15 Mei 2013

Penuhi Jemputan | Majlis Dalam Taman (Garden Wedding) ^_^

Hari Ahad baru-baru ni
Kami penuhi undangan majlis perkahwinan adik kawan MamaZN masa kat U dulu

Dapat jugak undangan dari Ayu Sidratul Muntaha & Zarena Heeney
Masing-masing majlis perkahwinan adik jugak
Maaf sangat-sangat tak boleh nak penuhi semua
1 kat KL, 1 kat Meru, 1 kat Rawang
So, kita amik yang tengah-tengah la ;)

Dari BSP ke KL ikut MEX - 30minit dah sampai
Ingatkan jauh perjalanannya
Bertolak jam 11.15, 11.45 dah sampai
Majlis mula jam 12, haha!
Siap lepak-lepak dalam kereta jap tunggu lagi 15minit =p

Ehhh, lupa pulak nak bagitau
Majlis ni diadakan di Taman Tasik Titiwangsa
Tema : Majlis dalam Taman :)
Sweet sangat!


Antara orang terawal yang sampai, haha! :D


Bunting - Walimatul Urus :)


Warna tema : Ungu


Alhamdulillah cuaca sangat-sangat-sangat OK
Tak panas sangat, tak pulak hujan - redup jek
Angin pun sepoi-sepoi bahasa :)
Sedap duduk bawah khemah tu
Bersebelahan pulak dengan tasik
Sejuk mata memandang bila tengok kehijauan di tepian tasik
Feeling-feeling romantik gitewww! :)
Sudahhhh, berfalsampah pulak dah hah! =p


Ehem-ehem ;)
Muaz Ammar yang hensem! :)


Kami pulak tema hijau ;)


MamaZN teruja nak pi kat tmpt candy buffet ni
Tapi anak-anak pulak takmo, haha!
Takkan la mak pulak nak tergedik-gedik kan?
Segan la makcik, dek non! =p


Paling best, takyah tunggu lama nak tengok pengantin! ^_^
Kadang-kadang ada pengantin, kul 2 baru sampai
Yang ni kul 12.30 dah tiba
Keberangkatan raja sehari menaiki kereta kuda!
Festaim tengok, uols! :)




Balik umah, dok tenung jek gambar ni
Sebab 'asyikkkkk' sangat tengok baju pengantin perempuan tu
Dress yang sangat cantikkkkk!



Tahniah pada pasangan pengantin - Amar & Aqilah!
Moga bahagia hingga ke syurga

TQ Ummi, sebab jemput kami
In shaa Allah, nanti masa raya kami pi beraya sambil lawat baby baru ye!
^____^


Ini la kawan MamaZN tu
Sedang preknen 7 bulan, huhu! Bestnya! =)


p/s:
Rindu pulak pada kawan-kawan time blaja kat U dulu
Naseb baek sekarang ni Lia ada 'temankan' ;)
Yang lain-lain memang segan sangat dah nak jumpa diorg
Almaklum, berlainan profession :)


16 comments:

Lelord berkata...

Beshhhnya nek keda kuda

Myra Jay berkata...

wahhhh meriah...
Pengantin siap naik kuda lagi :)


Baju pengantin pompuan memang awesome :D

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Bestnya perkahwinan dalam taman..mmg cantik dress pengantin tu Nad!

MrS. F!zA berkata...

woa pregnant 7 bulan? tk nmpk lgsg mcm org pregnant..

MrS. F!zA berkata...

woa pregnant 7 bulan? tk nmpk lgsg mcm org pregnant..

PUANSTOBERI berkata...

tak penah dpt undangan lagi kat ttwangsa ni. mmg takde dah la gaknya. sbb semua member2 abis kawen dah. skang ni pun duk pegi kenduri anak kawan2 opis lak. huhu.

Sue-Rya Qistina berkata...

comelnya dress pengantin perempuan. simple je kan. bestnya siap naik kereta kuda lagi. mesti besar bajet diorg nak wat majlis camni

syawalsimpsons berkata...

cantik la dress tu

@e_da berkata...

best dpt g majlis camni kan.. pengantin naik kereta kuda tu.. unik

mamafarah4 berkata...

haah la..cantek dress dia..tapi tomei lagi baby nayli tu..kuang!kuang!

Cho Zila berkata...

sangat bestkan.. tiap2 minggu der jer orang buat kenduri kawen di sini.. sekali pakej kot kereta kudatu......
selamat pengantin baru... musim orang kawen dah sampai...

Masya berkata...

iyerlah dress pengantin tu lawa...

CheNamNam berkata...

wahhh dia peknen tujuh bulan tapi tak nampak lah perut diaa...kalo hakak 3 bulan dah membuyung kemaen lagi...hahahhaa...

pengantin cantik..siap naik kuda tuee....

lizz berkata...

waa cantik...pengantin siap naik kuda lagik...paling suka baju pengantin pompuan kemain lawa...

ALoNa CintamaniszLite berkata...

untungnya jadi OP majlis dorang...

lia berkata...

Adik ummi kawen yer. . Meriah btol smpai naik kete kuda gitu... Ummi peknen 7bln tp xnmpk pon body naik kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...