27 Disember 2013

2nd Trip To Kelantan | Bercanda Di Pantai & Melawat Muzium - Requested By Zakwan :)

 Sebelum ke KB, Zakwan rekues nak pegi pantai 
Sebelum ni pegi pantai jugak tapi dia tak puas

Makanya pagi hari ke-2 di KB kami ke Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Sebenarnya, sebelum tu MamaZN ada gak baca berita
Yang jalan ke PCB ni ditutup sebab banjir
Kami risau gak memula, tapi bila memandangkan cuaca macam ok jek
Kami teruskan perjalanan
Alhamdulillah banjir dah surut
Tapi bekas-bekas banjir tu masih ada lagi la
Contoh macam sampah-sampah, lumpur
Dorang masih kumpulkan kat tepi jalan & lori sampah belum datang kutip lagi time tu

Bila dah sampai PCB, seronok rasanya dapat hirup udara pantai :)
Tak syok la tak dapat nak main pasir
Sebab batu-batan yang besar2 tu dah diletak sepanjang pinggir pantai
Tapi ombak tak usah kata la
Memang besar! Nampak cam biasa-biasa jek kan
Tapi jangan main-main! Huihhh, Nauzubillah!
So, jaga-jaga la ye kawan-kawan yang nak berpiknik tepi pantai
Nak main air kat gigi air jek pun kena pikir banyak-banyak kali


Bergambar tanda kenangan :)



Kejap jek kami kat PCB
Ada la dalam 10-20minit jek, hihihihi...
Lepas tu kami ke bandar semula
Zakwan rekues nak pegi muzium plak

Zakwan ni apa yang MamaZN perasan 
Dia suka dengan bahan pameran kot, haha!
Suka bebeno kalau ajak pi muzium
Mulanya masa pi muzium kat Taiping dulu la
Dia suka tengok-tengok pastu tanya macam-macam
Bagus, bagus... Menurun dari maknya la ni, hahha! =p

Masa kat KB aritu kami sempat la ke 2 buah muzium
Tu jek sempat sebab lokasi pun dekat-dekat jek
Mula-mula kami ke Muzium Diraja @ Muzium Batu
Lokasinya betul-betul depan Kompleks Kraftangan - bangunannya warna kuning
Bayaran masuk pula hanya RM2 utk dewasa
Tapi masa kami pegi aritu kena bayar RM1 utk seorang


Waktu operasi & bayaran masuk


Kat muzium ni pamerannya lebih kepada mengenali salasilah keturunan Sultan Kelantan
Bangunan muzium tu pun sebenarnya bangunan istana yang dipinjamkan jadi muzium
Dapat jugak la kami kenal siapa Sultan-sultan Kelantan sebelum ni,
Dapat tgk susun atur perabot dalam istana tu cemana - ruang tamu, bilik makan, bilik tidur
Pastu ada jugak pameran cenderamata yang diterima dari pelbagai negara

Kejap jek pun, dalam 30 minit dah leh settle, hihi
Tapi best la :)


Opss sori! Keseksian di situ, muahahaa! =p


Dah lepas melawat Muzium Diraja tu, kami ke Muzium Jahar plak
Bahan pamerannya lebih kepada adat istiadat diraja Kelantan
Contoh, adat melenggang perut, adat bersiram, adat perkahwinan & mcm2 lagi

Muziumnya lebih luas, lebih banyak bahan pameran
Bayaran masuk ke sini pun RM1 utk seorang dewasa, kanak-kanak percuma


Panas terik time ni. Zakwan dah tak tahan panas


Okeh, baru ada gambar MamaZN hihihihi...


Dah lepas melawat muzium tu
Kami masuk ke Komples Kraftangan kejap
Cadangnya nak lepak sat kat Restoran Nasi Ulam tu
Haussss! Lagi la bebudak ni kan, huhu... Ksian depa


Amboi Nayli, posing maut tu, heheh :)


Lepak jap kat buaian :)


Ada budak takmo turun dari buai... Bila didukung dia nanges haha!


Overall sangat seronok!
^_____^
Balik Klang ni, Zakwan ajak pi muzium yang ada kat Klang plak
Hahaha!
Sudah! Makpaknya pun taktau kat mana lokasi nya
Kena google dulu nampaknya
Hehehe


2 comments:

Adlin Mohamad berkata...

sakan betul jalan kelantan semua tempat masuk hehee

eima berkata...

slalu pi klantan tp aku tak penah jelajah kelantan...betui2 pi berjln la korg..terbaik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...