22 Mac 2013

PETUA MENGHILANGKAN BATUK BAYI

Dah semacam musim pulak sekarang ni
Budak-budak demam, selsema, batuk
Kita sebagai ibu bapa mesti la risau terlebih
Ye la, dah la ksian kat anak-anak yang menanggung sakit
Ksian jugak kat diri sendrik sbb tak cukup rehat
Sebab jaga anak-anak sakit

Tapi bersangka baik la selalu
Bila sakit-sakit camni harapnya dapat la menghapus dosa-dosa kecil
In shaa Allah

Ada beberapa petua nak di share kan kat sini
Ini sebagai alternatif perubatan la ek
Yang menyembuhkan hanyalah Allah SWT
Kita berusaha selagi terdaya...   
Harap dapat membantu
 
    

PETUA MENGHILANGKAN BATUK BAYI

. Cara pertama : Madu asli.

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

. Cara kedua : Kunyit hidup atau bawang putih.

Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

.Cara ketiga : Daun Kaduk.

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

. Cara keempat : Kismis.

Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

. Cara kelima : Daun Bunga Tahi Ayam.


Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi





Sumber : Alemak! Lupa la dari mana, huhu! Sori... ^_^





10 comments:

Sue-Rya Qistina berkata...

nice sharing nad! thanks :)

Nafisa81 berkata...

mmg tercari cari juga..sbb org dok kata taruk kunyit taruk kunyit..tp tak tau nak taruk tang mana

ch@ berkata...

Thanks kakNad. Berguna sgt ni.

mamafarah4 berkata...

akak bagi madu kalo ank2 akak batuk skrg ni.. tu pun ayah akak yg suruh..tp x leh byk2 dan pastikan ianya asli..hehehe

Masya berkata...

madu tu saya setuju sgt.. sebab ubat batul pun x sesuai bg kat anak² nikan... mmg berkesan lagi² anak sy dah ke tasaka ni mmg mudah selsa dgn batuk...

kunyit pun selalu jugak guna kalau selsema tp dah besar ni mmg payah sikitlah... kalau nak sapu... masa baby dulu amir redhoo jer...huhuhuhu ...

Zarena Heeney berkata...

ena selalu bg mkn madu skit jea

aLyNnZ berkata...

parents, tok nenek kite dulu sure guna cara ni kan..tak pyh jumpa doktor pun..dgn izin allah sihat..thanks sharing..

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

tima kasih nad share petua2 tu..good info

Sopian Pian berkata...

anak sy pun mengalami batuk berkahak... tak tau da nak buat macam mane... pegi hospital doktor kate takde ape yg serius cume biase je... tapi sebagai ibu rase terkilan tgk baby tak dapat tidur..

Sopian Pian berkata...

baby sy pun mengalami batuk berkahak.. tak tau nak buat macam mane... maklum r anak pertama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...