27 Jun 2013

Layan Kerenah Anak Nak Berkhemah Dalam Rumah :)

Kalau tak layan, karang dorang memberontak
Mula la buat benda yang kita tak suka
Lagi kita geram
Selagi tak buat, selagi tu la asek mintak-mintak je

Tapi bila dah dilayan, rasa seronok plak tengok depa
Tambah terharu bila setiap kali jenguk ZakwanNayli dalam 'khemah'
Zakwan dok cakap - mekaseh Mama, saaaayang Mama!
Tanda penghargaan sebab dah buatkan khemah utk dia :)
Sebak mak! =)

Tu la tu, aritu masa pi melepak kat umah Sue Syawalsimpsons
Zakwan asek main khemah, Syawal punya
Sampaikan ada 1 masa tu, tengah syok-syok tengok tv kat umah
Zakwan cakap - Mama, jom kita pegi umah Syawal nak?
MamaZN tanya la kenapa? 
Zakwan jawab - ala, saje la...
Sebenarnya, dia dah syok nak main mainan kat umah Syawal =P
Adoi la anak! Kasi chance la kat Aunty Soya bernafas sket
Kang Aunty Soya pulak yang kena kemaskan mainan 
Kesian kat Aunty Soya ^_^

Tu yang Zakwan soh MamaZN buatkan khemah
Nak beli sejibik cam Syawal punya mana la nak cari
Dah la umah ni kecik, celah mana tah nak disumbatkan khemah pulak! 
Huhu! =P

Layankan aje la kerenah anak-anak ni
Janji diorang happy :)
Guna jek la dengan apa yang ada, haha! Save bajet kekdahnya 


Ewah, sempat pulak dia menjenguk :)


Apa aje yang dibuat 2 beradek tu :)


Peace! :)


Tunjuk gambar-gambar ni kat PapaZN, dah apaknya ksian kat anak
Nanti la carikan khemah jugak - katanya
Hmmm, layankan aje la
Padahal omaknya ni kurang gemor, huhu!


MamaZN dulu pun penah main khemah2 camni jugak
Buat pakai kusyen-kusyen tu jek
Memang nostalgia sungguh :)
Mesti kawan-kawan semua ada pengalaman buat khemah-khemah camni
Masa kecik-kecik dulu kan? Kan? Kan?
Hihihi



16 comments:

syawalsimpsons berkata...

sue pon penah buat macam zakwan ni..mmg nostalgia ni...kikikiki...ala datang je,,tak datang pon , mmg tak bernafas jugak kemas umah..kakkaka...suke kalo zakwan datang umah..G la carik kat tesco tak salah sue...ke giant..mmm...rasanya tesco ..RM29.90...mesti zakwan suke

Ibu Lala berkata...

Dulu kecik
Kecik pun suka gak main cam ni

eima berkata...

aku ade beli kat tesco khemah yg bentuk rumah tu ....

rega dlm RM 20 lebih je time offer

lia berkata...

kita penah wat gini... duduk bawah meja makan he3

MRS. K berkata...

khemah hadif kat umah tu klu boleh nak lipat masuk stor. hahah.. semak. kekek

MamaFarah berkata...

akak beli online khemah bebudak ni..try nad search..harga akak beli masa tu rm65..kalau anak2 hepi makpak pun hepi gak..hehehe..

Eliss Mie berkata...

pernah jugak masa budak2 dulu :p guna selimut dan kusyen la..nak sgt berkhemah :p

ieyda berkata...

penah jgk main khemah2 mcmni...ieyda dl guna kusyen...hihiii

M Zamri berkata...

Salam sis..

boleh tgk khemah utk kanak2 kat blog & fb sy...

Blog: http://tent4kids.blogspot.com
FB: Tent4kids

Insya allah ade diskaun nnt...hehehe...

Idayu

zarena heeney berkata...

ena ada beli dulu kat giant
harga rm30 jea

ch@ berkata...

kreatif. seronokla zakwan ngn nayli. pasni minta mama pasang luar rumah, barula feeling good.

Zura@Iwan berkata...

kena belikan satu khemah kt dorang ni Nad..hikss

tk la kacau brg2 umah tu..hikss...

ALoNa CintamaniszLite berkata...

ok pe buat khemah2 mcm ni. Dorang akan ingat tau sampai besar nanti.

mama lieyna berkata...

Hikhik..jadilah tu, janji anak2 happy :-)

Masya berkata...

nostalgialah main pondok2 dan khemah ni.. sebab main jugak dulu kecik2 hahhaha

Sweetmama berkata...

comey je 2 beradik main khemah² bersama..

Zaquan ada jgk khemah bentuk rumah hadiah bday masa umur dia 2 thn, masa mula² je dia eksited main la ni kami dah cabut simpan..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...