30 Mei 2013

Kesian Nayli... Kesian Zakwan... Doakan Kami!

Tak sampai hati nak tinggalkan blog ni tanpa sebarang entry, huhu!
Weekend lain la citer, banyak aktiviti hihihi
Takpe, gagahkan jugak walau 1 entry

Semalam sempat up 1 entry jek
Sebab bz jaga Nayli yang tak sehat
Sebenarnya dah 2 hari 2 malam Nayli tak direct bf ngan MamaZN
Meraung, meragam, nanges, meraung, meragam, nanges
Ketiduran pun sebab penat tapi dalam keadaan lapar
Kul 2-3 pagi tido, kang kul 4 bangun balik sbb lapar
Pastu dodoi-dodoi lagi, kasi minum air masak pastu tido kan balik
Kang kul 5 bangun balik, sbb masih kelaparan
Huhu, kesian!

Nayli nak makan, nak minum, tp mulut nya ada ulser
Tapi kesian, dia mampu tengok jek, huhu
Baru suakan kat mulut, trus dia tolak
Bukan 1 jek ulser tp banyak!
Mula-mula ingatkan HFMD tapi rupa-rupanya bukan
Doktor cakap ulser
Patut la Nayli tak berapa nak minum & makan
Alahai, makin kurus la bambam Mama ni nanti...


Sehari dapat 7oz + 7 oz. Pastu terus demam, huhu!


Cuba la bayangkan 2 hari 2 malam Nayli tak menyusu
Cemane agaknya keadaan MamaZN kan?
Hihihi...
Memang terpaksa la buat kaedah marmet utk 'kosong'kan
Tak reti, tapi cuba
Letih, tapi kene usaha
Kalu tak buat gitu...
Nanti mak nya merana sbb sakit, anak pulak tak dpt nak minum susu

So, nak tak nak kena kuatkan semangat
Sampai demam jugak la dibuatnya semalam
Naseb baek la kejap jek, kalu idak, sape la nak tgk kan anak-anak, huhu!

TQ pada Sue Syawalsimpsons sbb sudi jadi sifu smlm :)

Dalam pada Nayli tak sihat tu
Zakwan pulak kurang kasih sayang
Mak pak nya terpaksa gilir-gilir jaga Nayli
Nak kena layan macam tuan puteri
Naseb baek la Zakwan ni dah faham
So, takde la dia meragam tak tentu pasal
Alhamdulillah
Tapi ada jugak la sekali tu dia mengalir air mata kot
Sebab takde sape layan dia, huhu!
Sori sayang! Nanti Mama & Papa ganti balik ek!
Kita happy-happy sama-sama bila Nayli dah sehat nanti
Thanks sebab memahami keadaan Nayli ye sayang!

Semalam bawak Nayli jumpa doktor
Doktor biasa ngan doktor homopati
Masa jumpa doktor homopati, MamaZN nak check badan jugak
Kot-kot ada masalah apa-apa
Hmmmm
Dukacita, sedih dengar perkhabaran doktor tu
Takleh nak share sekarang
Sebab nak dapatkan 2nd opinion dari doktor klinik biasa jugak
Semalam MamaZN tak ikut Nayli gi jumpa doktor biasa
Sebab MamaZN dah tumbang sbb demam bengkak susu, hukhuk!

Apa-apapun, moga kami sekeluarga terus tabah hadapi dugaan
Dugaan ni datang sbb nak uji kesabaran kita jugak kan?
Moga kami terus sabar
Ada hikmah di sebaliknya ni
Alhamdulillah


Doakan kami ya!

GTG, Nayli dah jaga!


29 Mei 2013

Menelaah Sambil Kuak Dada ^_^


Bila tengok Abang Zack wat revision, Nayli pun sebuk sama
Abes ditolaknya Abang Zack
Dia pulak ambil alih tempat Abang Zack
 Abang Zack dengan sabar, terpaksa bagi laluan kat adik, huhu!
Nayli, Nayli...




Siap goyang-goyang kaki lagi dak tecit tu, huhu!
Tekun jek ye, hihihi...
Abang Zack tu saje bagi laluan kat Nayli
Kang kalu Nayli salah, ada la yang kena 'piappp' ngan Abang Zack, hahahaha!
Acah je tu =p


Takpe, blaja sama-sama ye
Takmo gado-gado, hehe


Anak-anak tak berapa sehat sejak semalam
Zakwan batuk-batuk & selsema
Nayli pulak, tah ape halnya takmo menyusu sejak semalam
Kenapa ek Nayli takmo menyusu? Tetibe jek... Susah hati dibuatnya
Malam tadi dua-dua tido kul 2-3 pagi tengok kartun Upin Ipin, huhu!
Pagi ni, mak diorang dah bermata panda, hukhuk!

Doakan ZakwanNayli cepat sehat ek!


28 Mei 2013

Sama Menu Kalau Order Kat Kedai ;)

Huhuhu, arini lambat bersiaran!
Tak dan nak wat entry autopublish pagi tadi

Ada yang mencari ke? Haha
Jangan nak mengade ye Nad! =p

Ahad baru ni PapaZN pi kenduri umah kawan kitorang
Ingatkan semua sekali pegi
Tapi PapaZN tak kasi ikut pulekkkkk
Sebab Nayli tido - kesian pulak sbb nanti anak dara tu tak cukup tido
Tinggal la kami 2 beranak, sobs-sobs-sobs
Zakwan dipaksa temankan Papa dia

Dah Nayli tido, so what to do?
Tengok tv cam boring pulak ceritanya di petang Ahad tu
Jadiknya, moh le kita berkelentung kelentang kat dapo
Masak apa yang patut

Kebetulan pagi tu pegi Pasar Borong Selangor, pi cari lauk basah
Ada la beli siakap sekor
Tetibe teringin pulak tekak ni nak makan ikan siakap
Tapi takmo yang stim-stim
Nak try masak lain pulak
So, MamaZN try la masak 3 rasa
Alaaaa, senang rupanya, haha!
1st time buat, ksian kan? Hikhik =p




Lawan pulak dengan kangkung goreng belacan, yummeh!
Dengan sotong goreng celup tepung
Perghhh!
PapaZN balik kenduri tu sepatutnya dah kenyang la kan
Tapi bila dia balik & nampak je menu air tangan bini dia ni
Terus duduk nak makan lagi katanya, haha!
Seronok la kita kan? :)
Alhamdulillah, kenyang :)



27 Mei 2013

Jumpa AISYA SOFEA - Penulis Novel Adam & Hawa


Sabtu baru-baru ni dah taktau dah nak pi mana
Macam-macam la plan
Last-last ke AEON Bukit Tinggi jugak lokasinya, huhu
Terima jek la, janji ada kluar jenjalan hihihi

Sale di mana-mana!
Situ sinun sana sini! 
Paling best kat Padini Concept Store!
Sabo-sabo... Haha!
Dalam sabo-sabo tu gatalllll jugak tangan ni khennn =p
Dapat la Nayli tshirt 2 helai, Zakwan 1 helai 
Total damage = RM9 x 3 = RM27 sajok! =p
 
 Sampai kan Zakwan dengan selamba sound mak dia
Mama, jom la kluar dari sini... Asek beli baju jek!
Haha! Nak kena budak ni! =p

Ye la, ye la, jom la pi jalan kt tmpt lain pulak
Yang sebenarnya Zakwan tak sabar nak pi main kt archade game dalam Jusco tu
^_^

Masa kluar dari Padini tu
Kat ruang legar depan tu ada promosi sempena ulangtahun Astro Mustika kot
Ada la gambar-gambar Aaron Aziz, Nadiya Nisaa utk cerita Adam & Hawa
Pastu Rita Rudaini ngan Shah Jaszle (ehem,ehem) utk cerita Sehangat Asmara

Masa lalu tu, rupa-rupanya ada sesi bermesra dengan peminat
Bukan dengan pelakon-pelakon nya
Tapi dengan penulis novel yang meletup-letup!
Sape lagi kalu bukan Aisya Sofea!!!
Sebelum ni rajin baca novel-novel dia jek (dah lama dulu la)
Kali ni baru la berpeluang tengok sendri tuan badannya di depan mata ;)


Segan la nak amik gmbo dekat-dekat
Kami amik gmbo dari jauh jek =p




Bila dah sampai umah, saje belek-belek IG
Rupa-rupanya Nadiya Nisaa & Aaron Aziz ada kat AEON Bukit Tinggi jugak
Untuk sesi bertemu peminat
Tapi event diorang belah petang
Kitorang dam sampai umah dah pun time tu
Tak sempat la nak bersesak-sesak, haha!
Ngengade!
Ada hati tu nak besesak-sesak! =p
Tak kuasa!
 

p/s:
3 hari cuti, kawan-kawan pi mana?
 
 

Koleksi FM - Bulan Mei | TQ Kawan-Kawan! :)

Assalamualaikum!
Selamat Pagi?
Amacam pagi ni? Ada baik ka? Haha! :)
MamaZN seronok sket la sebab Zakwan ada kat umah, hihi

Nak citer pasal FM ni
Alhamdulillah, tiap-tiap bulan ada je rezeki dari kawan-kawan
Makin lama, makin penuh pintu peti ais
Rasa tak sabar nak beli magnetic board pulak
Kena hold dulu, sebab ada menda lain yg lebih penting utk bulan 6, hehe
Apa-apa pun, thanks kawan-kawan! Saaaaayang semua! :)


FM Terengganu & FM Thailand dari Kak Amy MamaTisya
Sebab menang GA aritu :)


Ni pulak FM Korea dari Kak Wawa Yusof
Kawan FB :)


FM Australia dari blogger famous amos - nadiafarahida
Seronok baca entry cuti-cuti kat nadia ni :)


Ni pulak kebetulan sampai pada hari yang sama
4 ketul FM Bandung!
2 ketul dari Ibu Hadif sebab menang GA
2 ketul lagi dari Sue Syawalsimpsons


Alhamdulillah, rezeki...
Bulan Mei jek dah dapat 8 ketul FM :)
Rasa haaaapppyyy sangat-sangat-sangat!
Thanks semua! :)

Ada sesapa yang sudi bagi lagi? Haha! =p


24 Mei 2013

Tempat Menarik Musim Cuti Sekolah (Selangor/KL) (^_^)

Zakwan tau sekarang ni musim cuti sekolah
Tiap-tiap hari dia tanya, cuti sekolah ni kita nak pegi mana Mama?
Macam mana nak pegi, Papa work la sayang... :)

Biasanya bila tiba musim cuti sekolah
Mesti ramai yang tercari-cari tempat menarik utk bawa anak-anak kan?
Spesifikkan aje, semua boleh dapat di Malaysia ;)
Kalau macam kami ni
Mesti la nak cari tempat yang boleh buat anak-anak hepi, murah, banyak kemudahan sampingan, 
Kalau boleh nak yang balik hari je, means tak payah book hotel
So, jimat kos penginapan di situ ;)

Zoo Negara, Taman Burung KL, I-City & Sunway Lagoon mesti berasa dalam senarai, kan?
Cuba la try tempat yang lain dari yang lain, hehe
Ceh, macam terror jek =p
Takkk, just nak share pengalaman sendiri ^_~

Apa kata cuti-cuti ni bawak la anak-anak ke


Trick Art Museum, I-City <<< klik utk baca
 Merasa pengalaman untuk 'beraksi' hanya dengan lukisan, hehe
Bayaran yang dikenakan hanyalah RM5



Petting zoo di tengah kota raya
Alternatif pilihan jika taknak ke Zoo Negara :)
Pengalaman bermesra dengan haiwan-haiwan jinak
Beri makan & pegang haiwan seperti kura-kura, rusa, burung-burung & arnab



 Bukit Cerakah, Shah Alam <<< klik utk baca
 Mendidik anak untuk menghargai alam semulajadi sedari kecik ;)
Suasana seperti dalam hutan, nyaman dengan udara yg penuh pokok-pokok
Banyak aktiviti dilakukan di sini
Antaranya berbasikal, melawat taman haiwan, piknik, masuk rumah 4 musim dan beriadah


Piknik di Bagan Lalang, Sepang <<< klik utk baca 
 Sediakan bekalan dari rumah & berpiknik sambil merasa angin pantai di Bagan Lalang
Memang best!
Boleh main layang-layang, BBQ & anak-anak boleh bermain istana pasir :)



Piknik di Warisan Rimba, KL <<< klik utk baca 
 Sejuk mata memandang, pemandangan yang sangat cantik!
BBQ bersama keluarga tercinta pasti menarik jika diadakan di sini :)



Sekadar berkongsi pengalaman kami 1 famili
Mungkin jugak dapat beri idea pada kawan-kawan yang sedang mencari tempat menarik :)
Kat mana-mana pun boleh je
Asalkan semua aktiviti yang dilakukan adalah bersama anak-anak dan keluarga
Mesti seronok dan terasa kepuasannya! 


Bagi kami pulak, teringin sebenarnya nak bawak anak-anak ke
Nak beri pengalaman baru pada anak-anak 
Sebelum ni tengok kat Zoo Negara, kali ni dapat beri makan sendiri :)

Takpun ke Bukit Tinggi, Pahang
Tempat cantik untuk mengabadikan kenangan dalam gambar, hihi
Ala-ala berada di oversea!

Atau yang paling dekat, ke Paya Indah Wetlands! :)
On the way balik, boleh singgah makan cendol bakar! :)


Semoga dapat beri manfaat pada kawan-kawan yang membaca!
^_______^

 

[GAMBAR] Zakwan & Kawan-Kawan Semasa School Trip :)

Masa Zakwan pegi school trip Rabu baru-baru ni
Hati mak sorang ni, risauuu ya amat!
Biasanya pegi mana-mana mesti ada Mama, Papa & Baby ;)

 Tapi bila dia balik je umah
Rasa legaaa sangat-sangat-sangat
Sebab nampak Zakwan enjoy!
Belum masuk umah, belum bukak kasut lagi
Dia dah mula bercerita 
Yang kita ni excited la dengar citer dia tu, hihi
Nampak penat sangat Zakwan tu, tapi dalam masa yang sama dia happy :)

Semalam masa tgk FB, terperasan la yang teacher dah upload gambar trip dorang ni
MamaZN nak share ngan kengkawan pulak :)
Kredit gmbr kepada FB Page-Tadika Alif Ceria


Sebelum bertolak kot ni ^_^
Cuba cari Zakwan! :)


Comey jek dia dengan kawan-kawan :)


Masa ni nampak sangat muka Zakwan dah kepenatan
Zakwan cakap - penat la Mama nak tengok planet tu, tmpt dia banyak tangga! =p


Tak abes-abes dengan peace ;)


Cari jek yang pakai topi merah =p


Tengok la sape yang khusyuk kt depan sekali tu ;)


Zakwan dengan rakan sekelas :)


Ni masa nak balik - tengah tunggu bas


Malam tadi tengok gambar-gambar trip ni dengan PapaZN & Zakwan
Pokpekpokpek mulut dia bercerita
Kenal kan kawan-kawan dia pada kami ^_^
Tapiiiii.....
Setiap gambar mesti dia akan ada cakap
'Haaa, ni la Radhia!'
'Papa, cuba cari mana Radhia'
'Haaa, tu tu Radhia'
Semua pun nak Radhia... Amboi Zakwan! ;)


Alhamdulillah Zakwan nampak happy & enjoy
Teringat time dia bersukan dulu
Ya Allah, hancur luluh hati mak Zakwan ni ha, hukhuk
Sedih la nak ingat balik T___T
Kalau nak tau, KLIK SINI ek


Selamat bercuti kawan-kawan!

23 Mei 2013

Menang FM Sebab Jadi Follower Setia :)

Yeay! Dapat FM lagi!
Suka-suka-suka!
^_^
Baru jek cerita dapat FM Bandung, kali ni dapat FM lain pulak ;)

Kali ni dapat FM sebab berjaya jadi follower setia @ http://myalycia.blogspot.com
TQ Alycia! :)
Plan nak jumpa Alycia asek tak jadik jek ni
Kena gak cari satu masa utk jumpa-jumpa :)





Dapat FM dari Langkawi, weee!
Sebelum ni pun ada gak menang kat blog Alycia jugak
Dapat FM Melaka, hihi
Bestnya!
Tak sabar nak tempek kat peti ais yang dah tak berapa nak muat tu
Haha!

Tahniah jugak pada kawan-kawan yang menang secara berjemaah :)



Kemenangan [18] untuk 2013


Sudah Bertukar Tuan, Sobss ;(

Tamat la sudah perkhidmatan stroller ni pada Baby Nayli...

Dah selamat pun berada di tangan tuan yang baru, pada Sabtu lepas
Berkhidmat la sebaik-baiknya ya!

Baby Nayli ni, mana penah nak dok dalam stroller
Bertahan la 3-4 bulan yang pertama dulu
Lepas tu, bila dah pandai memanjat, bila dah pandai berjalan
Bye-bye la kat stroller ni
Elok tersimpan jek kat umah
Pegi mana-mana pun takde bawak dah stroller
Buat berat/penuh bonet kereta jek

Dari berhabuk, berkarat gitu-gitu jek
So, kami decide nak let go
Suruh PapaZN amik gambo, MamaZN upload kan kat mudah.my
Hari ni upload, esoknya ada 5-6 orang yang sms bertanyakan stroller ni
Perghhh!
Giler kentang!


Memang nampak macam baru sbb jaranggggg guna!




Dapat la stroller ni, tuan baru - orang Bangi
Ahli farmasi kat Hospital Serdang yang sedang sarat preknen ;)
Dia nak beli awal-awal supaya senang nanti takde terkocoh-kocoh
Sebab dia PJJ dengan husbandnya - sorang Bangi, sorang Kelantan



 p/s:
Takpela, kang ada rezeki Nayli dapat adik ke
Kita pinjam stroller anak Aunty Wawa pulak, hehe



Menu Lunch Merangkap Dinner Di Minggu Sudah :)

Gini la kami kalu time weekend
Kalu tak kluar mana-mana, dok melepak je la kat umah
Tapi saaaaangat jarang la dok umah time weekend haha!
Sebab adaaaa je alasan dibuat utk 'menggantung kuali' =p
Tetttt! Haha!

Tapi weekend lepas banyak masa dok umah je
Jadiknya, kena la 'rajin' kan diri dapur jugak
Biasanya start masak dalam kul 1-2 petang camtu
Makannya nanti jam 4-5 petang
Memang late-late-late lunch betul la, hehe

So, menu pilihan pada weekend itu adalah ikan bakar
Kalu buat ikan bakar, MamaZN suka ikan cecaru balut daun kunyit
Harum mewangi gitewww ;)
Cicah pulak dengan sambal asam, nyumnyum! :)




Lawan pulak dengan sayur masak lemak pucuk ubi
Adussss! Memang terangkat!
:)




Bila dah makan lewat-lewat camni
Kang dinner masih kekenyangan lagi
Tapiiiiiiiiiiiiii time supper karang, ada la orang tu tercari-cari nasi balik, hahaha!
Oppsss! Sori Papa! =p


Lunch karang, kawan-kawan plan nak makan kat mana? ;)


Cerita Zakwan Happy Join School Trip :)

Semalam ada sorang mak tu punya la susah hati, punya la risau 
Baru rombongan sekolah yang makan masa setengah hari
Belum lagi pi kursus motivasi anjuran sekolah menengah, kem PLKN, masuk U, etc
Mau ada yang nangis bengkak-bengkak mata!
^_______^
Almaklum, Zakwan baru 1st time
Mesti la perasaan tu bercampur baur huhu ;)

Teacher kata kul 3 dorang dah ada kat school semula
3.15 Zakwan dah sampai umah dah - van skolah anta

Mak nya ni, yang dari pagi dok risau-risau tu
Nampak jek kelibat Zakwan terus rasa legaaaaaaa ya amat! Haha!


Baby Nayli pun tertunggu-tunggu Abang Zack balik tau! ;)
Tengok mulut/lidah dia buat apa.... Hmmmm :)


Belum bukak kasut lagi, Zakwan dah start bercerita dah
Mama layankan aje la, haha!
Syok plak dengar dia citer macam-macam :)

 
Mama, tadikan saya naik bas sekolah
Besarrrr!
Bas sekolah dia cantek, Mama...!
 Dalam bas saya duduk dengan Amin
Saya tak duduk dgn Radhia pun 
(tiap-tiap hari balik school, mesti nama Radhia ni yg disebut =P)

*********

Tadi saya pegi tengok angkasa (pegi Planetarium)
Macam-macam warna
Pastu saya naik roket tapi takde tempat sandar
Penat la Mama, tmpt tengok angkasa tu banyak tangga!

 *********

Saya tengok haiwan macam dekat zoo
Tapi semua cuma patung-patung haiwan je
Dekat jek dengan kedai umah Aunty Wawa
(Muzium Alam Semulajadi, Presint 15)
 Ada gajah, ada harimau, ada spider, ada frog
Saya tak takut pun
Tapi... Saya ada takut sikit la masa tengok rama-rama

*********

 Seronok! Tapi penat sikit
Teacher amik gambar tadi, saya buat gaya Iron Man 
T___T


 Memang nampak sangat Zakwan kepenatan
Muka pun dah merah-merah macam udang kena bakar
Air bekalan pun tinggal suku jek
Biasanya separuh pun tak sampai
Memang penat/haus betul la tu agaknya

Alhamdulillah, Zakwan berjaya timba pengalaman baru lagi :)


Bila ditanya, nak pi trip lagi tak?
Nak! 
Tapi nak pegi dengan Mama, Papa & Baby
Lerrrrr.... ^_^


22 Mei 2013

Klinik Pergigian Telok Datok, Banting

Masa Zakwan sakit gigi tu
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/05/zakwan-jumpa-dentist-maknya-yang-seriau.html
Ingatkan nak bawak dia pi klinik pergigian kerajaan jek
Bila google, yang paling dekat adalah kat Telok Datok, Banting

Kami terus jek terjah, takde calling-calling dulu
Silap la tindakan kami tu, huhu!
Sebab dah rugi masa & tenaga T___T




Doktor takde setiap masa kat klinik
Ada hari-hari nya
So, macam kes Zakwan tu
Sepatutnya kitorang pegi petang Jumaat




Kesian kat Zakwan punya pasal
Terpaksa la jugak pi klinik swasta
Berbayar la lebih sket, huhu
Takpela, janji Zakwan dah tak sakit



Wordless Wednesday : Siapa Suka Makan OTAK-OTAK?

Dulu time blaja kat JB, selalu makan otak-otak ni
Tapi bila dah kat KL, sangat jarang
Sebab tak jumpa yang betul-betul sedap


Tapi sekarang tidak lagi! Weee!
Dah jumpa dah yang sedap, hihi
Isi tebal, rasa cukup, memang sedap



Lokasi : Restoran Nakhoda Mi Udang
Tempat kami makan Rawang Burger Bakar tu


Ada ke yang tak suka makan otak-otak ni? ;)


RESEPI Kek Batik Biskut Bersusun :)

Pagi semalam MamaZN ada share pasal masak-masak buat kek batik special
Special sebab biasanya orang buat biskut tu dihancurkan sekali dalam adunan
Tapi yang ni biskut disusun layer by layer
Kena rajin sket la :)

Pastu
Ada 2-3 orang kawan-kawan yang mintak MamaZN share kan resepi

Actually MamaZN pun copy resepi dari fb page : Buku Resepi
 Tengok cam senang jek, tu yang MamaZN nak try buat :)

So, kat sini MamaZN sertakan resepi tu kat sini
Supaya senang kawan-kawan nak refer
Kot-kot la kan tiba-tiba ada kerajinan nak buat ke nanti, hihi


Kredit resepi : Hazwani Abdul Halim



Selamat mencuba! ^___________^



1st Time Zakwan Join Rombongan Sekolah


Sejak Khamis/Jumaat lepas lagi mak nya dah dok risau-risau-risau
Ngalahkan tuan punya badan!
Anak bujang sorang tu pun takde masalah apa-apa, happy jek
Maknya yang lebey-lebey, uwaaa!

Untuk pengetahuan kawan-kawan
Zakwan ada school trip arini
1st time pegi trip dengan kawan-kawan
Naik bas, pegi Planetarium, KL & Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya
In shaa Allah, kul 3 karang baru balik umah
Ikut tentatif program macam tu la
Moga dipermudahkan perjalanan Zakwan dan kawan-kawan

Aduiiii, sangat susah hati nak lepaskan Zakwan pegi trip ni sebenarnya
Sebab terasa Zakwan ni kecik sangat lagi, haha!
Tapi kalu tak bagi pegi, kang kesian pulak kat Zakwan
Kawan-kawan dok cerita best pegi trip
Dia tecengang sorang-sorang
 Lagipun, tah bila dia nak cuba berdikari kan?
Biar la dari kecik-kecik camni
Bak kata orang-orang lama, melentur bulur biar dari rebung

Tak sabar nak tunggu dia balik 
Mesti macam-macam cerita nya nanti tu
Silap-silap kang, Zakwan ajak Papa, Mama & adiknya pegi tmpt yg sama weekend ni 
Haha!

Teacher pesan, nanti bawakkan tumbler yang bertali panjang utk Zakwan
Sebab Zakwan punya jenis tak bertali
Aihhh, jenuh pi Giant nak pi cari tumbler baru, huhu!
Dah la tak banyak pilihan
Redho jek la amik brand Giant, haha!
Nakkan bertali punya pasal =P


Harap Zakwan pandai bawak diri...


Moga Zakwan happy la jalan-jalan ngan kengkawan
Berbakul-bakul pesanan MamaZN pada Zakwan
Pesanan yang sama diulang-ulang banyak kali
Haha!


p/s:
very the mak-mak punya feeling!
=P


JJCM | Rawang Burger Bakar, Bangi, Yumyum! :)

Masa pi Uptown Jalan Reko 
Zakwan tak makan banyak
Sebab dia dah mintak awal-awal kat apaknya nak makan burger bakar!
Perghhhh! Selera anak lagi beso, haha! =P

Lepas dah jalan-jalan kat dalam uptown tu
Kitorang pun menuju la ke Rawang Burger Bakar plak
Rawang Burger Bakar ni terletak di dpn Restoran Nakhoda Mi Udang
Kitorang penah makan kat sini sebelum ni

Lokasi restoran ni terletak bersebelahan dengan Petronas Persiaran Jaya (Persiaran Selaman)
Kalau tau SOHO & Rimba Klasik, ok dah tu...
Jalan ke depan sket kat Petronas tu dah nampak dah kedai ni
Tepi jalan jek :)


Mengantuk, tapi masih berselera nak kasi perabes burger bakar :)
Zakwan pilih Chicken Pop with cheese but without vege, hehehe...


Ada orang tu takmo kalah!
Dah makan steamboat cucuk-cucuk tadi, still nak makan burger bakar jugak =p




PapaZN order Hot Shot without cheese


Kecik jek stall dia...


Zakwan memang semangat nak kasi perabes
Tapi apa kan daya, dia dah mengantuk sangat-sangat-sangat
Jadiknya, bawak balik umah, esok tinggal panaskan jadik la santapan utk breakfast, hehhehe


p/s:
Aihhh la...!
Susah hati bebeno sekarang ni
Asek teringat kat Zakwan jek ni, huhuhu!
Zakwan ada school trip arini
Cemane la gayanya tu...
Riso dibuatnya, hukhuk...!
Nak pi skodeng, PapaZN work la pulak
Harap-harapnya ok la tu nanti
Sebakul dah pesanan penaja dari omak nya ni ha, huhu!
Doakan Zakwan jugak ek!



21 Mei 2013

Menang FM Bandung!

Sukanya sebab boleh tambah koleksi!
Suuuuuka sangat! ^_^


MamaZN menang FM dari Bandung di blog Ibu Hadif
 Ada giveaway aritu
Bestnya kalau dapat pi Bandung
Syooorga shopping-shopping, hehehe
Takpe tambah ilmu dan info kat blog kawan-kawan yang dah pegi dulu
Pasni bleh dijadikan rujukan ^_^

Apa2 pun TQ Ibu Hadif!
Lenkali buat GA lagi ek! :)
Moga terus dimurahkan rezki :)
Tahniah jugak pada kawan-kawan yang seangkatan yang menang secara berjemaah
^_^


Rasa-rasanya MamaZN pilih yang mana? ^___^



Kemenangan [17] untuk 2013


JJCM | Makan Style Cucuk-Cucuk (Steamboat)

Jumaat malam baru-baru ni
Berjaya ajak PapaZN pi Uptown Reko Sentral, mihmihmih ^_^
Sebab sepatutnya malam tu PapaZN ada futsal
Alasan baeeeekkkk punya! ;)
(rahsia =p)

Pegi lepas Maghrib, tengok-tengok diorang tgh set-up booth lagi, haha!
Tu la pi punya la awal =p
Almaklum baru 1st time pegi
Kalu Uptown Shah Alam tu, kul 8.30 dah siap berjualan dah dorang
Tu yang kitorg pun pi awal jugak tu
Rupanya takleh nak berjalan-jalan lagi pun, hehe

Jadiknya, kita pi la mengisi perut dulu
Best la makan-makan kat sini
Ala-ala stall gitewww
Banyak pilihan makanan ada dijual

Macam sate, steamboat, nasi lemak, ayam goreng, kek, burger bakar, char kuey teow
Lepak-lepak sambil makan dalam gelap, haha!

Kitorang pun lepak-lepak gak
Makan-makan steambot style cucuk-cucuk tu
1 cucuk RM1, tp kalu lidi tu ada kaler merah harganya RM1.50


1st time kitorang try steamboat camni ;)


Pilih-pilih-pilih! Rambang mata uols! Haha!


Dah selamat upload kat IG dah aritu ;)


Serius sedap!
Rasa macam tak cukup, tp kena beringat
Sebab nak jalan lagi pastu kan? Hihihi
Tak sangka pulak Zakwan & Baby Nayli pun suka

Dan yang pasti, sos 3 rasa dia sodappppp sangat!
Uiiiih, terliur makcik wehhh! ;)


Sementara tu, Zakwan berjaya 'pow' PapaZN beli ice-blended ni
Zakwan nak vanilla tp MamaZN pilihkan stoberi cekelat, hihihi



 
Tak nmpk muka pun, huhu!


Best ar lepak kat sini
Terus MamaZN tak ingat kat rancangan feveret - Versus, huhu!
Tapi tu la, nak pi selalu macam mustahil sangat, hukhuk...
Anak-anak kat umah ni kul 8.30-9.30 dah selamat beradu lena diulit mimpi
Tak dan nak berjalan malam pun
Ni pun elok masuk dalam kereta dah tido dah semua, huhu!




p/s:
plan utk berhibernasi ditangguh kan kottt
sbb mood macam dah ok sket, muahahaha! =p

 

Zakwan Jumpa Dentist, Maknya Yang Seriau T___T

Beberapa minggu sudah, Zakwan ngadu sakit gigi
Ada 1 masa, time tido pun nanges sebab sakit
Apa yang MamaZN buat, MamaZN soh kumur-kumur dengan air garam
Pastu ok, bleh tido dgn lena

Kadang-kadang nak makan pun dia dah tak berapa selera
Disebabkan sakit gigi tu la
Zakwan takut bila makan nanti gigi lagi sakit
Terus takmo makan
Makin kurus dah anak bujang sorang tu

Nak dijadikan cerita, kebetulan pulak Zura ada bawak Akil pi Hospital Serdang
Pasal nak operation buang gigi yang rosak tu
Memang kebetulan sangat
Dapat la sikit info pasal prosedur kat klinik gigi/hosp kerajaan

Mula-mula pi Klinik Kesihatan Pergigian Kerajaan kat Telok Datok, Banting
Itu je la pun yang terdekat
Tapinya kalau nak jumpa doktor, ada hari-hari tertentu la pulak
Kami pulak main terjah jek, tak pi tanya dulu, huhu!

Last-last PapaZN ajak pi klinik swasta jek
Tempat SIL MamaZN keje
Rupanya kat situ pun ada dentist
Jadiknya pegi situ jek la
Kesian tengok Zakwan asek ngadu sakit gigi jek

MamaZN dalam hati ni dah risau kemain dah
Takut Zakwan nanges-nanges meraung sebab takut jumpa dentist
Rupa-rupanya Zakwan lagi rileks dari mak dia, hahaha!
Siap boleh tanya soalan-soalan lagi kat doktor tu, huhu

Ayat Zakwan utk sedapkan hati dia sendiri -  
Takpe, saya kuat, saya kan Tony Stark! (IronMan)
Hebat anak mama ni! ;)


Ni sementara tunggu doktor sampai, hehe




Nampak macam ok jek dentist ni


So, kesimpulannya 
Ada 2 gigi geraham Zakwan yang dah berlubang
Salah satunya tu dah kene urat gigi
Kalau cabut, doktor cakap dalam masa 10-12tahun nanti baru ada gigi tumbuh semula
Tapi dalam masa yang sama 
Boleh jadik ada gigi lain yang akan tumbuh dan akan bertindih nanti

So, PapaZN amik keputusan soh tampal jek
Tapi bila tampal, Zakwan kena jumpa 2-3 kali lagi utk rawatan susulan

Bagus Zakwan ni, tak nanges pun time kena tampal
MamaZN dah tutup-tutup mata dah, huhu!
MamaZN tak penah kena tampal gigi
PapaZN cakap, kalau dulu lagi teruk, siap kena korek2 lagi lubang kat gigi tu
Tapi sekarang dah pakai alatan canggih - ada lampu ultra violet suma
Ntah, MamaZN tak tau.. PapaZN yang citer, hihihi
MamaZN kan tutup mata tadi, hahaha! =p


Apa-apapun, nampak Zakwan pun dah ok sket
Tapi still kena pi jumpa dentist lagi bulan depan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...