Tak sampai hati nak tinggalkan blog ni tanpa sebarang entry, huhu!
Weekend lain la citer, banyak aktiviti hihihi
Takpe, gagahkan jugak walau 1 entry
Semalam sempat up 1 entry jek
Sebab bz jaga Nayli yang tak sehat
Sebenarnya dah 2 hari 2 malam Nayli tak direct bf ngan MamaZN
Meraung, meragam, nanges, meraung, meragam, nanges
Ketiduran pun sebab penat tapi dalam keadaan lapar
Kul 2-3 pagi tido, kang kul 4 bangun balik sbb lapar
Pastu dodoi-dodoi lagi, kasi minum air masak pastu tido kan balik
Kang kul 5 bangun balik, sbb masih kelaparan
Huhu, kesian!
Nayli nak makan, nak minum, tp mulut nya ada ulser
Tapi kesian, dia mampu tengok jek, huhu
Baru suakan kat mulut, trus dia tolak
Bukan 1 jek ulser tp banyak!
Mula-mula ingatkan HFMD tapi rupa-rupanya bukan
Doktor cakap ulser
Patut la Nayli tak berapa nak minum & makan
Alahai, makin kurus la bambam Mama ni nanti...
Sehari dapat 7oz + 7 oz. Pastu terus demam, huhu!
Cuba la bayangkan 2 hari 2 malam Nayli tak menyusu
Cemane agaknya keadaan MamaZN kan?
Hihihi...
Memang terpaksa la buat kaedah marmet utk 'kosong'kan
Tak reti, tapi cuba
Letih, tapi kene usaha
Kalu tak buat gitu...
Nanti mak nya merana sbb sakit, anak pulak tak dpt nak minum susu
So, nak tak nak kena kuatkan semangat
Sampai demam jugak la dibuatnya semalam
Naseb baek la kejap jek, kalu idak, sape la nak tgk kan anak-anak, huhu!
TQ pada Sue Syawalsimpsons sbb sudi jadi sifu smlm :)
Dalam pada Nayli tak sihat tu
Zakwan pulak kurang kasih sayang
Mak pak nya terpaksa gilir-gilir jaga Nayli
Nak kena layan macam tuan puteri
Naseb baek la Zakwan ni dah faham
So, takde la dia meragam tak tentu pasal
Alhamdulillah
Tapi ada jugak la sekali tu dia mengalir air mata kot
Sebab takde sape layan dia, huhu!
Sori sayang! Nanti Mama & Papa ganti balik ek!
Kita happy-happy sama-sama bila Nayli dah sehat nanti
Thanks sebab memahami keadaan Nayli ye sayang!
Semalam bawak Nayli jumpa doktor
Doktor biasa ngan doktor homopati
Masa jumpa doktor homopati, MamaZN nak check badan jugak
Kot-kot ada masalah apa-apa
Hmmmm
Dukacita, sedih dengar perkhabaran doktor tu
Takleh nak share sekarang
Sebab nak dapatkan 2nd opinion dari doktor klinik biasa jugak
Semalam MamaZN tak ikut Nayli gi jumpa doktor biasa
Sebab MamaZN dah tumbang sbb demam bengkak susu, hukhuk!
Apa-apapun, moga kami sekeluarga terus tabah hadapi dugaan
Dugaan ni datang sbb nak uji kesabaran kita jugak kan?
Moga kami terus sabar
Ada hikmah di sebaliknya ni
Alhamdulillah
Doakan kami ya!
GTG, Nayli dah jaga!