04 Julai 2013

Taiping Yang Damai | 3D2N @ KAMALODGE (Harga Bilik)

Okeh, jom sambung citer pasal Cuti-Cuti Tepeng! :)

Kami bertolak dari Teluk Intan hari Sabtu
Hari Jumaat tu transit jap kat Teluk Intan, dapat PapaZN rehat-rehat kejap 
Esoknya, pukul 10.30 pagi mulakan perjalanan ke Taiping ikut jalan dalam
Lalu Teluk Intan-Pantai Remis-Trong-Taiping
Perjalanan makan masa 2 jam
Tu pun bawak rileks-rileks jek :)

Untuk percutian 3 hari 2 malam kami pilih Kamalodge :)
Ini kali kedua kami stay sini
Tahun lepas kami try stay kat The Flemington Hotel
Boleh baca kat sini ye
Dua-dua pun best - ada pro & cons nya :)


Brochure Kamalodge


Sepatutnya check in jam 3ptg
Tapi pukul 1ptg kami dah sampai kat lobi hotel dah, huhu! ;)
Mula-mula, front desk officer tu suruh datang balik kul 2
Sebab bilik tak kemas lagi, katanya
Alahaiii, malas betul kami nak kluar masuk-kluar masuk
Santai-santai jek la tunggu kat tempat menunggu depan kaunter tu
Tup-tup, tak sampai 10minit tu diorang panggil semula
Kata bilik dah siap dan boleh check in dah
Yeay-yeay-yeay!!!
Servis bagus, mesra & tak lokek senyuman :)


Bangunan utama Kamalodge
Kat sini la kaunter daftar check in/check out
Kat sini jugak la ada cafe & dewan


Pintu masuk ke kaunter


Sempat posing-posing sbb ingatkan kena tunggu lama sblm check in :)


2 orang yang menyambut :)


Nayli dah wat perangai
Jadiknya PapaZN bawak budak-budak ni keluar ke arah porch
Ada beca kat situ
Layan dorang berposing sementara MamaZN settlekan bab check in :)


1 Malaysia ye Nayli? ;)


Macam-macam gaya :)


Untuk makluman kawan-kawan
Berikut adalah harga bilik di Kamalodge (harga untuk 2013)
  • Deluxe - RM160 (normal) / RM200 (peak)
  • Deluxe (Pool View) - RM180 (normal) / RM220 (peak)
  • Deluxe Premier - RM180 (normal) / RM220 (peak)
  • Deluxe Super - RM200 (normal) / RM240 (peak)
  • Suite - RM300 (normal) / RM340 (peak)
  • Suite (Pool View) - RM320 (normal) / RM360 (peak)
*semua harga dah termasuk service charge & tax
* harga bilik tak termasuk breakfast


Fasiliti yang terdapat kat sini
- coffee house
- conference hall
- swimming pool (sesuai utk kanak-kanak)
- car parking
- 24hrs security
- surau
- laundry service
- internet service

Sebarang pertanyaan / tempahan bilik
Boleh terus hubungi : 05-8061 777 / 05-8062 777 


Yang bestnya kat Kamalodge ni sebab lokasi nya yang stategik
Betul-betul kat Taman Tasek Taiping
Bukan kat tengah pekan
Jadiknya suasana lebih aman damai gitewww :)

Lokasinya jugak takde la jauh dari tempat-tempat menarik untuk dilawati
Antaranya adalah :
Zoo Taiping, Bukit Larut, Burmese Pool, Commonwealth War Memorial, 
Muzium Perak, Taman Tasek & Pekan Taiping
Dan jugak SERATAS! Hahaha! Nak jugekkk =P
Memang boleh jalan kaki jek
Tapi kami dah takde stamina, muahahaha!
Zoo Taiping yang dekat tu jek pun nak naik kereta jugak =p

1 jek yang tak best
Kamalodge takde official website
Jadiknya kalau nak tau pasal bilik-bilik atau suasana dan lokasi
Memang refer pada blog-blog yang ada up entry pasal Kamalodge la


Harap entry ni ada gunanya pada yang mencari info pasal Kamalodge ^____^


19 comments:

Sue-Rya Qistina berkata...

lbh bagus kalau diorg ada website sendiri. tu salah satu cara promosi yg berkesan

Gieyana berkata...

takder bfast lak noh..tu yg x best tue...

tp suasana dier nk awesome..:)

JaSSNaNi berkata...

terima kasih untuk info kamal lodge ni.. memang hari tu tawaf taman tasik tepeng dah nampak kamal lodge ni.. cantek.. damai sangat.. :)

eiya berkata...

suka taiping suasana yang tenang jer..tq info kamal lodge tue

eima berkata...

ok menarik ... klu pi sana ai akan consider mai sini la

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

assalamualaikum nad..sorry lama xsinggah sini...hope nad n anak2 sihat jer yer..best g jalan2 taiping :-)

Lily@MamaZaraZareef berkata...

pool die mmg nmpa besh..budak2 mesti suka kan..=)

syawalsimpsons berkata...

1 hari nnt sue nak ajak akob datang sini jugak la

lieyalatif berkata...

bagus nad...mmg lengkap segala info..senang nak buat rujukan.....

kelako laa tgk nayli dok diam atas beca tu..comel tauuu...aksi n keletah tu cute....

lega tak yah tgu bilik lame kan nad....mmg bagus laa servis gini...buat kite akan dtg lagi dan lagi....

SyaNa berkata...

aritu dtg sini utk lunch
sedap & berbaloi la harga dia

Nory Zoulkefle berkata...

wahhh bestnya hotel ni...
nnt balik taiping nak try singgah sini lahh..hehe

zarena heeney berkata...

wah bagus info nie nad
blh la msk dlm senarai utk dtg ke sini untk bercuti

Masya berkata...

owhh la.. xde website yer.. okk maraton baca enry nad manalah tahu kot² nak pg taiping kan...

suhana fiza Maskuri berkata...

Sgt membantu.mmg tgh cari pasal kamalodge ni..kwn rekemen

suhana fiza Maskuri berkata...

Sgt membantu.mmg tgh cari pasal kamalodge ni..kwn rekemen

suhana fiza Maskuri berkata...

Sgt membantu.mmg tgh cari pasal kamalodge ni..kwn rekemen

suhana fiza Maskuri berkata...

Sgt membantu.mmg tgh cari pasal kamalodge ni..kwn rekemen

suhana fiza Maskuri berkata...

Sgt membantu.mmg dok cari pasal kamalodge

O'gosh Iskandar berkata...

tq for your info...ada la idea sikit nak bawak anak2 berjalan...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...