advance sehari =p


MamaZN & superhero :)


Nayli tak abes-abes buat sign 1 Malaysia ;)


Ini la iklan KFC tu
Yang berjaya buat MamaZN tergoda nak payung! Puiii! =p
kredit pic from google


MamaZN pilih payung yang berlambang jek
Tak beli yang ada gambar Superman nya tu
Saiz dia ok la kot - utk 2 orang muat la lagi, hihi
Gedik sebab payung cantek je sbrnya, haha! Ngade! =p




Sesi Lepak'ing Yang Sempoi Dengan Rakan Blog :)

Dapat jugak menjoinkan diri akhirnya
Padahal dah bgtau kat Sue, kata cancel nak datang, huhu!
Sedey dah time ni sbb plan dekat seminggu kot
Tup-tup plan bertukar =P
Yeay, dapat join! 

Semalam Sue dah cerita pasal pertemuan kami ni
 Acara adalah hanya dengan melepak dan bersembang-sembang kosong, haha!
Sambil melihat keletah anak-anak yang macam-macam ragam
Naseb baek la dapat tuan umah yang sgt sporting
Dah rupa taska dah umah Sue tu, huhu!
Cuba la bayangkan, 8 orang budak umo 6 thn ke bawah sekaligus!
Perghh! Haha!




Terima kasih pada Sue & spouse, Encik Akob atas kesudian menerima tetamu ;)
Menu makan petang aritu sangat best!
Soto, hasil air tangan orang Johor! 
Sambal kicap tu yang buat terangkat! :)
Ingat Sue, PapaZN ajak Encik Akob bukak gerai kat pasar Ramadhan, hahaha! =p
Dah rindu kat Izz!

Thanks jugak pada Zura, sbb ajak kite skali, hikhik =p
1st time jumpa Zura, segan plak rasanya, haha!
Seronok tengok si Akil tu
Memang ada bakat jadi abang kepada adik-adik yang ramai, kikiki

Dan akhirnya, dapat jugak ketemu dengan kakak Sue - Nigina
Banyak kali jumpa Sue, mesti takde kesempatan nak jumpa kakaknya skali
Kali ni baru dapat bersua muka ;)
Thanks ek Nigina! :)
Adam dah jumpa geng Mc Queen & Superhero nampaknya! :)
Sapa lagi kalu bukan Zakwan! ^_^


Time Zura & Nigina tak sampai lagi, sempat la berposing hehe
Nayli dah ada adik la ;)


Abg Syawal yang lone ranger - pandai bawak diri ni :)


Tengok tu, dah macam umah sendrik plak depa ni buat! =p


Apa-apapun, memang sesi lepaking yang paling sempoi la, hehe
Best, best!
Nanti lepak umah kite plak ek korang! :)
Buat BBQ ke, syok gak tu kan? 
Jom-jom, sape nak join? ;)


bila jumpa-jumpa camni, sekurang-kurangnya dapat la eratkan ukhuwah
yang sebelum ni hanya ada ikatan secara maya jek
dapat jugak jumpa dan kenalkan anak-anak - biar diorang dpt berkawan
takde istilah blogger famous atau blogger bajet retisss pun kalau nak bergathering camni
alamak, tak syok la kan guna istilah-istilah camtu
not good, not good :)
siapa-siapa pun boleh je kot nak berjumpa ;)
tetapkan niat, in shaa Allah tak tersasar ;)
tapi ye la, pendapat masing-masing kan, jadiknya kena la hormat ;)


p/s:
kawan biar beribu... :)

Magnetic Board Untuk Peminat FM ^_____^

Hari tu MamaZN share FM-FM kesayangan dah berpindah tapak kan?
Opps, sori!
Bab-bab FM ni memang MamaZN obses sket, huhu!
Harap memahami, hehe




Ada yang tanya MamaZN beli board tu kat mana
Sori sesangat, tak sempat-sempat nak share kat entry
Dah siap draft tapi belum publish  
Hari ni baru ada kesempatan  
 MamaZN share kan jugak la kat sini ek
Biar ramai kawan-kawan yang bleh tau jugak kan?

Owh ya!
Kak Izan Ibu H-N-I pun ada wat entry pasal magnetic board jugak last week

Okeh, citernya aritu MamaZN google-punya google-punya google 
Nak cari sesiapa yang ada jual/ amik tempahan buat magnetic board
Sebab nak elak dari beli yang kat IKEA punya tu
Naseb baek la ketemu
Murah & dekat pun kalau nak pi amik - kat Putrajaya jek

Ni la link penjual tersebut :

Tempahan boleh dibuat melalui SMS 013-2406943
Atau emailkan : shimamuzz@yahoo.com

Saiz boleh didapati dalam beberapa ukuran :
1' x 2 = RM20
1' x 3' = RM30
2' x 3' = RM60
2' x 4' = RM90
3' x 3' = RM90
3' x 4' = RM120

Background nya pulak boleh pilih sama ada nak hitam atau putih
Macam MamaZN aritu pilih hitam
Bingkai frame nya pun boleh didapati dalam beberapa pilihan warna
Sama ada hitam, putih atau coklat

 Lepas buat pembayaran, beri masa 5-7 hari utk tempahan tu siap
Then, boleh la nak pick-up sendiri di Putrajaya
Atau penjual tersebut hantarkan kepada kawan-kawan
Delivery charges dikenakan la ye bagi penghantaran ke Shah Alam, Kajang & Bangi
RM20 dikenakan

MamaZN ni pun dalam proses nak membeli lagi 1 board ni
Board yang beli aritu tak cukup utk tempekkan semua koleksi
Boleh jek nak beli board yang saiz lagi besar aritu
Tapi bila pikir-pikir balik, FM-FM tu kan berat bila dah disusun kan atas board
Takut tak mampu nak tampung berat FM-FM tu nanti
Takmo la tanggung risiko kan
Tak pasal-pasal kena tempah board lain plak nanti, huhu
Jadiknya, beli 1 (MamaZN beli saiz 2'x3')
Nanti tempah saiz yang sama lagi 1 :)
Hehe
Berangan tak sudah! =p

 Harap dapat membantu kawan-kawan yang sama minat macam MamaZN :)
Sharing is caring! :)

  

24 Jun 2013

MONSTER UNIVERSITY Best Macam The Croods! :)

Walau jerebu kami keluar jugak dari umah, huhu!
Nak menunaikan janji pada Zakwan jugak sebenarnya
Nak celebrate besday PapaZN pun ye jugak hihihi
Alasan, macam-macam! =p

Dah plan ngan PapaZN nak cari jalan-jalan cari umah kat area Kapar
(cari umah??!! tett! =p)
Jadiknya lokasi pilihan utk tgk wayang adalah di Setia City Mall :)
Ni kali kedua kami terjah sini
Kali pertama : cerita di sini
Sebab jauhhhhh!
Kalau takde sebab, jangan harap la PapaZN nak approve, huhu!


Ni gambar masa kat GSC Alamanda ;)


Best la GSC sini, luas, besar! Ye la, dah Setia City Mall ni pun gah 
Takkan nak buat GDC cenonet jek ye tak?
Haha!


Nampak Nayli temankan PapaZN beli popcorn? ;)


Tiket macam biasa beli dengan cara yang paling mudah, hihi
Start kul 1
Kami sampai kul 11
Sempat la pusing-pusing kejap kan, hehe
Sambil menyelam minum air ;)
Kul 12.45 dah dok tercongok depan GSC


Ni la keje kami - Boring tunggu staff tu lambat bukak pintu



Kami tengok yang 2D, tak larat la nak tengok yang 3D
Jenuh nak pakai spek khas tu
2D jek pun dah seronok, baru feel, hehe
Kesimpulannya?
Ohsem! Memang best! Memang lawak giler! Memang fun! Memang kalerful!
Banyak jugak pengajaran-pengajaran yang diselitkan
Tahap ke'best'an nya tu macam tgk The Croods dulu
A+++! =P




Tak rugi tengok Monster University

Pasni Zakwan ajak tengok Wolverine plak pasni
Tapi tayangan start 25/7 kalau tak silap
Sori Zakwan, bulan puasa la sayang... :)


Jerebu Di Hati ( Hati Pun Jerebu? =p)

Assalamualaikum & Selamat Pagi :)

Jerebu di mana-mana
Sebelum ni tertumpu kat negeri belah-belah selatan
La ni dah sampai KL, Selangor, Putrajaya & Pahang
NenekZN cakap, Teluk Intan pun dah start kena tempias
Sekolah di KL & Selangor pun di arah tutup
Malam tadi, dapat SMS dari Teacher Wawa kata Zakwan cuti arini
So, Zakwan dok umah jek la

Dok dalam umah pun dah pedih-pedih mata
Apa lagi kalau kluar umah, huhu
Kena banyak minum air, kurangkan aktiviti luar rumah
Kalau terpaksa, jangan lupa pakai mask!

Jerebu ni dari Allah SWT
Peringatan dariNya buat kita yang mungkin leka dan lalai
Berdoa la banyak-banyak
Moga diampunkan dosa, berdoa jugak utk kesihatan dan kesejahteraan hidup kita
Nak mengeluh banyak sbb jerebu ni pun takde gunanya jugak
Betul tak?
Allah teringin nak dengar rintihan kita kepadaNya, mungkin
Peringatan buat diri sendiri

Sekarang baru ada masa nak menaip, huhu!
Pagi ni terasa macam banyak sangat keje nak kena buat
Padahal tiap-tiap hari pun sama jek, haha!
Owwhhh, mungkin sebab malam tadi tido awal
Tak larat nak buat entry auto-publish, heheehe

Dengan Nayli pun cranky plak pagi-pagi ni
Asek nak berkepit jek
Mana nak sapu sampah, kemas umah
Nak basuh baju, sidai baju, kasi depa dua orang ni makan, lipat kain lagi
Dengar Zakwan reading, BF kan Nayli tido
Fuhhh! Baru ada masa utk diri sendiri
Ni pun belum breakfast lagi ni, huhu!
Terjah blog dulu kekdahnya, hehehe

Lepas 1 famili tak berapa sehat 3-4minggu sudah
Alhamdulillah ada beberapa berita gembira utk kami sekeluarga
MamaZN buat status pasal hal ni
Ramai plak yang teka - preknen ke? 
Kikikikiki
Cepat-cepat buat pencerahan biar 'clean & clear' ;)
Preknen tak termasuk dalam list berita gembira yang diterima
Tapi ada la hal-hal lain
Nampak kecik-kecik jek semuanya
Tapi tetap namanya berita yang menggembirakan :)
Alhamdulillah, Alhamdulillah
Allah kurangkan belah sini sebab nak kita bersabar dan beringat
Alhamdulillah, Allah lebihkan belah sini pulak sebagai ganjaran
Walau tak banyak, tetap bersyukur

Zakwan dah mula lancar baca buku
Walau baca buku Bacalah Anakku jek pun
PapaZN pulak dapat offer kerja baru
Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa PapaZN

Bendera merah pun sudah mariiii, hahhaaha! =p
Sama macam Zakwan dulu jugak
Kali ni Nayli umo 1 tahun 6 bulan 'dia datang'
Makanya, boleh la mula utk 'berusaha' dari sekarang, hahaha! 
 Ada rezkinya, In shaa Allah takkan ke mana... Kan? ;)

Walaupun begitu... (ewah, awat formal plak ni?)
Tetap ada jerebu di hati, haha!
Hati pun jerebu tauuu! =p
Sedang berdiskusi untuk membuat pilihan yang tepat
Ada masa lagi ni sampai sebelum raya nanti
Harap-harapnya pilihan yang dibuat tu baik utk kami sekeluarga
In Shaa Allah 



p/s:
cepat la Jumaat! tak sabar nak pi tenangkan fikiran! :)



21 Jun 2013

Salah Satu PENYEBAB JEREBU!

Cuaca sekarang ni sangat lah tak elok
Sana sini ada je berita tentang keadaan cuaca yang berjerebu
Nak-nak pulak pada negeri-negeri di selatan tanah air
Dah sampai tahap tidak sihat dan membahayakan!
Elakkan la dari melakukan aktiviti-aktiviti outdoor
(kalau pi shopping mall dikecualikan kan? hihihi =p)
Banyakkan minum air, jaga kesihatan


Kat BSP tempat MamaZN tinggal ni pun tak berapa elok jugak cuaca nya
Dah lama jugak hujan tak turun
Dah la dengan berbahangnya pastu pedih jek mata kalau lama-lama berdiri kat luar rumah
Huhu!
Lagi yang membuatkan cuaca bertambah tak sihat
Bila berlakunya kebakaran hutan dekat dgn area perumahan kami ni

Sebenarnya kebakaran tu berlaku kat hutan tepi hi-way
Berdekatan dengan exit Putrajaya ke BSP (laluan Elite Hi-way)
Ada la dalam 4-7km kot dari perumahan umah kami ni
Kejadian berlaku Jumaat lepas (dah seminggu)
Tapi ahli bomba masih berjaga-jaga lagi kat area kebakaran tu
Sebab tanda-tanda kebakaran tu masih ada lagi
Api tak padam sepenuhnya

Aduhhhhh! Teruk jugak kebakarannya

Ahad lepas, bukak-bukak jek pintu nak pi sidai kain
Tengok porch kereta, atas kereta suma dah dipenuhi dengan abu api kebakaran tu
Sampai camtu sekali

Angin bawak la kot tu kan?


Ni gambar-gambar yang MamaZN copy paste dari grup FB BSP
Teruk kan?



Tak sure la ada kluar kat berita atau tak
Punca kebakaran pun tak tau jugak

Memang kena berjaga-jaga sangat
Pada anak-anak especially
Lebih baik la kalau kita mengelak dari mengubati kan?


Kawan-kawan semua, take care k!


Jauh Di Mata, Dekat Di Hati (Cewah! =p) TQ LILY!

Huhuhu, hari ni cerita pasal dapat hadiah jek ;)

Kelmarin dapat surat dari nun jauh orang Kuantan
Rupa-rupanya ada ole-ole FM dari Lily MamaZaraZareef
Suka sangat!
Sebab FM tu yang customized punya...
Takde dijual di mana-mana ^_^

Ingatkan dapat FM jek, rupa-rupanya ada rezki Zakwan nak buat sand art tu ;)
Thanks Lily!
Wat susah-susah je :)


FM bday & aqiqah Zareef
FM bday ZaraZareef
FM TUDM


Suka, suka!
Bertambah koleksi FM, weee!

Btw, TQ Lily sbb sudi kawan ngan kite, hehe ^___^


Hadiah Daripada Silent Reader ^_^ | Mode : Terharu!

Allah...
Rasa terharu sesangat!
Taktau nak kata cemane
Tak penah kenal, tak penah jumpa
Alih-alih dapat hadiah pulak utk anak-anak

Note yang dilampirkan tu buat MamaZN rasa tak terkata
Seronok sangat
Bila dapat tau ada yang happy bila baca blog MamaZN ni
Sampaikan katanya kalau ke mana-mana nampak apa2 yang berkaitan dengan Iron Man
Mesti teringat kat Zakwan
Untung Zakwan, dapat hadiah baju Iron Man sehelai ;)

Masa dapat baju ni, muka Zakwan terkejut sebab happy tu
Memang tak dapat nak digambarkan!
Memang terserlah la rasa happy tp dalam keadaan terkejut dia tu, hehe


Zakwan yang sebuk soh amik gambar ;)


Ingatkan ada hadiah untuk Zakwan jek
Rupa-rupanya utk Nayli pun ada!
Cantik dress tu
Time parcel sampai, Nayli tido
Tak dapat nak pakaikan pada dia ;)


Cantik kan? ;)


Nayli bangun jek, terus MamaZN soh dia try
Alolololo, tomei sangat anak Mama ni!
Baru la nampak gegirl sketttt =p


Elelelele, malu plak dia! ;)


Pada yang berkenaan (MamaZN tau, dia sedang membaca ni ^_^)
Terima kasih banyak-banyak!
Sebab sudi datang blog, sudi baca, sudi plak nak tau perkembangan ZakwanNayli
Yang bestnya, siap dapat hadiah lagi ;)
Terima kasih banyak-banyak
Hanya Allah SWT yang dapat balas jasa anda ;)



Terima kasih jugak pada kawan-kawan yang sudi berkawan :)
MamaZN hargai kesudian kalian :)
Moga kawan-kawan dirahmati Allah sentiasa, hendakNya...
Maaf, kalau MamaZN pernah sakitkan hati sesiapa
Tegur, kalau ada nampak salahnya MamaZN ni
Teguran biar lah yang membina dan bukannya menghina T___T

Ouch! Emo plak tetibe =p


Apa-apapun, thanks uols! Korang mmg rocks! ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...