17 September 2013

Masak AYAM PERCIK Dengan Pemanggang Ajaib (Resepi)


Assalamualaikum
Selamat Pagi! :)
3 hari bercuti ek? So, takde blues la kan? Haha! =P

Nak cerita
Semalam MamaZN try buat ayam percik
1st time ni nak buat ni
Biasanya beli jek kat pasar malam @ kat pasar Ramadhan 

Resepi nya, MamaZN refer entry Kak Amy MamaTisya & Intan Berlian
  MamaZN tak follow bulat-bulat
Ada yang MamaZN olah
Dah stadi resepi, time nak buat tu bleh plak la lupa letak 1-2 bahan 
Huhu!
Naseb baek la sedappp jugak =P


Taraaaa...! :)


Macam biasa, guna pemanggang ajaib la ;)
Lebih cepat, ayam lagi empuk & sedap ;)


Nak share resepi jugak la, mihmihmih ('',)
Tapi kalau nak resepi asal Kak Amy & Intan Berlian
Boleh klik sini
Resepi Kak Amy MamaTisya @ Resepi Intan Berlian

Ni resepi versi MamaZN plak k =P

AYAM PERCIK

Bahan-bahan : 
Ayam
Bawang merah *kisar
Bawang putih *kisar
Halia *kisar
Serai (potong serong) *kisar
Cili boh
Santan
Asam keping
Serai (dititik)
Garam & gula

Cara-cara:
Mula2 bersihkan ayam
Perapkan kejap ayam tu dgn bahan kisaran (amik sikit)
Biarkan kejap

Untuk kuahnya
Tumis bahan kisaran
Bila dah naik bau, masukkan cili boh (ikut kepedasan masing2)
Masukkan asam keping & serai yang dititik
Masak sampai pecah minyak
Pastu masukkan santan
Perisakan dengan garam & gula

Ayam yang dah diperap tadi tu
Boleh la mula dibakar dalam pemanggang ajaib
Sambil-sambil tu, perasakan sikit dengan kuah ayam percik tadi
Lebihan kuah boleh la dituangkan selepas ayam dah siap dibakar nanti

Yummy!
Memang sedap! :)
Cuba la! :)


15 comments:

syawalsimpsons berkata...

sedap kan..sue pon dah try waktu bulan pose..nasib la abis..kire sedap la tu...

mama lieyna berkata...

Nmpk best.. bila2 bleh try :-)

Chekgu Azrine berkata...

Takde pemanggan ajaib..sobs..sobs..

Iela Fazielah berkata...

NAK CUBA LA NAD... TERLIUR TERUS LA

mama tisya berkata...

yum2....menu wajib bln puasa

Nafisa81 berkata...

rajin betul masak macam2. ni esok kalau anak2 umur dlm 12tahun ke atas...lg byk nak kena masak. time tu diorg tgh selera mkn

Adlin Mohamad berkata...

kita pemanggang ajaib buat tekur dadar je hahahhaa .. nk masak yg best2 malas kekeke

Puan Ida berkata...

puh macam sedap jer
terliur tol ar
salam perkenalan ye
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com

Rizziela berkata...

sedapnya,,, letak minyak tak

JaSSNaNi berkata...

Orang lain berkali kali dok masak guna pemanggang ajaib ni, akak ni entah bila nak beli bendaalah ni.. sedehhhhhh.. hahahahhaa.
Sedapnya ayam tu, amik resepi masak guna kuali yg tak ajaib la nampak gayanya,
HEHEHEHEE

ALoNa CintamaniszLite berkata...

senang guna pemanggang ajaib utk masak ayam ni...cepat masak belah dlm. kalo kentang...cepat jer empuk..kan.

kalo tau cara buat sos percik ni..masak apa pun leh buat percik...hihi..

Mon MonaLea berkata...

sedapnya.boleh try nanti ni

Ibu Lala berkata...

Kena try nih. X leh jadi kalau x try.

el berkata...

kat umah tu asik wat ayam roasted jer..lupa plak nak wat ayam percik..nti nak buatlah

mummy_ayu berkata...

em..nie pun nampak menariks & simple.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...