08 April 2013

JJCM | Mee Ketam, Seksyen 7 Shah Alam ~ TERBAIK!

Sabtu malam aritu
Kami pi kluar jalan-jalan cari makan
Sebelum ni penah la 'cucuk-cucuk' PapaZN - ajak pi makan mi ketam
PapaZN ni segala mala seafood dia suke
Tu yang saje dok ejas, kot-kot dia teringin nak merasa
Lagipun bila baca kat blog-blog, ramai sangat dok citer sedap-sedap-sedap! ;)

Maka ke Seksyen 7 Shah Alam la kami :)
Senang jek nak mencari tempat makan ni
Dekat dengan area Lontong Klang 

Hujan renyai-renyai, perut dah lapo beno ni
Memang 'simpan perut' sbb nak makan mi ketam punya pasal, haha!
Bila sampai kat kedai
Makkkk aih!
Bapak ramai!
Haaa, tu dia, dah mak, bapak pulak ye? Haha! =p

Tempat duduk kat dalam memang full
Waiter dah susun meja kat luar - kat kaki lima kedai
Takmo la makan kat kaki lima kedai, tak feel la
Sanggup tunggu tu tempat duduk kat area dalam
Alhamdulillah ada 1 couple ni tak jadik makan kat situ
Dia tapau bawak balik je
Cepat-cepat pi tanya tempat duduk tu
Konfem kosong - terus duduk! Yesss! =p

Pekerja-pekerja sume lelaki
Sume-sume pun bz
Kami tunggu dekat 20 minit jugak kot nak menunggu order
Bz waiter-waiter ni sampai kan boleh lupa air orderan kami
Yang sampai lewat dari kami dah dapat dulu da air dorang
Aduuuu, sabo, sabo
Mi ketam punya pasal, hahaha!
Layan la dekorasi kedai sementara order siap
Sempoi jek, santai pun yek
Tapi sbb ramai sangat, suasana jadik takde la tenang sangat


Zakwan dah makan awal-awal td
Jadiknya die temankan Papa & Mama jek ;)


Belakang PapaZN tu wall of fame 
Giler banyak keratan akhbar yang diframe kan
Penuh kot 1 wall tu!


Bila baca blog-blog lain
Ramai yang suggestkan utk order Lai Chi Kang
Dorang cakap memang terbaik la kat sini
Selain mi ketam - menu wajib order


Serius sedap! Sedap sangat! Dap-dap-dap! ;)


PapaZN order mi ketam saiz biasa - RM8
RM8! Percaya, jangan tak percaya! :)


PapaZN cakap mi kari terbaikkk die penah rasa!
MamaZN masak pun die takde puji camni, hahaha!
Makan tak pandang keliling dah
Khusyuk dan tawadduk!
Kari dia sedap! Berlemak, manis, pedas sume cukup rasa
Serius sedap!
Ketam pun fresh & banyak isi


Tak pandang kiri kanan dahhhhh ;)


MamaZN tak order mi ketam
Kalu ketam ni MamaZN kurenggg sket
Naseb baek ada menu lain selain mi ketam
MamaZN order nasi putih + udang galah masak cili
Pergghhhhh!
Terbayang-bayang udang galah yang saiz besar tu!


Tara....!!!


Kat sini udang galah boleh pilih nak dia masak apa
Sama ada masak cili, masak blackpepper dengan masak sup
MamaZN pilih masak cili
Ingatkan masak merah 
Rupa-rupanya bukan!
Lain sebab berkuah tp sangat sedap!
Owh kat sini, udang galah harga ikut berat timbangan ye
Macam MamaZN punya order ni
Nasi putih+udang galah 2 ekor besar-besar = RM14


Dapat 2 ekor... Yummy uols!


Kuah udang masak cili ni sedap!
Kuah pekat & pedas, manis udang terasa, banyak isi
PapaZN nampak tukang masak guna roti utk pekatkan kuah


Port masak-masak dekat jek dgn tmpt duduk kitog tu ;)


Alhamdulillah, kenyang
Puas hati sangat makan kat sini
Belum balik lagi, belum kluar dari kedai lagi
PapaZN dah ajak repeat lenkali
Maknanya sedap sangat la tu :)




Kedai ni bukak dari 12 tengah hari sampai 10 malam
Lepas ni nak try pi awal-awal makan time lunch plak

Lokasi kedai :
No 11 Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor

Waktu operasi :
12:30 tgh hari hingga 10:00 mlm pada hari Selasa - Ahad
5:00 ptg hingga 10 malam untuk hari Jumaat
Tutup pada hari Isnin.



Kalu nak pi, jangan lupa order lai chi kang! :)


18 comments:

MRS. K berkata...

ajak hubby mesti die xnak nih.. ketam, sotong semua die tak makan huhu

JaSSNaNi berkata...

hahhhhhhh.. laparrrrrrr!!!! nak mee ketam gak la.. lom sampai tempat tu.. nanti nak JJCM gak..

eima berkata...

nampak cam besh tp aku tatau la nk pi ke tak ... sbb jauh sgt .. hehehe

lieyalatif berkata...

Lieya pun penah jjcm sini dulu nad...tgk dari gambar nad tak berubah lagi laa kedainye...

Laicikang die sedap...menu pun not bad laaa....puas mengokak ketam hehehehehe

Masya berkata...

mengiurkan dibuatnya... mmg sedapp betul yer...

*∽ IZAN ∽* berkata...

uwaaaaa bestnyaaaa.... nak jugak nak jugakkkk!!

aLyNnZ berkata...

nyummy..alynn mmg fav ketam..udang galah pun fav jugak..huhu..kalau g s.a boley cuba nih..lai chi kang punnn dapp

Lisa Sheila berkata...

Wah..macam sedap je mee ketam tu..huhu.. Xtau bila nk p shah alam or turun kl lagi... Kalau x bleh gak cuit2 en suami p try..hihi

aanie berkata...

terliur tgk ketam tuh...fuhhh...

Ya ALya berkata...

mmg terbaik......nayli mana...?dah tido ke dier...

Chekgu Azrine berkata...

jarang ke s.alam..tapi kalau gi wajib try nih..hehehe

fazilzura berkata...

siap posing ngn udang tuuu ..

besau jgk

♥cikmOt♥ berkata...

kalu hubby akak, memagn tak la...sobs...asyik keje jek dia

ADEEYA berkata...

Lama dah tak pergi sana :D

Nida Mohd berkata...

nampak sedap..nanti leh ajak hubby g terjah ni..

Zura@Iwan berkata...

adoyai..kalau tingin jauhnye nk gi rasa...hahaha...

tk per..ada rezeki trn shah alam jumpa adik akak kt sn..leh try rasa...

thks nad for info..

Sue-Rya Qistina berkata...

tempat bermain2 dulu ni. hehehehehe. tapi dah lama x mkn kt area sini. perggghhh..tgk pun dah nampak sedap. terliur! tp x lalu tgk udang besar2 gitu

Tanpa Nama berkata...

anda ni review berbayar ke? saya dah pergi. ketam size kecik xde isi. x sedap pun. dan kedai pun lengang. x ada orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...