31 Januari 2013

Hadiah Untuk Tetamu

Orang dulu-dulu
Goodies bag isi nya bunga telur jek
Takpun ada la gula-gula sebundut kecik tu
Tapi sekarang, macam-macam
Makin lama makin kreatif plak tengok ole-ole utk tetamu ni
Cambest jek, hihihi

Yang ni time Kenduri Kesyukuran & Naik Buai Baby Khadeeja
Mama & Papa dia tempah siap-siap sume
Senang citer, takde banyak keje
Sediakan ongkosnya sahaja ;)


Ada, cookies in jar, mineral water & surah yassin


Siap dah 1 set!
^_^


Kalau kawan-kawan plak,
Hadiah apa yang dirasakan kreatif yang penah kawan-kawan dapat?
Aritu ada terbace kat blog sape tah, hadiahnya gula kapas! Nyumnyum! :)

'Saya Tak Kacau... Saya Sayang...'

Mungkin tu la kot Baby Nayli akan cakap pada MamaZN
Kalu MamaZN tegur dia - jangan kacau Abang Zack ^_^

Ni masa kitorang baru sampai dari kampung aritu
Sampai-sampai tu, Zakwan masih lagi lena
Dari dalam perjalanan membawak ke dalam umah
Tak sedar-sedar lagi
So, biar je la dia berehat
Dok kampung pun mana cukup rehat budak ni

Baby Nayli ni pulak
Takdenya dia nak sambung tido
Elok sampai umah, baringkan atas toto terus terjaga
Bila MamaZN sebuk kemas-kemas/punggah-punggah barang
Dia pun sebuk nak 'tolong' jugak
Bila dah haus, pandai la dia nanges-nanges kelaparan ;)

Elok dah BF kan Baby Nayli
Baby Nayli ni terus jek duduk, mata masih terus tengok tv
Tak semena-mena, dia pi capai tangan Abang Zack
Dia peganggggg jek tak lepas
Tapi takde la pulak Baby Nayli kacau-kacau @ kejutkan Abang Zack
Dia diammm jek tengok tv sambil pegang tangan abang nya tu ;)


Suwiiiitttt ;)


Tak lepas-lepas... Ada la dekat 15 minit kot


Eh, eh... Tengok pipi diaaaa...! =p


Yang ni paling touching skali, hukhukhuk!
Boleh pulak la si Baby Nayli ni dia tenunggg jek muka suci Abang Zack tengah tido
Alahaiiiiii!
Sayu makcik ni dibuatnya!

Alolololo.... ;)


Masa ni ok la kan senyap takde gaduh-gaduh
Sebab sorang tido sorang berjaga
Cuba dua-dua berjaga
Adeyh! Fenin, fenin!
Haha!



JJCM | Cendol Durian Borhan, Kuala Selangor

Masa on the way balik ke KL semula dari kampung
Teringin la pulak nak pi merasa Cendol Durian Borhan ni
Selalu tu lalu jek, tak penah plak nak singgah 
Setiap kali lalu pun mesti ramai orang kat kedai ni
Kalini tah cemane tersinggah la jugak ;)
Kebetulan orang pun tak ramai lagi

Lokasi nya :
Kalau dari Teluk Intan, kedainya sebelah kiri selepas Kg Gulang-Gulang, Tanjung Karang
Kalau datang dari Kuala Selangor, depan sikit saja dari Stesen Penimbang JPJ Kuala Selangor
TQ shakiddo.com utk lokasi


Zakwan dah tdo :)


Ramai, luas, panas! Tengah hari kottt!


Banyak pilihan cendol
Macam-macam jenis cendol ada
Nak kosong pun boleh, nak berasaskan durian pun boleh
MamaZN pilih cendol durian+pulut
PapaZN pilih cendol durian+jagung




Selain cendol, ada jugak la makanan lain
Contoh laksa dan mi kari
MamaZN saje nak try laksa nya




PapaZN suka cendol nya
Tapi bagi MamaZN so-so je
Laksa pulak kami sehati sejiwa kata rasanya tak begitu kena dengan tekak
Emmm, nape ek?
MamaZN tak reri la nak komen nape tak sedap
Tapi PapaZN cakap sebab ikan yang diguna utk buat kuah tu tak fresh
 Makan pun tak abes, huhu!

Lain orang lain citarasanya
Kalau bagi kami tak berapa sedap
Tapi pada orang lain tentu-tentu la sedap kottt
Kalu idak, takdela ramaiii jek orang dtg makan kat sini, kan? ;)


p/s:
Sedapnya! :)



Macam Kenduri Nak Terima Menantu ^_^


Tengok la pelamin buai berendoi tu, kemain lagi kan?
Cantekkk sesangat!
Siap kerawang-kerawang, siap lampu-lampu
Memang cantekkk la ;)
kaler pun soft jek - kaler peach

Ini la sebabnya kenapa lepas check out Gold Coast Morib aritu
Kitorang trus kan perjalanan balik kampung
Sebab nak kejarkan ini la ni ;)

Kenduri kesyukuran dan naik buai 
Baby Khadeeja Nur Jasmin a.k.a Baby K
Ecececece... :)

Majlis dibuat hari Sabtu lepas kat Teluk Intan
(umah mertua Aunty Wawa)
Alhamdulillah, sume pun berjalan lancar
Yang pasti, ada kambing golek, haha! ;)

Kami dari kampung PapaZN kat Kota Setia
Terus gerak ke Taman Seri Setia
Tengok-tengok, dah start marhaban
Tapi takpela, bukan join marhaban pun ;)


Baby Khadeeja takde kat buai, sbb kepanasan dek cahaya lampu, kikikiki ;)


Geng marhaban


Baby Khadeeja dibawak mengelilingi makcik-makcik marhaban


Beso bunge dia, hihihi


Abang Zack dah lama tak jumpe Adib - sepupuZN


Ngantuk jek muka Baby K :)


Makanan agak menyelerakan
Ada kambing golek & side dish nya - coleslaw & fries :) 
Ada cendol! :)
Ada nasi putih & nasi minyak
Pastu lauk-lauk beberapa jenis
Alhamdulillah, kenyang :)




Kambing golek MamaZN bleh makan
Kambing masak mende2 lain cth kari ke, ape ke..tak makan


Tu diaaa aih! :)


Dah abes majlis baru ketiduran ;)


Bila dipikir-pikirkan balik
Jauhnya beza majlis Baby K ni ngan Baby Nayli tahun lepas, hihihihi
Tak caya?
Meh tengok sini, hehe

GOLD COAST MORIB | Jom Check Out! :)

Ingatkan hari ni hari Jumaat, rupanya Khamis daa ;)
Cantek tarikh hari ni 31/1/13

^_^

Okeh, sambung sket jek lagi
Alang-alang mmg ada gambo ni, saje la nak abadikan kat sini 

Kul 12 check out, kul 12 la baru kitorang kluar, hihi
Tak dan la nak beramas mesra dengan kawan2 yang check-in ari Jumaat tu (25/1)
Zety, Kak Ejan Tokei Crabstick Popia ngan Dalila - schoolmate
Ye la, check in kan kul 3 ptg
Cemane la nak jumpa kan? Tapi takpe... 
Anggap jek takde rezki, in shaa Allah lenkali :)

Sebelum check out, wajib la ada sesi posing-posing lagi ;)


Zakwan tak puas! Nanti kita dtg lagi ek :)


TQ Papa sebab bawak kami jalan2 :)


Nanti Abang Zack pujuk Papa dtg lagi ek, hihihihi


Baby Nayli sombong, takmo bergambo, huhu!


Zakwan teringin nak naik kete belakang tu, tak tak dpt...
Kite bergambo jek la ek :)


Jumaat 25/1 tu kami check out dari Gold Coast Morib trus bertolak balik kampung
Bawak pun rileks jek, janji selamat sampai
Singgah Kuala Selangor kejap, PapaZN nak solat Jumaat
Masakkk la nak jaga 2 budak yang hyper active sbb keboringan dok dalam kete!
Haha!


Dari Morib ke Kuala Selangor, Baby Nayli bantai tidooo jek ;)


Ni la 2 beradik ni
Kejap main sama-sama, kejap gadoh
1 jam tunggu PapaZN selesai solat Jumaat :)


Okeh, selesai suda cerita Cuti-Cuti Cinta Malaysia - Gold Coast Morib

Hope ada la info yang berguna yang boleh diguna pakai ye, hihi
Ni kali pertama terjah Gold Coast Morib
Ni kali kedua terjah Gold Coast Morib


30 Januari 2013

Wordless Wednesday : Ber 'COLOR BLOCKING' Kah Saya?

Rasanya belum cukup 'block' lagi ni, hehe
Tapi takpe, bleh cuba lagi pasni
Haha!




Up to date la sangatttt
Ini semua poyooo! Wakaka! Puiii! =P


Wordless Wednesday : BURGEMBIRA & CHICKEN POP (RBB)

Aduiiii, mengidam ke hape ni?
2 minggu sudah dah makan kat Rawang Burger Bakar cawangan Bangi
Lokasi KLIK SINI


Burgembira utk MamaZN - sangat gembira, haha! =D


Chicken Pop utk Zakwan ;)


Nampak sama je kan?
Tapi ada bezanya ;)
Burgembira tu patty nya daging pastu ada sos black pepper
Yang chicken pop tu patty nya ayam (nama pun chicken pop =p)
Seddddaaaapppppppp!!!!!

Sekarang ni pun terasa nak makan lagi ni
Ehhh, apa kah? Jangan buat hal! =p
Kang gemmmmmsssss - susah! Haha!



p/s:
Tahniah buat Mama Yatie yang selamat melahirkan baby boy (3kg) 
Kul 11 pagi tadi di Hospital Serdang
Mama Yatie ni tuan punya blog Duniaku Di Sini
Selepas 3 orang Powerpuff Girls, akhirnya rezki dapat BoboiBoy plak ;)
Tahniah Kak Yatie! :)
Selamat berpantang! :)
 


GOLD COAST MORIB | Mandi Sahaja Tanpa Stay?

Semalam ada rakan blogger yang tanya
TQ Ibu Lala sebab sudi bertanya :)

Ibu Lala tanya - boleh ke kalau nak mandi sahaja without stay?




Jawapannya : Boleh :)


Sebab sebelum ni kebetulan masa kami pi sana
Terjumpa la pulak dengan jiran depan umah ni haaa
Kampung dia kat Banting
Dan kebetulan masa terrrjumpa tu, dia datang just utk main theme park sahaja
Dah umah dekat kan? Watpe nak stay situ plak ;)

So, jawapannya boleh la kalu nak main kat theme park sahaja
Tanpa stay kat Gold Coast Morib :)

Parking kereta memang free kat GCMR tu
Tapi kena la bayar harga pass masuk kan
Dewasa : RM35, Kanak-kanak : RM20

Tempat tukar baju & toilet memang ada disediakan
Locker utk simpan barang pun ada
Kena bayar RM10+deposit RM5 (total RM15)

Tapi yang susahnya takleh la nak makan kat dalam area theme park tu
Kena la pi beli kat kedai takpun makan bekalan dalam kereta, hihi
Pastu masuk la balik ke theme park lepas makan
Sebab pass masuk (tag tangan) boleh guna selagi kita tak bukak / koyakkan

Tapi rasenya kalu outsider (tak stay kat hotel)
Mungkin tag nya hanya boleh digunakan utk hari tu sahaja
Berbeza dengan yang stay kat hotel tu
Tag boleh pakai dari dah check in sampai check out (2hari)
Yang penting jangan kasi koyak dan kena sentiasa pakai


Kalau nak beli voucher Gold Coast Morib ni
Pi try tengok kat Groupon, Milkadeal, Streetdeal @ Mydeal
Sume-sume pun rasenya masih ada yang jual voucher dengan harga yg murah
Tapi apa-apa pun bace T&C dulu k!
Takut harga murah tu utk weekdays! ;)


p/s:
Kalau info ni salah, tolong inform k! 
Kang tak pasal-pasal dah bagi ajaran sesat plak, hehe


GOLD COAST MORIB | Dinner & Breakfast Buffet

Nak sambung citer pasal Cuti-cuti Malaysia ~ Gold Coast Morib ni

Plan kami kali ni memang santai jek
Takde terkejar-kejar
Memang best

Petang lepas sampai tu, memang lepak bilik je
Berendam dalam jakuzi je 4 beranak, wakaka!
Nak dekat-dekat kul 6.30 ptg camtu
Sume2 pun dah bersiap2 nak turun pi makan dinner
Sebelum ni (masa kali pertama pegi dulu)
Acara makan-makan buat kat dalam cafe/restoran
Kali ni dia buat open area
Sebelah pantai
Lebih ramai la yang boleh join sbb tempat nya lagi luas


maaf la ye, kami anak beranak mmg suke bergambo
macam2 pesyen! =p



Dinasihatkan, kalu nak pi makan ni pi la awal
1 - elak org ramai berpusu2 time waktu puncak (lepas maghrib)
2 - elak makanan habis! ;)
 Waktu buffet utk dinner adalah dari jam 7ptg - 9.30mlm

Kami, kul 7ptg dah terpacak beratur amik makanan, hihi
Kalu malam2 sangat, takut takde selera nak makan, huhu!
Ada semacam bau yang tak menyenangkan! Tak tau la apa
Lagi 1, takut banyak nyamuk, haha!
Hilang konsentrasi nak makan ;)
Lagipun, time anak2 tengah berjaga ni boleh la bawak pi makan
Kang dah malam2 sangat kang, depa tido, lagi tak dan nak pi makan




Masa beli voucher tu, ada disekalikan pass dinner/breakfast utk 2 orang dewasa
Kanak-kanak umo 4 tahun ke atas kena bayar
Tengok kat blog CuteMum
Rate utk dewasa RM40 / kanak-kanak RM35
Ni harga utk buffet dinner

Tapi time dinner, Zakwan tak kena bayar
Taktau la nape, dia terlepas pandang kottt, hihi
Atau, die ingat Zakwan macam budak umo 4 tahun ke bawah ;)
Tapi Zakwan tak makan banyak pun
Ada la seketul puding mangga tu
Sebab dia dah kenyang makan bihun goreng bekalan mak dia, haha! =p
Laaaagi sedap kan Zakwan kan? Haha! 




Variasi makanan kat sini Ok-Ok la
Takde la sedap sangat, takde la tak sedap langsung!
Ala, orang dah penat-penat main theme park & mandi jakuzi ni
Memang cepat lapo kan?
Makannnnn jek ape yang ada, hihi

Time kitorang aritu ada :
nasi ayam, kuey tiow & bihun tomyam, spageti
nasi campur (lauk apa, tak ingat plak)
ulam-ulaman / sambal-sambalan
kueh mueh, buah & puding

Tak sempat la nak amik gambar makanan!
Packed giler dgn orang ramai!
Walaupun time tu baru kul 7ptg, huhu!



*************************************************



Okeh, tadi citer pasal buffet utk dinner
Kali ni citer pasal buffet utk breakfast pulak ;)
Sekali harung kan aje dalam 1 entry - senang citer, hihi

Untuk breakfast kami mak pak dapat la makan free
Sebab dapat voucher utk breakfast skali kan
Tapi utk Zakwan kena bayar - RM18 (utk kanak-kanak)
Alahaiiiii, makannya ciput jek pun Zakwan ni, huhu!

Waktu utk makan breakfast ni adalah dari jam 7pagi - 9pagi 
(kalau tak silap la, huhu! lupa sudaaa...)
 Kami, macam biasa jadik orang terawal sbb nak elak ramai orang

Untuk makanan nya pulak
Yang MamaZN perasan ada :
mi goreng, sosej, baked bean, potato wedges
pastu ada cereals & roti bakar
nasi putih pun ada jugak
PapaZN cakap, gulai ayamnya sedap, hehe...


tunggu Papa amik kan makanan :)


kluar breakfast kul 7pg sbb nak jadik org terawal masuk theme park! 
haha!
theme park bukak kul 8 ;)


sebelah sana tu pantai, tapi surut jek pun!
kata... air pasang pagi, surut pukul 5? =P


ni MamaZN punya, PapaZN makan nasi! :)





kahkah! ksiannya tengok muka Baby Nayli!!! =p


Overall ok la buffet nya
Kalu rase-rase lapar lagi malam tu, pi la area Pantai Morib
Ada la dalam 15-20 minit perjalanan
Tapi taktau la sampai kul bape bukaknya
Nak lagi selamattttt - bawak bekal =p




Wordless Wednesday : JANGAN KACAU SAYA! ;)

 
Tengok mulut dia......
Tengok pipi diaaaaa.....!
Hihihi, geram!




Wuuuiiii, main cemane tah dia ni
Abang sepupu sendiri (umo 4thn) pun kalah dengan dia!
Sampai surrender dah tu, siap terbaring, hehe

Sebelum amik gambar ni
Baby Nayli bising2 apetah butir cakapnya tu
Sambil tunjuk-tunjuk tuding jari kat Adib (sepupuZN)
Kemainnnnn lagi budak ni!
Kang masuk skolah nnt, amik kelas Taekwando ek! ;)


p/s:
Nampak gaya, Baby Nayli yang bakal protect Abang Zack ni, hihi
 



29 Januari 2013

Agak-Agak Berapa RM?

Tengah hari tadi kami 1 famili pi Pusat Homeopati Ustaz Hasan
Kat PKNS Bangi tu

Lepas dah settlekan hal kat sana
Pi la lunch kat Food Court Cempaka kat level yang sama 
(tingkat atas skali)

MamaZN mula-mula macam takmo makan
Alasan - kenyang lagi
Tapi tengok lauk yang PapaZN amik macam menyelerakan
Terus rasa lapo, haha!
Lepas PapaZN & Zakwan dah siap-siap makan
Baru la turn MamaZN plak makan
Sebab sebelum tu kena jaga Baby Nayli yang lasak itu, huhu!

Dah lepas amik lauk, time nak bayar
Rase terkejut pun ada
Tapi takpela, anggap je la rezeki utk orang yang menjual
Sebab bagi MamaZN agak mahal gak la harganya
Tapi bila pikir, bukan makan kat area kampung pun, nak dpt harga murah2
Hmmm, ok la, terima la seadanya =/


Agak-agak, brape RM ni?


Taktau la memang standard harga nya macam tu kottt
5 ketul sosej = RM2
1 ketul ikan tenggiri = RM5
Nasi = RM1
Total = RM8

Huhu, 5 ketul sosej tu harga RM2 macam tak leh nak terima
Seketul 40sen
Ikan tenggiri ni memang mahal ek?
1st time amik ikan tenggiri ni kalu makan nasi campur
Biasa amik ayam goreng
Tapi tadi ayamnya kecik-kecik la pulak



GOLD COAST MORIB | @ Water Theme Park

Voucher yang kami beli thru Streetdeal.my ni 
RM150 termasuk 2 pass ke theme park, 2 pass utk breakfast & dinner buffet
Memang sangat berbaloi ;)
 Tapi tu la... Bila murah, sangat ramai orang yang membelinya la kan? :)

Last year, kami pegi
Harga tiket adalah RM30 utk dewasa, RM15 utk kanak-kanak
Tahun ni kami pegi, harga tiket dah naik!
Sekarang
Harga tiket utk dewasa RM35, utk kanak-kanak RM20
Naik RM5 dari tahun lepas
 (dalam masa 1tahun je...)

Tahun lepas masa kami dtg sini, Baby Nayli baru 3 bulan
Sekarang dah 1 tahun 1 bulan
Dulu, 
Sorang jaga Baby Nayli, sorang mandi ngan Zakwan
Sekarang, sume2 pun masuk sekali, haha!
Tu sebab tak banyak gambar ;)


Baby Nayli sejuksss! :)


MamaZN rehat kejap jaga Baby Nayli
PapaZN & Zakwan naik slide ;)


Tu, nmpk kepala jek, hihihihi...




Baby Nayli tak tahan sejuksss
Tapi bila dah naik, dia nak turun masuk dalam air balik!
Haha!


grrrrrrrr! :)


PapaZN jaga Baby Nayli, kasi chance MamaZN main ngan Abg Zack :)


Kelakar gilerrr bile teringat time naik slide kuning ni
Orang lain punya la laju jek terus keceburrr dalam air
Nape time MamaZN ngan Zakwan nak turun laju punye payah!
Siap takde keceburr-keceburr pun bila masuk dalam air, haha!
Berat sangat ke ponnn?! ;)




Memang best la!
Rasa macam budak-budak balik je, haha!


GOLD COAST MORIB | Check In, Jom! :)

Alhamdulillah, semua berjalan lancar
^____^
Walaupun sebelum nak pegi tu ada la masalah sket kan, hihi
Tapi bila sampai sana Alhamdulillah, sume2 pun OK 
Mula-mula tu ada la sedikit kerisauan, tapi takmo la tunjuk sangat
Karang, rosak mood nak pi bercuti hihi - simpan dalam hati sajeee ;)


anak dara yang blum apa2 dah penat, hihi


yeay, dah sampai! :)


Bertolak kul 12.30 tgh hari
Sampai sana kul 1.30 ptg
Check in sepatutnya pukul 3 ptg
Tapi sbb nak elakkan ramaaai orang yang check in on time
Dan nak elakkan kot-kot ada masalah berbangkit masa kat sana keee...
Elok la check in awal
At least, dah konfem yang bilik kita dah mmg ada, hihi


kul 1 pun dah ramaiii dah...


Dah settle sume...
Tapi still takleh masuk lagi
So, kul 3 nanti baru bleh dapat kunci bilik
It's OK
Kitorang pi masjid kat Pantai Morib sana - solat Zohor dulu
Lepak-lepak kejap sambil bukak bekalan - makan lunch ;)
By the time kul 2.45ptg dah siap-siap sume, gerak semula ke GCMR :)


check in time! :)


not bad, kan Papa? ;) 
(tshirt PapaZN)


jakuzi, yeay! :)


penuhkan air, hihi


Owh, sampai-sampai tu kami tak terjah theme park dulu
Sebab PapaZN plan ari pertama mandi jakuzi
Esoknya sebelum check out baru mandi theme park
Gambar masa mandi jakuzi takde la ek, haha!
Lagipun sume2 4 beranak join mandi berjemaah, hahahahaha!


bekalan dari umah, abes uolsss haha! :)


wajib bawak balik =p


famili :)


Alemak, gilerrr tak puasss!
Kesian kat Zakwan jek
Rasa kene duduk 3d2n kot, hahah! =p
 Serius rasa macam nak pegi lagi, hehe
Tapiii serik la kot nak beli thru voucher-voucher deal ni
Tapi cara tu je la pun baru dapat harga murah kan?
^______^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...