30 Mac 2013

Jalan-Jalan @ Hot Air Balloon Fiesta

Pegi jam 10.30 pg td
Konon-konon dapat la tengok belon panas
Tapi nan ado la pulak, huhu!
Sedeyyy jek

Yang banyak nye, belon2 utk budak2 ni
Tah brape hengget - RM5 kot dorg jual
Mahalll kot!
Karakter Nemo ada, Boboiboy, Spongebob, si Psy Oppa Gangnam Style pun ada!

Tak sampai sejam pun kat tapak pesta tu
Hangat nya kemain!
Terik berbahang!
Terus rasa nak pitam
2-3 kali stop tepi jalan kasi reda sket kepala ni, huhu!
Berpeluh jgn kata la..
Org pun ramai giler
Cuti skolah kan...

Aiii, baek la p Alamanda, huhu!
Eh, pitam dah td - tak larat nk pi Alamanda dah punnn
Kul 12 dh smpi kat umah dh...
Ksian anak-anak
Mak sakit, sume pun terbantut

Pukul berapa sbnrnya belon panas tu nak ke udara ek?

29 Mac 2013

Meh Sini Abang Zack Ajar..... ;)

Semalam dah share kat Instagram & FB
Arini nak share lagi kat sini
Hehe
Kat blog bleh citer panjang-panjang sket ^_^




Rajin adik rajin
Rajin lah belajar
Bila besar nanti
Boleh tunjuk ajar
Ayah juga ibu gembira selalu
Melihat adikku rajin baca buku

Sape ingat lagu ni?
Dulu-dulu masa tadika selalu la kluar kat tv
Untuk rancangan kanak-kanak apa tah
Lupa sudaaa...

Sejuk hati tengok Zakwan ngan Baby Nayli macam ni
Sampai-sampai jek umah lepas tgk The Croods aritu
Terus Zakwan capai buku skolah dia, pastu ajar Baby Nayli baca
Sweet jek moment ni
Walaupun hanya sekejap tak sampai 5 minit pun bertahan 
Tapi tetap suka! ;)

Baby Nayli, mana bleh dia jadi tukang tengokkk jek
Mesti nak pegang, nak belek, nak gigit!
Abang Zack geram, trus simpan balik buku tu
Hahahahah!
Lawak pun ada
Memang sekejap sangat tapi tetap terindah di mata mak dia ni ha...
Hehehe




Haiii
Esok dah Sabtu kan?
Rasa macam kejap sangat plak minggu ni, hihi
Apa2pun
Selamat berhujung minggu, kawan-kawan! :)



'Charge Bateri' Dengan Terapi Rendaman Kaki ^_^

Ari Selasa aritu
PapaZN masuk keja kul 6.30 pagi
Kul 6 dah kluar dari umah
Pastu balik nya pulak jam 1.30 pagi ari Rabu
Pukul 2 sampai umah
Berapa jam keje?
Nak dekat 20 jam bertapa kat tempat keje sana tu, huhu!
Pastu bukan bleh cuti
Kul 7.30 pagi tu, pegi lagi keje macam biasa plak
Ksiaannnn...
Tapi nak buat macam mana
Dah nama pun keje

Kalu kita rasa kita susah
Ada orang lain lagi susah kejenya dari kita kan?
So, kena la terima

Walaupun sekali jek dalam setahun
(ada shutdown kat kilang)
Tapi lemah badan, kepala berat, otak letih suma ada la
Kita pun bukannya robot kan?
Still perlukan rehat
Last-last semalam amik MC jugak 
Sebab dah tak larat sesangat

Lepas anta Zakwan pi skool
(yesss, Zakwan ada extra class lagi kat tadika semalam, huhu!)
Terus temankan PapaZN pi klinik
Pastu PapaZN ajak plak pi wat terapi 
Sebelum ni MamaZN penah citer pasal 'Terapi Rendaman Kaki' ni
Bestnya jadik PapaZN, terapi nya rendam-rendam kaki jek
Kalu MamaZN, terapi kena pi shopping mall! Haha! =p


Memang saje takmo kasi tunjuk muka org sakit, haha! =P


Saat-Saat STRESS Seorang MamaZN...

..... BILA DUDUK DALAM KERETA (T__T)

Kalu dua-dua behave, Alhamdulillah
Syukur sesangat
Dapat la jugak MamaZN rest kejap kan
Walau dalam kereta, huhu!

Tapi bila dua-dua buat perangai.....
Stress jadiknya!

Bila MamaZN dok depan dengan Baby Nayli
Abang Zack pun sebuk nak ke depan jugak
Dah macam iklan Nissan Grand Livina dah, huhu!
 Memang kena marah la Zakwan 
Abes-abes pun, dia pi duduk kat tengah-tengah
Kat arm rest tu
Alahaiiii, beso mana la sangat tempat duduk tu
Itu pun dia tahan
Janji dapat dok sebaris dengan mama, papa & adik dia, huhu!

Tapi kang bila MamaZN dok belakang pulak
Baby Nayli sah-sah la nak explore setiap kawasan
Mentang-mentang la lagi luas dari dok depan tu
Semua tempat dia nak jelajah
Kejap nak diri, kejap kang nak dok bawah kat tmpt kaki
Pastu kang nak jenguk Abang Zack kat depan pulak
Adoi, letih nak memegang dia jek la

Tu belum Abang Zack tiba-tiba datang angin dia nak menyempit kat belakang jugak!
Haiiii sabo je la!

Pengabesnya cemane nak kasi senyap?
Melainkan dua-dua dipaksa tido
Cara lain...
Apa lagi, kasi la handphone layan Upin Ipin
Naseb baek dah download awal-awal 
Mula-mula lega la sket bila sama-sama tengok diam-diam
Tu pun kejap je pastu dah berebut masing-masing nak pegang
 Bila bateri abes lagi haru!
Huhuhuhu..! Stress sungguh guwe, haha!






Hmmmm
Takpe la...
Takde diorang sunyi la pulak kan?
Hehe


 

Guna Febreeze Je, Boleh Tak? =P


Ni nak mintak tolong kawan-kawan ni
Buntu jap tetiba, huhu!

NenekZN ada belikan baju Superman utk Zakwan
Amboiii anak bujang tu kemain seronok sesangat la dia kan

Tapi yang menjadi masalahnya pada MamaZN
Cemane la nak membasuh baju ni?

Sebab kat lambang Superman
Dia ada kelip-kelip lampu neon

Jadiknya, andai kata la MamaZN masukkan je dalam mesin basuh
Biar mesin yang cuci
Memang esoknya tu lampu tu akan trus mati 
Tak hidup-hidup

Kang Zakwan mula la tarik muka
Sebab mak dia dah rosakkan baju kesayangan yang dia baru dapat ni

Ate cemane?
Boleh ke kena air ek?
Boleh kot kan? 
Cuci guna tangan bilas sket-sket jek
Sebab bukan kotor sangat pun kan?
Takkan la nak kena pi hantar dry cleaning plak kotttt
Melampau la plak, hahahah!
 

Sebab baju ni, MamaZN dalam dilema, huhu!


Aci tak kalu guna Febreeze jek?
Hahaha!


Adoi, interaktif sangat baju nya
Berlampu-lampu bagai
Kalu glow in the dark tu lain la citer, huhu!


Fridge Magnet MamaZN | Latest Collection ;)


Eeeeee....!
Suka sesangat!
Sebab makin hari makin bertambah, hihihi
 Ada sape-sape nak kasi FM kat MamaZN tak?
Hahah! Puiii! Tak malu punya orang! =p



Ini FM Frankfurt salah satu bandar terbesar kat Jerman
Kawan Aunty Wawa ada keje kat sana
Aunty Wawa kirim belikan FM
MamaZN ngendeng-ngendeng dari Aunty Wawa jek ni
Hehe
Dapat la jugak, kan? ;)
Takde lagi dalam koleksi FM Jerman ni 



Aiyakkk! Kelabu asap jadiknya gambar ni, huhu!
FM Pulau Perhentian ni NenekZN yang kasi
Lepas jek balik dari Cuti-cuti Istanbul
AtokNenekZN ikut kawan-kawan pi Cuti-cuti Malaysia - Jelajah Semenanjung plak
Dapat la ole-ole FM ni
Alhamdulillah rezeki ^_^
Zakwan dapat tshirt, Baby Nayli dapat patung penyu, hihihi



Hahaha! Meh gelak dulu =p
Ni lagi best, citer pasal FM Genting Highlands ni, hahaha!
Ari Isnin aritu AtokZN ajak follow pi R&R Genting Sempah
Saje nak bawak Zakwan & Baby Nayli jalan-jalan
Dah budak-budak ni ikut, mak nya kena la ikut sekali, ye tak?
Lagipun, AtokZN ada nak jumpa kawan kat sana

Jadiknya jumpa kat tengah2 la ni, hihihi
Sorang dari KL, sorang dari Temerloh ;)

Nak dijadikan cerita, masa jalan-jalan kat R&R Genting Sempah tu
Ada 1 booth ni jual FM Genting Highlands
MamaZN pun apa lagiiiii, beli jek la
Konon-konon dah sampai Genting Highlands
Padahal sampai Genting Sempah jek pun, wakaka! =p


28 Mac 2013

Orangnya Tak Padan Dengan Basikal! ;)


Kesiannn...
Teringin nak naik beskal, tp makpak dia tak belikan beskal lagi
Guna la Abang Zack punya dulu ye
Ada rezeki lebih sket nanti, Baby Nayli dapat la beskal sendrik
Hehe
In shaa Allah...

Lenguh jugak la pinggang sebab asek kena menunduk jek
Ni pun tukar-tukar ngan PapaZN
Kebetulan PapaZN baru balik work
PapaZN pulak la layan Baby Nayli

Baby Nayli ni pun demand!
Kita dah tolak sket, nak le tegakkan badan kasi renggang/geliat sket
Tak baginya diaaaa...!
Jerit2 marah maknanya soh kita tolak beskal lagi utk dia
Amboi, amboi, amboi!
Kemain lagi ye! :)








Abang Zack jugak rileks
Main papan luncur sorang-sorang, hihi
Padahal mana reti sangat tu
Takpe, practice makes perfect! ^_^



Masak-Masak | AYAM BAKAR AJAIB :)

Bila dah ada pemanggang ajaib sendiri ni
Asekk la nak guna, hihi
Hatta nak menggoreng telur mata pun nak guna pemanggang ajaib ni
Saje nak cuba try test, haha!
Ngengade, puiii! =p

Tapi memang ajaib la
Sebab dah la kurang minyak 
(takde guna minyak langsung pun!)
Pastu kejap jek dah masak
Memang banyak jimat masa

Semalam MamaZN try lagi guna 
Alang-alang tengah rajin nak mencuba ni kan, hihi
Kang bila dah malas
Mesti terbiar jek pemanggang ajaib ni dalam kabinet dapur, haha!

Kali ni MamaZN try bakar ayam pulak
Bahan perapan memang aci redah jek ni
Memang perap dengan kicap+sos cili+sos black pepper
Pastu letak garlic seasoning & serbuk lada hitam sket
MamaZN perap dari pagi sampai petang
Pastu bakar kan dia
Jangan amik masa lama sangat
Dalam 15-20 minit jek
Dah siap! :)
Sedap pun sedap
Masak sepenuhnya walaupun isi ayam tu tebal





Tak nampak macam bakar
Sebab MamaZN pi tuang sos perapan tadi tu atas ayam
Tapi rase diaaaaaa!
Perghh! Maveles!
Yummy!

Cuba la! ^_^
Memang sesuai bawak pemanggang ajaib ni kalu nak buat BBQ ke kan?
Sebab cepat jek dah masak
Takyah tunggu lama ^_^



p/s:
Next time, kalu rajin lagi nak try buat kek plak :)



Masak-Masak | RESEPI ROTI SOSEJ PEMANGGANG AJAIB


Semalam dah share kat entry Wordless Wednesday ;)

Arini MamaZN nak share pulak resipi nya
Sangat-sangat-sangat la mudah
Antara big 'R' dengan big 'M' jek ;)
Apa dia? Teka la sendrik, haha!

Ok, mula-mula MamaZN nak ingatkan
Resepi ni terpulang pada citarasa masing-masing
Resepi yang MamaZN share ni kira cam guide jek tau
Kalu nak pedas ke, nak tambah topping apa-apa yang lain ke
Sume terpulang pada kreativiti masing-masing ^_^


RESEPI ROTI SOSEJ AJAIB

Bahan-bahan utk Topping
Bawang besar (separuh - dipotong dadu)
Daging cincang
Mix vege
Serbuk kari (1 sudu)
Garam & gula secukup rasa

Cara2 nya :
Tumis bawang besar
Pastu masukkan daging cincang & serbuk kari
Kacau-kacau-kacau
Masukkan pulak mix vege, garam & gula
Kacau-kacau-kacau
Siap!
Ketepikan dulu

Topping dah siap, kita buat base pulak
Kena la ada :

Roti
Sosej
Keju keping
Mozzarella cheese
Sos cili/tomato
Mayonis
Mentega

Disebabkan kita kan menggunakan pemanggang ajaib
So, semua pun kena bergerak pantas, haha!
Sebab roti sosej ni siap dalam masa 2-4 minit sahaja
Itu la keajaibannya, cepat masak ;)

So, mula-mula
Sapukan mentega pada roti
Sapu sos & mayonis
Letakkan cheese
Letak topping yg kita dah masak awal-awal tadi
Pastu taburkan sosej
Last skali, tabur mozzarella cheese

Dah siap susun sume atas roti, baru masakkan atas pemanggang ajaib
Pastu tutup
Dah lepas seminit dua, terbalikkan pulak
Pastu siap! ;)

MamaZN dah try letak roti dulu atas pemanggang ajaib
Pastu baru la susun topping bagai suma
Tapi taklehhhhh!
Roti dah hangit dah bawahnya tu, haha!
Keras dan hitam semacam!
Jalan terbaik, susun topping sume dulu baru letak atas pemanggang





Zakwan punya - takmo sayur & daging


 Nyum-nyum!
Hidangan minum petang kami ari Sabtu baru-baru ni ^_^


Macam MamaZN cakap awal-awal tadi
Kalau rasa banyak sangat cheese yang digunakan, kurangkan la
Kalau rasa takmo buat topping daging cincang tu - pun takpe
Takde masalah
Ikut masing-masing punya selera

Yang pasti dapat dihidangkan dengan cepat
Sebab durasi memasak nya sangat la sekejap
Ajaib btul! ^_^


My Lil' Helper | Mula-Mula Tolong, Lama-Lama Main! :)


Zakwan sekarang ni memang boleh diharap
Alhamdulillah, syukur di situ
Kalau disuruh amik apa-apa
Dengan senang hati dia tolong
Tapi kalau kita mintak tolong time dia tgh khusyuk buat sesuatu
Dia akan tolong jugak, tp mulut dia pokpekpokpek sama la, hihihihi

Kalau dah semak-semak kat umah pun sama
Dah pandai buat semak, dia kemas balik bila nak buat menda lain
Makpak dia mmg dah ajar Zakwan camtu
Contoh: 
Kalau nak main, boleh main
Tapi kalau lepas main nak tengok tv, mainan kena kemas semula
Kalu tak, takleh tgk tv

Sekarang ni Zakwan dah paham sendiri
Dah tengah main-main tu, tiba-tiba ada citer kartun yang dia suka
Dia sendri akan nyanyi
Clean up, clean up... Everybody let's clean up
Ni MamaZN tak ajar, dia blaja kat skool ^_^

Semalam Zakwan rajin pulak la nak siram pokok yang ada 2-3 pasu tu
MamaZN xde la halang
Kasik la dia peluang nak tolong tu kan
Pastu puji-puji la sket kan? Kasi reward ;)

Kali pertama ok lagi
Ni dah sampai kali ke 4-5 asek sirammmm jek pokok tu 
Memang naik jugak la suara MamaZN ni, haha!
Dari niat nak tolong, dah seronok main air plak dia ;)




Si kecik tu dok peratiiii jek tu... Pasni dia 'follow' la plak ;)


Tapi yang ni paling tak tahan sekali ni
Hahah!
Pokok-pokok kaktus yang beli kat Cameron Highlands dulu tu
Abes disiramnya jugak 2-3 kali!
Mula-mula MamaZN tak perasan
Dah masuk kali ketiga baru perasan bila tengok area kaktus tu dah basah btul!
Sabo je la! =p




Zakwan pakai baju skolah tu semalam
Sebab Zakwan ada kelas tambahan
Tak padan dengan tadika kan?
Still ada kelas tambahan 
Tapi elok jugak kot
At least terisi la pagi-pagi Zakwan tu
Kalu dok umah asek nak tgk kartunnn jek...
Hari ni pun Zakwan ada lagi kelas tambahan
Kami 2 beranak jek la dok umah ni, huhu! ;)




27 Mac 2013

Wordless Wednesday : BILA SORANG-SORANG


Kesiannya dia baca buku sorang-sorang


Penat belek buku, menulis pulak ;)


Kawan-kawan yang setia dengar cerita dia ;)


Okeh, rehat jap! Tengok iklan ;)

Mahu Ke Sini, Yeay!! - Padini Concept Store SALE!

Terapi minda, hati dan jugak poket, miahahahah! =p
Tak sabar nak pi malam ni, hihi
Ngengade kan?
Macam tak boleh tunggu hari weekend 
Huhu, hari weekend dah ada agenda lain
Mau balik kampung pun iye jugak ;)
 So amik kesempatan la bila PapaZN sendrik yg suggestkan pi ari ni
Haha!
Best, best!
TQ Papa! :) 

Hohoho...
Walau pun dapat pi sini
Tapi berbelanja tetap kena berhemah
Andai rase-rase macam tak perlu takyah la kot nak beli jugak kan?
Ni sebab perlu la ni, tu yang nak terjah jugak, haha!
Dah siap list kan ni
Harap-harap tak membeli melebihi senarai, huhu!


Gigih wat screenshot =p


Lama sale ni berlangsung - dekat 2 minggu jugak la
Bermula 22/3/2013 - 7/4/2013

Nak tau lebih lanjut pasal sale ni
Kat selected store mana yang ada sale
Bleh la klik sini ye :


PapaZN cakap (ehem-ehem =p)
Kalau banyak membeli kat sini
Nnt J-Card Day takyah pegi ek?
Hihihihi....
Ok! - jawapan sekarang ^_^
Haha!


Riadah @ Dataran Gemilang, Putrajaya


Setelah sekian lama berjanji dengan Zakwan
Akhirnya berjaya jugak bawak Zakwan pi mandi manda kat Dataran Gemilang ni
Walaupun pada mulanya tengok langit cam dah nak beransur gelappp jek kat BSP
Alhamdulillah, sampai Putrajaya masih cerah
Sempat la mandi manda barang sejam camtu

Dulu selalu jek lalu kat area ni
Tapi tak pernah perasan pun ada tempat beriadah bawah tu
Siap bole parking depan kolam mandi plak tu
Lepas ni memang bleh jadi port beriadah setiap hujung minggu la 


Saya suka, saya suka! :)


Aunty Wawa & famili pun ada! :)


Baca panduan dulu ye! ^_^


Sempat Baby Khadeeja join walau tak berapa sehat


Uncle Najjib tu cuit-cuit air, padahal teringin nak berendam sama tu, hihihi


Alalalala, hepinya dia! :D


Okeh MamaZN jeles! =p


PapaZN jek layan anak-anak mandi dalam tu
MamaZN cam segan pulak tetibe haha!
Walau takde ramai orang pun kan, hihi
Takpela, lenkali jek la ;)

Best la kat sini!
Santai jek suasananya
Berangin & agak rileks
Kami pegi ari Sabtu, takde ramai orang 
Kalu pegi ari Ahad mungkin sedikit ramai la
Sebab ada program dijalankan kat sini setiap petang Ahad
Nak kasi meriah tempat tu

Ada 2 bahagian tmpt mandi manda
Belah atas dengan belah bawah
Belah bawah tu ada air terjun
Tapi dua-dua pun cetek jek
Tapi still kena ada pengawasan ibu bapa ye
Jangan dibiarkan plak, huhu!


Ni kolam belah bawah


Yang berpagar belah atas tu - kolam atas


Walau tempat best, tenang, aman, selesa, santai
Tapi ada jugak la yang tak best
Dan sepatutnya menda ni WAJIB ada kot kat tmpt-tmpt camni

Antara yang MamaZN perasan, tak banyak tong sampah!
Penting tu tong sampah
Kalu tak sampah akan dibuang merata-rata
Seluas kawasan Dataran Gemilang tu, MamaZN jumpa sebijik je
Tu pun nunnnn jauh belah takde orang sana tu
Dan lagi 1, takde tempat persalinan baju & toilet
Payah tu!
Shower ada, tmpt nak salin baju takde
Kalu lelaki senang la kan - dimana - mana pun boleh
Budak-budak pun sama
Yang perempuan ni... hmmm, payah sket!
Tu la salah satu sebab kenapa MamaZN takmo berbasah-basah jugak, huhu!


Sampai dah kecut-merut camni ada hati nak mandi-mandi lagi, huhu!
Sama jek dua-dua, abang & adik


Masa kat Dataran Gemilang ni pun jumpa lagi sorang kawan alam maya ;)
Mula-mula MamaZN perasan anak nya aje
Tercari-cari jugak maknya takut silap orang
Ehhhh, tengok betul!
Bertentang mata, bersalam-salam, bertukar cerita la kami akhirnya! :)
Beliau dah cerita pun pasal pertemuan kami kat sini
Ieyda, thanks sudi tegur! :) 
Lenkali kita dating-dating ek pasni - jumpa kat sini, hihihihi...






Wordless Wednesday : ROTI SOSEJ - HASIL PEMANGGANG AJAIB

Hasil pertama pemanggang ajaib
^_^
Memang ajaib!
3-5 minit dah siap!
Memang gembira, haha!
(mentang-mentang guna brand happycall =p)




Resepi akan dikongsikan nanti ye! ^_^




26 Mac 2013

Yang Ke-6 Untuk 2013 ^_^

Alhamdulillah
Dia muncul lagi
Menjadikkan ia yang keenam utk tahun ini ;)
Rezeki...
Walau tak banyak, tetap jugak rezeki namanya tu ^_^
Syukur

Ada 3 BE/CPUV yang masih dok running
Tak mengharap sangat pun
Biar la dok running lama-lama camtu pun takpe, hihi




p/s:
Kene buat rombakan ni kat blog sebelah tu, hihi
Lama bebeno terbiarnya tu, huhu!
Bila la kerajinan nak muncul pulak ni..! =p






BE [6] - 2013

Boleh Kurus Ke?

Lagi mauuu tanya! =p


Dalam kul 8 pagi - makan roti
Lepas breakfast, mula la rutin harian
Sapu sampah, mandikan Baby Nayli, sidai baju
Suap Baby Nayli makan
Siap-siapkan bahan utk memasak - kang senang tinggal campak2 je ;)
Pastu BF kan Baby Nayli sampai dia tdo
Time ni la baru nak rehat sat

Kang kul 11pagi, lapaq balik dahhh - tapi time ni makan biskut ja
Lepas makan 2kpg biskut cicah ngan milo sambung balik wat keje
Time ni kena buat keje senyap-senyap
 Masak-masak plak
Masak simple-simple jek takleh renyah2
Sebab Baby Nayli tengah tido
Kalau bising sket, terus terjaga
Payah la nak buat keje
Nak maknya ada depan mata jek kekdahnya, huhu!
Dah masak ala kadar nak lipat baju pulak

Makan lunch tunggu Zakwan balik skool kul 1
Sambil-sambil suap Zakwan, sambil-sambil suap ke mulut sendrik =p
Ha, time tu je la pun nak makan tengah hari
Lepas suap Zakwan, suap Baby Nayli pulak
Kadang-kadang suap dua-dua skali
Tapi kalu camtu, Baby Nayli takmo makan nasi, nak lauk je
Jadiknya kena la suap lagi skali
Yes, Baby Nayli masih makan bubur nasi lagi

Lepas solat Zohor, Baby Nayli ajak main-main sat
Baca buku, main bear
Pastu mula la gosok-gosok mata - nak tido
Baring balik dgn Baby Nayli menyusukan dia sampai dia tido balik
Lepas Baby Nayli tido baru bleh sambung keje lain
Dah tengah hari rembang camtu time utk angkat kain la
Lama-lama sangat terbiar kang mau reput kain tu, hehe
Pastu baru la layan Zakwan plak
Tapi Zakwan bukan nak layan mak dia sangat pun, huhu! ;)

Dalam kul 4 karang mula la perut pun keriuk-keriuk balik
Ehhhhh, asik makan jek ni, haha!
Makan biskut jek pun masa tea-time
;)

Dah siap-siap mandikan Zakwan & Baby Nayli
Tunggu PapaZN plak
Biasanya kul 6.30-7ptg kitorang dah dinner dah
Sambil-sambil suapkan anak berdua tu makan
Kadang-kadang tu kasik makan awal-awal
Tapi diorang still akan menempek jugak nak makan sesama lagi skali ;)

Yang ni bukan selalu
Kadang-kadang dan sangat jarang
Kluar pi kedai mamak utk supper, haha!
Dasar! =p
Kalu anak-anak belum tido lagi bleh la pegi
Tapi biasanya tu kul 9 malam diorang dah lebur dah
 




Kalu macam ni la rutin hariannya
Rasa-rasa bleh ke nak slim balik?
Asek makan-makan-makan jek kan?
Huhu! Payah kan?
Bukan makan berat-berat pun time makan selingan pagi dan petang tu
Bleh tak rasa-rasanya?
Hahahahaha!
Eksesais pun jauh skali, ada hati nak kurusss! Puii!

Asek lapar sbb masih BF kan Baby Nayli kottt, ye tak?
 Dah la
Takpela
Sementara masih BF kan Baby Nayli ni malas la nak pikir kurus-kurus
Muahahaha!

Suka time preknen
Sebab trimester pertama tu la masa utk meng'kurus'kan badan
Alahan pagi petang siang malam
Tak lalu makan
Memang turun berat badan sampai 10kilo!
PapaZN nak tengok pun takut
Sebab dia kata macam mayat hidup! Haha!

Ehhhh, apa citer pasal preknen2 ni?????!!!!
Jangan speku ye kawan-kawan....
Takde maknanya preknen dalam masa terdekatttt =P


 


THE CROODS Best! A+++! Sila Terjah ;)

 Ni sambungan dari entry tadi, hehe


Sape-sape yang menang tiket free macam Zakwan aritu
Dapat la note book ni
Memang best!
Patutnya dapat sebuah jek
Tapi PapaZN mintak lebih, hihihih
Rezkiiiii ^_^

So, ini la cerita yang kitorang tengok aritu :)
The Croods! :)




 Satu Abang Zack punya, satu Baby Nayli punya :)


Mula-mula taktau pun ada citer ni
Sebab Zakwan dok tunggu-tunggu citer Wolverine, IronMan & Thor
Tapi sebab ada peraduan menang tiket wayang free
Join jek la kan?
Alhamdulillah, Zakwan menang
Dapat la tengok free
Kot-kot citer tak best ke takde la ralat sangat, kan?
Alhamdulillah memang best pun citer ni
So, berbaloi la kitorang datang dari jauh ;)


Putih melepak nya saya! =p


TQ Zakwan sebab bawak Mama & Papa tengok wayang! =p


Kesimpulannya?
Sangat best!
Sangat ohsem!
A+++ !
10/10!





Sinopsis takmo la citer kat sini
Kalu nak tau bleh la google :)

Sape-sape yang berhajat nak bawak anak-anak pi tengok citer ni
Memang berbaloi
Sila la bawak anak-anak
Tak sempat diorang nak ngaruk pun kat dalam tu ;)

Kelakar giler!
Animasi yang colourful! Cantek banget scenery dia!
Walau ada aksi-aksi ganas
Tapi boleh dimaafkan sebab diorang tu orang Zaman Batu
Zaman Flinstones katenya
Baru nak mula bertamadun, hihi

Tapi apa yang penting
Sangat sarat dengan emosi jugak citer ni
Kelakar gelak sakan tu dah tentu-tentu la
Zakwan pun terbahak-bahak walaupun tak faham apa dia cakap, haha!
Tapi nilai kasih sayang, kekeluargaan pun ada diterapkan dalam citer ni
Nak berlawak tu, lawak jugak
Tapi pengajaran tetap ada

Antaranya:
Bapak adalah ketua keluarga yang melindungi ahli keluarga dalam apa jua cara & keadaan
Kena dengar cakap mak bapak
 Jangan takut utk terima pembaharuan
Jangan takut utk mencuba sesuatu yang baru
Sayangkan keluarga
Macam-macam la!

Tengok sendrik baru tau
Ada jugak la part sebakkkk, hukhukhuk!

Baby Nayli pada mulanya dah tido
Bising-bising tengok wayang pun rilekkks je tido! Haha, cayalah! =p
Tapi 30minit terakhir tu bleh pulak dia bangun balik!
Pastu buntang jek mata nengok citer tu sampai abes
Dah abes tu siap joget-joget pulak bila dengar lagu
Memang Baby Nayli tak meragam la
Takde masa pun dia nak meragam kottt
Sebab asyikkkk banget menonton ;)

Good girl Baby Nayli!
Senang keje makpak dia, hihihi
Tangan kasi pegang biskut (janji makanan)
Rasa mcm dia ngantuk, suakan susu jek
Kalu betul meragam mengaruk nanges-nanges
Pandai-pandai la cari jalan kluar
Supaya tak ganggu penonton lain

Rugi tak dapat tgk full movie?
Tiket free, apa de hal! Hahaha!
Eyyy, takde la... Tunggu la DVD bleh tgk lagi kat umah sampai lebam ;)
Belum cuba belum tau kan?
Tah-tah anak2 seronok kat dalam tu
Cuba try test tengok citer ni, mesti best :)
 

Dapat la dengar suara Yuna ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...