04 Oktober 2013

Happy 5th Birthday, My Baby Boy!

Sebabkan anak kesayangan sorang ni
Mak dia merasa naik ambulans dari Hospital Banting ke Hospital Klang
Sebab doktor suspek kandungan luar rahim

Sebabkan anak kesayangan sorang ni
Mak dia dapat 2 lubang laporoskopi kat perut
Sebab nak teropong betul ke idak baby kat luar rahim
Alhamdulillah tak :)

Sebabkan anak kesayangan sorang ni
Mak dia alami alahan teruk di trimester pertama 
3 bulan dok terbaring jek atas katil
Dari berat mak dia 60kg, terus jadik 50kg!
Apaknya tengok pun dah naik seram, katenya macam 'mayat hidup'! =/

Sebabkan anak kesayangan sorang ni
Mak dia merasa la beraya dalam hospital
Dari raya ke-2 sampai raya ke-5
Sebab Zakwan lahir 4 Oktober 2008 bersamaan 4 Syawal 1429
Jam 1 pagi dengan berat 3.66kg
Bersamaan dengan raya ke-4 :)
Senang nak ingat kan? Hehe

Walaupun pelbagai dugaan ditempuh & pengalaman diperolehi
Alhamdulillah Zakwan membesar dengan sihat, cergas dan cerdas
Syukur jugak MamaZN berjaya susukan Zakwan dengan susu ibu lebih dari 2 tahun


Zakwan Afif Najmi
Yang Cerdik, Bermaruah, Bintangku


Hari ni, 4 Oktober 2013
Alhamdulillah
Genap la sudah anak bujang kesayangan ni 5 tahun usianya
Besar dah anak Mama
Tapi tetap baby boy bagi Mama :)

Anak manja :)


Selamat Hari Lahir, Sayang..!
Moga Zakwan panjang umur dan dimurahkan rezeki
Sentiasa menjadi anak yang soleh, abang yang penyayang
Dan menjadi insan yang baik & berguna pada semua
Serta berjaya di dunia dan akhirat...
Mama sayang sangat kat Zakwan!



p/s:
banyak kejutan utk Zakwan hari ni  ^____^

17 comments:

syawalsimpsons berkata...

aunty soya egat jugak tau...happy bufday zakwan

yang baik Ishak berkata...

Happy birthday Zakwan. Semoga menjadi anak soleh dan diberkati.

bibi yusof berkata...

salam....
selamat hari lahir zakwan... moga menjadi anak yg soleh.. berjaya dunia dan di akhirat

Mila Ahmad berkata...

Ala tomeinya zakwan, selamat hari lahir semoga menjadi anak yang soleh.

lia berkata...

hepi 5th besday, Zakwan...

semoga sentiasa dlm lindungan Allah, hormat papa & mama, sayang adek & jadi hambaNya yg berguna, amin...

mama tisya berkata...

happy 5th birthday zakwan...kejap je dh 5thn..smoga jd ank yg soleh & dgr ckp ibu bapa...dpt kek ironman ke?

el berkata...

selamat ulangtahun kelahiran zakwan
smoga jd insan yg terbaik dunia akhirat aminnn

wahhh byk kezutan npk
sure ronok ronok zakwan eh

mummy_ayu berkata...

touching plak baca entry Nad nie..
ye la.walaupun besar mana hero kita, dia still anak manja kita kan?
semoga Zakwan menjadi anak yg soleh...ye sayang. contoh yg baik pd adik2... :-)

Zura@Iwan berkata...

selamat ulangtahun kelahiran Zakwan..
abg yg baik..jaga adik leklok taw..

zakwan lahir sng nk ingt yer...tp berat tu je..kalau 4kg..ha...semua 4..haha...

ank sulung mmg manja gk kn..

Sweetmama berkata...

♫Happy 5th bday Zakwan♫

Alhamdullillah, Zakwan membesar dgn sihat, moga terus diberikan kesihatan yang baik dan berjaya dunia dan akhirat..amin.

Falsya berkata...

happy birthday zakwan...;D

mama lieyna berkata...

Happy birthday abg zack.. :-)

Iela Fazielah berkata...

hapy bday zakwan...besar pengorbanan seorg ibu melahirkan zuriat tercinta...

Jue a.k.a Ibu 2F berkata...

Happy birthday zakwan,jd anak yg soleh buat mama dan papa

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

Happy 5th zakwan
moga membesar menjadi anak yg soleh yer

Masya berkata...

SELAMAT HARI LAHIR ZAKWAN .. BERUBAH² MUKA DIA DR KECIK SAMPAI SKRG YER...

eima berkata...

hepi besday zakwan ... jd anak yg berjaya dunia akhirat ye ...

achik ni entry besday fahim pun tak sempat nk buat lagi ... tgu la esok2 ....bz sesgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...