18 April 2013

Family Getaway @ Bayou Lagoon Park Resort | RONDA-RONDA BANDAR MELAKA :)

Okeh, last entry utk Cuti-Cuti Malaysia kali ni, yeahhh!

Keesokkan paginya tu
Pagi-pagi lagi kami dah turun bawah ke cafe
Sebab ada disedikakan breakfast
Macam kami yang booked apartment 3 bilik ni
Dapat la breakfast free utk 6 orang
Kalu nak tambah kena byr RM23 seorang (dewasa)
Untuk kanak-kanak tak sure pulak
Makanan not bad
Banyak pilihan dan sentiasa di top-up
Memang kenyang la

Pastu Aunty Yaya & Aunty Wawa & kids sambung pi maindi water park
Zakwan kan tak sehat
So, kami decided takyah la nak berendam pagi tu
So, aktiviti kami pagi tu pergi ronda-ronda Bandar Melaka
Yippieeee!!!!!
Saya suka, saya suka! Haha!

Lepas breakfast trus bertolak ke Bandar Hilir
Yang lain-lain masih stay kat hotel lagi
Janji jumpa kat Taman Buaya jek nanti sbb nak konvoi balik sesama

 
Sempat la abadikan kenangan kat sini ^_^


Bila jalan-jalan kat Melaka ni, rasa excited dia lain macam la
Taktau la kenapa
Feel dia sama macam MamaZN pi Taiping & Kuala Kangsar dulu
Sebab peminat sejarah ke? Muahahaah!
Mebi la kottt =p

Sampai kat Bandar Hilir, kami berenti kejap dan singgah ke Heritage Gallery
Tujuan utama? Apa lagi kalu bukan nak cari FM, haha!
Tapi tak banyak pilihan la
Walau tak banyak pilihan pun ada gak membeli kat sini, hehe

Pastu rehat kejap sbb Zakwan dah tak larat
Asek nak berdukung jek dah
Baru ingat nak jalan sampai depan A Famosa
Tapi sebab Zakwan tak berapa sehat tu 
Tak jadik la, huhu!
PapaZN kasi cadangan soh MamaZN sengsorang pi depan A Famosa
Pastu sape nak amik gambo MamaZN ni nanti? Huhu!
Takpe, baik pi lenkali, haha!


Rehat jap... Nampak kan Zakwan tak bermaya?


Tapi tetap sporting kasi pose menarik :)
Tengok si kecik tu..... Amboi!


Otw nak pi kat kereta, ada beca cantik ni lalu
Tak dapat naik pun takpe la, amik gambo jek ^_^


Sebenarnya cam kagum kejap la
Sebab area depan Dataran Pahlawan ni berderet sekolah!
Huiiii, masih bertahan ek skolah ni walau kat tgh-tgh bndr yang sentiasa ramai pelancong ni!
Ada dekat 3-4 buah skolah jugak rasanya
Bayangkan la time sekolah kan
Mesti jammed area situ kan?
Dah la semua pun jalan sehala
Lagi satu, cemane la diorang bleh tumpukan perhatian dlm kelas ek?
Hehe


Amik gambo A Famosa dari dalam kereta jek, huhu!


Dah lepas tu, ajak la PapaZN jenjalan cari bangunan merah Stadthuys
Teringin nak nengok kekdahnya, hehehe
Lalu dan amik gambar dr dalam kereta jugak
Memang tak dan nak singgah
Dengan keadaan Zakwan yang tak mengizinkan tu
Lagipun parking pun payah, huhu!
Rupa-rupanya kat situ pun ada jualan
Baik la cari FM kat situ, tah-tah dapat lagi murah, huhu!




Lepas lalu bangunan merah, PapaZN ajak pi jalan kat Jonker Street/Jonker Walk
Berbunga rasa hati dah ni
Sebab memang MamaZN teringin nak jejak, hehe
Pagi-pagi ok la lagi
Masih tak jammed sangat pun
Tapiiiiiiii melilau-lilau jugak la mencari parking
Ada dekat 4-5 kali la pusing kat area situ jek
Semata-mata nak cari parking!




Sudahnya, PapaZN parking kat tepi jalan mana tah
MamaZN sengsorang jalan kat dalam tu
Hehehe
Bila dah sorang-sorang, memang jalan pun cepat-cepat jek la
Tujuan utama memang nak cari FM yang kiut-miut
Yeay! Jumpa jugak!
Kalu kawan-kawan nak cari FM yang design cantek-cantek
Pi la dalam Jonker Street ni
Memang banyak pilihan!
Harga pun standard jek
Tapi taktau la kalu ada tempat lain yang jual FM
Ada sesape nak share port lain utk beli FM? ;)


Antara koleksi yang berjaya dibawak balik KL, hihi
Ini bukan utk MamaZN sorang
Ada sebahagian dah diagih-agihkan pun
Dan ada lebih utk kawan-kawan yang selalu datang sini :)


Nak FM Melaka tak? 
Jom join GIVEAWAY! :)



14 comments:

Lily@MamaZaraZareef berkata...

Kalau dtg melaka malam2, lagilah jammed..few years ni bertmbh pesat bandar hilir tu..dulu2 takdelah sesak sgt..huhuhu

amiey lee berkata...

Nad..takpa next time dtg lagi naik river cruise plak kann..kita pun dok risau sarah demam ari tu..pagi ni si ashraf plak demam..mnta2 cepat baik

syawalsimpsons berkata...

sue dah lama tak G melaka...last G time syawal 1T 7B

Adlin Mohamad berkata...

dulu gi masa kyra bby lagi kitaorg dok panjat afamosa tu giler la peluh2 hahahaha sampai atas mat saleh kenan ngan kyra pulak kikiki

MRS. K berkata...

last pegi melaka 2 taon lepas huhu

Chekgu Azrine berkata...

seyes..tingin nk g jln2 melaka bwk ank2..tp bila ntah..huhu

Cho Zila berkata...

alamak akak memang nak sesangat gi melaka.. cari masa sesuai.. suami akak memang tak suka jemni.. harap dapat jugak pergi.. akakpun suka bangunan bersejarahni.. bila tengoktu feel dia lain..
cantik2 belaka yerk fmtu..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

k.eija mmg suka g melaka, antara tempat feberet..sbb ada byk tempat menarik kita boleh pergi, ohh baru tau ni ada waterpark baru..nnti boleh la kami pulak terjah. tp tulah kalau sampai melaka mmg papa zaquan kalau boleh elak g bandar melaka sbb jammed n susah nak parking, dia lebih rela bawa anak2 dia berjalan JJ Ayer Keroh je..hehe

lia berkata...

pic ke3 tu Nad... ecececeeee kan main lentok Nayli posing yer he3

lieyalatif berkata...

melaka mmg byk tempat yg best tuk dilawati nad..sebab tu kalo school holiday kompom jem area melaka tu...

lieya ni nak tegelak tau...tgh khusyuk bace2...tup2 scroll sampai part pic yg nayli telentok posing tu terus lieya tegelak2....sebok jek budak comel tu dok depan2 kamera hahaahahah....suke laa nayli ni...posing die tu mencuti ati....

betul tu nad situ semua kebanyakan jalan sehala...bila salah masuk jalan mmg pitam le nak kene pusing balik....

qieranna berkata...

sy pun tido kat sini gak ari tu...nmpak nad n family tgh makan...duduk depan kat pintu masuk kan?? sbb ramai sgt so segan lak nak tegur...masa amik makanan pun duk sblh nad...tp segan lar....hehehe...

patut la nampak zakwan hensem tp mcm tak bermaya jer...

mama tisya berkata...

ada tmpt jual fm dkt dpn ship apa nama die lupa ..situ mcm ada 1 bangunan org jual brg2 souvenier & makanan melaka mcm cencalok,belacan,kopok, bj2 dan mcm2 lg

Ya ALya berkata...

melaka mmg sangat payah nak cari parking n jalannyer banyak yg one way.....

klu nak beli fm yg cantik depan kapal tu ada satu bangunan khas,best sikit g situ,sb peniaga majoriti melayu....

harga tetap standart la...


FM yg murah kt cameron tu je....hahahahha....

Zura@Iwan berkata...

last pergi melaka masa thn apa ntah..masa tu berdua ngan hb lg, irfan blm ada...hehe..

mmg gigih la panjat g naik kota afamosa tu..hehe...

tp kan...masa tu blm hantu FM lg, tk beli pun FM melaka..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...