Nak MamaZN buatkan?
Hahahahah!
Assalamualaikum
Mula tau sbb Kak Yatie tag kat FB
Pastu dapat email gak dari Groupon
Kepada peminat photobook
Ada tawaran istimewa buat kawan-kawan daripada Groupon & Photobook Malaysia
RM0 untuk 1 mini photobook!
Just bayar untuk delivery charges jek
Best kan? :)
Cepat-cepat klik BUY kat link ni :
Apa-apa pun
Kena baca t&c dulu ye :)
Takut ada yg kata tipu plak
RM0 untuk 1 photobook
Tapi kalau beli 2 photobook harganya hanya RM38!
Masih murah kan?
Tengok jugak saiz photobook yg ditawarkan ok!
Ada beberapa option yg boleh kawan-kawan pilih
Takut kang bila sampai ke tgn
Kawan-kawan terkejut plak bila tgk saiznya yg 'comel' tu :)
Cepat sblm terlambat!
Katanya ada 1juta photobook nak dibagi free
Hehe
Assalamualaikum
Salam Jumaat penuh barakah :)
Dah tgh hari, ramai dh kluar lunch
Baru sebuk nak update blog
Hihi..
Di saat dalam tempoh recovery ritu
Kami ada dapat bungkusan dari kawan-kawan
Sangat-sangat-sangat hargainya
Sedikit sebanyak terubat jugak kesedihan di hati
Happy la jugak
Bila tgk ZakwanNayli punya excited dapat barang-barang depa
:)
Tabung ada muka ZakwanNayli
Hadiah daripada Kak Eina Mamalieyna
Pastu dapat plak dress & tshirt daripada Ieyda
Yg lagi best ada pulak terselit sama fridge magnet utk maknya
Suka!
Taktau pun kawan-kawan ada hantar barang
Tetibe jek ada van Poslaju sampai depan umah
Tertanya-tanya gak memula
Tapi bila tgk nama pengirim
Senyum meleret jadiknya :)
Apa2pun terima kasih byk2
Buat susah2 jek, huhu
Kami terima dgn hati yg gembira :)
Tq Kak Eina! Tq Ieyda!
:)))
Happy weekend semua!
Rindu sangat kt korg! :)
Assalamualaikum
Update blog dr dalam kereta
On the way balik rumah
Dari lepas shopping kat JCard Day
Kat AEON Bukit Tinggi
Hehe
Sampai kul 10
Org tak ramai lagi
Nak pilih barang pun tenang jek
Takde nak laga2 montot, haha!
PapaZN pi jaga ZakwanNayli
Ronda2 kat floor yg sama tgk toys
Kul 12 dah kluar Jusco
Lega rasa
Sebab orang dah start ramai giler!
Naseb baik cepat settle
Tu pun cari baju ZakwanNayli & Baby Khadeeja
Tak cari pun menda lain
Sebab PapaZN masuk keje kul 4 krg
Kesian plak dia kalu tak rehat
Dapat la jeans ZakwanNayli RM29 sepasang
Zakwan beli 2 pasang, Nayli sepasang jeans
Tshirt diorg RM13 sehelai, dapat la 2 helai sorang
Pastu baju Baby Khadeeja RM14 sepasang, beli 5 pasang
Takleh lama2
Kang lagi mcm2 nak beli
Hehe
Sabtu ni dah start Year End Sale (Y.E.S) seluruh Malaysia
Lagi mcm2 sale di merata-rata tmpt
Ngan sale nak Krismas lagi
Fuhhhh! Sediakan $$$ jek la, haha!
Ok nak balik
Sambung rehat :)
Daaa..!
Assalamualaikum
Nak jugak cuba update blog
Walau line tenet mcm biskut Chipsmore :)
Alhamdulillah
Kesihatan dah beransur pulih
Dari segi fizikal dan jugak emosi
Walaupun sampai sekarang masih lagi terbayang2
Tapi dah dapat kawal perasaan tu
TQVM pada kata2 semangat yg kawan2 beri
TQ jugak pada yg mendoakan
Sangat hargainya...
Taktau nak kata cemane...
Walau ni keguguran kali ke-2
Sepatutnya dah boleh kawal emosi
Tapi yg kedua ni lagi terasa sedihnya
1- sebab Zakwan
Dia yg paling awal tau dalam perut mama ada baby & dia jugak yg paling sedih sbb dah excited sgt nak dpt adik baru
2- sebab kawan2 semua
Ada yg pm kat fb, ada yg personally wassap tanya khabar. Tq sgt atas doa & kata semangat kalian. Rasa bersyukur ada kawan di sisi walau masa berduka
Alhamdulillah
Syukur pada Allah
Allah tarik rezki di bahagian itu
Tapi Allah kurniakan rezki di bahagian lain
PapaZN baru dapat tau
Yang dia dah dpt confirmation kat tmpt keja baru ni
Padahal baru 3 bulan bekerja
Sepatutnya PapaZN confirmed selepas 6 bulan kerja
Bila dah confirm ni, ada la jugak imbuhan2 lain yg PapaZN dapat
Syukur sangat2
Alhamdulillah!
Rezeki tu Allah bagi dalam mcm2 bentuk kan?
Tak semestinya wang ringgit jek
Tak semestinya rezki anak
Tapi mcm-mcm, kita jek kadang2 tak sedar
-_____-
Tak sabar nak tggu weekend
Terasa macam dah lama tak p jalan2
Terasa mcm nak p bercuti pun ada gak
Haha!
Tgk la cemane nanti, hihi... :)
Daaa!
Tah bila la line tenet nak ok!!
Nak BW pun payah!
Assalamualaikum...
Apa khabar kawan-kawan?
Lama kitorg menyepi kan?
Rindunya kat kawan-kawan semua
Internet U-Mobile ni tetibe problem plak
Tak penah2 jadi sebelum ni
Tu yg malas nak online
Dah la terhad online thru henpon jek
Huhu!
Seminggu tak update blog
Tak up status kat FB & IG
Citer terbaru kawan-kawan pun dah ketinggalan huhu!
Citer terbaru kami?
Takde apa yg menarik pun
Just nak share yg MamaZN keguguran
Sempat bersama 9minggu jek
:(
Takpela, kami redha
Allah janjikan yg lebih baik dari yg ni, mungkin...
Mesti ada sebabnya dengan apa yg terjadi ni kan?
Kena la terima walau ada rasa sedih sket
Lepas ni xtau la bila bleh update blog lagi
Moga kawan-kawan sehat di samping famili tersayang
Moga sama-sama sentiasa dilindungi rahmat Allah
Sayang kawan-kawan semua!
Daaa..!
p/s: anything, wassap k! haha! :)