17 Mei 2013

Kejadian Di Pasar Borong | Sangat 'Terkesan' Di Hati Saya

MamaZN dah janji nak share cerita yang berlaku di Pasar Borong Selangor kan?
http://zakwan-afif-najmi.blogspot.com/2013/05/late-lunch-with-nasi-ayam-sempoi.html


Kisah ni bila dibaca nampak macam remeh je
Takyah amik kesah pun takpe
Tapi sangat 'terkesan' pada MamaZN yang mengalaminya sendiri
Saje je la nak share dengan kawan-kawan...





Kisahnya macam ni...

Masa dah pilih-pilih ikan, sementara tunggu ikan tu disiang dan dibersih
PapaZN kasi duit kat MamaZN soh bayar
Sebab time tu PapaZN dukung Baby Nayli
PapaZN kasi duit not RM50

Bila dah bayar, dapat baki RM25 MamaZN terus masukkan dalam poket jeans
Disebabkan berat, MamaZN cakap nak letak dulu ikan tu kat dalam kereta
Lepas tu baru cari sayur & ayam

Sebabkan PapaZN dukung Baby Nayli tadi tu
MamaZN offer diri la nak pi kat kereta utk letak ikan
PapaZN kasi kunci kereta, MamaZN masukkan ke poket yang ada baki RM25 tadi

Dah keluar dari pasar, MamaZN seluk poket nak keluarkan kunci kereta
Dah simpan ikan, patah balik pegi kat PapaZN & anak-anak
Tapi ikut laluan yang berbeza dengan masa pegi tadi

Dah cari sayur, dah cari ayam - durasi ada la dalam 30-45minit
 Masa nak bayar duit ayam tu baru perasan duit RM25 tadi dah takde dalam poket!
 Ya Allah, mana pulak hilangnya ni?!

Rasa terkilan sket la bila terpaksa keluarkan duit lain
Kiranya dah terlebih dari bajet la ni
Tengah kalut+sedih+jenih pikir+kelamkabut tu
PapaZN cakap takpe la, nanti kita cari balik
Kalau ada, maknanya memang rezeki kita la
Tapi kalau takde, Allah nak tunjukkan yang itu bukan milik kita
Kena la redha
Huhu, dah PapaZN cakap camtu, kita turutkan aje la

Selesai beli ayam, dah nak balik dah ni
PapaZN bawak anak-anak ke kereta dulu
MamaZN pulak melilau-lilau mata kat area tempat beli ikan
Lepas tu mencari-cari lagi ikut laluan masa nak simpan ikan kat kereta awal-awal tadi

Masa melilau cari kat area luar pasar
Tiba-tiba terpandang ada segumpal kertas not kaler ijau dan merah
Allahu Akbar!
RM25!
Betul-betul sama nilai duit yang hilang tadi!!!
Dan MamaZN yakin sangat-sangat itu duit MamaZN yang tercicir tadi
MamaZN perasan masa tu ada 2 orang lelaki berada dekat dengan lori
Tengah punggah-punggah barang
Tapi sebab ralit buat kerja, diorang tak perasan kot kat situ ada duit!

Masa tu terasa macam.....
Ya Allah! Tak terkata!
Bersyukur sangat-sangat!

Walaupun tempoh perasan hilang duit tu ada la dekat 30-45minit
Kira lama jugak la kan?
Berlaku pulak kat pasar besar yang sememangnya ramai orang
Kebetulan pulak masa MamaZN jumpa duit tu
Ada orang dekatttt sangat dengan tempat duit tu ditemui
Tapi kalau Allah dah tentukan rezeki kita masih ada - maka ada la ia
Walau apa pun yang terjadi..... Kan?

Memang nilainya tak banyak - cuma RM25
Tapi bernilai jugak kan?

Uishhh! Pertama kali terjadi pada MamaZN kejadian macam ni
Terus terasa insaf
Betapa besarnya kuasa Allah, nak jadikan sesuatu kejadian tu


Kalau Allah dah tentukan itu rezeki kita terima dengan hati penuh syukur
Kalau ada lebih, share la sket dengan mereka yang perlu
Kalau Allah dah tentukan yang tiada rezeki untuk kita
Maka terima la keputusan dengan redha
Perbaiki diri, insafi diri, dok sengsorang renung balik apa kita penah buat
Jangan putus-putus berdoa dan berusaha
Kalau masih tiada rezeki, terima lagi dengan hati yang terbuka
Berbaik sangka pada Allah yang setiap kejadian berlaku pasti ada sebabnya
Dan Allah takkan menduga seseorang tu lebih dari apa yang orang tu mampu

Jangan sedih sangat bila kita rasa yang kita takde rezeki
Sebab rezeki ni bukan dalam bentuk duit jek
Kesihatan, kasih sayang, anak-anak, kerjaya, perniagaan
Semua tu rezeki jugak tapi dalam bentuk yang berbeza

Renungan dan peringatan buat MamaZN
(diharap utk kawan-kawan jugak)
In shaa Allah kejadian yang akan diingati sampai bila-bila...


Kawan-kawan pernah mengalami kejadian yang macam ni tak?



19 comments:

Alyyani Anuar berkata...

syukur takde yang perasan. penah. tertinggal ipad kat mcD. hahaha.. nasib lah pekerja tu simpankan. kalut sungguh masa tuh. lesson learned sangat kan. tp bak kata nad kalau dah rezeki kita, tak kan kemana :)

ch@ berkata...

kita rasa tersentuh sangat kakNad. bergenang air mata bc entry ni. tidak pernah pula jadi pada kita, biasanya kalau sudah tidak ada, mmg x harap nak jmpa langsung. anggap je takde rezki. kalau x ingat simpan duit tu selalu la, tgh2 bc novel, jatuh rm20 inggit. tu slalu jd kt kita, simpan duit celah novel. hehe.

Adlin Mohamad berkata...

kita pernah gi pasar malam duit singgit2 dalam 8hengget je kita pegang sambil dukung bby, kiri kana pegang plastik sampai kat kete tgk duit kat tangan dah xde hehehe kena bebel la ngan king ..dia try cari mmg x jumpa xde rzeki namanya tu ..halalkan je sampe yg amik

JaSSNaNi berkata...

syukur alhamdullillah... dapat gak balik duit tu.. kalau tidak mmg ralat kan... :) hehehe.. masa jumpa tu terasa besarnya hati berbunga kan..

PUANSTOBERI berkata...

betul tu. if tu mmg rezeki kita, mmg ada lah. tp kalo bukan rezeki kita, makanan yg dah nak masuk mulut pun buleh terjatuh :)

:: Cik Viva :: berkata...

kalau memang dah rezeki kita, macam mana sekalipon tetap dapat balik. Kitorang pernah terbagi apek jual tilam tu rm100 padahal mase tu cume kena topup rm50 je..mlm tu takleh tido terkenangkan duit rm50 tu. Tapi mmg rezeki sungguh sebab 2/3 hari kemudian apek tu datang balik kawasan perumahan kami sebab nak pulangkan duit extra tu...terharu rasa...

Nana berkata...

Yup pernah jadi hilang wallet masa kat kelantan
Lepas tu menda tu klw difikir mcm miracle sgt2
Nak cite taku xpaham
Serius miracle...sebab hilang nye kat bandar yg jumpe nye sedara plak!

mummy_ayu berkata...

setuju tu..kalau dah rezeki kita tu tak ke mana...tapi kalau bukan rezeki..bukan jugak...subhanallah..

lizz berkata...

nasib baik jumpa balik duit tu...pernah gak berlaku kat saya memang tak jumpa...terkilan sangat rasa...

fadzilah harun berkata...

pernah terjadi perkara yg sama baki rm50 tercicir lps blik dr kedai.. lps beberapa hari cuba ke kedai ikut laluan yg sma terjumpa gumpulan bakiduit tu blik. duit dh berlumpur sbb sblm ni ujan..Memmang besar syukur sesangat kejadian 10thn lpas..

Myra Jay berkata...

Betul tu kak, mungkin Allah 'sengaja' hilangkan duit kita untuk menguji kita samada kita redha atau tak dengan ujian.. Dan lepas PapaZN cakap macam tu, maksudnya Sis redha dan sebab tu Allah 'kembalikan' rezeki Sis.. :)
Alhamdulillah

Nory Zoulkefle berkata...

kalau dah tertulis tu rezeki kita, memang tak kemana punya duit tu kan..

25 hengget banyak tu, boleh kenyang perut untuk 3 orang...hehe

mama lieyna berkata...

Nad pun sllu pg pasar borong ni ke, k.eina sllu gk, tp en suami n arif kerap jugak..

Mmg besar pasar ni, mmg dh tertulis rezeki itu awk punya nad... sesekali kita ptt renung n muhasabah diri kan.. mcm bulan ni, kereta kami masuk bengkel gara2 eksiden kecil tu, baru beriya2 suka sbb dpt bonus n kutu, tp mungkin ada sesuatu Allah nak smpaikan, dia tarik skit rezeki tu pergi katkereta .. semuanya kuasa Dia..

Alycia berkata...

Alhamdulilah, setiap kejadian tu ada hikmah dariNya kan..

syawalsimpsons berkata...

setuju sangat kalo dah mmg rezeki kiter yg allah tentukan tak kemana kan...

eima berkata...

alhamdulillah ... klu bkn rezeki kita camne pun kita jg ia akan hilang kan ....

~aSHa~ berkata...

pernah tertinggal songkok anak kat secret recipe...pekerja tu ingat akak lagi..masa dtg..dia yg tanya...akak sdri dah lupa...

amiey lee berkata...

Yela kalau dah tertulis rezeki tu tuk kita..insyaAllah.. kena redha kan.. kta tak ingat la.pnah jadi atau tak pada kita...

Yg paling ingat kta tercicr subang emas..hubby belikann... dah cenoetttt aja subang tu..hati dah redho habisss... tapi alhamdulillah masih rezeki kita...sebelah jumpa kat surau kt opis...sebelah lagi jumpa kat kat umah masa tu nak amik baju then terjqtuh kat lantai...

Sweetmama berkata...

Alhamdullillah..
renungan dan peringatan yang baik utk kita semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...