26 Disember 2013

2nd Trip To Kelantan | Bila Pemain BolaSepak Basuh Kereta Kami... ^_^

Ini adalah perkara yang tak dijangka berlaku masa kat KB
Hahahaah!
^_^

Lepas hantar AtokZN pi seminar, kami pun berjalan area bandar
Dah settle semua nak balik homestay
PapaZN nak basuh kereta kejap
Sebab kereta berdebu ya amat! Kalah masuk construction site! 


Amik gambo dari jauh, tgh pangku Nayli yang ketiduran, huhu!


Jumpa 1 kedai carwash kat area Wakaf Che Yeh tu
Nama kedai tu Wan Rohaimi Cars Clean
Kami disambut oleh owner carwash 
Pada mulanya tak leh teka langsung siapa dia
Memang tak cam pun mula-mula

Kami lepak la sambil nak tunggu kereta siap dibasuh
Lama masing-masing terdiam
Tetiba MamaZN tegur PapaZN
Wan Rohaimi tu macam familiar kan nama nya?
Pemain bola ke?

PapaZN jawab, 
Tu la ada gak terpikir tadi...
Tengok yang tengah basuh kereta tu pun cam kenal jek

 Lama PapaZN dok tenung orang yang tengah basuh kereta kami tu
Last-last PapaZN cakap, tak syak lagi! Memang ye la tu!

Yang MamaZN ni tak puas hati, nak la google jap - nak double confirm
Tetiba handphone abes bateri!
Arghhhh! Mak tensi!
Tak sempat nak menggoogle
Lagi tak sempat la nak amik gambo dengan tuan kedai tu, huhu!

Nak bertanya malu, segan semua ada
Ingatkan bila dah confirm baru la kuat semangat sket nak bertanya, hahaha!
Ini tak, henpon pun wat hal
PapaZN pun terkedu tak terkata
 Kereta siap, terus balik umah, haha!

Lawak plak rasa...
PapaZN cakap, kalu sempat esoknya la datang lagi 
Semata-mata nak amik gambo wat bukti - katanya, kikikikiki...
Padahal tak jadi pun, mana ada masa
Anak bujang dah ajak pi pantai!

Rasa kami memang betul kot yang carwash tu milik pemain bola tu
Sebab lepas google memang muka ini la yang basuh kereta kami aritu =p


kredit gambar pada :


Info : http://ms.wikipedia.org/wiki/Wan_Rohaimi_Wan_Ismail


Hahaha, kurrrlasss kau Jah! =p

6 comments:

Rizziela berkata...

bagusnya...mencari rezeki

Masya berkata...

wahhh ... kire dapat jumpelah jugak lah pemain ni basuhkan kereta tu .. bestnya, kalau nad tau mesti terus amik gambarkan ..

eima berkata...

pesal x amik gambar die tgh bsh keta...ok la ade jugak aktiviti berpeluh sementara tgh cuti nk buka musim br jan 2014 ni

Zura@Iwan berkata...

hehehe..
kalau akak lg la tk kenal pemain bola sepak...kahh
kalau yg femes tu kenal la kot

syawalsimpsons berkata...

ok la tu jumpe jugak kan..walaupun tak dapat nak amik gamba bersama kan

Adlin Mohamad berkata...

kita pun x kenal sgt player bola ni sbb x minat bola kot hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...