Assalamualaikum
Selamat pagi! :)
Tanggal 25 Disember 2013 yang lepas
Budak kecik banyak akal ni genap 2 tahun umurnya
Best betul, birthday Nayli sama ngan cuti Krismas :)
1 Malaysia cuti public holiday sbb 'sambut birthday Nayli', haha!
Mak Nayli plak 1 negeri Perak cuti, hehe
Sebab sama dgn Hari Keputeraan Sultan Perak =p
Hahahaha, ngade tu pun nak citer kan, kikikiki!
Hari tu kami dah plan nak celebrate birthday Nayli
Ala, takde gempak mana pun
Sama jek kluar, macam weekend-weekend biasa sebelum ni
Cumanya, hari tu kena layan Nayli bak princess la konon, hehe
Sebab birthday dia kannn, kasi chance la, haha! =p
Pagi-pagi semua dah cargas bangun dah
Bersiap bagai semua, kul 9 dah gerak kluar dari rumah
Kami breakfast dulu kat 'port' feveret kami ni
Princess of the day! :)
Hepi kemain lagi dia :)
Dalam kul 10 baru gerak ke destinasi
Dekat jek pun, pegi Setia City Mall je, hahaah!
Jadik la ye Nayli
Kang kita sama-sama claim cuti-cuti @ hadiah lain kat Papa ek
Mama pun nak claim hadiah anniversary aritu, hehe
Pegi awal-awal pagi camni, parking pun bleh pilih mana nak
Banyak kosong katakan, hehe
Memang gini pun cara kami
Pegi awal pagi, tengah hari dah bleh balik umah berehat
Plan pertama kami, bawak ZakwanNayli tengok movie
Citer pilihan dah tentu-tentu la citer yang diorang nak tengok, huhu!
Kami pi layan movie Frozen
Tiket dah booked awal-awal, takmo buang masa beratur panjang :)
Alololo, hepinya dia nak tgk movie!
Mak nya pun join sama hihihi ^_^
Tiket dah booked awal
Tinggal scan barkod jek nanti - sonang! :)
Citer pasal movie Frozen
Mulanya kami takmo tengok
Tapi sebab ramai kawan-kawan update kata citer ni best
Terus teringin nak tengok jugak
Memang best pun!
5 bintang! :)
Zakwan dok tergelak-gelak je bila ada part kelakar
Nayli plak tak tido sepanjang citer tu ditayangkan
Biasanya dia tido, tapi tak plak kali ni
Maknanya best sangat la tu, haha!
Bila part lagu 'Let It Go', dua-dua budak ni pun nyanyi sama :)
Kami yang happy! :)
Nayli dah start wat muka dahhhhh... =p
Lepas tengok movie, kami masuk Parkson kejap
Hajat dihati nak carikan hadiah utk Nayli
Jadiknya, kami lepaskan jek la dia tengok apa yang dia nak
Dengan harapan, biar la dia pilih yang murah-murah, hahahaha!
Dasar makpak 'kedek' =p
Bukan la berkira sangat...
Tapi kalu boleh, biar la mainan yang Nayli pilih tu
Mainan yang memang dia suka nak main
Takmo la main 2-3 kali, pastu simpan elok-elok dalam kotak
Camtu yang takmo tu
Jadiknya layankan aje la dulu, mana Nayli nak pegi
Kejap kat mainan baby doll ni
Lamaaaaa dia tenung, tapi lepas tu terus dia blah pi tempat lain
Nayli asek pegang mainan tu jek
Tapi kami tak berapa gemorrr sangat
Harga RM40 tapi sejibik sejibun macam kat pasar malam punya
Kat pasar malam baru RM10
Sama jek pun fungsinya pun
Abg Zack pun nak memilih mainan jugak? Birthday siapa ni..? Hehe
Last-last, memang takde beli apa-apa pun
Haha!
Lenkali la pi cari kat tempat lain
Lagipun kat Parkson tu tak banyak pilihan toys
Dah berjalan-jalan kejap, baru la kami nak pi cari makan :)
Time tu dah pukul 2
Giler ramai orang!!! Sesak!
Kami pi makan kat Secret Recipe
Mulanya nak order macam-macam
Tapi Nayli dah mula wat perangaiii....!
Time dia tido sudah sampai, mula la dia mengaruk tak abes-abes!
Jadiknya kami order kek 2 slice, aiskrim 2 mangkuk ngan air
Tu jek pun, tu pun dah kena RM39 T____T
Budak bulat mau makan kek sebeday =p
Birthday 2 tahun, kek pun 2 slice
Hehe
Tengok mata dia 'daring' Abang Zack =p
Lepas makan, terus balik umah
Tu je la citer celebrate bday Nayli ^_____^
Biasa-biasa jek kan?
Nanti la, nak carikan jugak hadiah nya tu
Tapi taktau nak kasi apa
Any idea?