11 Oktober 2013

Family Trip To Kelantan | Cuci Mata @ BAZAR TENGKU ANIS & PASAR BESAR SITI KHADIJAH

Memang menggunakan masa yang ada sepenuhnya, haha! =p
Ye la, kami ada 1 hari tu jek untuk complete kan sesi jalan-jalan
Esoknya tu dah nak balik dah - memang tak sempat

Lepas dah lunch & beli fridge magnet di Kampung Kraftangan
Kami saje cuci-cuci mata kat Bazar Tengku Anis
Seberang jalan jek dengan Kampung Kraftangan tu
Tapi takde apa sangat pun kat situ
Bangunan baru, kedai-kedai banyak tak bukak
Pastu kebanyakannya diorang jual kain batik
Memang takde dalam senarai langsung pun nak beli batik-batik ni


Bergambar kenangan depan Bazar Tengku Anis :)


Dah lepas meronda Bazar Tengku Anis
Kami patah balik ke kereta
Hajat di hati nak terjah Pasar Besar Siti Khadijah pulak
Tak larat dah nak berjalan kaki
Cuaca terik!

Memang takde nak shopping apa sangat pun
Just nak jalan-jalan cuci mata
Lagipun kira ini tempat wajib singgah
Bagi 1st timer yang datang Kelantan macam PapaZN, kan? =p

Masa kat dalam pasar besar tu kami separate dengan Aunty Wawa
Pastu kang jumpa kat kereta jek lepas dah abes shopping
Senang sket, hihi...

Kami tak berjalan kat semua tingkat pun
Tak larat! Haha! =p
Lagipun petang tu dah janji dengan Zakwan nak pegi pantai
Malam tu pulak nak shopping lagi kat Wakaf Che Yeh

Jadiknya, masa kat pasar besar tu kami just beli barang makanan kering
Untuk makan sendrik & sebagai buah tangan
Ada la beli keropok sket, asam-asam sket, budu pun ada haha!





Pastu kami saje jalan-jalan kat bahagian bawah skali tu
Seronok tengok akak-akak, makcik-makcik yang duduk bersantai berniaga sayur
Rileks jek depa :)
Masa jalan-jalan tu, ada la sorang akak ni jual telur penyu
1st time la PapaZN tengok cemane rupa telur penyu tu :)





Kami abes ronda-ronda dalam kul 2.45
Lepak sat kat luar tunggu Aunty Wawa shopping
Lama bebeno, haha!


Ksian Nayli, hehe... Letih sangat muka dia :)



Kesian Nayli, dari pagi sampai ke malam
Dia asek ngekor mak nya ke sana ke mari
Tak tido plak tu!
Sori ye Nayli, bukan selalu kan? ;)


6 comments:

Jue a.k.a Ibu 2F berkata...

seronok...
penat sangat nayli muka pun dah takde mood...tapi tetap comel

el berkata...

1hari tu mmg penat
nasiblah mama zakwannayli x keje hehehe

Mama Likha berkata...

Sakan bjalan pusing kelate eh hehehe. Ehh kite pun tkthu ada fm kat bazar tg snis tu kikikihhh

mama lieyna berkata...

Sian nayli..muka penat noo tu..

Adlin Mohamad berkata...

nayli cam tu la gegirl ..teman mama pi soping hahahaha ..
besar pasar dia dr atas nampak cantik

Nory Zoulkefle berkata...

tak pernah lagi sampai kat sana...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...