28 November 2013

Dress RM35 Untuk 2 Helai @ GM Klang!


Memang macam tak percaya!
Sehelai harganya RM20
Tapi kalau amik 2 helai harganya RM35!
Mak-mak-mak! Terbuntang mata, haha!
Terus pilih 2 helai jawabnya =)


Ok kan? :)


Tu la masalahnya kalau pi GM Klang ni
Asalnya nak ikut PapaZN pi kedai printer jek
Tapi tu la kan, nama pun pompuan
Mana la boleh dok jenjalan sesaje
Ada jek yang nak dibeli buat 'buah tangan' haha!
TQ kat PapaZN sebab pilih kedai printer dalam GM Klang =p

Sebenarnya, masa dah tau yang PapaZN nak pi GM Klang tu
MamaZN dah siap-siap senarai barang yang nak dibeli, kihkihkih!
Tapi semua pun untuk ZakwanNayli jugak
Kesian kat Nayli, baju basahan kat umah semua dah nampak perut
Zakwan plak beg sekolahnya dah rosak, tali putus
Pastu ingat nak cari seluar track & short pants utk Zakwan
Buat basahan pakai kat umah jugak
Semua pun dah sendat & singkat paras peha
Stokin PapaZN pun banyak dah berlubang - ingat nak pi carikan yang baru jugak
Memang pada anak-anak la diutamakan kan?
Makpak takyah pun takpe ;)

Panjang tak panjang listnya, haha!
Sambil menyelam minum air namanya ni
PapaZN pi kedai printer, MamaZN pi shopping barang anak-anak =p


Kemain tunjuk jam baru :)
Seutas jam depa ni RM6


Zakwan nak jam tangan Spiderman
Bila dah dibelikan setiap minit dia tengok jam
Macam Zakwan plak jam MamaZN hehe
Abang Zack ada, Nayli pun ada la jugak
Barang baru, sampai tido pun nak pakai jam tangan =p

Seluar track & short pants untuk Zakwan tak jumpa
Macam takde jek yang jual, huhu!
Kena pi cari kat tempat lain la nanti

Tapi baju basahan untuk Nayli ada la jumpa :)
RM10 untuk sepasang
Jadik la kan, nak pakai kat umah jek pun




Beg Spiderman Zakwan pun dapat jugak
Saiz besar harganya RM25
Puas hati rasanya sebab dapat rege murah-murah hehe




Tips dari MamaZN kalau nak shopping kat GM Klang
Hahahahahha! Poyo sangat nak bertips-tips bagai! =p

1. Datang awal pagi sbb bisnes start jam 7 pagi - 7 malam :)
2. Park kereta kat dalam bangunan GM Klang. Jangan parking kat luar bangunan (tepi-tepi jalan) unless kat atas tu memang dah takde parking
3. Bila dah parking kat dalam tu, start pusing-pusing survey harga dari tingkat bawah membawa ke atas
4. Biasanya kalau kedai kat tingkat bawah skali tu rege dia fuhhhhh! Jauh beza dengan tingkat atas! (means, atas lagi murah =p)
5. Rajin-rajin kan mulut utk tawar menawar & mintak diskaun :)
6. Jangan expect semua barang kat GM Klang tu murah. Beli satu-satu memang la mahal! Nak murah kena beli borong
*extra tips : pakat shopping ngan kawan @ adik beradek -  beli banyak, dapat la murah :)
7. Sangat heaven kalau beli baju anak-anak yang umonya bawah 6 tahun. Cari baju saiz Zakwan memang payah! So, pi sambung shopping kat Jusco Bukit Tinggi (seberang jalan jek, haha!)
8. Alas perut sebelum datang GM Klang. Takpun bawak la bekalan roti ke, kuih ke. MamaZN rasa harga makanan kat food court dia mahal!

Emmm, tu je la kot hehehe
Semoga berguna! =p



14 comments:

@e_da berkata...

besttnya lama x pegi..

Jue a.k.a Ibu 2F berkata...

weekend nie nak pi GM cari beg sekolah farisyah n beg "car" utk faez...hahahahahha

mama ila berkata...

wow..mmg murah lah... lum pernah ke sana lagi =)

lieyalatif berkata...

nice tips nad....

lieya pun penah sampai sekali kat GM nieh...cari baju tdo budak2...mmg berbaloi...tapi frust sbb saiz mia mija takde sgt...utk dayyan mmg puas le soping....

mummy_ayu berkata...

comel & murahnya..berkenaan tul ngan baju pasang2 tu..comei..

Nory Zoulkefle berkata...

nak gi GM Klang jugak lah cmni...
murahhh tuu...
boleh jimatt banyak kan...

Sidratul Muntaha berkata...

ahaha
belum pnh terjah lagi
baju nmpk perut itu comel la nad
so far kat sini 1st time gi kenanga
puas ati
gm ni nama je dekat dgn meru/klang
singgahnya tak pnh

aLyNnZ berkata...

mmg seronok kalo shopping kt GM..alynn pernah g GM KL jew..gm klang tak pernah g lagi..org kata lebih besar dr gm kat kl..

gaun gugurl tu mmg berbaloi cantik plak tuu..

Chekgu Azrine berkata...

Dress tu seyes cantik..
And murah sgt..
Bilala nk dpt g GM klang..huhu

syawalsimpsons berkata...

sue tak penah sampai sana lagi..nak G jugak..tp akob ni berat kaki sikit nak g jejauh ni kn

mama lieyna berkata...

Thanks for the tips, akak mcm nak terjah gak jer..baru g sekali, penat pantau si akeem, berlari saje, si abg tak sihat pulak time tu..huu..

Cantik n harga muah lerr...berbaloi.. :-)

Masya berkata...

kalau pg GM Klang memang rambang bukan baju anak jer.. baju kita2 pun huhuhuhu .. ssh nak kawal nafsu...

ch@ berkata...

murah sgt2. byk dah entry kakNad pasal GM Klang ni, kita tak pergi2 jugak. adeih. esok anak2 dh besar, pi cari baju sekolah depa kat GMKlang lah. kan?

Zura@Iwan berkata...

tinginnya nk beli dress bb girl..hikss

wahhh murah2 kan..
kak pon kalau nk beli bj bshan..
beli je kt Tesco..hikss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...