10 Mei 2013

Pengalaman Kelakar Mengundi Kali Pertama ;)


Almaklum, kali pertama
Apa-apa pun semua dirasa macam tak kena
Tanya orang itu, tanya orang ini
(orang yang berpengalaman yang pernah mengundi la ;p)
Sambil-sambil tu ada la jugak wat rujukan pada video @ gambarajah
Yang bagitau cara nak mengundi & keadaan semasa mengundi tu nanti
Cumanya kali ni pertama kali calitan dakwat kontroversi diberi sebagai 'saguhati'
Heheheh ;)

Masa pegi mengundi tu, MamaZN pegi dengan NenekZN, Aunty Yaya & Aunty Wawa
NenekZN kena beratur di saluran 2, maka terpisah la kami
Yang kami 3 beradik ni mengundi di saluran 5
Beratur pun berderet jek tiga-tiga ;)

Antara kami, MamaZN orang pertama pi memangkah
Konfiden jek melangkah masuk tu, hihi
Almaklum, dah buat banyak rujukan, kahkahkah!

Merasa jugak la nama & ic no. MamaZN dibaca kuat-kuat sebanyak 2 kali
Disebabkan berlakunya percanggahan antara pegawai PRU dengan agen pemerhati
Glemer uols! Dalam hati ada gak kerisauan, hahahaa!

Kalau nak tau, MamaZN ni kidal
Calitan dakwat pun dibuat di tangan kiri
Mula-mula macam 'cool' la jugak - dengan harapan dakwat cepat kering
Sekali, basah daaaa..!
Gelabah kejap, cemane nak pegang pen nak memangkah ni?!
Nak tak nak...
Terpaksa la MamaZN memangkah guna tangan kanan!
Bergetar-getar dibuatnya, haha!
Harap tak menjadi undi rosak
Boleh ke kalau mintak dia calitkan kat tangan kanan ek?
Tak terpikir plak aritu... ;)

Pastu disebabkan kami 3 beradik beratur berderet
Pegawai PRU yang check list nama tu dah buat muka pelik
Awat semua nama pun berbinti kan Hamidi tiga-tiga ni?
Aunty Yaya bagitau la yang kami ni adik beradik
Pastu baru la pegawai PRU tu - 'Oooooo...'

Hahaha... Memang pengalaman sungguh!
1st time katakan
Nak la jugak diabadikan kat sini kan, hihihi...
Kot 5 tahun akan datang In shaa Allah diberi peluang utk mengundi lagi
Bleh la buat perbandingan, kekekekeke....


Ehhh, apa yang kelakarnya? 
Ada ke? Haha!
Tah kena tah idak ngan tajuk, kehkehkeh! =p




Apa-apa pun yang berlaku, jangan putus kawan/persaudaraan ye
Sebab kita masih lagi seagama dan sebangsa
Elakkan la dari permusuhan disebabkan berlainan fahaman

Berhenti mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan mereka.. 
Lihat ke dalam diri kita, betapa banyak aib kita yang Allah sembunyikan.. 
Dengan itu kita nampak mulia dan baik di mata umum.. 
Sedangkan hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui..



17 comments:

Budak Kampung berkata...

hahha..oleh plak xterpikir calit tgn kiri tulis plak tgn kiri.sekali kena gune tgn kanan.

Myra Jay berkata...

Hheee, takpe pengalaman tu yg akan dikenang kan :)

myra masa ngundi ritu ada org depan tu dia kidal, dia mintak calit kat tgn kanan :)

Kat opis ni plak siap calit kat jari kecil (Kelingking) bukan jari telunjuk :D

Nana berkata...

dakwat mmg calit tangan kiri xkira kidal ke tak
heheh sama la kite pestime tu eksited
tp xde pon wat rujukan haha
Sebab ada tertengok kt tibi dia aja camane proses nak ngundi
cuma masa nk pangkah ink xkering lg tkena kt ketas undi sikit kaler pepel ink tu

mama lieyna berkata...

Setuju dn suka note kaler biru bawah tu... like banyak2x :-)

Hehe...kelaka la tu, mesti gelabah kan, ish boleh pulak tulis blah kanan, kesiannye nad :-)

*psst fm tu, kalau ada lebih, boleh jugak nad, k.eina tak kirim pun..tp kalau ada lebih laa... boleh jugak kasi.. hehe... nnti ada masa k.eina pos fm bkt merah.. :-)

MrS. F!zA berkata...

nampak gaya umor kita 30 lbih baru leh mengundi utk kali pertama nti..kalo dipjgkan umor..

eima berkata...

WAHHH bertuah ..aku jugak belum merasa ... penggal depan aku tukar alamat

Cho Zila berkata...

selesai sudah kita mengundi.. sudah2ler berpollitik teruskan berkerja...
orang yang calit dakwat kat tempat akak tanya tulis tangan apa.. so kalau kita kata kanan di calit kat kiri...
alahai kalau akakler kena tulis pakai tangan kiri memang tak lepasler...

Falsya berkata...

dieorg still calit kat kiri even kidal???..time ngundi tuh org belakang kite pun kidal tau nad..die ckp la yg die kidal pastu org SPR calit kat tgn kanan..boleh jeee..

Alycia berkata...

oohhh nad baru 1st time mengundi ke... alycia dh kali ke-3, so dah pro (haha, ada nada berlagak disitu ;)

nad, free x ahad ptg... maybe bole jumpe2 lagi pipi kot hehe.. nnt apa2 nad pm kat fb alycia yer.. xpun wassuup pun ok, ada no alycia kan..

lizz berkata...

dah habis pun ngundi...
samala kiter 3 beradik beratur sesama dia memasing wat muka pelik dierang cakap cam kembo...hehe
best ngundi kali ni meriahkan...

MRS. K berkata...

kite pon haitu beratur tiga beradik. saluran 6. hehee.. eh, kite pon lefthanded jugak nad. calit dakwat tangan kiri jugak. tapi kan die bagi tisu, lepas calit terus lap. pastu pangkah je ler.. huhu

Alycia berkata...

alamak nad, esok kita blk kg da...
ada kenduri... ahad free.. xpe, nnt apa2 nad wassup ekk.. kalau nad x dtg putrajaya, maybe alycia g rmh nad hantar.. bole ker??

Jue a.k.a Ibu 2F berkata...

pengalaman pertama memang indah...

CheNamNam berkata...

stuju ngan note kat bawah tue..paling penting jaga sensitiviti org lain..jgn main redah taip sesedap rasa jerk..pahlawan keyboard lah sangat kan...hehhh korser mak melayann...

Masya berkata...

pengalaman pertamakan.. haruslah abadikan kat blog, nad kidal ker??? lah.. napa x bg tahu.. mestilah dia calit kanan ...

Nafisa81 berkata...

ni mesti adik beradik jarak dekat ni...sama saluran

syawalsimpsons berkata...

semangat kan..sama la sue yang excited macam nak masuk exam beso je..kakakka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...