01 Oktober 2013

Promosi Kedai Perabot Yang Mencuit Hati =P

Lawak sangat kot! Haha! :)

Aritu jalan-jalan ke satu kedai perabot kat Jalan Kapar
Lama dah nak pegi
Tapi baru ni berkesempatan nak singgah
Dari luar nampak gah la jugak
Besar, pastu banyak poster-poster promosi
Selalu lalu depan kedai ni, takde la pulak perasan apa yang dia tulis kat poster tu
Bila dah parking depan-depan kedai tu
Haahahahaha! Memang gelak dulu la sebelum masuk kedai =p


Paham tak? ;)


Jangan tanya MamaZN, hehe
Sebab MamaZN pun tak berapa paham 
Apa kaitannya dengan promosi yang nak dibuat =p


Antara kata-kata promosi kat poster yang ada tu:
[1] INGAT! AYAM BULU DARI MANA? DARI AYAM LOH!

[2] SEKARANG BAYAR HARGA KANCIL, TAPI DAPAT BMW WOOO!

[3] KATAK LOMPAT, BORONG HEBAT, RAKYAT SUDAH TERUBAT

[4] JANGAN MALU TENGOK DULU

[5] SUDAH HARGA BORONG, KALAU TAK KE SINI TAK TAHU OK?

[6] MAAP JANGAN MINTA HARGA LAGI

[7] DEPOSIT IKUT SUKA, RAKYAT PASTI GEMBIRA


Macam-macam lagi
Tapi yang ni jek MamaZN ingat =p
Bila baca semula, rasa macam masuk kedai ah long pun ada
'saya bukan ah long, saya cuma nak tolong' hehe

Tapi tu la
Walau pun gaya promosi nya cam sedikit kelakar dan mengelirukan, haha!
Tapi kedai ni best!
Banyak pilihan perabot, harga murah, pekerja mesra pelanggan & peramah
Sangat puas hati, hilhik =p


9 comments:

mummy_ayu berkata...

ha ha ..memang lawak siap berpantun bagai.mcm2 diaorang buat nak tarik perhatian pembeli kan..

Iela Fazielah berkata...

mmg kelakar bila baca... tp touke ni pandai la... guna ayat double meaning tau

Cinta Zakirah berkata...

Ada satu lagi kedai perabot dekat dengan masjid kg raja uda port klang pon buat promosi lebih kurang sama dengan yang ni.

syawalsimpsons berkata...

MACAM2 GAYA PROMOTE KAN DORANG NI

Chekgu Azrine berkata...

salah satu cara promosi tu sis..
lawak pun boley!!

el berkata...

ni sure gara2 kenaikan minyak n harga barang..dlm dok nak promosi brg2 kat kedai..sekali lah ngan perli hahahahaha

Delimasari berkata...

tarik pelanggan

mama lieyna berkata...

Promosi yg klakar, pandai pulak pantun 2 kerat..ekeke..mcm2x.. :-)

amiey lee berkata...

Kikiki...time raya ari tu kat balakong pun mcm ni..heeee mcm2 ayt nak promote

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...