12 Jun 2013

Korean Series | A Gentlemans's Dignity BEST!

Amboi-boi-boi!
Sejak bila plak minat citer Korea ni? Haha!
Time blaja kat U dulu ye la 'bz' nonton citer Jepun & Korea
Tu pun idak la suka bebeno
Dah kawan pasang citer tu kat komputer, MamaZN tumpang jek la ;)

Kali ni, tah cemana minat tu datang balik, haha!
Kalau dok umah ni, nak tgk citer Korea setiap hari jam 12 tgh hari kat NTV7
Tu tengok macam tu-macam tu jek la
Sebab bz masak & tunggu Zakwan balik sekolah

Tapi yang ni, memang dah set time dah
Orang lain takleh suka-suka nak tukar citer lain, hihi

Setiap hari Isnin & Selasa jam 8.30 mlm di NTV7
Tajuk citernya A Gentleman's Dignity
Wo-wo-wo! Best giler kot citer ni!
Terpaksa korbankan setengah jam citer Kisah Cinta *Fazura&Sam*
Semata-mata nak kasi laluan pada citer ni dulu ;)

Ni pun dah missed beberapa episod yang awal
Takpe, janji layaaannnn ;)




Stylo, smart, bergaya ;)
Nak kata ensem tu idak la sangat, tapi manisssss nya ada, haha!




Suka gilak ngan couple yang ni! ^____^ 
Sweet banget!


Jangan tanya MamaZN apa-apa pasal citer Korea yang lain-lain
Serius tak amik tau! Pelakon pun takde yang kenal
Tapi suka tengok jek, hehe
Almaklum, idok la fanatik sangat ;)
 
Citer Korea ni simple jek takyah nak pelakon ensem/cantik sangat
Tapi sebab diorang ni fesyen trendy2 tu yang nampak cun jek ;)
Pastu jalan cerita memang menarik kan? Tak jemu ^_^

Lia la ni, aritu up entry pasal citer Korea ni
Pastu share link utk tgk online plak
Waduh-waduh! Bertambah 'bz' la MamaZN ni nanti, haha!

Kawan-kawan, layan citer Korea gak tak? ;)



Drama Korea A Gentleman's Dignity telah dianggap sebagai 'Sex & The City' versi lelaki. Ia adalah mengenai kerjaya dan kehidupan cinta golongan profesional di bandar. Ia menceritakan kisah empat lelaki yang berusia dalam lingkungan empat puluhan yang telah berkawan sejak belasan tahun lagi. Di dalam drama korea ini ia berkisar tentang putus cinta, perselisihan faham, kejayaan dan kegagalan mereka berempat dalam melayari kehidupan.

Kim Do-jin adalah seorang playboy yang berkeyakinan tinggi telah bertemu dengan Seo Yi-soo, lalu jatuh cinta. Tetapi Seo Yi-soo tidak melayannya kerana wanita itu lebih tertarik dengan rakan baik Kim Do-jin sendiri iaitu Im Tae-san. Jadilah Kim Do-jin bertepuk sebelah tangan dan cintanya tidak dibalas buat pertama kalinya. Kim Do-jin masih mengharap terhadap Seo Yi-soo dan melakukan pelbagai cara untuk memenangi hati Seo Yi-soo.

Im Tae-san menjalin hubungan dengan Hong Se-ra, rakan sebilik Yi-soo, tetapi masalah timbul apabila rahsia Seo Yi-soo meminati Im Tae-san terbongkar. Apabila Hong Se-ra mendapat tahu hal tersebut, dia dia tidak mahu berkahwin.

Manakala, Choi Yoon adalah seorang peguam yang baru pulih daripada kematian isterinya empat tahun lalu dan mula mempunyai perasaan terhadap adik Im Tae-san yang jauh lebih muda yang bernama Im Meari. Meari turut tertarik pada Yoon, bagaimanapun dia tidak menunjukkan perasaannya kerana bimbang menjejaskan persahabatan dengan Im Tae-san.

Lee Jung-rok pula berkahwin dengan seorang wanita kaya, Park Min-sook, tetapi sentiasa berpoya-poya dengan wanita lain. Ini menyebabkan selalu timbul masalah dan isu-isu kepercayaan dalam perkahwinan mereka.

Sementara itu seorang remaja bernama Colin datang ke Korea mencari empat lelaki tersebut dan menuntut bahawa salah seorang daripada mereka berempat adalah bapa kandungnya.

sumber kredit pada : http://www.aynoranur.com

15 comments:

mama lieyna berkata...

Waaah sudah sangkut.. :-)

K.eina ni, jgnkan cerita korea, tgk tv pun tak nyempat2, tido awai kngkdang...huu...

lieyalatif berkata...

Lieya pun suke layan korea ni nad...tp xleh tahan tgk kat tv sbb lame nooo nak tgu next episod... Selalu kecek ngan member yg suke donlod citer korea nih hehehe....

mummy_ayu berkata...

Ayu memang layab cita korea..and memang minat
but..jarang layan cita yg bersiri kat tv sbb terikat kan..selalunya layan cd or dvd jer..

best ek cita nie.nak try cari la..
:-)

Zee Suhaini berkata...

saya tengok kat ofis jer..bukak tonton..kalo kat umah tak dapat tengok ni sebab dok layan masterchef..hihi..

lagi satu yang best Love Rain..tapi kalo kat TV tak sure pulak bila tayanganya..

mummy_ayu berkata...

lupa lak nak jawab soalan nad tu..no bilik Ayu, kalau tak silap ..921 la..
sbb yg urus kan bilik semua SIL Ayu...
ah ah....mcm sama jer bilik ngan Nad hari tu kan..emm

syawalsimpsons berkata...

sue ada layan sekali dua..best jugak...tp asik ter miss jee

Chekgu Azrine berkata...

Suka snagat citer korea actually..tp since ada aish..xdan nak tgok tibi malam2..hadehh..nak bg aish tido..umminya pun landing sekali.smpi pg.

Sue-Rya Qistina berkata...

dah lama x tgk drama2 korea. sbb selalu dok layan drama melayu kt tv3 n tv9. hehehe

Adlin Mohamad berkata...

jarang on ntv7 tu x layan ehhhe

Ismaliana Sulaiman berkata...

dah lama x tgk citer korea ni nad.. masa sgt2 ketat skrg tambah lg remote tv selalunya dikuasai oleh anak2..hehehee... last akak tgk winter sonata kot.. giler lama kan.. :) tp pelakon2 korea ni mmg comei2..

Sidratul Muntaha berkata...

ish..
layan ko?1
ahahaha
tersampuk sudey...

Fiza Rahman berkata...

Owh. Member pon ada update pasal citer ni best. Nak tgk lah nnt.

Zura@Iwan berkata...

dulu suka tgk ceta korea ni..tp now tk sempat nk tgk..hehe..

lia berkata...

lia biasa tgk kat hp... nak tgk kat tv mmg la x sempat ha3...

Masya berkata...

alah... kat ntv7 ker??? jgn haraplah dapat layan dapat layan yg kat byone one hd malam2 pun dah sukup baik kalau amir bg remort huhuhuhuhu ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...