17 Julai 2013

Masak-Masak | Nasi Tomato Penuh Kasih Sayang (RESEPI)

Perghhh, nama resepi! 
Kemain lagi ye! Hahaha!
Kenapa nama resepi panjang berjela gitu?
Sebab MamaZN tak masak sorang-sorang
Masak bersama incik hubby, hikhikhik =p

Alhamdulillah, semalam selamat dah berbuka dengan menu yg direkues by PapaZN
Dah 2-3 hari kot asek soh masak nasi tomato jek T__T
MamaZN penah 2-3 kali buat nasi tomato ni
Tapi 2-3 kali tu jugak tak berapa nak jadik nasinya, huhu!
Tu yang macam malas gak nak masak
Tapi bila pikirkan yang teringin sangat tu adalah suami sendrik, masakkan la jugak
Janji, masak sama-sama, hahahaah! =P




Ada sorang kawan tu cakap
Kalau nak share gambo makanan & ada yang bertanya cemane nak masak
Jangan la jawab, ala, main campak-campak jek bahannya
Apa bahannya? Cerita la sket kan?
Share la dgn resepinya skali
At least kawan-kawan lain dapat jugak mencuba
Tak rugi apa-apa pun kalau kita share ;)
Untung-untung dapat pahala ^____^v


MamaZN pun takmo lepaskan peluang, nak share jugak resepi nya hihi
Walaupun MamaZN tau, ramai yang dah expert masak nasi tomato :)


Bahan-bahan utk buat nasi tomato (utk 3-4 orang makan)
Beras 2 1/2 pot dibasuh dan ditos - seeloknya beras basmathi
Rempah ratus 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang
1inci halia dihiris nipis
1 1/2 tomato dipotong dadu
Susu cair setengah cawan
Air 3 cawan
Sos tomato 2 sudu
Tomato puree 2 sudu
Daun pandan sehelai
Garam & gula sebagai perasa




1. Mula-mula, panaskan periuk (MamaZN guna periuk rice cooker)
2. Masukkan rempah ratus 4 sekawan tadi tu
3. Masukkan bawang besar, masak sampai layu @ naik bau


4. Masukkan bawang putih, halia & daun pandan
5. Masukkan tomato yang dipotong dadu - gaul sampai tomato jadik kering
6. Masukkan sos tomato & tomato puree


7. Tuang susu cair
8. Perasakan dengan garam & gula


9. Masukkan beras yang dah ditos tadi - gaul kasi sebati
10. Masukkan air


11. Bila dah macam agak menggelegak sket, cepat2 pindahkan masuk rice cooker
12. On kan rice cooker
Tunggu jek la sampai nasi siap masak :)


Dan hasilnya akan jadik la macam ni :)
Boleh jek kalau nak tambah kismis, lagi sedap kot :)



Bahan-bahan utk buat ayam masak merah
Ayam - goreng kan sket setengah masak pastu ketepikan
1 1/2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia *
tanda * perlu dikisar
Cili boh, Sos tomato, Sos cili, Tomato pure
Garam & gula sebagai perasa

1. Mula-mula tumiskan bahan kisaran sampai naik bau
2. Masukkan cili boh, tomato puree, sos cili, sos tomato
3. Perasakan dengan garam & gula
4. Gaul-gaul-gaul
Dah siap! :)
Sempoi jek cara masak ayam masak merah style MamaZN ni ^____^


Jadik la camni, hehe...


Utk ulam-ulaman pulak, MamaZN guna salad, hirisan timun & tomato

PapaZN pun nak share resepi buat jelatah =p
Jelatah simple katanya, hehehe

Hiriskan timun, bawang merah & tomato (ada nenas pun ok gak)
Pastu perasakan garam & gula
Pastu tuang sket sos tomato
Gaul-gaul-gaul
Simpan dalam peti ais utk seketika

 Lepas dah kluarkan dari peti ais, jelatah ni dah macam berair sket
Disebabkan air-air tomato & timun dah bercampur ngan sos tomato tadi :)



Selamat mencuba! ^_____^



18 comments:

JunAina berkata...

Tiba2 teringat mak. Dulu2 ni antara masakan fav mak utk anak2, bertambah2 kami makan.

Chekgu Azrine berkata...

fuyoo..kecur liur sis..akak belm penah buat ns tomato..tgokla nanti blhla buat..inshaAllah

ALoNa CintamaniszLite berkata...

penoh kasih dan sayang...
masuk dlm perut..kasih syg tu akan memekar satu tubuh badan...mm..

Yg takmo pakai...akan dibuang lepas2 tu, kan Nad, hihi...

syawalsimpsons berkata...

sue nak try la ahad ni..mesti best ni...

Masni Syafie berkata...

sangat penuh kasih sayang di bulan puasa nie...penuh kesabaran menahan kesedapan kemerahan ayam n nasik itu...hihihi

sabo je la..hihi

Jue a.k.a Ibu 2F berkata...

nyum..nyum..kalau nak masak nanti terus terjah blog nad...

JaSSNaNi berkata...

cayalah.. siap toturial nya skali.. tu yg best tengok..
betul tu nad.. tak rugi apa2 kalau kita kongsi idea.. dapat pahala lagi.. x kesah orang nak cuba or tidak.. kan kan..

psstt.. eh.. nama terubuk tu terubuk masin ek? nyanyok dah kot mak ni..

MRS. K berkata...

senang je nak buat die kan tapi pemalas amat huhuh

*azni* berkata...

boleh cuba nih..sebab mcm senang jer nak buat..

Cho Zila berkata...

ehm seleralah anak2 dan bapanyer berbuka kalau gini masakan ibunyer.. masak sendiri lagi puaskan..

eima berkata...

ok ...nampak mudah tp tatau la berjaya klu aku buat ... MIL aku salu campur ngan gajus ngan kismis... tp aku tak mkn pun dedua tu ... buang jugak tak yah boh pun tak pe kan ...

ok harga ayam turun aku buat .. guna resepi hang

Eliss Mie berkata...

boleh cuba ni. belum pernah buat. nasi minyak pun br sekali buat :p

mama lieyna berkata...

Sharing is caring, nnti boleh cuba cara nad pulak :-)

Lain cara..mcm best sket je.. :-)

zety berkata...

aaaa tq share resepi..dh agak dh gune Leggos tu ;)

Masya berkata...

seyes x pernah masak nasi tomato .. ya ampun jgnlah hubby reques nak makan ... mmg pg blog nadlah cr resepi ..

el berkata...

nasi tomato ni menu wajib kat umah el..lau bln xpose pun sllu wat ngan ayam msk merah..

Zura@Iwan berkata...

dapnya..

akak pn kalau msk nasi tomato risau nasi tk jadi..
ye la bkn sll buat kn..haha..

nmpk sgt tk expert akak ni..huhu..

Sweetmama berkata...

sedapnye nad,
tq share resepi,
nnti senang2 k.eija nak buat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...