10 April 2013

Ambil Report Card @ Sekolah Zakwan

Sekolah Zakwan ni apa-apa aktiviti pun sume cepat
Kalu ikutkan, Hari Sukan aritu pun cepat banding dengan sekolah lain
Pastu first parents meet ni pun kira awal jugak ni
Cuti skolah aritu skolah Zakwan siap ada kelas tambahan lagi
Dalam seminggu cuti skool aritu, 2 hari Zakwan kena pi skolah 
At least terisi jugak la masa terluang Zakwan dengan menda berfaedah
Kalu idak tu asek la ngadap game! =p
 
First parents meet ni kiranya macam nak amik report card Zakwan la
Teacher jugak akan cerita perkembangan Zakwan kat skool
Sepanjang 3 bulan yang pertama ni
Apa aktiviti Zakwan buat kat sekolah?
Ada perubahan tak?
Ada apa-apa perlu dibaiki tak?





PapaZN dah booked utk slot jam 9 pagi
Elok jugak ada slot-slot macam ni
Takde la sume parents datang sekaligus bersesak-sesak
Pastu kene tunggu giliran lagi karang
Bila macam ni tenang sket la parents nak bersemuka dengan teacher kan?
 

Teacher Zakwan - Teacher Ti :)
 


Teacher tgh tunjuk apa yang Zakwan belajar kat skool


Salah satu hasil kerja Zakwan kat skool


Sebenarnya
Mak Zakwan ni dah riso
Bila tengok anak kawan-kawan lain buat homework kat umah
Awat anaknya takde bawak balik buku @ kerja sekolah pun?
Rupa-rupanya Zakwan ada 7 buah buku kerja
Apa-apa kerja pun akan disiapkan kat skolah
Takde bawak balik umah pun
Baru la makpak Zakwan ni tau... ^_^
So, makpak sendrik la yang kena mainkan peranan nak kasi homework kat anak2




Budak tu sebuk jek tu... Hihi


Dah lepas sesi perjumpaan tu
Teacher tunjuk la hasil kerja Zakwan yang ditampal kat dinding 
Sengih jek makpak Zakwan, haha!


So far, ok la...
Memberangsangkan!
Banyak perubahan banyak perkembangan
Alhamdulillah
Tapi masih banyak jugak utk diperbaiki dan diberi perhatian
Almaklum, anak bujang sorang ni manja sket

Tapi tu la masalahnya
Kalu kat umah ni payah bebeno nak ajak dia buat aktiviti 
Menulis ke, melukis ke, mewarna ke
Kejap je, dah penat la, ngantuk la, sakit tangan la
Mana la asek tak kene marah jek
Kalu kat skolah tu elok plak buat sume benda tu...

Apa-apapun
Seronok la jugak kan bila dapat join aktiviti skolah macam ni
Dapat la kita kenal & tau apa perkembangan anak-anak kat skool
Kalu sebelum ni makpak kita dulu yang dtg utk amik report card kita
Tapi laaa ni, kita sendrik merasai pengalaman tu
Sejak tadika pulak tu dah ada aktiviti camni, hehe



13 comments:

Chekgu Azrine berkata...

budak lelaki memang gitu..tapi derang jenis pick up..tk yah risau sangat..hehehe

eima berkata...

budak mmg gitu fahim pun sama je .. kat sekolah die pendiam pemalu sesgt tp kat rumah hero ..huhu

Sue-Rya Qistina berkata...

bnyk sekolah skang dah praktikkan buku kerja camtu. anak sulung saya pun sama. buku darjah 1 pun bnyk, tapi buku aktiviti cikgu simpankan. kalau ada kerja sekolah je cikgu bagi bawa balik

lia berkata...

Amsyar nyer ptm ni ptot last week tp d tunda pulak hu3...

Norhaizan hakim berkata...

sama la dengan anak KZ, baru membaca sikit dah kata dah penat...angin juga mendengarnya tapi nak paksa pun tak boleh jugak...ikut ajerlah janji dia ada perkembangan dan tidak ketinggalan.

MamaYatie berkata...

keep it up zakwan..!!
tadika baru...tak yah la bebankan dgn homework yg byk..kesian budak2 kan...as long pembelajaran kat skool tu efektif

MRS. K berkata...

hadif pon tak penah bawak balik homework. sampai umah karton.karton.karton. huhuhu..

syawalsimpsons berkata...

bila kat sekolahkan ramai kengkawan...mcm mana klo syawal nnt ye...x sbr pulok rasanyer

Masya berkata...

iyerlah cepatnya sekolah zakwan ni...

mummy_ayu berkata...

Ayu pun tgh suspen tunggu result exam ian hari tu...ada kawan kelas dia dah dapat but Ian kan mc 2 hari..emm..tak tau la dia dapat no berapa?

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY berkata...

sama la dgn zaquan pun, dekat rumah kalau kita suruh ulangkaji skjp je rajin dia, cepat bosan, boleh pulak kita soal dia, dia soalnya kita balik...

tadika n taska zaquan n ziqry sabtu ni buat perjumpaan dgn parents..

aLyNnZ berkata...

Cantik school zakwan..bersih kite tgk pun sejuk je mata memandang..bagus kan sesi perjumpaan parents n cikgu..baby nayli pun nak school jugak eh..

Kalau tak keberatab brp yuran bulanan dan tahunan school zakwan ni..al maklum lah danish nak skolah thn depan..tgh pening mencari tadika..

mama lieyna berkata...

Zakwan dh besar :-)

Alhamdulillah...moga terus menunjukkan pkmbngan yg baik.. tp budak lelaki biasala kot, byk main :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...