Assalamualaikum & Selamat Pagi :)
Jerebu di mana-mana
Sebelum ni tertumpu kat negeri belah-belah selatan
La ni dah sampai KL, Selangor, Putrajaya & Pahang
NenekZN cakap, Teluk Intan pun dah start kena tempias
Sekolah di KL & Selangor pun di arah tutup
Malam tadi, dapat SMS dari Teacher Wawa kata Zakwan cuti arini
So, Zakwan dok umah jek la
Dok dalam umah pun dah pedih-pedih mata
Apa lagi kalau kluar umah, huhu
Kena banyak minum air, kurangkan aktiviti luar rumah
Kalau terpaksa, jangan lupa pakai mask!
Jerebu ni dari Allah SWT
Peringatan dariNya buat kita yang mungkin leka dan lalai
Berdoa la banyak-banyak
Moga diampunkan dosa, berdoa jugak utk kesihatan dan kesejahteraan hidup kita
Nak mengeluh banyak sbb jerebu ni pun takde gunanya jugak
Betul tak?
Allah teringin nak dengar rintihan kita kepadaNya, mungkin
Peringatan buat diri sendiri
Sekarang baru ada masa nak menaip, huhu!
Pagi ni terasa macam banyak sangat keje nak kena buat
Padahal tiap-tiap hari pun sama jek, haha!
Owwhhh, mungkin sebab malam tadi tido awal
Tak larat nak buat entry auto-publish, heheehe
Dengan Nayli pun cranky plak pagi-pagi ni
Asek nak berkepit jek
Mana nak sapu sampah, kemas umah
Nak basuh baju, sidai baju, kasi depa dua orang ni makan, lipat kain lagi
Dengar Zakwan reading, BF kan Nayli tido
Fuhhh! Baru ada masa utk diri sendiri
Ni pun belum breakfast lagi ni, huhu!
Terjah blog dulu kekdahnya, hehehe
Lepas 1 famili tak berapa sehat 3-4minggu sudah
Alhamdulillah ada beberapa berita gembira utk kami sekeluarga
MamaZN buat status pasal hal ni
Ramai plak yang teka - preknen ke?
Kikikikiki
Cepat-cepat buat pencerahan biar 'clean & clear' ;)
Preknen tak termasuk dalam list berita gembira yang diterima
Tapi ada la hal-hal lain
Nampak kecik-kecik jek semuanya
Tapi tetap namanya berita yang menggembirakan :)
Alhamdulillah, Alhamdulillah
Allah kurangkan belah sini sebab nak kita bersabar dan beringat
Alhamdulillah, Allah lebihkan belah sini pulak sebagai ganjaran
Walau tak banyak, tetap bersyukur
Zakwan dah mula lancar baca buku
Walau baca buku Bacalah Anakku jek pun
PapaZN pulak dapat offer kerja baru
Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa PapaZN
Bendera merah pun sudah mariiii, hahhaaha! =p
Sama macam Zakwan dulu jugak
Kali ni Nayli umo 1 tahun 6 bulan 'dia datang'
Makanya, boleh la mula utk 'berusaha' dari sekarang, hahaha!
Ada rezkinya, In shaa Allah takkan ke mana... Kan? ;)
Walaupun begitu... (ewah, awat formal plak ni?)
Tetap ada jerebu di hati, haha!
Hati pun jerebu tauuu! =p
Sedang berdiskusi untuk membuat pilihan yang tepat
Ada masa lagi ni sampai sebelum raya nanti
Harap-harapnya pilihan yang dibuat tu baik utk kami sekeluarga
In Shaa Allah
p/s:
cepat la Jumaat! tak sabar nak pi tenangkan fikiran! :)