23 April 2013

TRICK ART MUSEUM I-City | Lokasi & Tiket Masuk

Best tak Trick Art Museum yang MamaZN share tadi?
Bleh klik sini kalau ada yang belum baca ^_^

Memang happy giler kot!
Sebab dah la tak ramai orang
Pastu harga tiket murah
Pastu happy dok gelak2 dalam tu, haha!

Sebenarnya Trick Art Museum  ni terletak dalam I-City
Bersekali dengan Snow World, Water World, Giant Ferris Wheels & etc.
Tapi kitorang tak terjah semua tu
Sebab niat asal memang nak pegi Trick Art Museum je ;)
Lagipun, panas terik! Tak larat pun nak berjalan
Naseb baek muzium ni dalam bangunan - beraircond sket ;)


Belakang tu peta I-City :)


Kalau kawan-kawan dah masuk kawasan I-City
Pi cari parking kat basement
Takdela kena berpanas
Pastu ikut jek signboard ke arah Trick Art Museum
Ada banyak signboard disediakan


Macam ni...


Trick Art Museum ni terletak di dalam bahagian I-Kidz World
Senang jek nak cari
 Trick Art Museum ni apa sebenarnya?
Actually Trick Art Museum ni adalah muzium yang menempatkan pelbagai lukisan
Yang nampak 'hidup'
Bila kita bergambar tu, seolah-olah lukisan tu adalah realiti
Tu yang dinamakan trick art tu
Sebab ia macam seni silap mata la gitu, mainan perasaan ilusi, hehe


Ini la pintu masuknya ^_^


Sebelum masuk muzium tu
Pastikan kawan-kawan cari pondok bentuk peti harta karun ni ya, hihi
Kena beli tiket dulu di sini :)


Time kitorang pegi ni, bapak giler ramai budak-budak sekolah rendah (ca-ya-nun-alif)
Depa buat rombongan ke sini
Cikgu mana la yang 'bijak' sangat cadangkan tempat ni utk buat rombongan?!!
Menyampah kottt!
 Asek nak tolak-tolak jek
Beratur nya idak! 
Pastu yang lagi best, cikgu depa pun surrender takmo jaga diorg dah, haha!
Lantakkkk!


Muka bengang kena tolak! 
Kasi garang sket, baru depa gerun, kuikuikui! =p


Harga tiket ke Trick Art Museum ni hanyalah RM5 sahaja
Budak setinggi Zakwan dah kena bayar jugak
Jadiknya total yang perlu dibayar adalah RM15

Kat sini diorang pakai sistem top-up card
Maknanya kena beli 1 card I-City berharga RM3
Pastu dengan 1 card ni share 3 orang punya bayaran masuk tadi
Kad ni boleh digunakan kat mana-mana taman tema dalam I-City tu
Janji kena ada $$$ di dalamnya
Kalu tak cukup, maknanya kena la top-up
Dan kad ni kena simpan kot-kot nak datang lagi lain kali


Sape-sape nak pegi nanti, boleh la pinjam kad MamaZN ni
Save RM3 ^_____^


Dah lepas bayar tu, boleh la masuk muzium, hehe
Boleh la mula beraksi, berlakon depan kamera, haha!


Contohnya macam ni ^_^


Zakwan pun tak puas kot lagi
Dah 2 hari ni asek ajak pi sana lagi jek, hihihi
Next time ek Zakwan! :)
Kita terjah tmpt lain dulu...



18 comments:

syawalsimpsons berkata...

kakakak..terus zasss call akob ajak G ahad ni..terus onn kata akob sebab murah...kakkaka

muffins Jue berkata...

assalam nad,

macam best je..kena pegi ni nampak gayanya..hehe

Sidratul Muntaha berkata...

museum yg zana pergi aritu dgn echa
huhahuaha!
aku tak menyinggah lagi tmpt ni
ahaha

Adlin Mohamad berkata...

pinjam nad kad tu kekkekke jom terjah sana lagi tp weeknd ni ah ada xtvt next week mengundi pulak dah ..1 may ok gak erkk terjah ,,

Salina@IbuAqil berkata...

Amboi!!!
Gambor last tu kemain lg hah!!
Hi3!!!!

lia berkata...

Nak p nak p.... Best gler nih...

aLyNnZ berkata...

menarik best2..nak gi jugak lar..lagi pic..?? hihi tak puas nengok..

:: Cik Viva :: berkata...

Dah ade kad la skang..wahh

mama lieyna berkata...

Waaaa bestnye.. masuk dlm list..nk g gakkkk... :-)

Taktau pun ada muzium ni, ngeee... bleh terjah nnti..lalala..

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

kina x sempat nak pergi lagi. mcm best!! nak pergi jugak la. tapi x tahu bila...hahahahaha.

ALoNa CintamaniszLite berkata...

yeayyyy...
seperti dibayangkan..
akak dh tgk rupa nad bila tak senyum...
yeayy...suka..suka.

**ok jer pun...

Nana berkata...

blk kl nnt bole la pegi kot hehee

zarena heeney berkata...

tak sampai pun lg ke sini
cuma baru terjah waktu mlm jea tgk lampu2

mummy_ayu berkata...

memang nampak menariks sesangat..of coz la Zakwan seronok..

Masya berkata...

murahnya.. tetiba nak bg tau hubby kot² dilayankan.. boleh pg hujung minggu ni...

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

menariknye n yg penting harga tiket berpatutan..

tp tu lah k.eija ni i-City tu pun x pernah sampai, mmg teringin sgt nak pergi tp asben selalu kata x minat g i-City dia rasa mcm jauh bangi ke Shah Alam tu..ciankan..

Cho Zila berkata...

ooo boleh yerk beli berasingan.. akakni ingat kena beli semuanyer sekali. ok boleh pergi kalau cam gini... thanks yooooo

Norhazlina Mohd. Zaki berkata...

Waahhh...best nie...tahun lepas tak siap sgt lagi I City nie...kena planning betuilll nak kesana..hihi..boleh jalan puas2...anak2 pun happy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...