02 Oktober 2013

Resepi CHEESEKUT | Mudah & Sedap

Fenomena cheesekut plak skrg
Hehe
Dah macam fenomena durian crepe dulu
Mana-mana pun ada jek entry @ gmbr cheesekut di IG /FB :)

Lama dh tau pasal cheesekut ni
Masa tu tgk kt entry Chekgu Azrine :)
Time bulan puasa kan kak?
Dah siap bookmark dh entry cheesekut tu
Pastu lupa plak
Sampai la Kak Amy Mamatisya upload gambar kat IG/FB baru2 ni
Ooo, terpengaruh sudaaa :)

So, apalagas..! Jom beli bahan & buat!
Haha! :D

Memang senang memang mudah
Resepi asal dari entry Chekgu Azrine
http://azrinzfamily.blogspot.com/2013/07/cheesekut-dengan-topping-oreo.html?m=1
TQ kak, sbb share resepi :)
Resepi dari MamaZN ni byk derhaka hikhik
Tapi still sedap-sedap-sedap
Tak tipu :)

Bahan-bahan
- 250g cream cheese - apa2 jenama pun boleh
(MamaZN pakai 200g shj)
- 1/2 tin susu pekat
- 3-4 sudu besar susu segar
- biskut deluxe cream crackers (MamaZN pakai biskut crackers yg saiz besar tu je)

Cara-cara
1. Blend kejap cream cheese guna mixer/blender

2. Masukkan 1/2 tin susu pekat dan blend lagi 2-3 minit

3. Campurkan 3-4 sudu susu segar dan blend lagi hingga adunan jadi tak terlalu cair & tak terlalu pekat

4. Sediakan bekas utk kek

5. Untuk lapisan bawah (base)
Celupkan biskut dalam susu segar dan susun dalam bekas (celup tau bukan rendam! :p)

6. Untuk lapisan seterusnya
- Susun biskut hingga membentuk 1 lapisan
- Sapu cream cheese dan ratakan atas lapisan biskut
- Susun lagi biskut untuk lapisan berikutnya
- Sapu dan ratakan cream cheese atas lapisan tersebut

7. Ulang cara [6] utk beberapa lapisan

8. Bahagian atas sekali sapukan cream cheese & ratakan

9. Untuk topping ikut suka masing-masing nak letak apa. Ada yg taburkan serbuk milo, nestum @ biskut oreo. MamaZN taburkan serbuk milo & hancurkan biskut cracker sbg topping.

10. Sejukkan dalam peti ais lebih dr 2 jam (semalaman lagi bagus! :p)

11. Hasilnya..? Sangat yummy! :)

Owh ya! MamaZN hiaskan dgn buah stoberi jugak, hehe.. Yummms! :)

Selamat mencuba!

14 comments:

Zura@Iwan berkata...

sangat yummy...
tp blm rasa lagi..haha..

biskut tu celup ngn susu segar then baru susun pon ok kan?

inshaAllah one day..nk buat..doakan akak ye..haha

mummy_ayu berkata...

tu la..ramai yg dah buat nie.Ayu ..kurang skt bab cheese ni

Nigina berkata...

Aduhhb sedapnya.. gina ni hantu cheese

Nigina berkata...

Aduhhb sedapnya.. gina ni hantu cheese

zety berkata...

yeayy!!dh terbyg2 dlm mulut ni sedapnye

el berkata...

sebijik cam blogger pinky momma buat ritu siap letak stoberi hehe..mmg fenomena betul ciskut ni..nti nak try buat..semua bahan ada..cuma cream cheese kenalah beli..
jenuhlah berlemaklah canerlah nak diet

IntaNBerliaN berkata...

dari dulu lg duk nak buat tp xterbuat2.. hihii

mama lieyna berkata...

Nampak mudah..nk try la nnti.. :-)

ALoNa CintamaniszLite berkata...

menarik dan simple..
akak pun tak penah try buat lagi..
dasyat ler nad ni...cepat jer mencuba..menjadi pulak tu, ye..

syawalsimpsons berkata...

bila la sue nak buat ni yee

Masya berkata...

tang topping x tahan tu.. siap ada biskut hancur dgn strawberry .. x tahan....

mama tisya berkata...

tu la bole pelbagai utk topping tu...yummm

Rizziela berkata...

nak kena try buat gak la..nmpk mcm sedap gak bila ada strawbery tu

fieda berkata...

pasni tak tau ape pulak kan timbul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...