30 April 2013

Bila Anak Dara Dah Kenal Apa Itu MEKAP =)

Ye la, nama pun perempuan kannnn? ;)
Tak sah kalu tak minat barang-barang mekap ni, hihihi
Pantang nampak mak nya sebuk bersiap
Dia pun sebuk la jugak nak join sama






Dah la maknya tak banyak koleksi
Yang itu jugak la yang dia nak buat main
Tau pulak tu blusher nak sapu kat mana, gincu nak calit kat mana

Dan paling menyedihkan
Bila Baby Nayli dah pandai macam-macam ni
Panjang la akalnya pegi bukak penutup bekas blusher tu
Sampai pecah dibuatnya!
Terpaksa la beli baru, huhu

Naseb baek la Baby Nayli kecik lagi, huhu!
Mak nya saboooo lagi ni, haha!

Central Market | Memang Best Buat Peminat FM :)

Ini sambungan cerita MamaZN & famili pi Central Market
Nama pun tempat pelancong mencari ole-ole dari Malaysia kan?
Mesti la banyak jual souvenir termasuk la FM :)
Memang gilerrrrr banyak orang jual FM
Macam-macam design, macam-macam jenis, macam-macam bentuk
Sesapa yang giler FM( macam MamaZN =P) kene try pi sini ;)
Tapi kena la pandai pilih dan mencari yang murah :)

Kalu jalan kat kedai belah depan-depan
Memang banyak jugak jual FM
Kebanyakan diorang jual 3pcs = RM15
Kalu berjalan kat belah-belah belakang
Ada lagi yang jual 3pcs = RM10 @ 4pcs = RM10
Kene pandai belek-belek la ;)


Menarik kan dia susun macam ni?
Tu FM bentuk ikan koi
Sangat attractive!


Yang lagi best, kalau nak cari FM negeri lain pun ada kat CM ni, haha!
Nak FM Sarawak ke, FM Melaka ke
Banyak diorang jual FM 2 buah negeri ni la 
Sebab 2 negeri ni kan unik sket
Selain 2 negeri tu, FM Kuala Lumpur & FM Malaysia pun banyak dijual

Kalu kat dalam banyak jual FM
Kat kedai-kedai belah luar pun ada jugak
Tapi better beli kat dalam la
Kalu kat luar ni harga sama jek pastu design pun lebih kurang jek dgn kedai kat dalam

Yang bestnya kat kedai-kedai belah luar ni
Ada 1 booth tu, dia jual FM dari luar negara!
Ada FM Korea, Australia, Hong Kong, Mekah, London
Ehhh, macam-macam la! Pelosok dunia kata orang ;)
Harga dah tentu-tentu la up kan
FM luar negara sume RM20 dan ke atas harganya


Best wooo booth ni, tp FM Malaysia dia tak banyak jual


Memang giler ar! Rambang mata dibuatnya!
Macam nak bawak balik 1 board tu, haha!


Tapi tu la, sebab harganya camtu kan, lenkali la... ;)


Dah namanya MamaZN
Pegi mana-mana mesti nak cari buah tangan jugak
Apalagas, memang FM jugak la MamaZN cari, haha!
FM I Love Kuala Lumpur, FM Menara Berkembar, & FM bentuk keris (lambang Malaysia)
Jadik la.... ;)








Jalan-Jalan Ke CENTRAL MARKET @ PASAR SENI

Dekat 10 tahun tak jejak kot!
Giler lama kan?
Hihihi...
Cemane tah tetibe bleh plak terindu kat CM ni
Dulu slalu la pi kan
Ate, tmpt dating, kahkahkah!
Takde maknanya =P

Pastu macam biasa, bentang la usul pada PapaZN selaku 'bos', haha!
PapaZN pun 'on' jek =p
Almaklum, dia pun sama jek macam MamaZN
Tetibe teringin nak nengok apa perubahan yang ada kat dalam tu
Dulu happening gak CM ni kan?
Ehhh, memang happening! Best!
Tapi tu dulu la... Sekarang tak tau ;)


Dulu dating berdua, skrg dating berempat =P


Baaaaaaaaanyak sgt perubahannya!
Bangunan kaler biru dari luar memang sama
Tapi bila dah melangkah masuk dalam
Hmmmmmm
Rasa sebak dan sedih pun ada gak, haha!
Emo kan?
Kihkihkih...
Bukan emo apa pun, cuma rasa macam CM skrg dah tak best




Dulu masa datang sini
Rasenya ramai gak la orang Malaysia yang suka hang-out kat sini
Kali ni pegi...
Alahaaaaaiiiiii, boleh dikira!
Tak sure la sbb kami sampai awal ke
Kalu petang-petang sket mungkin ramai la kot kan?
Tak tau la pulak
Tapi serius masa kami masuk tu memang payah la nak cari orang Malaysia, haha!




Dari yang jadi ala-ala pelancong macam kitorang ni
Sampai la ke penjual dan jugak makcik cleaner
Sume pun bukan orang kita dah
Pelancong memang ramai la
Dah memang tumpuan diorang untuk cari souvenir nak bawak balik kan
Tapi tak sangka la pulak sampai lengang semacam!
Bahagian dalam memang dah upgrade abes la




Ada bahagian Little India
 Kat sini memang jual sari, pashmina, karpet, gelang2 india yang warna warni tu
Macam-macam la!
Ke depan sket ada la Chinese Town pulak
Barangan pun sume ala-ala dari negara China gituuu
Pastu bahagian kraftangan tulis-tulis kat cawan, keychain, etc 
Masih kekal kat belah pintu sana tu
Bahagian pewter 1 bahagian, bahagian batik-batik dan songket kat belah atas
Sume pun dah di bahagi-bahagikan ikut tema 
Nampak kemas la sket kan

Bab penjual memang takleh nak kata apa
Memang kebanyakannya bukan orang kita yang jadik penjual
Yang ramai orang Pakistan dengan orang Indonesia jek




Kalu dulu masa datang CM ni
Suka sangat usha pelukis-pelukis yang ralit siapkan lukisan
Pastu ramai jek yang kerumun
Best jek time tu
Rasenya tu pun ke'best'annya CM ni dulu


Sape kenal kedai ni? ;) 
Ada dalam citer Bunga Merah Punya TV9 :)


Tapi sekarang
Alaaaaaahaiii!
Walaupun diorang dah asingkan pelukis-pelukis ni kat belah belakang
(bahagian bangunan baru)
Semua pun berkumpul kat sana
Tapi tak syok la
Semacam terasa dah terasing, hihi

Lepas dah jalan-jalan tu
Kami pi kat sebelah banguna CM ni
Kalu dulu kan ramai orang lepak-lepak kat situ
Pastu siap ada baskers lagi
Nyanyi macam-macam lagu

Tapi sekarang ni dah takde dah
Sebab kat situ dah buat macam pusat jualan jugak
Dah macam kat Jalan Masjid India tu
Tapi kat sini tak banyak kedai macam kat Masjid India sana...




Kat CM ni ada jugak perkhidmatan free shuttle bus untuk ke KWC 
Ada la time-time nya
MamaZN pun tak sure
Ada amik pamphlet nya tapi Baby Nayli dah buat main plak - mana tah peginya
Tapi rasenya, better naik kenderaan sendrik kot kan kalu nak ke sana?




Secara keseluruhannya
Tak berapa best sangat sbb tmpt ni dah dikomersialkan 
Sekarang dah tak happening
Tak macam dolu-dolu
Kalau dulu, boleh tengok macam-macam ragam orang kat sini
Remaja-remaja skrg suka pi Pavillion, KLCC, MidValley
Remaja purba jek jejakkan kaki ke CM ni, hahaha!
Ye la, nama pun jadik tumpuan pelancong kan, mesti la kena upgrade lagi
Tapi puas hati la sebab dapat mengimbau kenangan lama, kahkahkah!



Kawan-kawan ada kenangan dengan CM ni tak? ;)


Jalan-Jalan Naik Bas | Memang Seronok! :)

Seronok la sebab PapaZN tak jadi driver
Dan MamaZN pun tak jadi co-pilot
Tak perlu risau kalu sesat
Tak perlu risau pasal parking
(^_____^)

Sebelum ni pernah bawak ZakwanNayli naik bas kat Putrajaya
Dari Presint 14 ke Putrajaya Sentral pastu patah balik pi Alamanda
Tapi time tu Baby Nayli pun kecik lagi
Baru 4 bulan kot time tu ;)

Disebabkan rindu CM punya pasal, kami anak beranak naik bas, haha!
Alhamdulillah tak perlu bersesak-sesak kene berdiri bagai
Sebab memang tak ramai orang pun sepanjang perjalanan pergi dan balik
Kalau naik LRT Putra selamat la kene tolak sume!
Sangat ramai kot! Kan?

Sebab takut ramai & risau hujan
PapaZN cakap kita pi pagi-pagi la
Dalam kul 8 camtu pi breakfast kat kedai mamak dulu
Boleh pulak la diaper bag budak-budak ni tertinggal kat umah
Kena la patah balik
Sudahnya jam 9 jugak baru bertolak naik bas :)

 Kami naik dari Putra Heights - Pasar Seni
Tambang RM3 seorang
ZakwanNayli free :)
 

Muka excited nak naik bas, weee! =)


Termenung sengsorang nampakkkk ;)


Dalam bas ni ada tv
Zakwan jek khusyuk tengok tv
Baby Nayli cepat bosan - layan Upin Ipin jek la jawabnya ;)




Baby Nayli pindah tempat - dok ngan Papa :)
Zakwan jenis takleh pisah ngan Mama dia =P


Bertolak jam 9 sampai Pasar Seni dekat-dekat jam 10.30pagi
Lama kan?
Biasa la, dah nama pun masuk KL
Tak lari punya dengan jammed
Pastu perjalanan bas ni pulak melalui jalan-jalan yang mmg terkenal dgn jammed!
Redhooo jek la ;)

 
 Ni time balik :)
Tengah tunggu bas sampai


Terminal bas ni betul-betul bawah stesen LRT Putra Pasar Seni
Dulu kalu tak silap hentian bas ni utk bas-bas yang ke Shah Alam
Sebab penah sekali naik bas dengan kawan-kawan nak pi UiTM :)
 



Kalau masa pegi masing-masing teruja naik bas
Masa balik pulak masing-masing pakat terlentok, haha!
Ngantuk giler dibuatnya!
Mula-mula tu ok lagi, tak lama lepas tu masing-masing dah tahan mata takmo kasi lelap :)
Baby Nayli steady jek
Dari awal bas bergerak sampai la nak dekat tiba, syiokkk die tido


Ni mula-mula segar lagi dak tecit ni :)


Naik bas kul 1 dekat Pasar Seni
Sampai kat Putra Heights balik jam 2ptg
Masing-masing dah kelaparan, hehe




Save duit minyak kereta
Save tenaga PapaZN nak bawak kereta
Save airliur MamaZN sbb marah2 PapaZN kalu sesat barat (hoiii, berkira! =P)
Save-save-save! 
Hahahahah!
Apa-apa pun, kami enjoy! Yeay! :)


29 April 2013

Rindu CM...!

Lama giler kot tak pegi
Rasa-rasanya ada la dekat 10 tahun dah, haha!
Giler lama! ;)

Selepas 10 tahun, kami jejakkan kaki ke Central Market semula
Tapi kali ni dengan bawak anak-anak pulak, haha!





Esok kita citer panjang-panjang ek! (^__^)


Sape macam MamaZN? 
Lama dah tak pegi CM :)
 


JJCM | Pekena Nasi Beriyani @ Restoran Anje, Bangi

Sebelum ni penah citer gak pasal restoran ni
 Kali ni pegi bawak AtokNenekZN pulak ^_^

Hari Rabu lepas
Lepas dah amik Zakwan dari skool
Kami ke Putrajaya umah Aunty Wawa
Sebab nak lunch dengan AtokNenekZN

Pikir punya pikir, kami bawak AtokNenekZN pi makan kat
Restoran Anje, Seksyen 15 Bangi
Yang famous dengan nasi beriyani & laksa Johor nya tu ;)

Naseb baek time kami pi tu selepas lunch hour
So, memang takde ramai orang dah


Ini pilihan AtokZN & PapaZN :)


AtokZN & PapaZN pilih nasi beriyani lauk kambing
NenekZN pulak pilih nasi beriyani lauk ayam masak merah
ZakwanNayli pulak share nasi beriyani & ayam goreng

Actually MamaZN teringin nak makan nasi beriyani jugak
Tapi disebabkan penah rasa dah
So, MamaZN pilih mi bandung ;)


Ini saya punya! =P


Okeh, tika menaip ni, MamaZN dah terliur balik dah bila tengok gambar mi bandung tu!
Serius sedap!
Saaaaangat sedap! ;)
Pasni nak try laksa Johor plak, hihi


Macam-macam ada! =p
Zakwan ni kalu ada AtokZN ngengade dia len macam sket
Nak makan bersuap! =p


Baby Nayli jugak yg independent - makan sendrik :)



Seronok kalu pi restoran berulang kali kalu memang betul-betul sedap ;)
Lain la kalu tak sedap kan, konfem restoran tu kena banned trus! =P
Tapi 1 tu je la yang tak syok kat restoran ni....
Pekerja-pekerja nya tak mesra alam -___- 
 
 
 

Tengok Wayang | Iron Man 3 BEST!

Ini permintaan Zakwan
Nakkkkk sangat tengok Iron Man 3
Owh! 
Kalu nak tau, Zakwan dah list kan dah movie apa yang dia nak tengok
Ada la dalam 5-6 cerita
Tiba-tiba jek dia dah cakap kat makpak nya
Papa, Mama, saya nak tengok movie Iron Man 3, Wolverine, Thor, 
Lepas tu movie Planes, Star Wars & Monster Inc...
Adoi! Makpak nya fenin! Hahahaha!


Sempat amik gmbr masa jalan-jalan Sabtu  lepas ;)



Mana dia dapat tau?
Dia pi tgk trailer movie terbaru tu kat Youtube
Macam mana dia tau nak cari?
Jangan tanya.....
MamaZN pun tak tau, haha!

Jadiknya, tercapai la hasrat dia utk filem pertama pilihannya sendirik ;)
Semangat tu, pakai baju Iron Man jugak, haha!
PapaZN cakap, bawak la topeng Iron Man sekali
Takmo plak dia, hehe

Kami pi tengok kat GSC IOI Mall, Puchong
Kat situ jek yang ada Iron Man jam 11.10 pagi
Kat tempat lain sume start 1 ptg
Dan IOI Mall adalah yg terdekat ngan tempat kami
Nak pi Setia City Mall macam jauh sangat la pulak, huhu!





Tiket kami dah siap-siap beli thru online
Memang tindakan yang tepat!
Sebabnya, time kami sampai tu, dah berduyun-duyun orang Q!
Selamat...! :)
Kalu tak, menjawab la dengan Zakwan, haha!

Keseluruhannya?
Memang best!
Walaupun banyak part pasal sains punya term, tapi apadehal, hihi
Layannnnn ;)
Ada aksi, ada lawak, ada romantik
Memang best!
Zakwan lagi la kemain, movie dah abes siap tepuk-tepuk tangan lagi, haha!





Seronok dapat gembirakan anak bujang sorang tu ;)
Kalau telefon umah berdering
Memang laju je la Zakwan nak jawab
Hello, saya Iron Man Zakwan bercakap... Nak cakap dengan sape?
Hahahaha! Serius lawak! ;)

Ala, Dah Sekolah.... ;)

Assalamualaikum & Selamat Pagi!
(^____^)
Moga ceria-ceria selalu di pagi ini


Alaaaa.... =P


Setiap kali hari Ahad malam Isnin
Memang kena selalu ingatkan Zakwan
Zakwan, esok skool tau!
Zakwan pun mula la - Ala, dah sekolah...
;)
 Ye la, mesti la sekolah...
Dah cuti 2 hari kan? ;)


Eh, Baby Nayli pun sama? ;)



Tapi minggu ni syok sket la kan, hihihi
2 hari sekolah/kerja pastu cuti Hari Buruh 
Then sekolah/kerja lagi 2 hari pastu cuti semula - balik kampung, ngundi! LOL!





Tiap kali weekend
In Shaa Allah
Seboleh-bolehnya mak pak ZakwanNayli ni nak buat aktiviti yg best-best
Biar Zakwan rasa seronok 
(Baby Nayli tumpang la skali, hihi)
Bila dah seronok, baru la mood nak mulakan hari baru di minggu yang baru pun best
Kan? ;)
Tapi tu la, kalu diizinkan Allah....
Bukan setiap kali pun plan kami ni menjadik
Ada jugak yang tak jadik ^_^


So, ke mana kami kali ni? Hihi...
Kawan-kawan pulak ke mana? ;)




26 April 2013

Gwiyomi Versi Islamik (^_^)

Dah jadi fenomena plak kan gwiyomi bagai ni
Padahal terpikir la jugak pebenda la yg special nya, hehehe

Aah, takyah cakap org lain
Budak-budak kat umah ni pun dah demam gwiyomi
Lagi-lagi si Baby Nayli, kemain buat gaya cute, haha!
Tapi idak la berlebih-lebihan sampai taksub sangat

Kat FB pun ramai jek yang share macam-macam video gwiyomi
Dari yang paling cute sampai la yang paling 'cute' takde gigi, haha!

MamaZN nak share jugak la
Tapi ini gwiyomi islamik
Baru ada pengisiannya ;)

Selamat menonton!


sumber : youtube


 Okeh, hepi weekend kawan-kawan sume! :)

Edisi Mencari Putu Piring

Sebelum ni MamaZN penah citer dah lama tak makan putu piring
Susah bebeno nak cari orang yang ada jual putu piring ni skrg
Kalu putu bambu tu biasa la ada orang jual
Kat entry tu jugak kawan-kawan ada share 
Lokasi-lokasi yang ada org jual putu piring ni
TQ sesangat! Kalu dekat, memang boleh terjah
Kalu jauh, payah la sket kan? ;)

Rupa-rupanya kat pasar malam tmpt tinggal MamaZN ni pun ada yang menjual
Selama ni takde, tah baru ada pulak kot
Time tu happy sesangat la kan
Sebab takyah dah nak cari jauh-jauh
Kat pasar malam sini pun ada jual
PapaZN soh beli lebih sbb takut tak cukup
MamaZN kata, takpe...try dulu, kalu sedap bleh la beli lagi lenkali




Memang nampak meriah dengan gula melaka nya tu
Tapi sayang seribu kali sayang....
Tak sedap! Huhu!
Naseb baek la beli sikit jek
Tu pun jenuh jugak la nak ngabiskan!
Sedihnya...! =/

Kami bukan beli putu piring jek
Beli la putu bambu sekali utk PapaZN
Rupa-rupanya 2x5 - sama2 tak sedap, uwaaa!




Kena cari kat tmpt lain jugak la pasni

Kawan-kawan suka makan putu piring tak?
Ke, suka makan kuih lain? ;)


Outfit Of The Day (OOTD) Yang Serba Tak Kena! =P

Kejadian di hari Rabu yang syahdu, haha!
Rabu aritu PapaZN cuti, company punya besday - sume orang dapat cuti
Lepas amik Zakwan dari skool
Terus kami gerak ke Putrajaya nak lunch dgn AtokNenekZN

MamaZN suka pakai kaler electric blue ni
Ke royal blue ntah namanya...
Pastu baju tu pulak macam dah lama jek tak pakai
Tanpa berfikir panjang, MamaZN kenakan la shawl ngan baju yang tersebut
Memang takde pikir apa-apa pun
Sepanjang perjalanan macam rileks jek, berkeyakinan jek rasenya
(rasa yakin itu penting, okeh! =p)

Tapi sebaik jek sampai dekat-dekat dgn umah Aunty Wawa
Bapak banyaknya la kibaran bendera-bendera parti!
Dan sekelip mata.....
 'Tinggg!'
Serius baru terperasan! 
Ni kalu pi mengundi ni memang kena balik umah tukar baju ;)





Tu kejadian pertama
Kejadian kedua pulak terjadi kat Restoran Anje, Seksyen 15 Bangi
Punya la lawak
Rupa-rupanya staff LHDN pun baju rasmi depa kaler ini jugak ek?
Sejibik sejibun kot kaler dia, haha!
Tak pasal-pasal depa dok pandang-pandang MamaZN
Ate, riso la kot
Time tu dah lepas kul 2ptg tapi baru nak lunch
Takut MamaZN report ke ape, haha!
Tak kose mak!
Malunya aiii! Tapi ai is maintain ;)

Dah lepas pi Restoran Anje tu, AtokZN nak pi MPH
Jadiknya destinasi berikutnya adalah Alamanda
Dalam hati dok berdoa jangan la ada yang nak tersama lagi
Cukup-cukup-cukup suda dengan 2 kejadian yang di atas

Tapi kesian....
Tersama lagi dengan pekerja-pekerja MPH pulak
Ehhh, depa ni!
Sebelum-sebelum ni elok depa punya official baju kaler merah
Awat pi tukar sama ngan mak plak ni? ;)
Naseb baek cepat perasan dan-dan trus kluar pi main ngan Baby Nayli, hihi
Takut kang ada yang tersalah orang - ingat MamaZN ni pekerja MPH plak =P




Memang salah timing la bergaya dengan kaler ini, hihihi
Sekarang kan tgh bz berkempen di sana sini 
Kang ada yang ingat MamaZN pun berkempen sama, haha!
Adoiyai! 
3 kejadian berlaku dalam 1 hari yang melibatkan warna baju itewwww ;)
Pengalaman sungguh la!
Taksuka-taksuka-taksuka!
Lepas 5/5 baru bleh sarung semula la kot nooo, hihihi...


JJCM | Restoran Upin Ipin Seksyen 7 Shah Alam

Lepas dah bergumbira dan bersuka ria di Trick Art Museum tu
Perut pun dah menyanyikan lagu rock-a-dut (rock+dangdut)
Restoran Upin Ipin menjadi pilihan
Padahal Seksyen 7 Shah Alam tu punya la banyak tmpt makan
Restoran ni jugak yang kami pi kan? Huhu...
Sebab nak menggembirakan anak-anak punya pasal ;)
 





Dekorasi memang boleh menarik perharian kanak-kanak la
Penuh seluruh tmpt mana-mana pegi sume gmbo Upin Ipin & friends jek
Pastu cerita kat tv pun asik kartun Upin Ipin berulang-ulang
Zakwan ni walau dah tgk beribu kali pun kartun yg sama 
Tetap jugak gelak terbahak-bahak!
Apa la yang kelakar sgt ntah, haha!


Boleh dikatakan memberi kerjasama la jugak... :)





Mula dah... Masing-masing pun mata ke TV jek time ni ;)




MamaZN jek la yang pandang kamera ;)





Menu kami pilih yg biasa-biasa jek
Tak amik yg berat-berat sangat pun...
Takut nanti kuciwa bayar mahal-mahal tp tak sedap, hihihihi...

MamaZN punya menu pilihan FIZI ;)
Roti+susu pekat+milo
Padahal boleh jek buat kat umah kan? Ngengada, haha!


Air nescafe ais tu sodap!


Dalam buku menu - ini pilihan Fizi :)


PapaZN plak menu pilihan MAIL
Mi kari
Sedap? PapaZN kata takkkkk
Sedap lagi yang Mi Kari Ketam tu ;)




Baby Nayli & Abang Zack share sesama menu pilihan Upin Ipin - ayam goreng! :)
Baby Nayli makan fries, Abang Zack makan ayam goreng




Mata tetap ngadap tv...


Ni lagi sorang, tv sesaje...


Alhamdulillah, kenyang sudaaa ;)


Bagus anak-anak tak merengek nak mintak belikan barang-barang Upin Ipin tu, hihi
Selamat! =)
MamaZN cari gak fridge magnet
Saje nak survey
Kat Restoran Upin Ipin harganya RM12
Tapi kalu beli kat Petronas harga FM tu RM11.90
Kurang seposen!
 
So, nak pegi lagi tak restoran ni?
Takyah dah kottttt
Merasa sekali jek, udah la... Hihihi


Lepas jek masuk kereta, saje check Instagram
Tengok-tengok Alycia baru jek update kata dia kat Restoran Upin Ipin yang sama!
Takde rezeki nak jumpa...
Time tu dah dekat traffic light depan UiTM tu punn, tak dan dah nak patah balik
Selang beberapa minit jek kan, Alycia? Hihi...
Sipi-sipi jek lagi nak jumpa ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...